Rezeki Mak Abah menang Pakej Umrah dari ALTEL

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur atas nikmat rezeli dari-MU.


Jumaat lepas (26/Aug/2016) my Abah menerima panggilan telefon dari pihak Altel dan rezeki itu telah memihak pada Abah apabila menang hadiah BONUS iaitu PAKEJ UMRAH bernilai RM16 ribu untuk 2 orang.

Dengan syarat ketika menjawab panggilan mestilah menyebut ALTEL dan bukannya HELLO.


Asalnya memang Mak Abah merancang untuk mengerjakan UMRAH pada penghujung tahun ini, tetapi kebanyakan dah penuh, jadi posponlah ke tahun hadapan. Tapi siapa sangka kalau dah namanya rezeki Allah mudahkan dengan mendapat tajaan penuh ke sana..

8/Sept/2016 majlis penyampaian hadiah, cheque akan terus diberi kepada Tabung Haji dan insyaAllah akan berangkat ke Tanah Suci pada bulan Disember 2016. (Updated by Tabung Haji : 17 Nov 2016 - 27 Nov 2016)

Terima kasih ALTEL dan juga Terima kasih pada Tan Sri Syed Bukhari atas tajaan ini. Moga terus  berjaya dan dimurahkan rezeki.. 


My favourite Rambutan Sejuk

Dulu tak reti buat gini, dulu-dulu bila nak makan je baru kupas tapi makan la kot sebiji dua lepas tu tak makan dah, reason - malas kopek..huhuuu

Tapi lepas viral dulu pasal kopek siap2 letak dalam peti ais baru makan, bila dah try buat.. ya ampunnnnn sedap giler makan masa Rambutan tengah sejuk.. Nikmat oowwhh...


Kebetulan semalam kitorang ke Balik Pulau untuk mengurut, tup2 nampak sorang pakcik ni meniaga Rambutan, my Mum tanpa fikir panjang terus beli RM10 bersamaan 5kg. Tapi tak nyesal beli sebab buah dia manis, biji lekang, isi tebal dan rapuh.. sedap sangat.

Yang nyesal sebab beli sikit..huhuuu bila dah kopek letak fridge gini konpem sat ja abes ha.

So sapa buat gini jugak jom kita jadi geng..hihiihi


Homemade Popia Cream Cheese Ayam

Popia ni dah lama viral kat FB tapi MJ je yang tak berkesempatan nak cuba buat. Entah macam mana hari tu mai mood rajin, jadi balik kerja terus p Giant beli barang, malam tu jugak buat.. huhuu punyala nak makan tapi yang best sebab memang sedap hokey..

Cuma bahan-bahan dia boleh tahan mahal jugak la, takpela dah nak makan sendiri kan no hal la..


MJ beli kulit popia yang saiz kecik je, so senang nak ngap.. Jadi resepi ni MJ olah untuk 1 adunan aka 1 peket kulit popia


1. Mula-mula tumis sebiji bawang besar (potong dadu) dan 3 ulas bawang putih (cincang) sehingga layu, kemudian masukkan 200gm ayam cincang / ayam segar yang dihiris halus, kacau sehingga masak.
2. Masukkan 3 batang sosej yang dihiris kecil (kalau tak suka tak yah masukkan-maybe akan lagi sedap rasanya), kacau sehingga sosej hampir masak.
3. Kemudian masukkan 1 tin Campbells (Cream of Chicken), keret yang dihiris halus dan juga setengah tin mushroom, kacau sehingga sebati.
4. Perasakan dengan lada hitam, lada sulah, gula. (Garam MJ masukkan sikit je, tapi dah secukup rasa kalau tak letak garam pun).


Inti dah siap maka bermulalah proses membalut, MJ lekatkan dengan bancuhan tepung jagung.. Next trial MJ nak letakkan kepingan cheese/cheddar bagi lebih bercheese..hehehe






Dapatlah 1 tupperware panjang ni penuh, sekali hadap kompem abes 5 keping.. hohooo


  MJ punya nampak kurang berkrim kan, lepas ni nak letak susu sikit la, cuma hati-hati masa menggoreng sebab takut meletup..hehehe Jadi MJ frozenkan semalaman, esok pagi goreng alhamdulillah tak meletup.. Cuma perut tercirit sikit, maybe overload of Inti kot..hahaha



Nota MJ : Haritu beli bahan extra tapi kulit popia lak p beli 1 peket, dok ingat lebih ha.. So terbantut nak try versi lain (tanpa sosej) dengan Popia Ketam Cheese plak.
 

