BE telah ditarik ke ME

Mood sedey di akhir tahun 2010.. huhuuu
Yela MJ tau, sejak sebulan kebelakangan nie MJ agak kurang dengan blog.. :(
Sebab tu jadi lagu nie...
Tp takpela, dah takde rezeki kan... So MJ terima dengan rela walaupun sedey...

Kalau setakat 1 @ 2 BE je kena tarik rasa ok sikit kot,
Sebelum nie my 1st BE dah Metered.
Nie korang nk tau tak, bnyak oooo..huwaaaa.. :(
Sebanyak 4 BE telah ditarik menjadi ME, dari 8 BE yg menari2 sebelum nie,
yang tinggal cuma 4 je, tu pun macam dah jarang2 keluar...






Hadooiilaaaa... Takpela, usaha lagi kan...
Dan ada 1 lagi yg buat MJ bertambah sedey, followers MJ telah kurang seorang..
Adakah sebab blog MJ nie dah tak best??
Ntahler, lgpun kita tak memaksa orang untuk follow kan..
Terpulang pada masing2.. Terima kasih pada semua yang masih setia ye...




Tahun baru 2011 menjelma dengan azam lebih bersemangat supaya lebih kuat..
MJ doakan kejayaan korang semua dan sama-samalah kita menjadi yg terbaik
dari tahun yang sebelum nie k..
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011...





p/s : Esok, contest MJ bermula.. sudi2lah join ye.. :)





Segmen Jom Berkenalan

Salam..  Sebagai salah seorang blogger baru, MJ nak join Segmen Jom Berkenalan nie dari Bro Loqman Hakim




Jadi, kena la jawab 7 soalan dulu dari Bro..


a) Apakah Status anda?
  - Seorang anak, kakak, isteri dan juga pelajar


b) Ceritakan tentang diri anda?
  - Saya Maira merupakan anak perempuan sulung merangkap kakak kepada 4 orang adik beradik. Sudah berkahwin dan tinggal bersama keluarga, insyaAllah dalam perancangan akan tinggal sendiri wif my luvely hubby. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran secara jarak jauh di USM Pulau Pinang. Tinggal 2thn++ untuk tamatkan pengajian, insyaAllah.


c) Ceritakan tentang blog anda?
  - Blog ini ~ Celoteh MJ banyak berkisar tentang diari hidupku seharian yang mana rasa perlu dikongsikan dengan alam maya selain tempat untuk meluahkan apa yg dialami, dibaca dan apa saja yg dilihat.


d) Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog?
  - Saya nie takdela pandai bab2 nak memberi nasihat, maklumla masih baru, tp dunia blog nie memang best, dapat berkenalan dengan ramai orang dari seluruh pelosok negara. Memang berbaloi...


e) Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda?
  - Uniknya blog MJ nie ye?? hmm apa ye... Mungkin sebab saya nie suka berceloteh kot.. hehee


f) Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
  - InsyaAllah akan terus kekal dengan blog selagi terdaya, sebabnya dah sebati dalam diri, rasa tak lengkap hidup kalau tak buka @ baca @ tulis dalam blog.. Dan Impian ingin trus berjaya dalam arena blog seperti otai2 blog sekarang.. Aamiinnn...




Tutup Atas Tapi Buka dibawah

Zaman sekarang nie macam2 fesyen ada kan..
Sebenarnya tak salah kalau nak berfesyen nie asal kena gaya dan adab kita
especially yg bertudung..

Kita yg bertudung nie boleh pe berfesyen2 asal menutup aurat...
Tp zaman dunia moden nie entah apa yg ada difikiran sesetengah remaja @ gadis @ wanita bertudung yg terlalu mementingkan fesyen sehingga terlupa @ sengaja tidak mempedulikan adab dan etika...

Meh la kita tgk pic2 yg MJ amik dari Tok Aji ~ nak baca lanjut korang terjah je link tu k..













Nak gmbar lebih, jengah je blog Tok Aji ye.. bnyk info berguna...



Memperkenalkan.....!! MJ new blog...

Salam... Entry nie adalah bertujuan untuk mengumumkan kewujudan blog baru MJ.. hehee
Disebabkan minat giler join GiveAway, Contest mahupun Lucky Draw,
maka dengan ini MJ menubuhkan blog khas untuk CGL...
Blog Celoteh MJ akan beroperasi seperti biasa, yg akan terus mengisahkan diari hidup MJ
dan pelbagai isu2 lain..


Akan tetapi...!!! Blog utama akan ada CGL nie, ikut pada keadaan juga..
Yela sebab blog CGL MJ masih baru, belom ada rakan maya (follower) lagi,
so mana yg perlu MJ akan umumkan disini.. =)


Dengan tertubuhnya blog CGL nie, maka MJ akan adakan contest pertama pada tahun hadapan
iaitu pada 1.01.2011
Contest tu akan diumumkan disini.. So korang nantikan contest nie ye
(dah tak lama pun, tinggal 2 hari je)


Pemenang untuk contest nie akan menerima hadiah >>>>



Wang Tunai...
Tp takler banyak, cuma sekadar kemampuan dan
memeriahkan blog baru MJ, tu je..

