Letgo item : Tudung Aidijuma

Setelah terjebak dengan fenomena tudung Aidijuma (aJ) sejak dua menjak ni, tak ku sangka tak ku menduga rupa-rupanya terlebih suda..hahhaa
Tula asal keluar je beli, asal beli je mesti yang new release, bukan sehelai tapi ada kala berhelai-helai at last tersepuk dalam lemari sampai ada yang tak terpakai ha, ada yang cuma sekali dua sahaja pakai.

So MJ nak buka jualan aJ dengan kombo terlebih dahulu jualan loose pulak, ini adalah sebahagian dari koleksi kesayangan, memang sayang, tapi lagi saiyang dari terperuk tak digunakan, betul?
Kebanyakan koleksi Paris, pantang keluar design Paris wajib beli..hahaha

 No 7 SOLD
Yang lain available (harga tak termasuk pos)
RM7 SM / RM10 SS


Available
 

Biru SOLD, Hijau Available
 

No 2 dan No 5 SOLD
Yang lain available (harga tak termasuk pos)
RM7 SM / RM10 SS

Berminat boleh Whatsapp MJ ye : 0124353088

Nota :
BLL : Blue Label
BL : Black Label
WL : White Label
GL : Green Label

Candle Light Dinner at Copthorne Hotel Cameron Highland

Bersempena ulangtahun kami yang ke-6 baru-baru ni, teringin jugak nak merasa bercandle mandel bagai kan, sebelum2 ni punya anniversary kitorang cuma pegi becuti, takpun beli hadiah tak pun pegi makan kat mana2 tempat special, itu je..

Jadi kali ni disebabkan nak merasa, dan asben menyerahkan semua pada MJ, terus talipon Hotel tanya apa lagi pakej yang ditawarkan selain dalam pakej hanimun tu.



So ni yang disediakan :
1. Dekorasi Bilik RM40
2. Banquet Flowers RM100
Kalau ambil 1 dan 2 = RM120
3. Candle Light Dinner RM185.60 (untuk 2 orang termasuk GST)

Jadi terpulanglah pada pilihan U oll ye.. harga atas ni untuk Januari 2016, dan mungkin ada perubahan MJ tak pasti, kenalah check ye. Kalau nak tengok Dekorasi bilik yang HOTEL buat, korang klik link tu ye..


Dinner bermula pukul 8malam, dengan penuh eksaited dan ketidaksabaran kami turun ke cafe yang di sediakan, bila sampai di kaunter dan menunjukkan resit, mereka cakap nama MJ tiada dalam list untuk Dinner.. Hahhh sudah!
Sebab katanya mereka dapat maklumat dari receptionist tarikh Dinner kami adalah 11 Jan dan bukannya 10 Jan 2016.. Tapi tarikh di resit memang tertera 10 Jan 2016.

Disebabkan ada sedikit salah info antara mereka, maka mereka memberi pilihan samada kami nak teruskan Dinner malam tu atau malam esok, memandangkan dah bersiap kan, so go ahead jela.. Pihak kafe minta tempoh 15minit untuk siapkan meja, dan minta kami tunggu di Kafe sambil minum dahulu sementara meja kami siap.


Atas cadangan dari pihak kafe, MJ memilih Hot Hazelnut Latte, secawan berharga RM13, telan liur masa ni tapi kena cover kesian beriya2 dia cadangkan air ni, katanya The Best Choice.. huhuuu


Dan ni pilihan asben HOT CHOCOLATE juga berharga RM13, maka redhalah kami untuk 2 cawan air panas berharga RM26.. huhuuu. Tapi memang sedap la, tak dinafikan cuma agak sedikit manis.

Belum sempat air habis minum, pihak Kafe dah panggil sebab meja dah siap, wahh! syok sangat sebab tepati masa, yela masa kami nak check in petang tu katanya 15minit je tapi las2 sampai sejam menunngu ha..
Kemudian bila nak pegi bayar minuman, diorang cakap tak payah Wahh!! bertambah seronok lagi la, mungkin sebagai ucapan maaf atas kesilapan tu kot.. Rasanyala kan, kalau tak, manakan nak dapat PERCUMA..hehehhe


So inilah meja kami, maaf agak kekelaman almaklumlah nama pun candle light dinner kan, haruslah cuma bertemankan lilin je okeyh..hehehee


Ni senarai menu, ha ambik punya panjang list...

Setiap seorang akan dapat sepinggan, bukan Sharing is Caring ye... Memang makan kenyang kaw kaw tak hingat punya la..



