Bayi kembar bercakap sesama mereka. Sangat melucukan

entah apa la yang disembangkan oleh kedua orang bayi ni. nampak cam bersungguh pulak ye. sesiapa yang dah jadi ibu boleh paham le kot bahasa diorang ni:)






Rasai pengalaman menerbangkan pesawat








Anda inginkan pengalaman menerbangkan pesawat. teringin menjadi pilot kapal terbang tapi tak berpeluang atau takut gayat. he he. anda bolehlah mencubanya  di SINI

MR Jay: kalau xde benda nak buat dan ingin membuang masa pon boleh...


Perlukan Cadangan | Untuk Menukar tema blog

MJ nak tanya kawan2 smua yang mana singgah di blog  MJ nie.. Jasa baik kalian dalam memberi pendapat amatlah dihargai.. hehee..


Nak tanya la pe pendapat korang ngan keseluruhan blog nie.. Adakah menarik?? Biasa2 je?? Tak menarik langsung?? Bosan?? Tak cantik?? Serabut??? Pening??? @ apa lagi ek..?? :) MJ sekarang memang dalam proses nak ubahsuai KESELURUHAN blog nie.. dari header, sidebar, entry, template, watermark, dan cara susunatur dalam blog nie.. MJ tau blog MJ nie kurang kecantikannye..heheee.. Maklumlah tak pandai bab2 nie semua.. So sebab tu nak tanya pendapat korang, kalau ada yang sudi tolong buat sesuatu untuk memperkemaskan lagi blog MJ nie ;)



  • Tang header tu ingat nak tukaq, sebab MJ dah lama guna header tu, so bila ada pembaharuan barula lagi bersemangat kan... :)






  • Watermark pun kalau ada yang kurang harap korang leh bg pendapat...




  • Template kalau boleh MJ nak background berwarna purple dan tulisan berwarna pink..hehee (sesuai tak??) Sebabnya MJ berkenan sangat ngan 2 2 kaler tu..:)

    I LURVE PINK + PURLE


    • Sidebar pulak nak ianya lebih teratur dan tersusun... Especially kalau ianya digabungkan dengan warna kegemaran MJ..:)



    Harap kalau ada antara korang rakan2 semua jika sudi membantu amatlah dialu-alukan..heheee.. Mana tau ada nak tolong buat ke... :) @ korang ada pendapat untuk MJ, dipersilakan... MJ hargai sangat..:)




    p/s : My hubby kaat nak buat, tp sejak 2menjak nie dia pun sibuk, tak sempat nak buat semua... MJ plak bulan depan dah nak final exam, lagi la kalut.... Cuma tinggal beberapa minggu je lagi... :)



    Siapa yang boleh memecah kod ini???

    Kepada sesiapa yang mahir dalam bidang cryptography atau berminat dalam memecahkan kod-kod misteri atau pun saja - saja nak memeningkan kepala memikirkan pasal kod ni bolehlah cuba menyelesaikan kes dibawah ni. ini merupakan kes bunuh yang benar-benar terjadi di Missouri. 

    Pada tarikh 30 Jun 1999, pegawai polis di St Louis, Missouri menemui mayat McCormick Ricky 41 tahun, yang sudah dibunuh dan dibuang di lapangan.  penyiasat hanya menemui dari tempat kejadian dua keping nota diselitkan dimasukkan ke saku mangsa.




    "Walaupun  berkerja keras dan mendapatkan bantuan dari American kriptogram Association, makna kedua-dua kod di dalam nota tersebut tetap menjadi misteri hingga ke hari ini, dan pembunuh Ricky McCormick masih belum diadili," FBI mengatakan dalam siaran hari ini. Ketua CRRU Dan Olson menambah, "Kami sangat baik apa yang kami lakukan, tapi kami boleh menggunakan bantuan dengan yang satu ini ... Mungkin seseorang dengan satu pandangan yang baru dan segar mungkin akan muncul dengan idea baru yang bernas."

