Sorotan kenanganku tahun 2013

Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya dan lembaran baru tirai 2014 akan dibuka. Bermakna tahun 2014  juga umur MJ melangkah ke angka 3 di depan. Bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sepanjang 29 tahun ++ di bumi Allah SWT.

MJ abadikan sorotan kenangan suka dan duka sepanjang tahun 2013

JANUARI
Bulan Januari adalah ulangtahun perkahwinan kami, jadi kami sepakat untuk menghadiahkan Gajet pada Kamera kesayangan kami Nikon D90 (Hasil Menang Contest) dengan Lens baru iaitu 50mm.



Yang paling tak dilupakan pada Januari 2013 MJ menang Contest di Facebook, walaupun tempat ke 2 tapi hadiahnya best sangat iaitu 6 kaki katil Divan hokeyh (Katil King) yang berharga lebih kurang RM1000 macam tu.



FEBRUARI

MJ bercuti bersama BFF ke Langkawi, boleh baca kenangan kami di TRIP LANGKAWI



Februari juga telah mencipta detik sedih apabila kaki kiri MJ disahkan retak sebab terjatuh, boleh baca entry tu di SINI


MAC
MJ bercuti sehari bersama family ke Cameron Highland

APRIL
Reward myself dengan handbag baru.. Curang dengan GUESS untuk beralih pada Carlo Rino..hehee

Dapat hadiah Tote Bag dari Majalah, kesudahan beg ni tak pernah digunakan pun... huhuu sayangkan.. boleh la nak let go


MEI
Bertemu ramai rakan blogger di Majlis Seminar buat Duit dengan Blog, banyak ilmu diperolehi dan ada yang MJ cuba aplikasikan sikit demi sikit cuma tahun 2013 adalah tahun kebizian MJ..heheee


Seminggu selepas balik dari Petaling Jaya, MJ bersama family mertua pulak ke MELAKA - MUAR - PENANG, memang penattt :) Entry pun tak sempat nak karang, dan blog pun mula terabai.


Di saat MJ 'struggle' menyiapkan TESIS di hari Lahir, suami memberi surprise dengan Handbag baru dan  Bunga


JUN
Alhamdulillah 4 tahun bergelar PELAJAR JARAK JAUH USM, MJ berjaya menghabiskan final EXAM dalam penuh debaran dan penentuan samada layak berIjazah ataupun tidak

Boleh baca Pengalaman MJ belajar secara Jarak Jauh ni,  ni pun masih tertangguh untuk bahagian 2.. Adohaaaii


JULAI
Detik terindah apabila MJ antara 8 yang bertuah untuk ditaja majlis Berbuka puasa bersama Hot FM dan COca Cola. Meriah sangat dan paling mengujakan apabila suara MJ kedengaran di Hot FM walau ada nada getar..hehee

AUGUST

Adik lelaki MJ terlibat dalam kemalangan 5 hari sebelum Hari Raya Puasa

SEPTEMBER
Alhamdulillah bergelar graduan setelah 4 tahun bertungkus lumus belajar secara PJJ

OCTOBER
Bercuti di Salak Denai Chalet, tempat ni best sebab ada private pool


NOVEMBER
Salah satu usaha dengan menjalani rawatan di Hospital.

DECEMBER


Itulah sebahagian perjalan MJ di tahun 2013, semoga tahun 2014 membawa lebih banyak keindahan, dan tahun 2014 MJ target bisnes MJ semakin berkembang, insyaAllah..

SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada semua pembaca blog MJ ye 

Shopping di ThePoplook.com

Dah lama tak shopping kat ThePoplook ni, last penghujung tahun lepas beli Maxi Dress, masa tu MJ tengah gilakan meksi, lepas pada tu meksi tersebut terbiar je dalam almari, terus malas dah nak shopping online lagi.huhuu

Tapi entah apa mimpi pagi ni serasa nak ushar website ThePoplook dan terbekenan dan terjatuh chenta kembali. MJ dah lama dok cari Skirt, sekarang semua nak beli online je malas nak merangkak kat Mall mencari kang lagi banyak duit terhabis terbeli barang lain pulak (a.l.a.s.a.n)


Phoebe Ribbon Chiffon Maxi Skirt - Black

Part labuh takpa boleh dipotong, harap-harap saiz ni bersesuaian la dengan MJ, kang nyesal lagi beli online.. Ariitu dah termenyesal sekejap, yela pakai sekali je lepas tu terperam dalam lemari, harap kali ni tak.