1st Dish - Ikan Salmon, menu asal Smoke Salmon, tapi sebabkan kami tak lalu untuk smoke, pihak hotel okey jika nak GRILL maka >>> Grilled Smoke Salmon with Cheezy tulip, Mustard honey oil Sauce. Seriusly memang sedap, sayur pun segar je.. Sepinggan ni habis MJ makan (punya la lapaq hahaha), asben je tinggal sayur mayur tak makan.

Dihidangkan bersama Bread with Butter Spread (tapi tak termakan sebab akan ada lagi menu lain yang menanti)


 2nd DishFussion Chicken Soup and Wantan Dumpling. Walaupun nampak sup kosong tapi ada rasa sup dan sedap, cuma wantan je so so...



3rd Dish - Vanilla Ice Cream Strawberry, hidangan asal sepatutnya homemande Spice Rasberry Sherbet tapi diorang tukar sebab dah habis.. 😐


4th Dish Pilihan MJ - Mushroom Deluxe Stuffed Chicken Breast Ratatouille, Angel Hair Pasta with Rosemary Sauce.. Menu ni ok sedap.

 

Ni pulak menu cik asben - Surf & Turf King Prawn & Herb - Crusted Rack of Lamb Ratatouille, Angel Hair Pasta with Bordelaise Sauce. Udang dia besar dan serius sedap + segar, lamb pulak lembut secukup rasa, memang puas lah makan.


5th menu - 4 Layer Chocolate Orange Mousse Served with Spiced Mixberries. Memang sedap tapi perut udah tersangatlah penuh.. Tak habis kek ni kami makan, asben lagi la cuma sentuh sikit je, MJ punya pun jenuh nak habiskan apatah lagi nak habiskan kek yang asben punya.. Las2 pinggan kek kami berdua tak habis pun.

Ingatkan kek ini menu last, tapi pelayan mai tanya pulak nak minum Kopi atau Teh, kitorang dah nak pitam dengar, hah! ada lagi ka? 

Tak ambik boleh ka sebab awal tadi kami dah minum kat kafe? tanya asben kepada pelayan..

Tak boleh encik, sebab ini termasuk dalam pakej.. Jawab pelayan..

Makanya antara paksa dan rela kami order Teh pulak, itupun cuma secawan, tak rela kitorang nak ambik 2 cawan..huhuu

Pendek kata dengan bayaran sebanyak RM92.80 seorang dengan hidangan sebegini meriah dan sedap pulak tu memang tersangatlah BERBALOI.. Sebab sepinggan hidangan pun dah mahal tau, in the next time kalau U Oll tak ambik pakej dinner ni tapi nak order secara A-La Carte memang tak dapat tau, sebab hidangan diorang lain. 

Asben saja ushar menu kat kafe ni, sepinggan untuk Lamb sahaja (tak ada udang besar dengan pasta) berharga hampir RM40.. Dengan kami pulak dapat sampai 3 menu utama, pergghhhh memang TERBAIK lah..
 

Layan Sizzling Versi MJ

Dah berhari2 tekak kami 2 ni terasa nak makan Sizzling, yela selalunya kena singgah Mall kalau nak dapat makan Sizzling ni.. Tapi lepas dapat resepi yang tengah top kat FB, terus p cari bahan2 dan buat sendiri, ha baru puas hati makan.. Terima kasih pada empunya resepi, mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan mendapat manfaatnya.. aminnnn.


 Button Mushroom dengan sayur tu baru turun dari Kemeren, fresh lagi..hahahaha.. Sayur tu tak tau nama apa, tapi jatuh chinta lepas makan steamboat kat sana diorang hidang sayur ni terus p cari.


Memandangkan HOT PLATE tak de, jadi sebagai alternatif kitorang guna pan saja masak, Walaupun YEE MEE takde, tapi kitorang guna MAGGI sebagai ganti. Biarpun tak nampak sebiji yang penting tang rasa tu sama..hahaha



RESEPI
BAHAN- BAHAN
Halia (Tumbuk)
5 ulas bawang putih (Ketuk)
sedikit lada hitam (tumbuk)
4 tangkai cabai kering (dipotong kasar)
Kicap (Sos Tiram, Kicap Manis, Kicap Pekat)
Ayam (7-8 ketul - nak lebih pun terpulang)
Mushroom (rendam dengan air panas selama sejam)
Telur dan sayur
2 camca tepung jagung (ayak)

1. Tumis halia bersama bawang putih kemudian masukkan lada hitam (sehingga layu), kemudian masukkan cabai kering.
2. Masukkan ayam dan 1 cawan air, biarkan sehingga ayam masak
3. Masukkan kicap beserta 3 cawan air biarkan sehingga empuk kemudian masukkan cendawan
4. Buka api kuat masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang diinginkan dan SIAP!