So nantikan ye (If sudi join)




Oh ye.... Nak tau link ke blog baru tu tak?????

Kalau sudi terjah ler, masih banyak yg perlu dibaiki, takpe pelan2 :)






http://mairasukacgl.blogspot.com/



TQ.....

Giveaway Eqbalzack 'serba satu'

Masa MJ BW ke blog Gadis Kampung MJ nmpk GA nie, nmpak menarik, adiah pun da bom!! nk tau adiah pe?? Barangan Ikea berharga RM 111.11.. Wow, rasanya blogger nie minat ngn angka 1, GA nie pun tajuk serba 1, dan due date pun 1.1.11 pada 1.11am..
Hadiah juga ditawarkan untuk 11orang (1 utama, 10 saguhati)



Senang je nk join, syarat pun mudah...
Nak join?? Meh klik SINI

MJ nak tag Syu90.. :)
Kalau korang lain nk join pn ok...




Souv3nier FroM MeLaKa GA - by nureen

Salam... MJ nak join GA lg... hehehee
Nie banner yg sgt comel... :)
Hope MJ bertuah...


 
Due Date : 31 Jan 2011..
Ayuh join reramai..heheee..
Ada 5 souvenir dari Melaka yg ditawarkan....

Nak join?? Meh klik SINI




Gaya cantik artis wanita di ASK

Entry sebelum nie MJ layan pic Gaya Maskulin Lelaki, masih dari ZonArtis,
So jom kita layan artis wanita bergaya di ASK 2010, gambar juga diambil dari ZonArtis
Korang leh terjah lagi link tu sebab ada ramai lagi artis wanita dengan pakain masing2...


Cantk sangat baju Erra nie, MJ berkenan dengan ton warna yg lembut..
2 2 nie my feveret kaler.. 



Baju Eja pn cantik gak..
Macam anyaman tikaq je.. tp cantik.. 



Diana Danielle @ DD yg cun malam tu..



Abby Abadi dengan dress biru.. cantik gak baju nie.. 


Si cantik Lisa dengan si comel Mia, seragam merah darah...




Gaya Fasha Sanda.... hitam kuning kombinasi yg cantik..



**Kira pakaian diorg mmg cantikla.. Ada yg seksi bangat dan ada yang ok ok je...**



Gaya Maskulin Artis Lelaki di ASK

Salam..Malam minggu lalu berlangsung ASK 2010.. Korang layan @tengok tak??
MJ tengok tp tak sampai abis pun sebab ada keje (asgmnt) yg perlu disiapkan,
so tak tengokla bahagian pemenang utama tu..

Masa malam majlis tu, ramai artis hadir dengan pakaian smart masing2..
Jom layan serba sikit gambar yg MJ copy dari ZonArtis
Kalau nk tengok lebih lg, klik je link tu ye..



Syamsul Yusof menang malam tu.. Bapanya tersenyum dengan kemenangan anaknya..
Tahniah....!!! 




Si kacak bergaya Fahrin Ahmad.. :)




Faizal Yusop dan Sein...
Sein sampaikan anugerah dengan Lisa Surihani dan sicilik Mia Sara..
Mmg cute....




Ady Putra dengan selendang merah.. hehee




Abg Rosyam diapit 2 gadis jelita...



MJ cam perasan selendang yg dipakai Rosyam Nor dan Adyputra mcm sama je..
Sama ke??? hehee


Hijau Cantik Giveaway

Mood GA lg.. :)
Anjuran dari Auni Journal's...





Nak join???
Meh klik je SINI

Hadiah untuk pemenang 2nd GA telah sedia!!

1st sekali, jutaan maaf dipohon atas kelewatan yang tak disengajakan untuk proses penghantaran hadiah..
Dalam entry sebelum ini dah dinyatakan sebab musabab kelewatan tersebut.. huhuu,
maap sekali lg tau untuk semua para pemenang kerana buat korang semua tertunggu2..

Ok, sempena cuti krismas nie, MJ pun dah siap bungkus adiah2 buat korang semua,
Mintak maaf lg sekali sebab ada 2adiah xdpt dibungkus atas sebab2 yg tak dapat dielakkan..
Tp jgn isau, MJ dah gantikan adiah lain yg lebih kurang sama gak..hehee..
Harap korang semua berpuas hati dengan pemberian ikhlas yg tak seberapa nie ye.. :)









Nie untuk penerima hadiah utama dari kami..
Dari 9nama yg diumumkan (termasuk hadiah khas) hanya 7orang yg memberi mklumat..
Maka baki seramai 2orang, mintak maap sebab due dh over..huhuuu




Dan nie pulak untuk penerima hadiah saguhati.. 
10 pemenang saguhati diumumkan, tetapi hanya 6orang je yg reply...
So 4orang lg, maaf ye... :)



**InsyaAllah ari Isnin @ Selasa hadiah2 nie akan diposkan...**
Terima kasih sebab sudi join...












Gambar Lukisan MJ

Masa MJ di USM hari tu, last date before balik rumah lepas exam, 
Dalam USM tu ada wat ekspo, ala jual barang2 mcm baju, keychain, makanan, mug, mcm2 lg la..
MJ mula tak terniat pun nk bli pape, sebab dok fikir masih ada masa 2thn lg leh beli sebelum tamat pengajian, so kebanyakan jalan2 cuci mata je.. 

