Jeruk Mangga Homemade

Jeruk Pelam ke Pelam Jeruk ye? Konfius den..muahahahaa
Jeruk Pelam kang sama cam Jeruk Pelam Asamboi pulak, tapi ni Pelam yang kita jerukkan, ala yang macam Jeruk Madu Pak Ali tapi yang ni Jeruk versi MJ la..hehehe


Kat rumah banyak pelam telur muda ni, nak menyicah mau cengkey gigi ha, lagipun setakat sorang je nak nelan kang mencirit plak..huhuu..

Dan tetiba MJ teringat jeruk pelam yang penah rakan blogger kita syer Ina Intan Berlian (right click kalau nak baca) apa lagi mulalah operasi memotong.. Serius masa kejadian begini (lepas kena potong) Ya Allah menjejes air liur nengok ha, apatah lagi bila 'dengki' syer pulak di FB maka ramailah kawan2 FB turut meleleh air liur..hahaha (jahat nau ajak ramai2). Serius ampun takde niat pun awalnya, saja je update kat Fb (maklumla FB ku suam2 kuku je) tak sangka ramai peminat pelam ni ye.

Ok memandangkan resepi asal dari Ina memerlukan perendaman dengan air kapur, dan memandangkan juga rumah MJ takde kapur bagai, maka MJ cuma rendam dengan air garam saja.. (Tujuan rendam dengan kapur nak bagi pelam krup krap bila dijerukkan nanti) tapi MJ terpaksa pasrah kalau jeruk MJ tak rangup kejadiannya nanti..huhuuu

Korang kalau ada kapur rendam la dulu dengan air kapur ye selama setengah jam kemudian cuci dan toskan, dan lepas tu rendam pula dengan air garam selama 2 hari atau selepas pelam bertukar warna. (MJ rendam dengan air garam selama 3 hari, gigih nak tunggu pelam tu tukar warna tapi tak bertukar, ingatkan dah tak jadi sedih tau, semua salah si Kapur tu)..huhuuu
p/s : Rendam sehingga pelam tu terhapus tau, baru dia akan perap sekata ye

Lepas tu cuci dan toskan air garam, masak pula air gula..
Cara Masak (MJ ikut resepi Ina) - 1 cawan gula 3 cawan air, masak sehingga mendidih dan sejukkan lepas tu masukkan pelam yang dah tos tadi rendam pula selama 3-4 hari dengan air gula ye. Masa ni MJ dah masukkan dalam fridge biar dia sejuk dalam tu bila makan perghhhhhh terbaik..hehehhe



Pelam MJ yang dah siap jeruk, walau warna tak bertukar seperti diinginkan tapi MJ puas hati bila Mak MJ dan kawan2 puji yang pelam ni sedap, rapuh, tak manis sangat dan yang penting tak masam.. (terus vangga okeyh tak sia2 menunggu pelam ni selama seminggu)

Jadi kesimpulan walau ianya tak rendam kapur tetap rapuh cumanya kurang krup krap jela tapi memang terbaik sebab tanpa pewarna, tanpa perasa tiruan tetap menjadi.. Thanks to Ina kongsi resepi pelam jeruk ye.

Gambar pelam2 yang lain memang takde la sebab tak ambil tapi kebetulan yang ni MJ ambil sebab nak balas bekas ofismate ha so kasi layoq dulu kat dia sebelum bekas ni bertukar tangan..hehehe
Dia yang tak suka makan pelam (sebab masam) boleh makan tanpa sedar sebab sedap punya pasal.. so pasni boleh buat lagi la.

Semua dah diagih pada Mak dan juga kawan2 di ofis, cuma tinggal sikit je dengan MJ. Tu pun Mak pas lagi Pelam Telur muda suruh buat lagi, ampun Mak mood rajin tu takmai pulak ha..huhuuu



Rentetan kisah Malu di Mydin

Sambungan dari kisah Memalukan di Mydin



Kemudian MJ pun dapat panggilan dari pihak Mydin, kalau tak salah dia ketua Security di Mydin.

Setelah berbincang bersama ketua Mydin cawangan Seberang Perai tu, mereka bersetuju nak gantikan bedak MJ dengan yang baru pada nilai yang sama. Dan minta MJ ke CS Mydin untuk menuntut, fikir balik rasa malas la nak ke sana semata2 untuk bedak yang tak seberapa, hati pun dah tawar lepas kejadian tu.

MJ pun tak kisah sangat pasal gantirugi bedak tu sebab harga bedak pun tak seberapa berbanding 'MALU' yang dapat diperlakukan sebegitu oleh Guard Mydin..

MJ dah pun highlight kepada pengurusan Mydin supaya mereka mempertingkatkan mutu perkhidmatan terhadap pelanggan supaya kejadian sama tak berulang lagi.