Kebetulan free pos tu yang laju je tangan tekan beli, tambahan MJ redeem point tak seberapa tapi tak mengapa yang penting nampak ada discount tu..(pejamkan mata je masa buat bayaran...huhuuu)
Tak sabar nak tunggu skirt ni sampai, boleh melaram pegi kenduri.. lalalalla ;)

Cashout Nuffnang - BONUS akhir tahun 2013

Setelah sekian lama 'memeram' akhirnya butang 'cashout' ku tekan jua. Mula ingat nak simpan at least sebelah tangan ke tapi jari ni dah tak menyabar, hati pulak fikir kita tutup akaun 2013, tahun 2014 kita mula azam baru tu yang ditekan seawal pagi dengan penuh ketidaksabaran..

Alhamdulillah walau tak capai 'sebelah tangan' tapi dah bersyukur sangat. InsyaAllah duit ni nanti samada nak buat modal beli stok Shaklee ataupun beli emas, akan difikirkan bila duit dah ada di tangan kelak.


Masih ada 4 CPUV tengah menari di blog MJ, paling meriah dari kolej INTI, korang kalau nampak cuba keloi tau..hehee


p/s : Last cashout pada 30 July 2012, fuhhhh setahun setengah punya simpan, alhamdulillah.. Mana tau akan datang rezeki bertambah dapat merasa ribu riban ke..hehe

Spagethi Meatball

Cuti Krismas baru-baru ni kitorang tak kemana-mana pun, menghabiskan masa berdua je..ececeh... Lepas tu sebut kat asben nak makan spagethi, zasss terus keluar p cari bahan-bahan.


 Projek kami berdua asben buat Meatball dan MJ masak spagethi. Yang korang nampak putih-putih kat Meatball tu cheese tau.. hehee
Cara buat Meatball tu dari daging cincang, bawang merah, bawang putih dan lada hitam ditumbuk bersama dan digaulkan dengan daging tadi, jangan lupa masukkan garam.. (tu jela bahan yang ada kat rumah so kami guna itu jela..hehe)


Dan MJ campak baling untuk buat kuah spagethi, tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang, masukkan tomato yang dihiris nipis, kemudian masukkan daging cincang dan biarkan seketika. Lepas tu masukkan tomato puree, sos Leggo Spagethi, masukkan air jika perlu dan kacau sehingga masak + Garam.

Hidangan spagethi tu lah menu kami lunch dan dinner.. Jimat beli barang RM20 dapat makan 2x  secara berduet..hehe. Oh ya MJ siap bawak bekal sarapan ke opis keesokannya.

Pretzel


Korang pernah makan PRETZEL tak? MJ 1st time tu pun lepas offismate bagitau kalau tak memang tak kenal la pekebenda tu.

Ingatkan habis begitu je tetapi dalam group wasap Shaklee pulak dok sebut pasal Pretzel apalagi membuak-buak la nak menerai :)

Pretzel Almond, sebekas RM10 ada kot dalam 20++ camtu, kalau 5 bekas free postage.. ha apalagi terus tanya kawan-kawan order berjemaah nak rebut free pos punya pasal..hehee



Pretzel Oreo MJ punya, biasala dah pos p mai p mai ni memang la keadaan tak secomel mana tapi boleh la nak merasa punya pasal ;) Pada MJ nak kata sedap sangat tu biasa2 la, rasa masin manis semua ada, Alhamdulillah :)

Roti Paung Terengganu

Fenomena ke hape Roti Paung ni? atau MJ sorang je terlambat input?..huhuuu.. Memang 1st time dengar nama roti tu dan terus membangkitkan keinginan untuk merasainya :)


Roti Paung diimport dari Terengganu, ni semua gara-gara dari group wasap Shaklee bercerita pasal Roti Paung, tak pasal2 MJ juga terjebak nak sama menikmatinya :) Nampak macam Roti Bun Potato tapi memang tak sebenarnya, hanya warga Ganu yang tahu..hehee

Korang jangan tak percaya MJ siap suruh diorang tolong poskan ke Penang.. huhuu punyalah nak rasa roti ni, dan korang jangan salah paham pulak ye tiada istilah mengidam bagai tau..


Keadaan roti bila dah sampai ke tangan, pedulik tang keadaan rupa roti tu yang penting tang struktur rasa tu sedap sangat, tetap lembut gebu mengancam walau tak simpan dalam tupperware kedap udara. Tak payah panaskan dalam Ketuhar (kat rumah memang takdak pun) makan gitu je dah sedap tak payah cicah mnyicah bagai :)

Bahagian belakang roti, MJ rasa ada mentega dan potato sikit tapi tak tahulah betul ke idakyang penting mabeles.

p/s : Lepas ni kita tayang Pretzel pulak..hahaa

Majlis Persandingan Fizo dan Mawar di Penang

Ahad lepas (22.12.13) MJ dan suami menghadiri majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan FIZO Omar dan MAWAR FAREEDA. MJ hadir sebagai salah seorang peminat kedua-dua mempelai je..


