Tuesday Talk!!

Salam Selasa buat semua, kalau ada yang perasan sekarang ni MJ macam dah jarang update blog kan.. Entahlah nak pulih semangat kembali menulis ni makin lari je, almaklumlah cuti lama hari tu kan (sebab Exam dan kelas), lepas tu pulak cuti CNY, baru je kerja 3-4 hari, MJ cuti sakit pulak (MC) selama seminggu.


Ni kaki masih lagi terasa ngilu sikit, jalan pun masih terhencut.. Yela kaki retak kan, walaupun sikit koman-koman mau berbulan nak kembali pulih ni kan, tambahan dok berjalan pulak.. Semalam dah mula bekerja, malam tu balik rumah kaki lebam kebiruan.. Risau jugak sebenarnya, tekad nak p klinik pagi ni.. Tup tap bangun rasa macam kaki dah ok sikit, mai kerja.. (Degil tul.. )




Sebenarnya ada banyak nak cerita dan abadikan dalam blog ni sebagai kenangan, tapi serasa masa tidak mencukupi.. Tambahan Trip kami ke Langkawi bersama kawan-kawan yang sangat enjoy dan yang penting kononnya nak release tensi study dengan nak siapkan tesis yang tak jugak siap lagi, hehehee.



Tambahan pulak sekarang ni, MJ busy dengan bisnes tudung chiffon yang diusahakan oleh My Mum, Alhamdulillah order tak putus dan kebanyakan membeli secara borong.



Dan tak lupa majlis kenduri kawen kawan2, ada banyak yang belum terupdate, cuma sempat masukkan dalam FB je, dalam blog hmmmm entah bila la kan... heheee



Dan yang utama sekali, Anniversary Celebration kami yang ke tiga pun tak sempat nak update dalam blog.. Aduila banyak betul hutang tak terbayar ni.. Bila la nak berkesempatan kalau mood macam ni.. huhuu



Dan yang paling MJ terharu ialah komen-komen yang ditinggalkan masih ada berbaki 50 komen, kalau sebelum ni 120++ komen, alhamdulillah pelan-pelan MJ dapat menerjah balas.. Yang berbaki 50 ni sabar menanti k ;)


Arwendanish GA FM Aussie

Kalau nak join klik banner :)
Harap ada rezeki menang :D

Menang Tiket Wayang

Sedang asyik melayan FB dan Blogwalking di petang hari nan indah, MJ dapat SMS dari Darlie Malaysia, yang mengkehendaki MJ menghantar Proof of Purchase untuk Minggu 1(M1), terus terdetik buka FB Darlie, dan check nama MJ tersenarai sebagai pemenang saguhati.. :)



Alhamdulillah terselit jugak nama untuk menang tiket wayang, dok 'aim' hadiah iPad, takpela takdak rezeki yang tu, tapi dapat tiket wayang, lagipun dah lama tak tengok wayang ni sebab hubby tak berapa minat.. huhu

Plan nak launched GA di FanPage

Assalam buat rakan blogger sekalian.. MJ plan nak anjurkan GA di fanpage CELOTEH MJ (bajet pemes ada fanpage bagai..hahaa). Hadiahnya adalah tudung chiffon 3 layer yang sekarang MJ jual ni, kalau korang nak tengok koleksi yang masih availble kena klik LIKE kat fanpage MJ tu la ye :)

Hadiah mungkin untuk seorang, dua atau tiga bergantung pada sambutan.. Jadi kalau korang nak tau bila akan dilancarkan tu, jangan lupa klik like ye :)


p/s : MJ masih dalam proses menjejak balas komen-komen yang telah ditinggalkan untuk entry sebelum ni, masih berbaki dalam 40 komen ha.. Harap dapat selesaikan sebelum MJ mula bekerja pada Isnin depan.. :)

Tudung Chiffon 3 Layer 2nd Batch

1st Batch haritu semua dah terjual, alhamdulillah terima kasih pada pembeli :) Sekarang kami meneruskan dengan penghasilan seterusnya, kalau ikutkan dah banyak yang dibuat, tapi belum sempat publish dah terjual.. :)

Apapun jom jamu mata, kot-kot ada yang berkenan, saiz standard ye kawan-kawan :)


