Hasil Menabung dengan si Hijau

Alhamdulillah MJ sendiri tak sangka yang MJ telah berjaya menanam tabiat menabung dengan si-hijau sehingga kini tanpa kebocoran pun tau.. (bangga dengan pencapaian diri sambil letak tangan di bahu mata ke atas..hahah)

MJ bermula pada bulan Oktober tahun lepas dan setelah 6 bulan.. 6 bulan okeyhhhhh......(Verlagak tu yang tak tahan..hahaa)  wahhhhhh!!! best sangat.. Kalau ikutkan sebelum ni dalam tempoh 6 bulan simpanan pun nan hado tau, tapi lepas menabung macam ni, merasa jugak  ada simpanan.. (boros sangat sebelum ni acaner nak menyimpan kan.)


Agak2 berapa tu ye?


Seronok tengok semua hijau je kan.. Puas hati sesangat bila tengok hasil selama ni.

Saja ambil gambar2 simpanan ni sebelum selamat ke bank untuk disimpan secara lebih selamat.

MJ tau ramai dari rakan blogger pun ada menyimpan macam ni, dan tak sangka MJ pun tergolong dalam golongan penyimpan tu..hehehe..  Harapnya akan terus konsisten demi masa depan mahupun di saat kecemasan.

p/s : Disebabkan ramai yang nak tahu jumlah terkumpul si HIJAU MJ selama kurang dari SETAHUN ni, JUMLAHNYA ialah RM1,775.00. Dan dari jumlah tersebut, RM Seribu MJ simpan dalam akaun bank, RM500 terpaksa diigunakan sebab kebetulan henset MJ rosak..sobsob. So merasa lah henpon baru hasil dari menabung..hehee.

Dengan baki RM275 tu, MJ kembali meneruskan tabiat menabung dengan Si-Hijau ni, setakat tarikh 29 Dec 2015 jumlah terkumpul adalah lebih kurang RM600. (Tapi ada juga kebocoran). InsyaaAllah mudah2an terus konsisten, mana tahu lepas ni 'upgrade' simpan si-Oren plak..hahaha


Petua / cara menghalau LIPAS

Siapa suka lipas? hohooo mesti semua orang tak suka kan dengan binatang kecik yang busuk yang suka merayap lari merata 1 rumah, lepas tu jerit sebab kena ligan --->> MJ ler tu hahaha

Lipas antara makhluk yang senang membiak, sekali keluar nah berpuloh ekor ha, tambah kalau dia dah dapat port terbaik kat satu2 tempat tu ha rasalah 'keharumannya'. Geram sebab bau dia tu buat nak termuntah.. hohoo
Tapi ingat, jangan bunuh lipas dengan ketuk tau, bahaya.

Ni punca masa kami tengah housekeeping bahagian dapur, sebab nak pasang (DIY) tempat sidai kain, sebelum ni letak je kat ruang dapur tengah2 ha, tapi ni dah beli tempat khas so bermulala operasi punggah memunggah maka berkeliaranlah makhluk tersebut..hohooo. Oh ya, kitorang memang sidai kain dalam rumah tau, duduk rumah bawah ni tempat ampaian tak ada sebab kitorang tak buat bumbung lagi kat luar rumah (takde bajet lagi)so jalan selamat sidai dalam rumah jela kang kitorang pergi kerja kena pulak hujan ke ribut ke, balik kerja pakaian pun hilang / jatuh ke tanah..

Beli jenis ni kat DIY RM65.. letak tepi tingkap jadi sebelum pegi kerja tu bukak tingkap bagi angin luar masuk, cepat la kering kan.


Ok berbalik pada tajuk, lepas tu MJ google la cara nak halau CekLi ni dari bermaharajalela dan salah 1 petua tu dengan menggunakan sabun wangi aka sabun buku tak kisah jenama apa sekalipun. Memandangkan sabun buku berlambak dari tersadai je maka terhasillah begini..hehee

MJ buat banyak tau, sebab boleh letak banyak tempat, alang2 ada bekas ni tak terguna dah bertahun, so MJ letak la gini, tempat2 lain main bubuh je, ada guna cawan hiasan comel, nasib la mana yang nampak tak guna tu so kita gunakan. Kalau tak berapa berkesan MJ ingat nak tabur2 je kat tempat laluan tu, sebab orang suruh tabur MJ letak comel dalam bekas..haha


Petua lain adalah 
1. Letak daun pandan, best jugak sebab wangi daun tu buat kita rasa segar je, kesimpulannya CekLi ni tak suka benda wangi tau sebab tu ia sendiri pun busuk..hahaha

2. Kalau dekat bilik air jumpa je, MJ akan jirus dengan air sabun, ha cepat je tau terpele'ok kat situ jugak, alahai sian kan tapi apakan dayaku.

3. Ada yang potong lemon, bila dah kering gantikan yang baru.

dan banyak lagi la petua lain, MJ syer petua yang mudah sebab tu je yang ada kat rumah kan.. So far ada perkembangan positf bila bangun pagi perasan macam tak nampak sekoq pun.. wahhhh! bagus gak ni.
Korang pernah cuba petua gini tak? Kongsi2kan lah..


Kebaikan Lecithin Shaklee


Fungsi utama Lecithin
1. Membantu untuk proses metabolisma kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
2. Lecithin dapat memecah serta mencairkan lemak yang tersekat di pembuluh darah dan juga kolesterol
3. Membantu menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
4. Membantu mengawal paras triglycerides

Apa itu triglycerides
Darah kita ada 3 jenis lemak iaitu kolesterol, fosfolipid dan trigliserida. Sifat lemak tidak dapat larut dalam air maka lemak2 tersebut harus bercampur dengan zat pelarut supaya dapat mengalir dalam darah (kerana darah kita terdiri dari air).

Jadi disinilah Lecithin dapat berfungsi kerana ia membantu 'mengemulsi lemak' yang mempunyai kesan untuk melekat pada lemak yang menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah dari melekat di dinding membran.

Lecithin tak dapat dihasilkan oleh badan tapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Boleh baca selanjutnya mengenai Lecithin dan pengalaman MJ dengan Lecithin ye.



Banyak kan kelebihan Lecithin ni? Dengan sebotol mudah-mudahan kita beroleh manfaat kesihatan.

Bagi yang dalam proses nak kurus (macam MJ) digalakkan mengambil Lecithin sebab ia berupaya mengemulsi lemak iaitu memecahkan lemak dan kolesterol kepada molekul2 yang lebih kecil menyebabkan ianya terapung dan tak melekat di dinding badan (jadinya tak menyebabkan kita gemuk).
Lecithin sesuai diambil sebelum makan kerana apabila kita mengambil sebarang makanan, Lecithin akan 'mula bekerja' untuk kita.


Produk Shaklee tak perlu diperkenalkan lagi, tambahan ianya dah lama bertapak selama lebih 50 tahun di pasaran, jadi tak perlu lagi ragu-ragu dengan produk Shaklee ye.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.