Idea untuk doorgift Pengantin di Pulau Pinang

Bila tiba musim kahwin mesti pening nak fikir apa yang nak diberi sebagai 'doorgift' dari tuan rumah kepada tetamu kan? Bagi bakal2 pengantin sekitar Pulau Pinang, Kedah dan juga Utara Perak (Taiping dan Manjung) kalau buntu nak bagi barang apa sebagai doorgift, boleh roger MJ untuk dapatkan 'POPIA comel' ni ye..

Hiasan reben adalah mengikut tema majlis dan tiada caj untuk hiasan tersebut.


Ada 4 perasa iaitu yang paling TOP tentulah Nestum dan Milo diikuti BBQ dan perasa baru iaitu Cheese, sama jugak untuk bekas tupperware Cupcake yang kiut miut tu (dibuat atas permintaan pelanggan). Buat masa ni bekas cupcake tu boleh pos alhamdulillah selamat diterima di tangan pembeli, kos pos 1 bekas RM8.

Sebelum ni kitorang guna bekas INI untuk POPIA dan sekarang dah transform ke bekas yang lebih cun kebabom..


Ada promo sempena musim kahwin ni, tak sampai RM3.00 pun untuk sebekas termasuk hiasan... yang pasti tetamu mesti puas hati sebab makan SEDAP tau! hehehe

Boleh whatsapp MJ kalau nak tempah, digalakkan 2-3 minggu awal untuk disiapkan order : 012-4353088, cod area SEBERANG JAYA dan PERAI (Penang) serta MANJUNG dan SITIAWAN (Perak) SAHAJA, lain2 kawasan akan dikenakan sedikit caj bergantung pada kawasan.

MJ kongsi testimoni dari seorang Makcik yang telefon hanya untuk memberitahu kepuasan hati dapat merasai kesedapan POPIA ni, vangga we olls.. alhamdulillah... Ni  MJ screenshot dari grup we olls adik beradik, sebab makcik tu call ye..
POPIA doorgift ni kawan sekolah MJ yang order untuk buat majlis tahlil Ahad lepas (20 March 2016)


Pulangan Pendapatan dari ASB Loan

MJ mula terjebak dengan Pinjaman ASB ataupun ASB LOAN ialah pada tahun 2009, masa tu dalam kepala cuma set nak jadikan sebagai simpanan.. Memang tak tau langsung pasal pelaburan melalui ASB, serius.. huhuuu kalau lah tahu awal memang dah lama ku terjebak tapi nak buat camne kan.. terlambat....hehehehe

MJ mula buat pinjaman ASB pada Oct 2010 :
Bayaran bulanan RM267 selama 15 tahun (CIMB BANK)
Jumlah Pinjaman : RM35,000 (termasuk RM500 insurans)

Lepas MJ tahu pasal pelaburan ASB LOAN rupanya boleh terminate awal iaitu selepas 3 tahun pinjaman  (T&S) tak payah nak tunggu sampai 15 tahun, terus MJ pun memulakan langkah terminate ASB itupun selepas 5 tahun 4 bulan.

Jadi MJ nak kongsi berdasarkan dari pengalaman MJ SAJA ye..

Dividen diperolehi setiap tahun dari pinjaman :
 >RM2,500-RM2,800 (selama 5 tahun)
= Jadi anggaran Dividen dalam RM12,500-RM14,000

Dan ni yang MJ terima dari CIMB selepas MJ terminate pada 13 Jan 2016



29 Feb 2016 MJ terima sebanyak RM8,688.05. Alhamdulillah dapatla top up sikit untuk TANAH LOT yang kami beli bagi mendirikan mahligai impian..aminnnn.


Jumlah tu tak termasuk dengan dividen yang selama 5 tahun MJ dah terima sebelum ini ye. Pada MJ kalau nak dibandingkan kita simpan sendiri pulangan lebih berbaloi dengan pinjaman..

So my next target adalah untuk buat ASB Loan pada jumlah yang lebih besar dengan tempoh pinjaman yang panjang, insyaAllah.


p/s : Entry ini bukan bertujuan ingin menunjuk2 ye, lagipun Alhamdulillah dari simpanan tak terjangka ni dapat jugak kami top-up untuk pembelian Tanah.

Aiskrim Choki Choki

Memandangkan aiskrim ni tengah VIRAL di facebook, MJ pun tak lepaskan peluang untuk mencuba.. tapi rata-rata kat fb buat aiskrim sumi, memandangkan MJ tak suka sumi maka terhasillah aiskrim choki-choki..hehehe



Abaikan si kontot tu, hahahaha lebihan dari air sayang nak buang jadilah kan..hehehe.

Bahan2 senang je
1 tin susu cair 1 tin susu pekat 4 tin air masak/mineral (MJ lebihkan sikit part air sebab taknak terlalu manis) dan sedikit garam. Masak atas api perlahan sehingga mendidih.
Lepas tu picit coki-coki ke dalam plastik aiskrim, tuang dan siap....



2 jenis Aiskrim iaitu Choki choki dengan MILO.. Panas2 gini memang best je layan, sejuk je lalu kat tekak.

Part qenyah bila buat aiskrim coki2 dengan nak tarik bagi simpul tu, tapi belasah jela sebab sendiri yang nak makan kan :)

Dalam dok qenyah nak simpul tapi dah 3x buat aiskrim Coki coki ni, sedap punya pasal sanggup..hahaha