Cubaan Bercucuk Tanam

Lamanyaaaa tak berupdate blog kesayangan ni, dan lama jugakla tak blogwalking.. Cipta sejarah untuk tahun 2015 hari ke Sembilan baru nak menulis.. huhuhuu Korang apa khabar???


Gambar ada banyakkkk sebenarnya nak simpan sebagai kenangan di sini tapi nak menulis tu alahai 'M' bebenar....hehee


Ok sebagai permulaan MJ nak cerita 'minat terbaru' MJ sekarang, muahahaa minat la sangat.. Percubaan untuk berbudi pada tanah dengan bercucuk tanam. Korang jangan tak tau MJ ni 'tersangatlah keras tangan' okey, memang tak pernah nak menanam segala, almaklumla rumah 'felet' kan mana ada tanah..
Tapi my Dad rajin, walau duduk 'epatmen' tingkat 6 dia rajin menanam, segala mak neka ada, nak masak cari je kat pokok, kiranya tangan subur la.. tanam dalam pasu ada, tanam kat tanah bawah felet pun ada.


Maka pada petang hari Ahad nan indah, bermulalah proses mengemas tanah belakang rumah yang tak seberapa tu, susun atur sikit sambil berangan kononnya mempunyai rumah dalam taman.. choiiiii... hehee
Kitorang kan duduk sendiri, kemain ada tanah belakang rumah tapi kosong, jadi inilah masanya masing2 tunjuk kehebatan sapa yang menang part menanam ni.

Amacam? Ada ciri-ciri tangan 'subur' tak? (sambil angkat kening dan kenyit mata sebelah) Ok korang silalah jangan percaya ye sebab dalam pasu tu (Daun kari dengan daun kunyit) adalah 'hadiah' dari my Dad. hahahaa cheq cuma letak cecomel je kat situ.

Manakala daun pandan dengan serai secoet tu percubaan pertama dari my asben.


MJ cuma kemas sikit2 buang rumput kasi clear tempat tu dan susun batu2 sekeliling walaupun batu tak seragam ada bulat petak bersegi macam-macam ada yang penting ado, sebab taknak orang yang mesin rumput dengan 'sengaja' mesin semua tanaman indah ku.. sobsob. (Jiran sebelah dah banyak kali kena, dia yang pesan suruh susun bata atau tanam dalam pasu) sebab katanya tukang mesin tu tak perasan..
Ok positif mungkin dia tak kenal / tak tahu bezakan antara daun kari dengan rumput..hohooo ok dimaafkan.

Jadi setiap petang selepas balik kerja MJ akan hadap jap tanaman, kena praktis cakap-cakap sikit dengan pokok supaya diorang mau sihat.. hehee.
Korang kalau ada tip sudi2lah syer ye.

12 comments:

  1. Segala tanaman di belakang rumah Queenpink musnah akibat banjir baru-baru ini..Sedih...

    ReplyDelete
  2. hope tanaman uols tu suburlah kan..
    daun2 rempah ni wajib tanam kut even dlm pasu..senang nak nak masak..pakai tarik2 je kan..ni x asik2 nak lari ke paso membeli hehehe

    ReplyDelete
  3. alihkan kunyit ke bekas yang lebih besar atau pecah-pecahkan ke dalam beberapa bekas. sempit tiada ruang untuk isi kunyit membiak.

    ReplyDelete
  4. Bestnya MJ. Bercucuk tanam ni pun impian saya juga. Dah plan dah dgn hasben nak mula bertanam sayur sendiri. Cuma ntah le bila nak mula. Tak reti dan takde ilmu langsung ni.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga semuanya hidup subur amiin =)

    ReplyDelete
  6. pokok kari bagus tanam kat tanah.. memula tu sakit sikit nak beso... memacam dugaan sebab daun dia sedap dek kumbang belalang ni... tapi lelama dia kuat tu... cuba tanam kat tanah...

    ReplyDelete
  7. sa ma tgn sy ni pon keraas

    kena belajr lgi..
    xda tips la nk share dgn mj

    ReplyDelete
  8. Assalam MJ,
    iols ni memang tak minat me-ngebun / menanam ni he3
    lagi satu iols memang rumah dok ateh langit (alasan sangat kan3 :P)

    ReplyDelete
  9. HEHE minat baru ni best juga.. kalau tanaman subur lg best

    ReplyDelete
  10. bagus ni bila berbakti pada tanah

    ReplyDelete
  11. Falsya mmg langsung xde skill nak bercuck tanam nie..takut nnt kesian pokok xpjg hayatnye..heheh..lgpun umah falsya xde tanah (padahal dlm pasu bunga boleh je kan)..hehep

    ReplyDelete
  12. pasni leh tnm durian plak...da berbuah nnt bleh laa sy dtg ke penang ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)