Entry 2 Kemenangan dalam 1 :)

Penutup January 2011 dengan hati yang ceria dan berbunga riang.. :)
Baru je MJ post pasal menang topup RM3, dan tak sangka ada rezeki menang lg, Alhamdulillah tuah masih berpihak buat MJ nie..


Kemenangan ke-8 di bulan Jan nie, MJ dapat hadiah saguhati dari Peraduan Teka Jumlah Duit walaupun tekaan tak tepat tapi tuan belog bermurah hati bg hadiah juga.. Hadiahnya ialah


Iklan banner bersaiz 160x80 px selama sebulan - banner anda perlu sediakan, iklan bertempat di sidebar blog






Tahniah juga buat pemenang bertuah yg lain, ramai jugak kenalan MJ yg menang nie, Cik Puan Hady, Miza, Tiefazatie, Cute Mum dan Nana.. Thniah ye..





Dan kemenangan ke-9 ialah keronsang Sabah dari Lieroseqiemie





MJ punya yg no 4 tu ye..heheehee
My feberet kaler tu.. 






Dan nie senarai pemenang, korang terjah je link penganjur ye, mana tau ada rezeki korang gak.. :)
Tahniah pada semua pemenang.. 



Harap di bulan 2 rezeki juga berpihak buat MJ.. Aamiinn..


Siapakah Pemenang 3rd GA MJ??

1st of all, terima kasih yang tak terhingga buat semua yang sudi join GA tak seberapa dari MJ.. MJ sedar hadiah yang ditawarkan biasa2 saja, tapi tujuan GA nie adalah untuk memeriahkan CGL di alam maya nie dan menambahkan kenalan..




Terima kasih sesangat pada semua tau, walau nilai hadiah adalah kecil, tp disebabkan kesudian korang join buat MJ rasa terharu tau,
Seramai 42 orang yg sudi join..
List nama anda adalah seperti di sidebar..
Korang leh renung dan tenung nombor2 bertuah tu ye... :)

Pemenang akan dipilih menggunakan bantuan random.org ye..


p/s : MJ dah konpius Due Date antara Contest dan GA..huhuu.. Maafkan MJ ya..BTW, today is 31st, makanya kedua-dua Contest dan GA MJ telah ditutup secara rasminya.. (Maaf atas kekhilafan sebelum ni)


** Keputusan GA akan diumumkan pada esok pagi (01.02.2011) entry autopublish ye...
    Senarai pemenang dah berada di tangan, cuma tunggu nak publih je.. hehee**




Yeay!! Dapat topup RM3.00

Alhamdulillah, mengena jugak nama MJ setelah agak lama tak bertuah.. heheee, sedey tu idak ler, kan tujuan join sekadar nak memeriahkan CGL anjuran rakan blogger..
So dah set di minda tak menang pun takpe (walau dalam hati nak gak menang kan..hehee) yg penting hati seronok dan enjoy..

MJ menang Contest RM 3 untuk 10 pemenang dan MJ antara 10 orang iaitu di nombor 8.. :)
Selain dapat topup, link MJ akan berada di sidebar beliau selama sebulan.. bessttnyer.. :)

Korang leh chek jugak nama pemenang bertuah yg lain di

 >>> SINI<<<





Ini kemenangan ke-7 di bulan January 2011..heheee..
Okla kan dari takde..hehee..








Ini kemenangan ke-7 di bulan January 2011..heheee..
Okla kan dari takde..hehee..

Iklan Valentine dari Penaja (HeartBeat.my)

Masa berblogwalking td, MJ nampak entry dari Mama Zharfan pasal iklan Heartbeat sekarang nie iaitu mengenai sambutan Valentine Days..

Kita sebagai orang Islam dilarang sama sekali menyambutnya dan tak sangka rupa-rupanya dalam diam kita tak sedar @ tak nampak pasal hal nie dan juga secara tak sengaja telah menampal iklan mengenai Valentine's di blog masing2.. huhuu..



Masing2 menampal iklan bukan niat nak sambut kan, termasuklah MJ juga tp tujuan kita adalah sebagai salah satu pendapatan tambahan.. Dan sama2lah kita untuk sementara waktu membuang @ tidak meletakkan iklan Valentine's sehinggalah pihak HeartBeat menjelaskan duduk perkara sebenar @ meletakkan iklan lain sebagai alternatif.


Kalau korang nak maklumat lebih jelas mengenai hal nie bolehlah terjah blog Ustaz Love sebab beliau ada menceritakan pasal hal nie..