~SOLD~
 

1st Layer - Hijau Pucuk
2nd Layer - Purple
3rd Layer - Biru Turqoise


~SOLD~
Ala-ala Padle Pop


  ~SOLD~

 ~SOLD~

 1st Batch untuk Tudung Chiffon Bercorak
RM75.00 termasuk pos :)

Jika berminat boleh whatsapp 012-4353088 / email MJ normj1001@hotmail.com, belian borong dialu-alukan :)
Jika ada nak request warna dan labuh pun boleh roger :)


Terjatuh, Terpelecok dan 'Retak'

Awal pagi Ahad lepas dalam lebih kurang 1pagi MJ dalam kegelapan dan kekalutan, tak sedar tersadung lalu terjatuh. Sakitnya memang memeritkan, berdenyut-denyut je rasa kaki, asben ambil minyak dan sapu, sampai pukul 2pagi MJ masih tak tidur sebab sakit, lepas tu tak sedar bila terlelap.

Pagi esoknya bangun tengok kaki dah bengkak, terus ajak asben ke klinik, hasilnya Doktor mengesahkan kaki MJ 'patah' sikit, dengar macam gerun je ha tapi yang lawak tu dalam jalan terhenjut-henjut tu masih sempat lagi memenuhi  jemputan kawen ofismate... hahaha.. Dan kaki MJ di rujuk ke Hospital Pakar untuk tindakan seterusnya.



Mujur Doktor cakap kaki MJ tak kritikal, jadi tak perlu di simen cuma balut je untuk kurangkan bengkak dan kena kurangkan berjalan sana sini untuk elak dari melarat.

My Bos yang baik hati siap bagi tongkat untuk kurangkan beban berjalan menggunakan kaki ni, terima kasih Bos.. Dah le keje MJ Bos kena buat.. Apa boleh buat kan.. Malang tak berbau.. Kawan-kawan doakan MJ ye :)




Sarapan Berkhasiat

Korang dah sarapan? MJ pagi ni bersarapan dengan menu berkhasiat..hahahaa khasiat la sangat kan...
Singgah kedai tadi, dok pendam perasaan je bila tengok Nasi Lemak la, Mee Goreng la, dan seangkatannya..
Ni semua gara-gara entry Cik Nurul la nak sahut cabaran 14 hari Nestle Bliss.. ehhh!! salahkan orang lain pulak, diri sendiri yang mudah terpengaruh.



MJ baru mula pagi ni, taktau la berjaya ke tak untuk teruskan selama 14 hari, yela botol kecik je dah beringgit, kalau sehari kena minum 2 botol kecik dah hampir sebelah tangan 'regenya' tengoklah macam mana nanti kan..

Re : Prosedur dan cara yang perlu dibuat apabila barang ditahan pihak Kastam?

Tujuan entry ini adalah untuk memberi maklumbalas mengenai beberapa pertanyaan dari Rakan Blogger susulan dari entry Prosedur Pembelian Barangan dari Luar Negara, harap dapat memberi manfaat dan sedikit pengetahuan buat semua termasuklah yang bertanya :)

Mohon maaf kerana lambat menjawab pertanyaan sebab MJ sibuk dengan urusan pembelajaran.


 SOALAN 1
Sebarang barangan seperti Handbag yang diimport masuk ke Malaysia adalah tertakluk kepada Duti Import Kastam dan Cukai Jualan, dan menurut perkiraan saya jika tidak salah ialah sekitar 10% dari harga barang termasuk caj penghantaran dan lain-lain caj.

Jika diikutkan, tiada istilah hadiah atau sampel di dalam Akta Kastam, walau apapun label yang diletakkan (contoh hadiah) ia tidak akan memberi kesan.


SOALAN 2
Saya bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada en Asrab, sememangnya berlaku kesukaran kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan pihak Kastam di Pejabat Pos dalam Malaysia. Masalah ini berlaku kerana kakitangan Kastam yang bertugas di Pejabat Pos tidak terdapat di semua tempat sama seperti di Semenanjung dan hanya mengikut zon seperti contoh Zon Utara hanya di Pulau Pinang (Perlis, Kedah dan Taiping kena ke Penang untuk mengambil barang yang ditahan-jadi ia akan membebankan mereka yang tinggal jauh dari Penang). Jika Sabah - Zon Kota Kinabalu.