Pertama kali makan Durian Musang King

MJ memang peminat tegar Durian, tak kisah apa jenis janji nama dia durian mesti cheq suka. Tapi my asben bukanlah penggemar durian.. Sebab tu kalau nak beli cukuplah sendiri setakat sebiji dua je sebab nak abeskan MJ jela.. Tapi MJ layan yang original kena ada buah durian la kalau olah olah ni tengok gak pada menunya.

Kalau Durian Crepe ka, Kuah Durian ka Tempoyak ka memang layan, suka sangat.
Kalau Pulut Durian ka (pulut tak makan), kek durian ka kuih talam durian ka (belum pernah try) yang tu lambat sikit la nak cuba..hehehe

MJ mungkin agak ceciwi la sebab pertama kali makan kan, pasni mungkin lambat la nak dapat makan pun, maheyyy oiii :)

Bayangkan bila buka je durian terus terpandang rupa gini bahagianyaaaaa dengan isi kuning tebal, biji halus je tapi seulas je dah puas giler makan.. kira berbaloi la dengan harga pun.


Setiap pangsa isi penuh, puas hati takde yang rosak pun.


 Nyam nyam sooooo delicious..hahaa


Sebiji ni aje berharga RM50 lepas asben mintak diskaun..huhuuu, tak besar mana pun.

Alhamdulillah dapat gak merasa durian Musang King aka Raja Buah yang super sedap, asben pun layan sebab buah mahal punya pasal kan.

08.08.2009 ~ 08.08.2016

Gigih nak jugak..hahaha

Orang lain update kisah Anniversary Nikah, tapi MJ kisah Anniversary bertunang..hahaha tak ke gigih namanya tu.

Tapi boleh jugak dijadikan sebagai Anniversary ke 6 (August 2010) untuk blog CELOTEH MJ ni. Blog tertubuh mulanya sebagai nak abadikan memori terindah untuk MJ, sebab masa tu tak tau sangat blog tu apa, fungsi untuk apa, nak buat lagumana so sebab tu awal2 kemunculan ayat yang diguna seperti #entah_ape_entah je.  (malu bila baca balik).


Ni OOTD masa bertunang dengan tema kegemaran MJ biru dan pink, 
Baju dalam (pink) : Dijahit oleh my MUM, manik di kaki baju oleh MJ
Baju luar (biru) : Beli di Sarawak tahun 2008 
Tudung (dalam) : Bawal Manik
Tudung (luar) : beli dari tukang mekap..hehehe
Mekap : oleh jiran aka kawan pada mak.

Alang-alang dah update tu kita kasi #throwback la...hihii

Kek hantaran dari MJ kepada Suami


Hantaran dari pihak MJ


Hijau sebelah pihak asben


Cincin belah Rotan - Merisik
Cincin batu - Bertunang


Last but not least - Dulu kurus sekarang dah tembon.. sobsob..


Memandangkan dah bertahun baju tunang terkurung dalam almari, ada sebelum ni minta MJ jualkan tapi alahai sayang giler kot, ingat nak buat sewa la.. huhuuu ada yang berminat? tapi dulu MJ kurus je fit saiz S-M, tinggi dalam 150cm je.
Sekarang jangan tanya berat berapa ye.. huhuuu

Perodua Bezza dari Kacamataku

Ewah-ewah tajuk kemain ko kacamata bagai, macam la pakai spek mata nak berkaca-kaca bagai..huhuu.

Bukan apa, tadi MJ singgah Perodua sebab nak hantar my baby suruh diorang check tengok pasaipa tetiba lampu legbrake asyik menyala je sepanjang masa walaupun legbrake dah dilepaskan. Rupa-rupanya diorang cakap BrakePad dah haus (tukar Julai 2014) dan minyak brake dah kurang.. Total servis dalam RM300..huuhuhu (**Telan air liur**)

Sambil-sambil tu terus p jamu mata sat dengan Perodua Bezza yang baru dilancarkan tu. Sebab kitorang suami isteri ni ada gak congak mendongak nak trade in Alza ke Bezza.. Yelah naiknya berdua je, hari-hari lenjan MJ sorang je p mai p balik kerja setiap hari, rasa nak beralih ke kereta sedan semula lah. Boleh jimat komitmen bulanan sebab kitorang nak simpan nak bina rumah idaman nanti..Aminnn..

MJ ushar Bezza 1.3 Advance, harga dalam RM50ribu ++ On The Road.


Seriusly memang cantik sangat Bezza ni, dari belakang nampak macam Toyota Vios. Bonet memang puas hati la besar gedabak..


Bahagian depan seperti kereta Axia


 Bahagian depan pun cantik dengan teknologi Push Start Button.