Kami saja je lalu kawasan Butik Fareeda tu, asben cakap kalau ada parking kita p kalau tak dak kita balik, MJ mengiyakan je dan alhamdulillah ada rezeki kami dapat parking maka hasrat diteruskan.



Billboard besar dari jauh dah boleh nampak.. berapa ribu la besaq ni kan? Orang ada duit apa ada hal kan..

Orang ramai yang mula mengerumuni perkarangan butik Fareeda, masa ni lebih kurang pukul 2.15pm

Masa kami sampai pengantin dah masuk dalam, keletihan kot melayan peminat yang memang ramai sangat masa tu.. dan model2 Fareeda mengambil tempat buat shooting mempromosikan tudung Fareeda.


Tudung terbaru Fareeda Aisya yang berharga hampir RM200, huhuuu tak mampu cheq mampu tengok jela..


Comel kan...? Berapa helai tudung diorang tukar pakai pun tak tahulah..

Diorang ni kembar ke adik beradik ye? Sapa tahu... Muka sama seiras kan..


Model tudung Fareeda yang sangat cantik + kurus giler, serasa MJ betapa tak layak nak jadi model..huhuuuu


Alahai cheq tak ready.. sempat bergambar dengan Mak Fizo yang memang sporting siap jemput kenduri sebelah lelaki di Kelantan pada 28hb.. Siap bagi peta lokasi majlis lagi... Ye Makcik kalau kami ke sana insyaAllah sampai.


Elok je pengantin keluar, semua pakat kerumun nak bergambar bersama.

Motif gambar? Nak tunjuk corak inai Mawar kot cantik, macam corak sarang lebah



Diorang ni memang pasangan sama cantik sama padan, baju yang dipakai Mawar pun cantik sangat


Tahniah buat anda berdua, semoga hubungan berkekalan selamanya ye.. Biasalah asam garam rumah tangga gaduh2 manja gitu.


Disebabkan 'peminat' yang super duper ramai MJ tak dapat bergambar dengan pengantin, jadilah bergambar kat board diorang pun..haha


Sebenarnya MJ ada nak jumpa kawan kat Seberang Jaya, tu yang terpaksa mengundurkan diri.. Lepas dah jumpa kawan tu asben ajak patah balik ke butik, mana tau dapat peluang bergambar.. Tapi Mj cakap tak payahlah kang belum tentu nak dapat parking..



Dapat la bawak balik paper bag diorang yang sangat cantik comel kecik molek ni, tapi bukan dapat tudung Fareeda yang gojes tu ye.. hahaa

Ni lah isi kandungan bag tu, dapat kalendar 2014 Fareeda dan cookies.

Best jugak dapat ke majlis perkahwinan retis ni, makanan yang dihidangkan pun banyak ada macam2.. Selain dari Nasi, ada Char Koaw Teow, Mee Udang, Koaw Teow Goreng, Bubur kacang, (tu yang MJ nampak la)



Meatball Abang Burn Bandar Perda

Sabtu lepas MJ ajak asben p mencuba Meatball ala-ala IKEA tu kekonon sebagai upah cheq kena tinggal 1 hari dirumah sebab dia kena kerja..hahaa

Lagipun ofismate MJ pun cakap sedap jadi membakar semangat untuk mencuba sendiri.

 Meatball ni memang dihidangkan dalam polistrin ni kalaupun kita makan di kedai, mesti tokey tu tau yang kita konpem akan tapau punya..

Sebekas ni tak silap dalam RM8.90 ada lebih kurang 10 ketol bebola, cuma tak sekenyal yang IKEA tu la. Makan 3 ketol pun dah kenyang dan malam tu pada MJ sos BBQ tu macam masin sikit.

Dapat tangkap sekeping je sebab pelanggan lain dok pandang semacam je kat MJ.. hohooo

Kalau ada yang nak terjah, kedai ni bersebelahan dengan ROUTE 69 bandar Perda. Kalau dari Jusco AEON BIG lebih kurang 5minit je dan berdekatan simpang empat.