Akan tetapi pihak Pos ada menyediakan perkhidmatan perlantikan ejen bagi pihak pelanggan dengan bayaran sebanyak lebih kurang RM50. Perlantikan itu ada dinyatakan di dalam surat yang biasanya dihantar untuk memberitahu bahawa barangan mereka telah ditahan, jadi pelanggan tidak perlulah datang untuk mengambil barangan sebaliknya hanya berurusan dengan ejen.

Tetapi bagi barangan yang memerlukan permit import seperti dari SIRIM setahu saya en Asrab perlu mendapatkan permit import dari SIRIM dan setelah itu memberi borang tersebut kepada ejen untuk berurusan dengan pihak Kastam. Ataupun en Asrab boleh melantik ejen kastam selain dari pihak pos. encik Asrab boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang ejen kastam dari pihak jabatan Kastam, mereka ini selalunya akan membuat semua urusan jika mampu, namun caj yang dikenakan mungkin berbeza dari ejen pos.

Jika barangan tersebut tidak memerlukan permit import tetapi hanya sekadar bercukai, pelanggan hanya perlu membayar cukai apabila barang tersebut telah diserahkan.


SOALAN 3
Saya rasa berkemungkinan ada dalam 10%.Tetapi ia perlu pemerhatian ke atas face mask tersebut untuk menentukan cukainya kerana ia bergantung kepada jenis material yang digunakan untuk membuat mask tersebut.

Akan tetapi face mask termasuk di dalam kategori kosmetik bermakna selalunya memerlukan kelulusan dari jabatan Farmasi. jika tiada maka barangan tersebut berkemungkinan ditahan, jadi cik perlu dapatkan kelulusan dari farmasi terlebih dahulu.



Jawapan yang dinyatakan di atas adalah sebagai panduan, apapun anda perlulah merujuk sendiri kepada pihak/jabatan yang terlibat.

Boleh refer juga entry  

Pembelian Barangan Luar Negara, Apakah Undang2 dan Peraturannya

Terima Barangan dari Luar Negara Tetapi diTahan Kastam?

Sophea Natasha anak kedua Dr Sheikh Muszaphar - Comel

Comel, kiut Miut, cantik semua ada... Geram tengok.. :)  Jom layan beberapa keping gambar anak kedua Dr Sheikh Muszzaphar dengan Dr Halina yang dikongsi oleh Dr Halina dalam blognya.





Comel kan....??? Geramnya tengok.... Apapun tahniah buat mereka berdua, kalau korang nak tengok perkembangan anak mereka boleh layari blog Dr Halina ye :) Gambar pun dari blog Dr


G.E.R.A.K Gempur dan B.E Baru

Selamat bercuti pada yang masih bercuti, MJ dah tak cuti kot sebab almaklumlah dah cuti lama 3 minggu kan sebelum ni, so kerja melambak tertunggak.. :)

MJ banyak berhutang ni, hutang berblogwalking, hutang terjah jiran tetangga, hutang macam-macam la.. Adoilaaaaaa entah bila nak habis ni... :) Apapun MJ ucap terima kasih pada yang sudi singgah sebelum ni dan MJ mohon maaf kerana tak sempat lagi nak terjah balas. huhuuu


Ada 128 komen yang perlu diterjah balas setakat ni, harap dapat selesaikan secepat mungkin..


Dan tak lupa MJ nak ucap terima kasih pada Mr Nuffnang, walalupun MJ bercuti lama termasuk lah cuti berblog, tapi masih sudi menghadiahkan BE baru buat blog ini ;)


Kalau ada yang nampak dok menari-nari tu, ha itulah BE MJ, kalau sudi macam biasalah ye, then inform k... heheee :)



p/s : Dalam kita gembira, semalam dapat perkhabaran sedih apabila seorang rakan blogger yang MJ kenali melalui Blog dan pernah jumpa di alam realiti iaitu Allahyarham abg Je Jai telah pergi meninggalkan kita semua, semoga roh arwah dicucuri Rahmat Ilahi.. Al Fatihah.. Arwah menghidap Lung Cancer Stage 4 dan kami Rakan Blogger pernah buat entry dengan tagline #SAVE JEJAI.