    Ini adalah catatan pada nota tersebut:



    FBI tidak menawarkan sebarang ganjaran buat masa sekarang akan tetapi  ia meminta sesiapa yang boleh membantu boleh menulis kepada mereka di alamat berikut:
    FBI Laboratory
    Cryptanalysis and Racketeering Records Unit
    2501 Investigation Parkway
    Quantico, VA 22135
    Attn: Ricky McCormick Case

    MR Jay:  teringin nak jadi penyiasat macam cerita CSI dan Monk yang selalu main di TV tapi x berapa berani nak tengok mayat yang kena bunuh. hi hi




    4 jenis serangga yang dibenci tapi sebenarnya bermanfaat

    4 jenis serangga nie memang kita semua benci dan kalau boleh nak bunuh kesemuanya..hehee, tapi siapalah kita untuk menidakkan ciptaan Tuhan kan...?? Setiap yang diciptakannya pasti mempunyai manfaat dan kegunaan tersendiri.. Jom kita tengok apakah jenis serangga2 tersebut..






    1.  Nyamuk

    Kita semua memang tak suka nyamuk, betul tak???
    Yela sapa suka bila kulit kita yang cantik mulus lembut nie ditumbuhi bintil2 merah dan gatal plak tu..hehee
    Selain itu nyamuk juga punca kepada beberapa penyakit yang membawa maut seperti Demam Denggi, Denggi Berdarah, Chikungya, dan macam2 penyakit2 yang berpunca dari nyamuk...

    Namun, nyamuk @ larva @ jentik2 sebenarnya sangat diperlukan oleh spesis serangga lain seperti Katak, Kelawar dan tentunya juga Periuk Kera. Tanpa nyamuk serangga tersebut tak dapat berkembang..






    2. Ulat Belatung (Maggot)

    Dalam TV kita sering terlihat Ulat Belatung ini sebagai pemakan bangkai dan menjijikkan. Bahkan Ulat Belatung ini juga sering terlihat pada mayat dan dikaitkan dengan dosa yang dilakukan dulu.
    Padahal ulat ini sangat berguna dari segi perubatan MDT (Maggot Debdirement Therapy) iaitu Belatung @ Larva diletakkan pada luka dengan cara tertentu agar luka tersebut tidak merebak dan memberi kesan infeksi.







    3. Lalat
    Lalat sering sahaja terlihat @ dijumpai di kawasan timbunan sampah sarap, makanya lalat akan berterbangan di merata tempat sambil membawa sisa sampah bersamanya..
    Sama seperti nyamuk, lalat diperlukan oleh serangga lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Selain itu, telur lalat akan menetas menjadi belatung dan membantu penguraian sampah dan material organik.






    4. Lipas


    MJ cukup tak boleh dengan lipas nie, geli sesangat... eeiiiii memang kalau nampak akan lari punya...:)
    Tp kalau nak bunuh lipas takleh ketuk @ pukul tau, sebab lipas tak akan mati dengan cara nie, even kita penyek dia sekalipun, kita harus ingat dalam badan lipas terdapat beribu telur yang akan bertebaran bila kita buat dengan cara ini, makanya telur itu akan menetas dan menghasilkan banyak lipas lagi..
    Ada cara lain untuk membunuhnya.. ;)

    Penelitian mendapati otak lipas mengandungi antibakteria yang mampu melawan @ membasmi kuman.


    Info ini dipetik dari SINI



    p/s : Sebenarnya setiap binatang punyai kelebihan dan kekurangan sendiri, sama macam kita ada juga kelebihan dan ada kekurangannya.. Selamat Beramal.... :)



    Tutorial | Comment Moderation

    Tutorial nie sebenarnya MJ buat khas buat akak Nora Shahaira, sebab MJ ada baca dalam entry akak menanyakan bgaimana nak detect komen2 yang diterima untuk entry2 lama..



    Nie MJ amik dari entry akak Nora pasal hal nie.. Maaf ye kak:)


    MJ pun sebenarnya dalam proses belajar jugak, jd dari apa yg MJ tau nak gak syer pada mereka yg tak tau kan, Sharing is caring right..heheee...
    Pada yg mahir, kalau MJ salah harap tegur ye..:)



    Takpe kak, MJ ikhlas nie tolong akak:)





    Ok,nie MJ bagi step2 nya ye..


    Mula2 klik Dashboard - Settings



     Akan keluaq view cenggini..