MASAK SIZZLING
1. Panaskan Pan, kemudian letak kuah kicap sedikit dan masukkan maggi. (kalau guna sawi letakkan batang sawi bersama)
2. Apabila maggi hampir kembang, tambahkan kuah, masukkan sayur dan biarkan mendidih
3. Masukkan telur dan SIAP boleh dimakan..

Yang best sebab asben puji cakap rasa sama macam makan di luar, cuma kalau ada YEE MEE lagi rasa sebijik.. So lepas ni kena p cari YEE MEE la pulak kan..hehehe


6th Anniversary : Copthorne Hotel Cameron Highland

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca kesayangan MJ..

Kali ni MJ nak bercerita + review sikit berkenaan Hotel yang menjadi pilihan MJ sempena ulangtahun ke-6 perkahwinan kami pada 10 Jan 2016 yang lepas. Kali ni asben menyerahkan semua  pada MJ untuk membuat pilihan, dan seperti diketahui tempat pilihan tak lain tak bukan tentulah CAMERON HIGHLAND..muahahaha

Sebelum pilihan dibuat, MJ dah puas Gugel dan baca review dari kawan-kawan berkenaan pakej samada Honeymoon Package mahupun Pakej Biasa..
Ada 1 hotel tak ingat nama apa (melalui Groupon) MJ hampir2 nak beli tapi lepas telefon hotel tu tanya macam mana cara nak booking bilik lepas beli dari Groupon, pihak Hotel cakap mereka tiada agreement pun dengan pihak Groupon melainkan MJ kena call sendiri Groupon untuk urusan booking. Was-was dengan cara tersebut maka MJ memilih Copthorne Hotel sebab bila call pihak Hotel, diorang ok je jika MJ membeli dari Groupon, boleh terus booking bilik selepas dibeli.


Makanya here we gooooooo...........  10 Jan 2016 ~ 12 Jan 2016

http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
Posing yang tak berapa semenggah sementara nak dapat check in, masa kami sampai dah pukul 3petang, tapi tak boleh masuk bilik lagi sebab diorang deko belum siap...  katanya kena tunggu lagi 15minit, so ok jela.

http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
3 petang dengan suhu 20'C, ok je tak sejuk dan tak juga panas macam Penang, rasa selesa je.

Lepas tak tau toqah nak kemana, kitorang bersantap dulu bekalan yang dibawa, maklumlah malam tu nak Candle Light Dinner kan..hehehee.



http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
Setelah 15minit masa berlalu membawa ke 15minit seterusnya kami belum lagi mendapat perkhabaran sehinggalah jam menghampiri  4 petang barulah pihak Hotel telefon bahawa kami dah boleh check in, maka dengan perasaan penuh eksaited terhasillah deko selama sejam dari pihak HOTEL....tadaaaaaaaaaa cantik kan? huhuuu

http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
 Masuk bilik nampak kelopak bunga Mawar di atas katil sangatlah mengujakan tau..hehehee.


Bila tunjuk dekat anak menakan MJ si Firas yang berusia 6 tahun tu dia puji

Firas : Wahhh! cantiknya hotel Ciklong, romantik pulak tu..
MJ : Mestilah cantik dah nak hanimun, tapi romantik tu apa Firas? (buat2 tanya, kemain umur gitu da tau ayat romantik bagai..hehehe)
Firas : Romantik tu Perempuan suka kat Laki, Laki suka kat Perempuan la..
MJ : Hahahaa (gelak keras perut).



http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
 Bilik Deluxe ni memang besar untuk kami berdua, kira puas hati lah.

http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
Cumanya MJ ingatkan dapat bilik yang ada Balkoni, boleh la lepak kat luar sambil disapa kesejukan dingin Kemeren.. Tapiiii cumalah tingkap.. Frust sikit..huhuuu


http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
Tapi yang best ada Bath Tub... dah lama tak berendam tapi kuciwa kenapa pihak Hotel tak taburkan bunga nih..haiissyyyhhh..