>>>>>>>>> SINI<<<<<<<<<<<


Mulai malam nie, iklan HB MJ Hide sementara waktu sehingga ada tindakan susulan dari HB.. Ayuh kita sebagai rakan blogger sama-samalah berusaha untuk sama-sama membantu dan menyedarkan mengenai hal ini..




My 1st Contest Launch

Sticky Post until 31.01.2011
Pls scroll down 4 new entry.. TQ



Salam semua...

MJ disini nak umumkan yang blog MJ - Maira in CGL ada anjurkan contest tau...
Kalau nak join, sudi2kan lah jengah ye..



 
~ Contest yang bernama 'Saatku MilikMu Contest' sempena ulangtahun perkahwinan kami yang pertama pada 10 Januari 2011 ini..


~ Contest bermula pada 01.01.2011 dan tamat pada 31.01.2011 (11.59pm)


~ Hadiah Wang Tunai ditawarkan.

~ Nak tengok syarat selanjutnya meh la klik SINI 


TQ







Koleksi Hadiah yang diterima..


Jangan ada yang tak suka ye, entry nie adalah nak menunjuk selain kenangan sepanjang join Contest @ GA @ Lucky Draw..
Setakat nie, tak pernah menang contest lg..heheee, almklumlah cheq nie tak berapa pandai nak posing segala.. :)

Pehtu kalau ada contest yg kena bercerita plak, adoila lg cheq lomah ai..Bab nak mencipta karangan kena belajaq lagi kot..heeehee.

Ok, berbalik pd tajuk, bawah ni hadiah yg diterima join GA dari Sis Aanie yg bernama cuti2 sekolah GA. Hadiah telah selamat diterima so ambil kesempatan posing dulu... hehee..

 


 
Hadiah diterima di opis, muka lega sebab Audit ISO dah selesai..
Alhamdulillah no NCR...






Terima kasih ye Sis, keychain yg sangat cantik dan juga kad hasil tangan yg sangat kreatif...
Nie pandangan dari bahagian depan ye..





Dan nie kad di bahagian dalam beserta keychain belakang...






Tadaaa... terus gantung di opis tau...
Dan nielah sebahagian keychain dan FM yg telah diterima...
Tp bukan dari CGL tau..heee,
pemberian dari rakan2 opis..






Koleksi FM selama join CGL dalam 2bulan, aktif join CGL bulan 1 2011..






Dan nie setakat bulan 1 yg menang..


Kalau korang nak tgk lagi hadiah2 diterima dari join GA leh ar terjah blog CGL, MJ dah letakkan disidebar, sbg kenangan dan batu loncatan untuk lebih bersemangat join CGL nieh..
>>>>> SINI<<<<<<




Jom sama2 klik HB... mmmuaaahhhh.... :)





Makan Pizza hasil dari menang GA

1st nak ucap terima kasih pada Sis Nana, sebab menawarkan kupon Domino's melalui GA yang dianjurkan, dan dari GA tu lah MJ dan hubby dapat makan Domino's Pizza.. :)


Seyesli itu adalah pertama kalinya kami makan Domino's, rupanya sedap jugak ye Pizza ni, lembut je roti tu.. Konpom pasni akan beli lg...
Kami oder thru Delivery, diorang antaq lambat dalam 10minit kot, tup2 dapat lg beberapa kupon free..hehee, rezeki tuh... 





Nilah kupon yg dimenangi, 
dengan bayaran sebanyak RM 30.00 (jimat RM11.60) kami makan sampai kenyang..hehee






Nielah Pizza apa Chicken ntah flavour, dah tak ingat, main setuju je apa CS tu cakap..hahaa..
Mklumla 1st time, tak tau mana sedap mana kureng...heheee
Tp ok gak sedap...





Dihidangkan bersama Chicken Wing BBQ..
Memang seeedaaappp...






Tak rugi kalau korang nak mencuba Domino's Pizza nie tau..
Gerenti sedap...



  Jom klik Heartbeat MJ... then inform tau, konpom akan klik u oll balik...





3rd GA-Saya Mahu Foot Detox Patch dari MJ

-Sticky Post-
New Entry Scroll Down ya.. TQ 


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, MJ dengan ini mengumumkan untuk membuat GA kali ketiga buat anda semua.. Sempena dengan ulangtahun pertama perkahwinan kami pada 10.01.2011, MJ bermurah hati nak bagi hadiah buat anda semua..heehee

Contest MJ sedang berlangsung sekarang ni iaitu Contest Saatku Milikmu (pada yg dah berumahtangga, nk imbau kembali memori indah dialu-alukan join ye..), dan pada yang bujang jangan risau, meh join GA nie ye.. :) Manakala yg dah join contest MJ masih boleh join GA nie jugak.

