Hadiah dari Review Khory Steamboat

Alhamdulillah rezeki diterima setelah MJ REVIEW di blog berkenaan KHORY STEAMBOAT murah di Sungai Petani. Kami (MJ dan suami) antara pelanggan terawal semasa kedai steamboat ni baru buka, dan review tersebut ikhlas TANPA APA2 bayaran tau, semua tu atas sokongan #supportbisneskawan
Dah sedap dan murah mestilah kita promot ye dak?

Sepanjang tempoh tu, dah berkali2 jugaklah kami repeat makan di situ, ada kalanya #tokeykedai belanja kami berdua dan ada ketika kami bawa adik beradik sedara mara makan kat situ.


Dan tak sangka ramai pelanggan KHORY STEAMBOAT datang dari review di blog MJ, oleh itu mereka berbesar hati nak belanja MJ dengan Voucher 5 keping.. Wahhh!!! Best best..hehee


Itulah kepentingan blog sekarang kan, semua di hujung jari je, setakat ni MJ review yang tak pernah ditelan sepanjang zaman adalah PELEKAT/BATIK PANT sehingga kini masih di cari peminat sehingga ke SINGAPURA.


Mai Roger MJ kalau
Nak Shaklee
Nak Pelekat Pant
Nak Tudung 3 Layer / Naeloofa
Nak review barang ke? hehehee
012-435.3088


Percutian Keluarga : Cameron Highland LAGI

MJ tak tau la penangan apa yang memanggil kat Kemeren tu ha, tahun ni dah 2x panjat atas tu.. Masa bulan 2 dan juga bulan ni, nak lawan tahun2 lepas punya kot.. hahahaa

Kali kedua ni pun bercuti dengan Family MJ dan juga tambahan family saudara sebelah emak, bawak diorang jenjalan sebab ada yang tak pernah sampai lagi atas tu.

Ni tempat pertama diterjah setelah sampai, kami sampai pun dah tengah hari, cuaca agak panas tapi taklah sepanas Pulau Pinang ha. Dan disebabkan musim cuti sekolah maka menapaklah dari Parking dibawah naik ke BOH SUNGEI PALAS tu.


Wif my Mum dan 2 orang hero kesayangan



Hover tau Ilhan ni bila kita ajak Selfie terus buat gaya gitu lepas tu kalut nak tengok muka sendiri jadi lagu mana... hehee


Ni pun sama, kita panggil je dia nak ambik gambo terus buat muka gini, konon Posing la kot ni..hahah


Ha bila bergambar berdua gini barula nampak sopan sintun sikit, kan...

Ok dah puas bergambar semua kita singgah makan plak, memang ramai jenuh beratur dekat BOH ni, dan MJ seperti dalam perancangan nak try Scone yang dikatakan sedap sesangat tu..hehehee


Inilah rupa Scone nya, dengan jem stoberi yang sedap dan Whiping Cream, bila makan memang lembut dimulut, rasa macam ala2 kuih raya Almond London sebelum dicelup coklat.. :)


Tengok dari gaya macam terliur tak sabar nak makan dah.. 


Cheese cake Strawbery ni serius memang melting okeyh..

Puas hati sesangat sebab dapat makan apa yang diidamkan di sini, cuma yang tak berapa best Kemeren dah tak sesejuk dulu, panas tapi taklah terik. 
Dan maybe akan repeat lagi ke sini dengan asben pulak.. 

Bersambung lagi nanti ye.. :)

Inai Lukis Handmade sekitar Utara

Peminat tegar inai lukis (macam MJ) sekitar Pulau Pinang terutamanya nai nak rekemenkan orang yang memang terer bab2 melukis tak lain tak bukan kawan baik MJ sendiri. Kenal dari kami bersekolah sehinggalah sekarang, kategori kamceng jugaklah.


Memang sangat2 berpuas hati dengan hasilnya, korang request la nak corak lagumana pun, (ada pelbagai corak dalam album khas) insyaaAllah boleh dibuatnya.. Fuhhhh!! Kreatif dan berseni tangan.