Insiden memalukan di Mydin

Jumaat lepas (6 Mei 2016) MJ ke Mydin Seberang Perai untuk membeli peralatan Gotong Royong ofis kami, pada mulanya semua berjalan lancar sampai la ketika nak keluar selepas selesai membuat bayaran, masa nak keluar tu tiba2 scanner berbunyi makanya MJ kenalah tahan dengan Guard Mydin (berbangsa asing) untuk diperiksa.

Situasi lebih kurang begini la, cuma ada ketika bahasa Guard tu kurang jelas (kurang faham sebab dia tak berapa pandai bertutur dalam Bahasa)
Guard : Nak tengok beg
MJ pun tunjukkan bahagian dalam henbeg
Guard : Ada beli ka itu bedak ka yang kompak punya?
MJ pun keluarkan tunjuk bedak kepunyaan MJ yang dah beribu kali calit di muka pada Guard.


Dia pun pegang span bedak MJ (mula dah rasa tak syok) dan TIBA2 Guard tu tanpa soal lanjut terus korek bedak MJ.. Apalagi MJ marah lah dia sesuka hati nak korek bedak haku apesal??
Lepas tu dia bagi semula bedak pada MJ tanpa ucapan maaf dan masih tak berpuas hati.

Guard : Masuk balik ke dalam dan keluar
MJ pun ikut arahan dan bila lalui scanner tu masih berbunyi & menyala lampu
Guard ambil henbeg MJ dan suruh MJ ulang masuk keluar semula melalui scanner tu, dan scanner tu tak berbunyi, lepas tu Guard halakan henbeg MJ maka scanner tu berbunyi.

Guard : Ini beg ada bunyi, apa ada ambik?
MJ : (sedikit bengang) U ada tengok kan sendiri I punya henbeg bukan ada apa barang pun (sambil MJ buka semua bahagian zip dan tunjukkan pada Guard) tapi dia tak berpuas hati lagi suruh keluarkan semua barang nak scan 1 persatu.
Memula dia scan wallet MJ, tak berbunyi lepas tu henset pun tak bunyi, dan last cuma tinggal segugus kunci MJ dengan bedak, itu je. tapi Guard tak puas hati lagi ambik henbeg MJ bawa masuk ke dalam (bahagian Cashier) dan scan, tetap berbunyi.

MJ : Apa lagi U mau check U ingat I pencuri ka?
Guard : tadak la, itu bunyi mau bagi mati
MJ : Habis dah scan tu bunyi I mau buat apa lagi, mana I tau pasaipa.. U sendiri dah tengok kan henbeg I mana ada apa barang.

dan ada 1 family belakang MJ  (tunggu giliran sebab sangkut dekat MJ) kata dekat Guard, ini scan rosak kot..

Lepas tu baru Guard bagi kami keluar, insiden ini benar2 telah memalukan MJ apabila terdapat mata2 lain yang memerhatikan kejadian tersebut, seoalah2 MJ adalah pesalah di sana.. Jika itu prosedur biasa MJ faham tapi perlu ka sampai nak memalukan pelanggan (sebab Guard tak jumpa 'barang' yang kononnya MJ dah ambik) dan 1 lagi yang tak boleh diterima bilamana bedak MJ dirosakkan oleh tangannya.
Geli kot nak tempek kat muka, dah la kena korek, konpem la MJ akan buang bedak tu. Memang SAKIT HATI, sepanjang perjalanan dok fikir apa punca lah henbeg ni berbunyi.

Mula tu MJ ingat pasal keychain ka, tapi macam mustahil sebab nya henbeg ni bukan baru sekali MJ guna, tapi dah setahun lebih, merata corok Mall MJ dah terjah tapi takde pulak berlaku insiden memalukan sebegini..
Lepas post di FB ada kawan komen pasal barcode, lepas godek memang barcode henbeg ni MJ ada selit didalam, mana tau nanti2 nak letgo ka at least ada barcode tu sebagai bukti, tapi yg pelik wallet MJ (brand yg sama) pun ada barcode di dalam, tapi takde pulak bunyi bila Guard tu hala di scan..

Kenapa scan di Mydin je henbeg MJ ada masalah sedangkan di lain2 Mall yang MJ pernah terjah (bukan hanya di Malaysia tapi di Mall2 kat Thailand takde pulak ada masalah begini).

MJ ada PM di FB Mydin konplen pasal Guard dan insiden memalukan yang berlaku dan juga kesilapan harga tag berbeza dengan resit, dan ada maklumbalas dari pihak Mydin, MJ pun dah sertakan resit serta gambar bedak kepada mereka, tunggu jela tengok.
Sekian...

Sambungan boleh baca di SINI