Anniversary Ke-5

10 Jan 2015 yang lepas genap lah usia pernikahan kami yang ke 5 tahun, Alhamdulillah fasa pertama  perkahwinan (5tahun mula) kami lalui bersama mengharungi pahit getir manis indahnya perkahwinan walaupun tanpa kehadiran cahaya mata dalam hidup kami. Semoga fasa ke 2 (5 tahun kemudian) dan fasa seterusnya sehingga hujung nyawa kami tetap bersama sebagai suami isteri dan mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kami, aminnnn.

Anniversary MJ
Andai rezeki anak memihak kepada kami, pastinya ketika ini 'si kecil' kami telah berusia 5 tahun dan memasuki alam persekolahan.

Tetapi tak apa kami Redha dengan Ujian Allah buat kami, biarlah orang bercakap yang penting kami dah berusaha setakat terdaya. 5 tahun dah pelbagai usaha, cara, kaedah dan tak lupa doa mengiringi setiap apa yang dilakukan, kami tawakkal.


Firas ke Tadika
Sedikit terubat bila MJ turut merasai pengalaman menghantar anak ke Tadika (anak sedara..heheh) pengalaman nak kejutkan Firas bangun pagi ke sekolah, melayan ragam taknak ke sekolah di hari pertama tapi lepas dah pakai 'Uniform' tadika terus semangat.


Firas kat Tadika
Dah sampai kelas senyum sampai ke telinga, kami nak balik pun ok je boleh tapi kami tetap tunggu sampai habis masa orientasi Firas pukul 10pagi.


Ilhan kat Tadika
Sambil tunggu abg Firas dalam kelas, kita Selfie dengan Ilhan dulu. Ilhan bila tanya nak sekolah ke, dia jawab taknak tapi dalam kelas nak duduk sebelah abang.

Sekarang hari ke 3 Firas di sekolah dah semangat, bangun pagi tanpa dikejut mungkin sebab Ummi Firas siapkan bekal ke Tadika kot (Perkembangan Firas di update oleh Ummi Firas setiap pagi - sebab MJ dah kembali ke Penang meneruskan kerja).

p/s : Seronok tengok di FB masing2 update perkembangan anak di hari pertama persekolahan, kekadang hati 'sedikit' rasa sedih apakan daya kita hanya manusia biasa..hehehee

21 comments:

  1. alahai seluar pink yerr..xpalah MJ insyaAllah ada perancangan yg terbaik dariNya untuk MJ.happy anniversary=)

    ReplyDelete
  2. happy anniversary kak..insyaAllah semoga dimurahkan rezeki..

    N pn pengalaman ngn anak2 buah je la dulu..heheh..

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahun buat mj dan suami..
    ada nanti sabar tau..
    ciksu dpt rezeki ank sempena ulngtahun ke 7

    yg pnting Allah mengetahui apa yg terbaik buat kita :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah dari kakak. Moga ikatan berkekalan hingga ke syurga.

    Sedikit diuji Myra. Akan tiba juga masanya Myra akan menikmati punya anak sendiri. Teruskan doa. Dari kakak juga

    Happy 5th anniversary

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Myra dan suami.
    semoga kekal hingga ke Syurga.. Amin~

    ReplyDelete
  6. Assalam MJ,
    Wooooohoooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
    COMEI betui uols zaman dedolu yer
    tergoda iols nengok :)
    pa pun happy anniversary yer MJ
    moga sentiasa bahagia hingga ke Jannah & dirahmati Allah sentiasa
    AMIN

    ReplyDelete
  7. slmt ulgthun kak..

    tkpela kak, ALLAH dah tetap kan buat masa ini belum ada anak walau kemahuan itu tinggi.. mgkin ALLAH nak bg masa dan ruang lbh utk akk bg tumpuan pd suami mgkin..

    doakan jodoh yui pula.. hihih..aamiin.

    ReplyDelete
  8. salams MJ,

    happy anniversary semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, amin:)

    insyaallah ada rezki MJ & Hubby.

    ReplyDelete
  9. Happy Anniversary MJ. Maintain je MJ masih comel macam masa kawen dulu.

    Pasal anak, tenang2 aja donk MJ. InsyaAllah akan tiba masanya nnt, akan ada rezeki MJ. Saya doakan MJ.

    ReplyDelete
  10. hepi nbeseri-seri uols..smoga bahagia hingga jannah

    insyallah semua tu perancangan DIA
    semoga dimurah rezeki

    ReplyDelete
  11. happy anniversary myra, takpe perancangan Allah maha hebat kan, moga ada rezeki myra dan suami, apa yang penting semoga kalian bahagia dan dimurahkan rezeki hndknya

    ReplyDelete
  12. hepi anivesari MJ...moga sentiasa bahagia dan dlm kerahmatan Allah taala...

    seronok bace kisah anak masuk sekolah nieh.... mcm2 peel ade kan... anak mj nampak steady je hehehe

    ReplyDelete
  13. syukur alhamdulillah myra sejuk mendegar berita ini moga bahagia dunia ke akhirat ya sayang ;)

    ReplyDelete
  14. Mesti excitedkan tgk budak masuk sekolah nie.. nasib baik abg firas tak buat perangai menangis mcm budak manja hahaha.. bagus la semangat pi sekolah.. :D

    ReplyDelete
  15. happy anniversary ke 5 yer... semoga kekal sepanjang hayat.... dan bahagia hendaknya

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah..moga terus kekal bahagia hingga ke jannah...insha allah..

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah MJ
    semoga ikatan ni bkekalan hingga ke syurga..

    terus berusaha..sampai msa nanti, adalah rezeki buat MJ suamisteri.. Allah sedang merancangkan y terbaik buat MJ & suami.

    ReplyDelete
  18. Lambat pulak wish..happy anni Myra and husband..falsya doakan semoga nnt akan ade rezeki utk Myra and husband..

    ReplyDelete
  19. happy 5th anniversary utk MJ dan suami..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)