Diari Detox dengan Shaklee (Day 2 ~ 4)

Sambungan dari entry lepas berkenaan diari detox MJ bersama Shaklee.

Bila dah masuk hari kedua, badan mula craving cari nasik tau, maklumlah perut dah biasa dengan nasi 3x sehari bila sehari tak ambik mulalah dok memikir2.. Nampak apa je lalu kat wall especially kat FB, semua nampak sedap belaka, padahal menu itulah yang selalu dok jamah.. huhuu.. Dugaan betul..

MJ Detox bersama suplemen SHAKLEE, kenapa ambil suplemen juga? Sebab bila kita dah detox, kita kena bagi sumber NUTRIEN jugak pada organ2 badan kita terutama buah pinggang, kolon, hati yang sebelum ni dah bekerja keras untuk kita..

Ok jom layan Menu detox MJ dari hari ke-2 sehingga hari ke-4

Diari Detox Day 2 ~ SUP
Hari kedua semua berasaskan SUP SAYUR ye, kalau hari PERTAMA RAW SAYUR & sedikit buah, tapi hari kedua kita kena makan3x makan sup sayur yang Hijau berdaun dan tidak berdaun dengan buah sebiji.

SEBAB
Badan akan mengumpulkan khasiat2 dari sayur dan bergabung untuk membuang lemak yang tak mau dalam badan, ha masa ni la kena bertabah..huhuu


So inilah breakfast MJ, SUP BROKOLI (portion-1 gelas)
Lepas Breakfast boleh ambil (ikut pada bajet)
Alfalfa (membantu masalah penghadaman dan pencernaan dan juga mengandungi klorofil),
DTX Complex (sumber nutrien pada hati - sebab hati berfungsi menyahtoksik dari badan),
VIVIX (memberikan tenaga dan membaiki DNA)


Lunch add on kobis dengan bayam (Portion - 2 gelas)

Lepas LUNCH ambil Peppermint Ginger (perut kan dah biasa dengan nasi, jadi ginger ni untuk elakkan perut dari kembung, sebu dan rasa tak selesa). Lepas tu memang syiok la KENTUT..hihiii


Dan Dinner, disebabkan dah boring makan sup, hehehe MJ kurangkan portion untuk sup then 1 portion lagi buah-buahan mix sayuran raw.

Lepas Dinner dan sebelum tidur ambil HERBLAX (untuk mencuci USUS dan akan menyahtoksin melalui proses pembuangan keesokannya)

______________________________________________________________________________

Diari Detox DAY 3 ~ COLOURS
Salad dan Fruits Meal
Bfast dan Lunch - Campurkan colour sayuran yang BERDAUN dan TIDAK BERDAUN dengan buah sebiji.
Dinner - Steam

SEBAB
Mengaktifkan ENZIM Detox untuk membuang yang boleh merosakkan toksin dan mengelakkan kerosakan teruk pada sel badan akibat toksin.




Ceria tak warna warni untuk breakfast dan LUNCH.. Hari ke 3 MJ dah mula cergas dah, dah tak craving pada nasi, tengok nasi pun dah tak rasa cam nak makan, biasa2 je rasa..hihii

Dan untuk Dinner MJ stam sayuran HIJAU..

___________________________________________________________________________

DIARI DETOX DAY 4 - ENERGY
Bfast - RAW Sayuran BERDAUN
Lunch dan DINNER - Masak SAYUR, juga MINUMAN SMOOTHIE (Protein mix fruits) - Memang yummy..

SEBAB
Membantu tingkatkan berat badan tanpa lemak (Lean bodymass) dan sekaligus membantu tingkatkan tenaga badan berjam2x.



Breakfast Day 4 sama macam Menu Day 1, dan akhirnya LUNCH Day 4 baru dapat jumpa dengan 1 tambahan menu PROTEIN iaitu ESP (Energizing Soy Protein) mix dengan buah dan Low Fat MILK.. Dapat minum kenyang sangat!


