Perodua MyVi baru memukau MJ

Seminggu selepas pelancaran Perodua MyVi baharu versi 2018, MJ ajak en suami pergi showroom untuk tengok sendiri, kalau hati berkenan kitorang terus nak booking (ewahh lagu orang kaya main senang2 berkenan je booking..hehehe)

Masuk saja pintu perodua terus dihidangkan dengan warna merah yang membuat kami teruja sambil cakap cantiknyaaaaaaaaa.. hati automatik berkenan terus tak cakap banyak dah 😄


Bahagian bonet juga luas


Tayar spare (bukan lagi tayar kecil pada setiap perodua sebelum ini) siap dengan tayar dan rim ha tersimpan di bahagian bawah bonet


En suami pun dah berkenan jugak, yes! ada can..haha

Salah 1 ciri istimewa MyVi 1.5cc yang tak ada pada varian 1.3 ialah 'Built In Smart TAG'
Kita hanya masukkan kad Touch n Go dan terus lalu di lorong Smart TAG tanpa perlu menghalanya di cermin lagi. Baki akan dipaparkan dan akan ada signal jika baki kad menghampiri RM10.00
Pastu tak payah dah nak beli bateri 9V untuk tukar ganti, sebab built in smart TAG ni menggunakan bateri kereta.

MJ ada gak bertanya dengan salesman perodua bagaimana andaikata bila lalu di lorong SMART TAG tetiba ja palang tak nak buka sebab tak detect? 1 kerja pulak kena undur kereta 😔 
Sedangkan smarttag reader sekarang pun macam-macam masalah yang dihadapi pengguna ha.
Jawapan yang diberi buatkan MJ jadi kena fikir sendiri andai berlaku macam tu.
'Kami tak pernah TEST lagi untuk masalah kejadian seperti yang PUAN soalkan'.
Bak kata Nabil ' lu fikirlah sendiri' hahah


Seat belakang juga memuaskan hati MJ, jika Perodua Bezza sebelum ni MJ tak berkenan dengan bahagian seat belakang, tapi MyVi ni MJ suka 😍

Amacam u olls, taknak booking ke? hehehe

Ni harga untuk MyVI baru.. MJ siap bagi perodua nilakan en Alza MJ, memang 100% berkenan dan confirm nak trade in je masa tu cuma kena check dulu dengan Bank berapa lagi hutang yang tinggal.

Setelah 3 hari berfikir sedalamnya, rasa sayang pulak nak tolak en Alza setelah hampir 6 tahun dia berkhidmat tanpa sebarang masalah dan bila tukar ke MyVi maknanya kitorang kena hadap lagi komitmen hutang kereta untuk kembali menjadi 9 tahun.. adudududu sedangkan en Alza hujung tahun 2018 (setahun je lagi) dah nak habis bayar pun.

Memang orang cakap jangan sayang pada kereta sebab tak bernilai, tapi MJ sayang tu memang la sayang tapi sayang lagi duit yang kena tabur untuk kembali menjadi 9 tahun pulak..
So kena tutup mata, cuba untuk tahan dulu kehendak untuk setahun je lagi, mana tau bila habis hutang en Alza MJ trade in balik ka.. 😬

Kata orang biasanya 1st model akan ada problem, tapi so far en Alza kami 1st model juga alhamdulillah sihat tanpa sebarang masalah kritikal.

So u olls sapa dah beli MyVi baru ni cer komen tengok :)


12 comments:

  1. MyVi baru memukau hati Siqah juga!! Cantik!

    ReplyDelete
  2. wahhh tayar spare.. xpyh beli tyr baru ni hahhaa

    ReplyDelete
  3. samalah kenan kat myvi baru ne hah..tp blum p showroom lagik.
    nak bndg myvi baru dengan kia rio..klu lbh kurang xnak a..sbb kia rio tu rendah.susah nak masuk klu jln2 kampung.
    bezza pun kenan gak sbb ruangan bonet dia luas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ade ke beli myv tu? meh wsp sis.. sis sales advisor perodua bole bantu.. ade feeegift special juga nk bg ni.. save no akak ya 01116930576

      Delete
  4. berkenan gak myvi ni sebab nampak lagi cantik. tapi target nak cari family car besar sikit. senang balik kampung bawak toto, bantal segala

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomla tgok kete dan akak bntu utk wat budget tu.. akak perodua juga.. wsp 01116930576..

      Delete
  5. cantik memang cantik, tp bab menambah hutng tu yg tak cantik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ni.. kene try ejas wat dua income dik.. akak bole bantu.. hihi.. barulah senang hati pakai kete idaman..

      Delete
  6. Memang cantik pun myvi baru ni. Design dia pun da memukau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik.. jom la dtg tgok kete.. sis bole bantu ejas loan cmne.. nt kite try tgok k... wsp la 01116930576

      Delete



  7. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)