Buat Aiskrim Oreo dengan 3 bahan, sedap!

Baru-baru ni viral dekat FB kek 2 bahan kan, jadi dengan semangatnya nak menerai kita pun mintak lah en suami belikan bahan ha, dah la bahan mudah di cari, memang suka lah nak mencuba kan.?



Tapi memandangkan periuk kukus ku tak ada, nak membakar takut tak menjadi, almaklumlah resepi semua kukus kang kita memandai tak sedap rugi ja..huhuu


Pastu en suami cakap buat aiskrim lah, kita cakap aiskrim ni kena blender lama baru smoothies lepas tu nak macam2 bahan ha, lepas tu kita pun oklah try tengok jadi ke idak 😊

Dari 2 bahan untuk kek tadi kita cuma tambah susu pekat je dalam setengah tin then blender dalam 2-3 minit camtu ikutlah pada blender kita.

Kemudian letak atas bekas, tabur lah dengan apa yang kita nak tabur. Plan asal nak buat ala-ala aiskrim gulung tu yang buat nipis je

Ni selepas dibekukan dalam 2 jam macam tu


Dengan semangatnya try lah nak menggulung, hahaha gelak kat diri sendiri sebab tak menjadi, aiskrim masih belum beku cukup kot, disebabkan tak menahan nak rasa belasah jela tapi yang paling penting --> sedap sesangat okey.

Nanti nak buat kek Aiskrim stoberi pulak, kebetulan kawan pergi Cameron jadi pesan dekat kawan je Stoberi Cameron..nyam2 😘

7 comments:

  1. yg penting sedap kn..skarang smua viral brp bahan je ..xpayah byk2 bahan hehe

    ReplyDelete
  2. Terus nampak macam eh sedap plak...tak pernah lagi buat eskrem sendiri...

    ReplyDelete
  3. @mama tisya

    Kannn, semua nak resepi yang senang dan yang penting sedap :)

    ReplyDelete
  4. @Amanda Suria

    Lepas ni boleh buat la sebab senang je resepi ha, 3 bahan je..hihii

    ReplyDelete
  5. kreatifnya..

    Oven ada x?
    Kalau ada oven, boleh kukus dalam oven. Letak air kat tray bawah tu. loyang letak kat besi lubang garis2 tu. Eh, apa nama ek..

    ReplyDelete
  6. x pe MJ janji sedappppp dan boleh mkn

    ReplyDelete
  7. wahh mcm senang je nak buat..tp eca bukan penggemar oreo.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)