BB1M 2.0 ~ TQ P.M

Alhamdulillah dapat merasa buat kali ke dua, dan mungkin buat kali terakhir (sebab MJ dah final year) terima kasih pada PM Malaysia :)


Tak sabar 'posing' sebagai kenangan - lepas ni tak dapat dah :-) Tahun lepas dapat RM 200, tahun ni 'up' dapat RM250

KAMI berempat - semua muka vangga dapat tunjuk BB1M masing-masing :)

MJ wif 'Anak Mami Penang', masih single and Available...heheee


Depan pintu pun jadi keje... hahahaa :D

Terima kasih Perdana Menteri atas pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) buat kali kedua pada kami Pelajar Pengajian Jarak Jauh (PPJJ), walaupun 'status' kami pekerja, tapi PM masih memberi peluang dan kemudahan pada kami bagi meringankan beban kami.. terharu :)



Petua ubati batuk

Dah lama MJ tak batuk, tapi macam biasa la asal mai exam je mesti kesihatan kurang menyenangkan. Tambahan sekarang ni batuk dah lebih seminggu ha, suara pun dah ala2 suwiiitttt + lomak merdu..hahaaa.

Ok MJ nak syer petua yang MJ akan amalkan bila batuk, kalau telan ubat batuk berbotol pun belum tentu akan lega melainkan akan 'lalok' dan nak tidoq je.. Dan ni petua tradisional dari My Mum tapi kadang-kadang terlupa iaitu....

>>>>>>Kulum bunga cengkih<<<<<<

Serius, sepanjang korang kulum ni, mint dari bunga cengkih akan tersebar ke ruang rongga kerongkong menyebabkan korang tak akan batuk. Cubalah kalau nak rasai keberkesanan :)

Antara petua lain yang MJ dah cuba, korang boleh baca di SINI (right klik ye)


p/s : Alhamdulillah MJ dah habis exam, tinggal kelas je yang perlu dihadiri, pelan-pelan MJ blogwalking rumah korang ye :)



Tudung Chiffon 3 Layer

~ALL ITEM SOLD~ Thank You

MJ nak support bisnes kecil-kecilan ni, jadi kalau korang berminat boleh roger ye.. Harga murah ditawarkan sehingga penghujung Feb 2013 dengan kain chiffon jenis gred yang lembut dan selesa dipakai :)

Harga asal ialah RM75-RM80 tetapi disebabkan promosi, kami memberi harga sebanyak RM60 termasuk pos dan juga Tupperware serbaguna. Beli 2pcs RM110 termasuk pos. Buat masa ni stok cuma 1 setiap unit.

Layer 1 Biru Turqoise, 
Layer 2 Kuning 
Layer 3 Dark Blue

Layer 1 Pepel
Layer 2 Oren
Layer 3 Hijau Pucuk Pisang


Layer 1 Hijau, 
Layer 2 Merah
Layer 3 Biru Turqoise


Serba biru di setiap Layer

Layer 1 Pepel, 
Layer 2 Pink
Layer 3 Merah


Layer 1 Biru Turqoise, 
Layer 2 Dark Blue
Layer 3 Hitam


Layer 1 Oren
Layer 2 Koko
Layer 3 Peach
(RM50 temasuk pos- kain jenis gred lain)

Layer 1 Merah
Layer 2 Biru Turqoise
Layer 3 Hijau


Layer 1 Pepel
Layer 2 Biru laut
Layer 3 Biru Turqoise


Layer 1 Hijau
Layer 2 Merah
Layer 3 Hitam


Layer 1 Merah
Layer 2 Hijau
Layer 3 Kuning
(SOLD)


Layer 1 Kuning
Layer 2 Peach
Layer 3 Biru Turqoise


Layer 1 Merah
Layer 2 Biru laut
Layer 3 Bitu Turqoise


Layer 1 Kuning
Layer 2Biru turqoise
Layer 3 Hijau


Layer 1 Kuning gelap (more peach)
Layer 2 Hitam
Layer 3 Merah
Jika berminat boleh terus roger MJ ye, kerana stok terhad jadi siapa cepat dia dapat :) Setiap barangan yang dah habis akan dinyatakan disini (atau gambar akan dikeluarkan).. Ni no tpon MJ 012-4353088