Alhamdulillah, bulan nie bulan rezeki MJ kot, so nak kongsi ngan anda semua..





Syarat-syaratnya, mudah je ye..
a) Kalau sudi followlah blog CELOTEH MJ dan MAIRA IN CGL
b) Mestilah Warganegara Malaysia (sebab senang nak pos hadiah)
c) Buat entry ringkas bertajuk ' 3rd GA~Saya Mahu Foot Detox Patch dari MJ' tempekkan banner di atas ni ke dalam entry anda dan pastikan di link ke entry ini ye. (tak perlu letak di sidebar-kalau nak letak pun boleh, terpulang)
d) GA tamat pada 28.01.2011 (12.00am)
e) Pemenang dipilih melalui cabutan bertuah.
f) Dah siap, sila tinggalkan entry penyertaan anda di ruangan komen entry ini.



Hadiahnya seperti di atas ~ 4 orang akan menerima sepasang foot detox patch nie ye.




p/s : kepada pemenang2 2nd GA MJ yg lalu, kalau anda masih belum menerima hadiah, sila maklumkan kepada MJ ye, risau takut hadiah tak sampai sebab MJ hanya guna perkhidmatan pos biasa saja.. TQ





Menu Makanan Ringan, korang suka tak??

Hai korang.... Dah makan belom?? hehee..
Actually tak tau nak watpe, so ingat saja nak tunjuk menu petang MJ kat opis sebelum cuti esok..


Korang suka tak makan macam pic bawah nie??
MJ paling suka roti jagung, dan kena brand Delicia from Gardenia, yg lain tak berapa layan, dulu sangat suka roti coklat then skrg lebih kepada perasa jagung.




Biskut Coklat nie paling sedap pada MJ, especially bila makan selepas keluar dari peti ais,
Coklat Nips baru je try2, and rasanya not bad..







Dan korang tengokla isi dalam Nips tu..
Alahai boleh kira je, maklumla RM 0.30 je padan la pun..
Tak sampai 5min dah clear semua MJ makan..
Mula2 kulum je coklat tu, pehtu mula ar gigit2..
Mau tak cepat abis dimakan..hehee





Hanya 10 biji je...

Apapun tetap sedap




p/s : Kepada semua peserta Contest Saatku Milikmu Contest berakhir tepat jam 12.00am hari nie ye (28.01.2011).. Selepas tarikh tersebut tidak akan diterima ye..
Sila rujuk penyertaan anda di sidebar >>>>>>>> SINI





Hasil dari HeartBeat selama 2minggu

Entry nie adalah bertujuan sebagai kenangan di masa depan ye..
Setelah dunia blog dikejutkan dengan kehadiran HeartBeat (padahal dah lama pun, cuma MJ je yg baru tau..) MJ pun mencuba-cuba letakkan iklan HB nie di blog dan sekarang nie dah menampakkan hasil..


Ye MJ tau memang hasil yg diperolehi oleh MJ tak semenggah blogger lain yg dikenali, dan ada yg dah cashout HeartBeat lebih dari sekali (Setakat yg MJ perasan, Mama Zharfan dah cashout banyak kali, Cute Mum pun dah leh cashout, Miza Yusof pun sama, dan yg terbaru blog Anje aka Mama Balqis pun dah cecah RM 50++). MJ sekadar menyebut beberapa nama blogger ye, kepada yg lain, usah tersinggung mahupun berkecil hati ye...
Ini semua buat pembakar semangat untuk MJ agar meneruskan usaha dengan lebih berkesan dan efisien..heheee (InsyaAllah suatu ari nanti MJ pun akan capai seperti apa yg kawan2 lain telah capai kan..



Oklah, meh kita tengok dulu report sepanjang MJ berdaftar pada 15.01.2011







Dan nie plak hasil yg diperolehi setakat keahlian dan juga klik2 dari kengkawan semua..
TQ alll... mmuaaahhhh




Hasilnya = RM 13.90..
Moga akan terus bertambah dengan bantuan dan sokongan dari anda semua ye.. :)





Jom klik HB MJ nie ye....
U Klik I, I Klik U ok..heheee



Terimalah Kekurangan Suami Seadanya

MJ nak syer artikel yang diterima dengan korang semua selain sebagai panduan untuk diri MJ jugak..
Sama2 lah kita renungkan kisah nie ye.. Entry agak panjang, kalau sudi bacalah, bukan pe, ia amat baik untuk semua especially sebagai isteri.


Seorang isteri mengadu begini kepada seorang Ustazah,



" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?


Lalu saya bertanya,



Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

 Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.



 Lalu saya perjelaskan,


Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.


Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?







Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya





JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.

JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah orangnya.




Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".








