28 Disember 2014 : Selamat Jalan buat Arwah Tok / Nenek

Penutup tirai 2014 dengan kesedihan apabila kami sekeluarga 'digemparkan' dengan kematian orang yang tersayang.. Tanpa disangka sebegitu cepat ajal menjemput.. (menangis saat ini...sobsob)

Betapa sebak dan berat  menanggung hati ini, air mata tak tertahan mengalir akhirnya tatkala melihat gambar ini, Ya Allah sesungguhnya kami amat merindui senda guraunya tapi ternyata Engkau lebih menyayanginya. Engkau Menjemput kembali tanpa kami belum bersedia Ya Allah.


Gambar ini sangat meruntun jiwa MJ, gambar yang diambil 2 minggu sebelum kematian satu-satunya TOK aka NENEK MJ yang masih ada. Pergi tanpa meninggalkan tanda buat kami.. Tapi bersyukur kerana Engkau mudahkan pemergian arwah.


Detik Terakhir sebelum Arwah meninggalkan kami
Dalam 2.00 pagi 28/12 tok bangun nak membuang air kecil, selepas itu tok mengadu sesak nafas, di saat nazak tok masih sempat mengaji Ya Allah.. bila tengok keadaan tok semakin pucat, bahagian kaki sejuk manakala bahagian atas seakan berpeluh, diajarkan mengucap dan kemudian tok pengsan. Ambulan sampai dalam 2.30pagi dan 2.45pagi pihak ambulan menelefon memberitahu tok dah meninggal setelah 15x mencuba untuk selamatkan arwah tok...huwaaaaa (menangis lagi saat ini...) Saat-saat terakhir tok adalah bersama Mak2 sedara MJ


Setiap kali teringatkan arwah, al fatihah disedekahkan mudah2an rohnnya ditempatkan bersama mereka yang beriman, aminnn..

16 comments:

  1. Alfatihah...salam takziah utk mj sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    ReplyDelete
  3. al fatihah...semoga roh arwah dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  4. al fatihah..moga tabah harapnya MJ dan keluarga...

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah.... Semoga dirahmati Allah..
    Setiap yang hidup pastikan akan kembali ke Pencipta

    ReplyDelete
  6. salam takziah MJ.....doa dan alfatihah penghubung antara yg hidup dan mati....sentiasa rajin sedekahkan alfatihah yek...

    ReplyDelete
  7. takziah MJ..setiap yang bernyawa pasti akan kembali padaNya..semoga MJ dan keluarga tabah..

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah dan salam takziah untuk keluarga MJ.

    ReplyDelete
  9. al fatihah
    salam takziah buat MJ
    semoga roh arwah nenek MJ dicucuri rahmatNya

    ReplyDelete
  10. here, something for you:

    http://aniesandyou.blogspot.com/2015/01/perhatian-kepada-blogger2-berikut.html

    PASTU, CHECK EMAIL YA!

    ReplyDelete
  11. Takziah MJ. InsyaAllah beliau akan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  12. Mira, yong baru tahu ni T__T

    sedih jugaaaa..

    al-fatihah untuk tok

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)