Tapi dalam konon2 nk cuci mata tu la nak berkenan sangat pun, (Alahai dah nama pun perempuan kan, tak sah kalau tengok saja, so sambaq gakler sehelai blouse..hehee)


Dan ada 1 tempt tu yg agak menarik minat MJ bila ada pelukis yang boleh lukis gambar kita, hmmm dah lama dok impi ada org lukis muka sendiri ni, so tanpa planning terus je p, godek2 enset ada gmbaq masa bertunang dulu so etrus jadila..
Nak tgk tak hasil usahanya?? Hehee, malu i..... 



ada iras2 tak...


Dan nie pic ori nya....


Amacam!!!! sama tak??? 
MJ memang suka sangat, nampak cantik.. meuehehee








Kisah Pendita yang insaf

Ini adalah sebuah kisah tauladan yang boleh dijadikan pengajaran oleh kita semua


KISAH PENDITA YANG INSAF

Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)." Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"

Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu." Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu." Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah s.w.t. dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini."

Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali. "Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah s.w.t., tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."

Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah s.w.t., tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku." Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah s.w.t. dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."

"Maka sucitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah." Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah s.w.t., maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persauaaraanku denganmu."

Sebaik sahaja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah." Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah s.w.t. terhadap engkau?"

Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah s.w.t. dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat." Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah s.w.t., maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya."


sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunan1001kisah.htm







Lynn Azlina 2nd GA Riang Ria

Dah lama rasanya xjoin GA2 nie smnjak kebizian sebelum nieh... :)
Rasa rindu plak..hehee..
GA nie anjuran dari Sis Lynn Azlina...




Kalau nak join, meh klik SINI
Hadiahnye akan diputuskan kemudian...
Pemenang dipilih berdasarkan Lucky Draw...




Makan Kenduri Sempena Cuti..

Bila tiba je cuti sekolah, pasti ramai yg amik kesempatan wat kenduri kan...
Terutama kgkawan d zaman sekolah, ha masa nie la nk jumpa balik kgkawan lama..
Dah masing2 sibuk kan, ada yg ada family, kerjaya, study la, so kesempatan kenduri nie la masanya..

MJ pn tak sangka p knduri cuti krismas nie dpt jumpa balik kawan sekolah dulu yg mmg dah lama sangat tak tau perkembangannya.. Adalah lebih kurang 9tahun, uiiihh lama gak tu..

So korg layan jela pic2 nie ye.. tak nak citer panjang2..hehee






 Tumpang bergambar ngn hantaran pengantin... hehee





Selamat Pengantin Baru A'a @ Salfa Azura.. 
Ucapan ikhlas dari kami berdua, semoga bahagia ke akhir usia ye..





Nielah geng SMKDOB dulu, kat sebelah MJ niela kawan yg 9tahun xjumpa...
 
 
 
 
 Heppy sesangat dpt jumpa ngn korang.. mmuuaaahhh
 
 
Ok, sampai situ aje ye....  heheee....




KeraNa Dia ManusiA BiAsA!!

Kisah yang MJ paparkan nie adalah realiti kehidupan yang patut dicontohi oleh semua orang dalam memilih pasangan hidup.. Bahagialah mereka jika memilih teman yang sama2 dapat membimbing dalam menuju keredhaan Allah SWT.. Aamiiinn, moga kita sama2 tergolong ye...

Email ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk manfaat kpd diri saya dan semua.

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..



Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...


Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.


Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.


Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya.

Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.
Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka
berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan.
Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.


Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya....!!! Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).


Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.
Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.


Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.
Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua.
Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa
kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.




"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.
Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.




"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.


Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.


"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......
"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......







************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***********

Kepada Yth .........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya


Assalamu'alaikum Wr Wb


Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...
untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.


Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.


Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.


Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.


Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.


Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin




Wassalamu'alaikum Wr Wb




************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.
Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."


"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.


"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.
Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.




"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.


Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.


Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.
Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.


Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.


Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keredhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).


Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.



Wallahu 'alam




Maizawati dan Suami Menyulam Bahagia

Sedang godek2 tenet nie, terjumpa dalam web Oh!Artis pasal gmbaq Maiza dan suami..
Fuhh!!Nmpk bahagia dan romantis gitu...
Laki Maiza nie nmpk muda giler..hehee dan stylo gak, mklumla org muda kan...
So Maiza pun nmpk  muda ler jadinya..

Meh layan pic yg MJ copy dari web tue..
Kalau korang nak tgk lagi terjah je link atas tu ye.. hehee










*Nmpk muda kan laki Maiza nie..beruntung ler Maiza nieh..**