**TETAPRINDUKANMEATBALLIKEA**


p/s : Shaklee Omega Guard masih dalam promo

Promosi Omega Guard Shaklee Beli 6 Percuma 1


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Antara kelebihan Omega Gaurd Shaklee ialah

  • Mengimbangi perubahan hormon wanita
  • Melicinkan kulit
  • Menghalang salur darah dari tersumbat
  • Mencegah strok
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengurangkan ketegangan urat leher
  • Merendahkan serangan migrain / sakit kepala
  • Mengawal kolesterol dalam badan
  • Mengelakkan pembekuan darah pada tubuh
  • Menurunkan berat badan
  • Mencegah Obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Menyihatkan paru-paru
  • Meningkatkan kadar memori
  • Memperbaiki masalah buah pinggang
  • Menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
  • Mengelakkan penyakit Gout
  • Mengelakkan Insomnia
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Menyembuhkan buasir
Siapa yang sesuai ambil Omega Guard ni?
  1. Kanak-kanak seawal usia 1 tahun
  2. Ibu Hamil
  3. Ibu yang menyusukan bayi
  4. Orang yang nak kurus
  5. Pesakit Darah Tinggi
  6. Pesakit Diabetes
  7. Buasir
  8. Sendi/Tulang
  9. Kolesterol
  10. Jantung


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Yong Tau Fu femes di Bagan Ajam

Entry tertangguh - bila tengok gambar ni rasa macam alahai sedapnya kalau dapat makan panas-panas ditambah badan MJ dah mula dedar nak demam ni.

Yong Tau ni memang pemes kat area Bagan ni tau, dan memang dah lama bertapak sejak MJ dari zaman sekolah lagi dah ada.
Pinggan tu MJ punya, cabai dia buat Yongtaufu ni sedap tau, tak cukup bagi MJ cabai tu mesti akan gagau asben punya..wahahaha.. Dan lepas makan konpem akan nanges-nanges punya.. Jadi tisu wajib kena ada tau..haha


Ni pulak pinggan asben, punyalah 'tamak' kami 2 orang ambik penuh semangkuk macam2 ada walhal memang tak habis pun, kami siap tapau belen yang tak habis, rugi pulak kalau nak membazir dan terbuang kan.


MJ tak ingat pulak harga semangkuk rasanya dalam RM7.00++ kot.


Dan kalau ada yang nak terjah tempat ni kalau mai jalan2 di Butterworth, Food Court ni terletak betul2 di belakang Sek Men Keb Dato' Onn (my old school), Bagan Ajam boleh nampak la kedai ni di hujung.
Kalau dari Jetty (Feri Penang) terus je dalam 20minit akan nampak Sekolah di sebelah kiri dan masuk ikut laluan tu.

Dan lepas korang pilih-pilih apa yang nak kena tunggu di meja tau sebab kalau nak berdiri menunggu memang lambat la tapi berbaloi kalau dah makan :)

Snow Cheese Cake Strawberry Lemon

Baru-baru ni jiran setaman ada buat kek cheese ni, tengok ke gambar kemain meliur lagi ha, dah la MJ ni pantang jumpa cheese, dah dapat makan terus tak rasa nak makan dah..haha


Kalau penggemar cheese memang konpem akan jatuh cair tengok kek ni betul tak? Sapa yang tak gemar cheese tu mesti akan cakap 'muak' le makan..hehhee
Tapi percaya tak setengah dari kek ni MJ dan hubby makan, lagi setengah simpan esok, ikutkan nafsu kalu mau habis sebiji..wahahaa


Kek ni tak muak sangat tapi secukup rasa masam manis semua ada, yela kek tu kan Stoberi lemon jadi dia potong la rasa muak cheese tu dan memang sedap..

Kami makan tanpa perlu risau lemak2 cheese tertinggal dalam badan sebab lepas makan kek ni kami telan OMEGAGUARD dan LECITHIN bagi BAKAR lemak2 dan PECAH LEMAK balik supaya tak lekat kat dinding usus.

Oh ya bulan ni promosi OmegaGuard tau beli 6 percuma 1, tapi kalau ada nak syer beli dengan MJ boleh aje, sekarang MJ buka untuk Batch 2 (sebab batch 1 dah penuh) dan masih ada lagi 5 kekosongan. Siapa nak kongsi boleh SMS MJ ye : 0124353088


My Cover Pinky

Sebelum ni 'My Love' tak ada baju sian dia + sayang kalau kata calar ke rosak ke mau nanges berminggu.. huhuuu.. Benda baru haruslah sayang lebih kan...



Semalam kan MJ baru menang CASH $$, pandai abg Man ni meneka macam tau-tau je.. (tp syyhhh my asben yg beli dulu tapi macam biasa cheq kena buat senyap..hahaha) selamat ler.. (Jangan le my abang dok baca entry ni kalau tak kantoi...huhuuu)


Haruslah pink jadik pilihan, kalau tak ada pink pepel pun takpa cheq suka..Dari jauh orang dah nampak 'kesinarannya'.


Harga dalam RM40 kot tak silap entahlah tak ambik tau sangat kang ambik tau kena bayaq pulak..hehehe, pada MJ mahal la tapi asben kata ni cover original brand USAMS jadi iyakan jela.

MJ tak kisah mahal or murah asalkan ianya dapat menjaga 'My Love' tu dengan baik.