http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
Maka en asben menunjukkan kreatif mengambil sedikit kelopak dari DEKO KATIL tu dan tabur.. Haaaa barulah semangat nak berendam kan.. hehehe


http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
Dan juga taburan di sini, nampak lah meriah, hidup suasana hanimadu kami..muahahahaha


http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
 Termasuklah jugak ITIK sedang ium2 tu en asben buat sendiri, asal jadi udah..hahahaa

http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html


http://normj1001.blogspot.my/2016/01/6th-anniversary-copthorne-hotel-cameron.html
So barulah tersangat2 puas hati, bab nak tidur tu sayang gilos nak ceraikan kelopak2 tu tau, sanggup taburkan atas tilam, maka malam itu kami tidur beralaskan kelopak Mawar.. Sooooo sawettt.hahaha
Cerita selanjutnya tak perlulah diceritakan, kan...? hahahahaa

Next entry MJ ceritakan berkenaan Candle Light Dinner kami untuk pertama kali selama tempoh kami berkahwin selama 6 tahun ni. Sesekali nak merasa kan, apa salahnya melabur..hehehehe


Updated :
Bilik Deluxe Gov Rate semalam RM300 
MJ booking melalui Groupon, masa ni ada promosi untuk 2 malam bilik Deluxe berharga RM320. Jadi rajin-rajinla jenguk Groupon untuk nikmati penjimatan..hehehe



Celebrate Anniversary di Cameron Highland

10.01.10 ~ 10.01.16

Alhamdulillah sedar tak sedar rupanya dah 6 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri, tak terasa masa yang berlalu.. Sesungguhnya aku bersyukur pada Mu ya Allah dan semoga jodoh kami dipanjangkan, aminnn.

Kata orang 5 tahun pertama perkahwinan (Fasa 1) adalah fasa untuk suami isteri berdepan kesulitan dalam mencari kesenangan, maklumlah masih dalam proses penyesuaian terutama dalam mengukuhkan ekonomi keluarga.

Selepas lalui Fasa 1, kita boleh nampak kedudukan dari segi kewangan keluarga mulai kukuh sedikit demi sedikit, alhamdulillah itulah yang kami telah lalui.

Dan dalam tempoh 6 tahun kami bersama, segala dugaan dan ujian kami terima dengan redha, walaupun kami diberi nikmat kesenangan walaupun tak terlalu mewah, tapi kami masih lagi diberi ujian (zuriat), ikutkan pada usia 6 tahun perkahwinan ni, dah tentulah jika rezeki anak memihak pada kami, anak kami sudah pun berusia 6 tahun kan.. hehehee
Tapi! jika ini ujian buat kami, kami terima dengan redha. Maka perjalanan TTC masih diteruskan.



Oklah taknak coret panjang2, cuma nak bagitau je sempena anniversary ni, kami akan celebrate kat tempat feberet MJ.. Weehhoooo

Dan memandangkan bulan Januari adalah bulan Anniversary termasuklah hari perkahwinan kami pada 23hb Jan (sebelah MJ) dan 24hb Jan (sambut menantu), maka  MJ nak bagi special diskaun untuk setiap pembelian : -
1. Mana-mana produk Shaklee
2. JUBAH, RM120 RM107 termasuk poslaju

Korang boleh Whatsapp MJ untuk pertanyaan mahupun pembelian, sah sehingga 31 Jan 2015 SAHAJA. Guna kod ANNIV MJ

Wishlist for year 2016

Selamat tinggal 2015, selamat datang 2016

Semoga di tahun 2016 MJ akan lebih bersemangat untuk menulis di sini dan juga menjejak balas rakan-rakan blogger yang lain.. Chayok2..hehehe

Jadi sementara masih di awal Januari 2016, MJ ada beberapa azam untuk tahun 2016 dan semoga 2016 membawa lebih keceriaan lebih kesenangan lebih kasih sayang dan lebih-lebih lagi buat MJ sekeluarga termasuklah kawan-kawan sekalian.

Tiada lain tiada bukan, semoga impian MJ menjadi kenyataan di tahun 2016, aminnn
1. Diberi peluang oleh Allah SWT untuk menghadirkan zuriat dalam rahimku
2. Dipermudahkan urusan untuk pembelian tanah LOT bagi mendirikan rumah kami pada masa depan (Rumah Impian).
3. Semoga bisnes yang sedang diusahakan akan terus berkembang, permulaan dalam menggapai kejayaan. (Bisnes Shaklee dan JUBAH)
4. Teruskan semangat menabung dalam diri, tahun 2015 MJ berjaya menabung dengan si HIJAU, dengan jumlah terkumpul lebih kurang dalam RM2000.
5. Elakkan dari berhutang dengan BANK melainkan untuk pembelian TANAH dan RUMAH.
6. Akan di update dari semasa ke semasa

Azam yang dinyatakan di atas adalah sebagai pemangkin usaha untuk MJ bagi menggapai setiap impian yang dinyatakan bagi tahun 2016, insyaAllah.