Alahai jari tangan sapa la yang montok dan katik tu..hahahahaa

 Sat je pakai, dalam 15minit macam tu dah boleh cuci, terang merah cantik je kan..


Ni antara corak2 yang telah dibuat..

MJ memang dah tak cari orang lain kalau bab nak melukis ni, memang cari kawan ni je, masa MJ kahwin tempohari pun memang dia jugak la yang lukis tau, sampai ke kaki. Dan korang boleh je klik SINI untuk tengok hasil 'lukisan inai' di tangan MJ.

Jadi pada bakal Raja Sehari sekitar Utara yang berminat samada Inai jari mahupun Lukis boleh Wasap member MJ ni Linda 012-*** atau PM di Facebook. 
Updated : Member MJ dah pencen lukis inai ni ye uollsss 👩



WW : Aiskrim Pasu

Orang lain makan, nak jugak try walaupun ada unsur was2 tapi bila tengok packaging terus jadi beli



 RM 6.00 ok sedap bawah ada kek Pisang dengan biskut..


Lepas kempunan nak makan Aiskrim Pasu..muehehee


Resepi Mee Kuah Daging

Masa skrol FB ternampak kawan syer resepi Mee Kuah Daging, terus tekak ni punyalah teringin nak makan, tambahan pulak resepi macam senang je, bahan2 mudah dapat tapi asyiklah tertangguh nak buat.


Sekali bila dapat buat, legaaaaaaaa... sedapnyaaaaaaaa...hahaha perasan.. tapi lagi seronok bila tengok asben makan siap bertambah, kuah tu dia la yang habiskan, sedap katanya.. muahahahaa kembang punggong mak hincik ni tau... Yela ni 1st time buat Mee Kuah sendirian berhad okeyh... sebelum ni mak la yang dok buat, MJ tolong2 kacau ja.. jadi harusla rasa sedikit vervangga dengan pencapaian..


Tapi resepi tak minta dengan Mak pun, cheq gugel je.. saja nak cuba kelainan.. walhal mak punya resepi memang tiptop meletop sedap cuma agak rumit sikit bagi MJ sebab banyak bahan nak guna tambahan baru pertama kali nak buat kena la cari yang mudah2 je kan.


Ok ni resepi yang MJ dapat dari FB, tapi maaf sangat dah lupa nama empunya resepi.. harap bila tuan dia baca dapat halalkan resepi ni ye, tapi resepi ni MJ olah sikit dari segi bahan2 sebab MJ buat untuk makan berdua je


BAHAN-BAHAN :
1 peket mee kuning (MJ guna setengah peket je)
Setengah kilo daging
1.5 liter air rebusan daging
Sos tomato dan Sos cili secukupnya
Setengah cawan kuah kacang (MJ guna kacang tumbuk halus)
1 kiub ikan bilis
2 biji telur - utk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
2 biji telur rebus - dipotong
1 hirisan cili merah secukupnya
hirisan daun bawang
Taugeh dan sawi dicelur
Bawang goreng

BAHAN DIKISAR HALUS :
3 biji bawang merah
2 ulasi bawang putih
1 inci halia
 

CARA MEMASAK
1) Rebus daging sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub ikan bilis, kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak. Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah. 

3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu, rebus semua telur dan siap . 

Kemudian bolehlah ditabur bahan sesuka hati, macam MJ letak kentang rebus, tomato, tokua, cili merah, salad dan juga bawang goreng...




Meriah dengan bahan tabur walhal nak makan berdua je.. hehehe ekceli nak sedekah kat jiran depan rumah, tapi 'takut tak sedap' so kami makan le dulu rasa, tak sangka 'terlebih sedap' sampai abis dikerjakan..hahaha

Takpela next time masak lain, masa tu dah cekap sikit bolehla bersuka ria sedekah jiran tetangga.. sapa nak rasa meh jadi jiran kami..muahahah