Pasar Bisik dan Mee Udang Kota Kuala Muda, Kedah

Korang yang tinggal di sekitar Penang pasti tau pasal tempat ni -- Pasar Bisik Kuala Muda (Penang) dan Pasar Bisik Kota Kuala Muda (Kedah). 2 tempat ni kalau nak beli barang-barang basah yang segar kena berbisik tau, sapa yang tawarkan harga tinggi dialah yang dapat.. Yang pastinya jauh lebih murah dari pasar basah biasa.

Apa beza ke dua-dua pasar ni? Nampak 2 negeri yang berbeza kan tapi sebenarnya hanya dipisahkan oleh sempadan sungai sahaja. Kalau kita ke Pasar Kuala Muda kita boleh nampak seberang sana Pasar Kota Kuala Muda, tapi nak kesana kena naik bot la ye melainkan kena ikut jalan darat rentas jambatan menghubungkan Penaga dan juga Kota Kuala Muda..


Korang agak-agak berapa la ye Udang ni? Kalau ikut di pasar biasa dalam RM16 macam tu sekilo.. Ha lg 1 korang kena pandai agak kilo ye, baru boleh bajet berapa ringgit yang nak dibisikkan tu.

Kalau contoh udang tu 5kg x(darab) RM12 = RM60 (Jadi kita cuba bisik dengan harga RM55), lepas tu pepandai la 'up' RM1-RM2 harga untuk tawan hati penjual tu ye.

Ha ni contoh nak berbisik ye, kitorang tak bisik pun sebab dok fikir nak buat apa la bebanyak udang kan, muntah udang kang..

My FIL dan juga My Dad.. Terjumpa masa ke Pasar ni, lagipun FIL memang setiap hari ke sini sebab lepas tu nak beniaga barang basah ni jugak. Jadi kena beli borong la kan.

Asal nak beli Ikan Temenung je (meriah ikan ni kat situ) sebab besar2 ha, geram tengok.. tapi banyak kali dok bisik tak berjaya jugak..hahaha
Masa kami p tu musim ikan Temenung dengan Udang je, Nak nampak sotong / Ketam susah sikit.. Bukan musim kot.


Dah penat tercegat kat pasar tu kami nak balik singgah kedai ni betul2 berdepan simpang nak masuk Pasar Kota Kuala Muda, memandangkan kami tak beli udang, makanya kami pekena Mee Udang.. Sepinggan RM8 dengan 3 ekor Udang besar.


Bagi MJ okla, ada macam2 sebagai hiasan dengan hirisan tomato, Tauhu (Tokua), telur rebus, Bunga Kobis, Keret cuma kuahnya je agak berminyak. Kalau dibandingkan dengan Mee Udang Kuala Sepetang sedap lagi Mee Udang ni.

Selamat menjamu mata ye korang..hehehe

16 comments:

  1. Mcm comel jerk gaya berbisik tuh..hahah..lain dr yg lain..bgs la xde la kecoh2 mcm bebetul kat pasar..hehe..

    Kite suke makan udang tp xleh makan udang..elergik sepi..;(

    ReplyDelete
  2. pernah pergi sekali...hihihi...memang bagus pasar nie...bisik bisik jer...

    ReplyDelete
  3. Kakak gelihati melihat org tua lelaki berbisik Myra. Kalau budak tu lainlah ye...

    Patutlah diberi nama Pasar Bisik hihi...

    ReplyDelete
  4. whoaaa.... time musim sejuk petang-petang pekena mee udang pun sempoi gak nie

    ReplyDelete
  5. @Diana Rashid

    Udang tu memang kena beli semua seperti yg diletak dan dari situ kita kena bisik.
    Nak beli sikit2 kena beli kat tokey kedai la. So dah berapa tangan kat situ, harga pun lain tak murah jadi harga stended pasar lain

    ReplyDelete
  6. ni bukan bisik sebarang bisik
    nak bisik2 ni pun ada cara kan myra hehehe

    lama x mkn mee udang
    teringat mee udang p. aman hehe

    ReplyDelete
  7. dulu masa onie study penang,suka datang sini!!hihi

    ReplyDelete
  8. ya allah sedapnyaa mee udang. telan air kliur tengok. hahahaha :P

    ReplyDelete
  9. Owh, macam manalah suasana sebenar pasar berbisek tu yer...sedapnyer mee udang tu...udangnyer besar2...puas hati kan..

    ReplyDelete
  10. penah dgr ttg psr ni tp belum penah smpi lg..

    ReplyDelete
  11. sedapnya myra, dpt makan seafood fresh, hmm dpt buat sambal petai udang mmg marvelous

    ReplyDelete
  12. Alamak saya kat penang tp xtau pon kat mana pasar bisik ni..klu nak wat kenduri boleh ler kot nak p berbisik hihi

    ReplyDelete
  13. pernah dengar cerita ni... kemain sopan lagi berbisik2... cuba ke pasar KK... kuang kuat dijerit lagi... nasib di haramkan laud speaker.. kalau tak huru hara dalam pasar tu

    ReplyDelete
  14. nampak macam mesra antara pembeli dan penjual dengan cara bisik membisik ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)