    Klik dekat Comments






    Blog MJ hanya untuk registered Users Only...
    So En/Cik Anon tak dapat bersuara dalam entry MJ..:)





     Terus kebawah dan cari tajuk
    Comment Moderation



    Klik Always, jadi setiap komen yang diterima akan kita baca dulu sebelum di 'publish'



    Akhir sekali klik SAVE



    kepada kak Nora, kalau ada yang tak berapa jelas leh gitau MJ ye..:)


    Perceraian Pelakon Zul Huzaimy

    MJ terkejut bila baca dalam ZON ARTIS, Pelakon yang memang MJ minati dari dulu lagi kerana gaya lakonannya yang mantap kini telah bercarai dengan isterinya.. Huhuuu



    Pasangan yang kini tinggal kenangan.



    Kata2 nie MJ ambil dari Zon Artis, dari bekas isteri Zul Huzaimy

    Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku,” katanya yang dihubungi mStar Online, Ahad.



    Comel sangat anak mereka nie kan



    Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama.


    “Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak.



    Rumah yang diduduki kami sebelum ini pula berkemungkinan akan dijual,” tuturnya.
    Ditanya adakah kemungkinan mereka akan berbaik semula Dalilah memberitahu tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.
    “Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja.





    p/s : Semoga masih ada jodoh buat mereka kembali bersama... Aaamiiinn..


    Pemenang Kuiz - Tekaan Harga Makanan..

    Alhamdulillah, MJ dah pun menemui pemenang bagi tekaan harga makanan kami di Tanjung Dawai..
    Tak sangka ye, baru sejam lebih MJ post entry pasal kuiz tu, dah ada yang meneka dengan tepat..heheee..
    Sebab tu MJ taknak tangguh2 umum keputusan, sebab hadiah cuma untuk 1 pemenang je, dah alang2 dapat pemenang so teruskan jela kan :)


    Tahniah buat peneka tersebut - Anda sememangnya PANDAI MENEKA... :) dan terima kasih juga pada korang semua yang sudi join teka meneka nieh..










    Ok, jom kita tengok berapakah harga makanan yang telah kami bayar...





    SK 3R - Siakap 3 Rasa
    SA - Sup Ayam
    N - Nasi
    JFO - Jus Fresh Orange
    CTSS - Carrot Susu





     

    Jumlah yang dibayar ialah RM 29.00








    Maka pemenang terpantas dimenangi oleh.......






















     



    TAHNIAH kepada akak
    || NAFIRA ||



    Akak leh tinggalkan alamat, no tpon di ruangan komen nie ye..
    Jgn risau, MJ tak publish.. :)



     

    Dan pada korang yang tak berjaya, jangan risau, ada lagi lepas nie,
    harap korang alert je ye... TQ... :)



    Kuiz Teka harga Makanan DITUTUP

    Entry ringkas malam nie..:)

    Dengan ini diumumkan Kuiz MJ pagi tadi diTUTUP secara rasminya sebab MJ dah temui pemenangnya...(tak perlu tunggu sehingga 01.04.11) Tekaan selepas entry ini dipublish tidak akan diterima lagi ye.. HARAP MAKLUM.. :)Terima kasih pada anda yang sudi meneka.. Tak sangka korang memang terer bab teka meneka nieh..hehee




    Nielah makanan kami yang MJ minta korang teka pagi tadi :)



    Ada beberapa orang yang meneka dengan tepat, tapi hanya SEORANG SAHAJA yang akan dipilih.. :)
    Siapakah yang terpantas itu???? TUNGGU pengumumannya pagi esok ye.. heheee..




    p/s : Terima kasih pada korang yang sudi join kuiz simple dari MJ.. ;)

    McD Breakfast Promotion-Sedap dan Menyelerakan :)

    Korang dah makan breakfast promotion dari McD nie @ belum???
    Cepat rebut sebelum due pada ari KHAMIS nie iaitu pada 31.03.2011.
    Hanya bayar RM 5.00, anda akan dapat 2 set Breakfast, berbaloi-baloi... :)




    MJ penah buat entry pasal promosi nie disini...




    Siap boleh download kupon lagi.. :)

    Boleh print Black and White @ Colour, terpulang..