**Sayangilah dengan sepenuh hati seorang Insan yang bergelar SUAMI yang telah diciptakan oleh Allah untuk kita sebagai seorang ISTERI..** Hargailah pengorbanan yang dicurahkan dan kenangilah zaman indah lalu yang telah ditempuhi.. Harap bertemu di Syurga nanti Suami masing2 ye..



Dah baca?? Jom klik HB MJ ya.. Then inform me I will click u also.. :)







Followers Maira in CGL cecah 100.. Thanks allz...

1st nak ucapkan terima kasih buat semua yang sudi follow blog picisan MJ nie..
Tujuan asal penubuhan blog CGL nie hanyalah sebagai 1 cabang untuk MJ join Contest @ GiveAway @ Lucky Draw yang telah dianjurkan oleh rakan2 blogger..
Menang @ kalah perkara kedua, tapi yang penting MJ dapat menambah rakan kenalan yang sama2 berkongsi minat yg sama especially dalam aktiviti CGL nieh.. :)




Hampir genap sebulan penubuhan blog CGL nie, blog ini telah berjaya mengumpul rakan followers yang kini telah mencecah 100orang.. Terharu sangat, tak sangka ada yg sudi, adakah sebab contest dan GA MJ yang sedang berlangsung tika nie yang mendorong menaikkan followers MJ..?? Tak kisahlah, tapi apapun MJ suka sangat tau..


Terima kasih sekali lagi buat semua yang sudi jadi followers blog CGL..
dan terima kasih juga buat semua yg sudi join contest dan GA yang tak seberapa MJ ye.. (Senarai peserta sila rujuk sidebar ye.. Kalau ada tertinggal tolong inform cepat2 ye sebab dah nak due date)
InsyaAllah result akan diumumkan pada ari sabtu dan ahad nie ye..



 Dah baca, tolong klik HeartBeat plak ye..hehee






Menunggu Barangan dari HeartBeat :)

Korang penah oder tak barang2 dari HeartBeat??
MJ dah terpikat ngan barangan yang dijual, dah terdetik nak buat 1 sebagai kenangan dan ingatan buat kami berdua.
Sempena bulan 1 2011 nie genap setahun perkahwinan MJ dan suami, so HeartBeat telah buat hati MJ cair dan tergoda dengan barangan tersebut..

Draft telahpun dihantar, bayaran pun dah buat, tak sabar sangat nak tengok hasilnya... :)
Memang cepat pihak HeartBeat proses oder MJ nie.
Hope nie akan jadi kejutan hadiah buat encik Suami,
dia tak tau MJ oder barang nie, konon nak wat surprise :)
dan MJ yakin dia tak baca entry nie, sebab kebelakangan nie en Suami agak sibuk dan tak sempat blogging punya..hehee.. Korang pun kena rahsiakan jugak tau, sampailah hadiah tu siap ye.. :)

Korang nak tengok draft tu tak..?? Heheee...
Harap2 minggu nie leh la dapat..



Nie draft yg diberi, nak tengok hasilnya, sama2 lah kita tunggu ye...



Pada yang belum daftar HeartBeat lagi, ayuh cepat join, selain dapat menambah pendapatan sampingan, kita boleh membeli belah jugak... Dah ramai yang income bertambah, MJ pun sama, tp lambat lg la nak leh cashout..hehee, tp tak mustahil kan akan tiba masa MJ jugak, dan begitu juga anda semua..


Pada yg belum daftar, klik je banner bawah nie ye... Tak faham leh refer MJ @ blogger lain ye..





Majlis Persandingan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah

Pengantin yang sama cantik sama padan, sana sini orang bercerita pasal perkahwinan antara pemain bola sepak negara Zaquan Adha dan pelakon cantik yang popular Ayu Raudhah. Memang mereka pasangan yang sangat secocok, moga ikatan bahagia yang dibina akan terus berkekaklan...

So MJ pun nak syer ngan korang perkahwinan mereka nie yang memang super meletup.. :)
Pelamin yg cantiin, pengantin pun berseri, nampak kebahagiaan terpancar di wajah mereka..
Anak monyet kesayangan Ayu Raudhah pun turut sama dihias tau..
Memang tersangat comel..

Gambar diambil dari Beutiful NARA 





Sorang encem sorang santek... :)









Pelamin yang sangat cantik


















 Selamat Pengantin Baru Zzaquan dan Ayu, moga bahagia ke akhir usia..



MJ dah berkenan ngan corak ukiran inai Ayu masa majlis pernikahannya, dan pasti MJ akan wat corak yg sama juga...




Dah tengok, jomla klik HeartBeat MJ nie ye.. TQ :)