Cuma slack tang seat belakang, tegak 90' darjah, untuk perjalanan jauh sangat la tak sesuai, kesian dekat penumpang mau lenguh belakang ha.. MJ takpa la dok depan..hahaha

Overall memang berpuas hati sangat, cuma tang seat tu saja tak puas hati, hopefully mana tau ada Bezza second version ka haruslah ku rembat..


OOTD Hari Raya Puasa 2016

Orang lain dah lama update OOTD for Syawal, MJ baru la nak simpan kenangan di blog yang semakin diabaikan ni..huhuuu


1st Syawal bergambar sensorang aje dulu du Pagi Raya sebab cik abe kena ke tempat kerja sebentar..sobsob.

Ni pulak OOTD my Parents yang berlatarbelakangkan sawah padi yang menghijau.. sejuk mata memandang.


OOTD adik kedua MJ bersama family kecik dia.. Kemain Firas ngan Ilhan berbaju Raya Upin Ipin.

Hari Raya pertama tak kemana-mana cuma ke rumah mertua je beraya sekejap kemudian en suami kena kerja, so beraya la sensorang lepas tu.. Tapi Raya kedua takde maknanya nak sensorang lagi, cik abe masih lagi kena kerja jadi apalagi ku balik rumah familyku untuk keluar beraya bersama..hehehe


OOTD Raya ke dua masih lagi tema hijau.. Jom kita beraya di kampung sebelah Abah, Selama, Perak.

Adoiiiii Ilhan, dah berapa kilo ni, senget benget ciklong dukung ha.. Dulu boleh la sikalang sekejap2 takpa.



Adik beradik MJ tapi tak cukup adik sorang laki dia takmau bergambar, so ada lah terselit adik ipar MJ kat situ..hehe


Dan Ni Raya ke tiga, keluar beraya rumah beradik2 sebelah suami kejap sebab lepas tu seperti biasa en suami kena kerja..


Kesimpulannya en suami kena kerja berterusan dari hari Isnin (kita raya Rabu) sampailah bertemu Isnin pulak.. Gitulah rutin kena hadap bila kami 2 kampung dekat.. Boleh kata 3 tahun dah en Suami akan kerja di hari Raya.. Tapi takpe MJ pun ok aje..

So itulah kisah OOTD MJ dari Syawal 1 - Syawal 3..  Terima kasih sudi baca..hehehe

Jamuan Raya aka Dinner di De' Pauh Garden, Permatang Pauh

Untuk pertama kalinya kilang MJ mengadakan Jamuan raya di luar kawasan kilang, sebelum ni semua buat di dalam je. Kali ni big bos nak ubah angin buat di kedai pulak..
Jadi segala persiapan MJ la yang kena uruskan dari mula sampai abes, dah nama HR kan, so Hadap Reja la..


My ofismate fren, Ayu dan Umi (Ayu masa ni mengandung 8 bulan)


Dan ni Liyana merangkap bakal sepupu MJ, bulan 9/2016 ni nak langsung majlis kahwin mereka, bakal suami liyana adalah sepupu my asben (Itupun dapat tau bulan 1/2016 masa majlis tunang diorang..hahah)


My ofis team bersama big bos (our DMD - Deputy Managing Director)


Perasmian makan-makan dari big bos, asal nak tangkap gambar dia aje tapi pastu terus ajak MJ  gambar sekali, so nak gambar gitu je macam tak cun kan, terus MJ pinjam pinggan orang belakang kejap habuan nak bergambar..hahaa


Gigih tumpang nak menyelit, belakang tu sebahagian dari R&D Team, jeles tengok diorang bergambar so kita selfie menyelit..hehehe


Dan ni BA team (Business Admin yang menggabungkan Dept Admin/HR - MJ, Finance dan juga Material)

Dan ni sebahagian dari Production team (ada Engineering, QA dan Production), kilang kitorang tak ramai sangat pekerja.


Dan terima kasih pada pekerja-pekerja De' Pauh Garden (berbaju Oren) kerana servis dan layanan korang yang super duper letop.

Dan bawah ni menu-menu yang dihidangkan kepada kami, sedap dan terbaik.. tambahan Nasi Beras Basmathi..perghhhhh layannnn...

Ayam Masak Merah

Gulai Terung

Daging Masak Hitam

Side Dish - Roti Jala Kari Ayam, Nasi Himpit Kuah Kacang dengan Lemang Rendang Ayam.

Majlis bermula 6.00 petang dan berakhir 8.00 malam, yang buat MJ terharu bila bos memuji usaha MJ katanya terbaik dan di luar jangkaan dia.
Dan tahun depan dia minta MJ cari tempat yang ada ekon pulak - EKON kalu Bos bajet kena lebih la..hehehehe