    Ok, MJ pun baru je berkesempatan makan McD Ahad lepas.. (bwk B/W copy je)
    Beratuq, mak aii punya panjang giler...
    Dekat sejam menunggu giliran..hehee (Moral Value-jangan p beli masa CUTI!!hehee)
    Tp sebab nak beli punya pasal, masa lain dah SIBUK, maka tunggulah jugak..hehee





    Kitorang beli Air Kopi 2 RM 6.00++ dapat ler 2 set Breakfast nie...





    Ada roti., daging ayam dan telur...




    Kenyang jugakler makan.. :)






    p/s : Rasa cam nak makan lagi.... TAPI macam tak sempat jek.... huhuuuu


    Jalan2 di Tanjung Dawai, Kedah | Ada Kuiz..:)

    Sabtu lepas MJ dan en suami ngantarkan adik ipar ke UiTM Merbok, so dah alang2 kami ke sana, terus terjah ke Tanjung Dawai.. Korang pernah sampai sana tak??? :)



    Kalau nak cari ikan kering ke, ikan bilis ke, sotong kering ke, belacan ke, ha semua ada.. Pendek kata semua makanan laut la ada, sebut je, semua ada..heheee





     MJ beli ikan bilis seperti di gambar.. My mum pesan...heheee






    Paling spesel kat situ- BELACAN TUMBUK... kat Penang nie ada tapi belacan blender je, kat Tanjung Dawai nie BELACAN TUMBUK dia mmg best... Kalau buat sambal belacan memang terangkat la:) Pendek kata masak guna belacan tumbuk nie sedap la.. :)






    Masa ni ujan renyai2, so tangkap dari jauh jela...huhuu




    Sabtu lepas, Penang + Kedah ujan 1hari, masa kami sampai pun ujan.. Kadang lebat kadang renyai.. Sepanjang perjalanan kami = HUJAN.. 






    Masa nie ujan lagi, tp disebabkan tak nak lepaskan peluang tangkap gambaq bg tinggalkan kenangan, 2 2 orang sanggup dok tengah hujan posing dulu..hehee.. Orang lain dok dalam kereta kami gigih...heheee





    Dah penat ronda + posing = PERUT LAPAR, so singgah kedai untuk makan ikan segar.. :) 2 kedai kami singgah cari ikan siakap, tp yg ada semua besaq2, kami nie nak makan berdua je, kang tak abis plak.. Kedai yg ketiga baru jumpa ikan siakap SEDANG..:)







    Perut dah lapaq, tp makanan belum sampai, so renung jela air tu...:)






    Ok makanan dah sampai, walau perut lapaq posing tetap tak dilupakan..:)
    Berasap lagi tu.... :)





    Ikan Siakap 3 Rasa..:) Sedaappp...






    Sup Ayam yang mantopppp..
    Dihidangkan panas2...





    Air Asam dan juga sambal belacan..
    Air Asam memang Power sedap.. 1st time makan ada bunga kantan..heheee




    Serius cakap, memang sedap giler, abis licin kami 2 orang makan, 

    Perut Lapaq + SEDAP = PUAS HATI

    kalau mai Tanjung Dawai lagi nak p makan situ... Harga pun ok, takler mahal...:)



    Kalau korang pandai pekata cuba teka, tekaan tepat =



    1 FM Cameron bakal dimenangi.. :)


    Ok ni menu yang kami order:-
    Nasi Putih =  2 pinggan
    Sup Ayam = Semangkuk
    Ikan Siakap 3 Rasa = Seekor (Ikan berharga RM 12.00)
    Air Buah = 2 Gelas



    Klu -

    i) kurang dari RM 50.00
    ii) Jawapan dalam ganjil, contoh :  RM 15.00

    Syarat Penyertaan :
    a) Hanya untuk follower blog ini
    b) Tinggalkan jawapan di ruangan komen entry ini.
    c) Boleh jawab sebanyak 2x.
    d) Tinggalkan link URL anda bersama jawapan.
    e) Tarikh Tutup : Jumaat (01.04.201) @ sehingga mendapat peneka (yang mana dulu)





    SELAMAT MENEKA... :)


    p/s : Tetiba je nak soh teka meneka nie, sebabkan INI lah.. :)