U all boleh tengok Diari Detox MJ pada Hari PERTAMA di SINI

3 hari MJ berDETOX, memang nampak TOKSIN yang keluar dari badan, niat berDETOX adalah untuk mengurangkan/menghapuskan TOKSIN dalam BADAN,  TOKSIN sangat bahaya dalam BADAN sebab ia mengundang pelbagai penyakit bahaya seperti KOLESTEROL LDL, serangan sakit jantung, Darah Tinggi dan lain-lain penyakit.
Dan 3 hari tu juga berat MJ turun sebanyak 3kg (BONUS tu) sebab selain kita buang toksin kita dapat kurangkan berat badan.. DETOX tak sama dengan DIET ye.

p/s : Jom FOLLOW MJ di instagram @normaira ataupun #diaridetoxmaira untuk update pasal DETOX ni. :)

Diari Detox MJ (Hari Pertama)

Harini 23/Sept/2016 bermulalah diari detox MJ, MJ follow DETOX Shaklee maksudnya ada meal plan selama 7 hari yang disediakan oleh PAKAR NUTRISIONIST SHAKLEE, jadi tak perlu risau kalau nak ikut sebab konpem selamat dibuat.. hehehe

Nak tanya korang tau apa itu DETOX ni? Dulu MJ dok ingat Detox ni sama je macam diet, abes takdak telan suplement detox Shaklee lepas tu kontrol makan.. tapi tak juga sebenarnya ha..Tapi lain orang lain cara dia buat detoks ni tapi yang penting tujuan kita ialah singkirkan toksin dari badan. Bila toksin dah disingkirkan, barulah kita telan apa2 suplemen badan dapat serap Nutrien dengan sebaiknya..

Dari Toksin lah juga punca datangnya pelbagai penyakit dalam badan terutama sekali jantung dan kolestrol. Sebab tu pentingnya untuk kita kena detoks ni, .. Toksin ni kita tak nampak maklumlah dok dalam badan kan tapi kita akan alaminya. Jadi dari situ kita tahu kalau badan kita ada banyak toksin bilamana kita rasa malas je nak bangun pagi, selera makan sukar dikawal, berat badan semakin bertambah, sembelit (sekurang-kurangnya kita kena membuang 2x sehari), kembung perut, letih dan lesu setiap masa, dan paling ketara bila perut semakin buncit.. muehehe


Jadi atas sebab-sebab tersebut MJ bertekad untuk buat sesuatu, kita hapuskan toksin.. chayok2..

Jom sapa2 nak follow boleh je.. jadi ni MJ syer untuk hari pertama punya menu ye.


MENU untuk breakfast 

Hari pertama kita kena ambil semua yang berwarna hijau (makan mentah), tapi ada sukatan la (macam ceri pun ikut sukatan jugak) dan lepas je breakfast telan 5 biji Alfalfa.

MJ try letak kiwi di tengah2 antara salad (macam kita makan beger tu) perghhh sedap giler kot, blend sangat rasa dia tu. Dan di pertengahan antara breakfast dan lunch kalau perut keroncong MJ gigit Timun Jepun / ceri sebagai Snack.



Dan ni Menu lunch MJ, jika pagi tadi kita makan dengan kiwi, lunch kita layan epal hijau plak. Tapi dengan kiwi yang paling sedap..hehehe.

Pagi tadi kita telan Alfalfa then Lunch kita telan Peppermint Ginger untuk membuang angin dalam badan.. Apa yang penting Air Kosong WAJIB lebih dari 2 liter, senang untuk badan kita bekerja mendetox di hari pertama.


Ni Dinner MJ, steam bayam bersama keret dengan sedikit Kicap Soya Cair

Day 1 - FIBER 
Salad & Fruits Meal
Pagi & Lunch makan mentah (RAW)
Malam kita STEAM

SEBAB?
Untuk buang solid waste dan regulate sistem penghadaman dan pembuangan badan supaya menjadi normal.

U all boleh baca sambungan DIARI DETOX di SINI

p/s : Nak update terbaru boleh follow MJ di instagram normaira ataupun hashtag #diaridetoxmaira

Pengalaman pertama kali buat Passport

Yang ini adalah berdasarkan pada pengalaman MJ yang baru pertama kali nak buat Passport ye..hehehe
*********************************************************

Melalui pengalaman rakan-rakan yang pernah ada passport, mereka menyarankan agar MJ pergi seawal mungkin ke Pejabat Imigresen untuk mendapatkan nombor giliran. Asalnya nak pergi pada hari cuti Sabtu atau Ahad sebab di Imigresen Seberang Jaya, Pulau Pinang memang kaunter buka khas untuk passport SAHAJA..

Tapi ada sekali tu MJ pergi hari Ahad tapi tutup, mungkin sebab esok tu nak Raya Haji (12 Sept 2016) dan enggan bertangguh lagi, hari Jumaat 15 Sept 2016 MJ semangat ambik cuti (kebetulan ada kerja lain juga perlu diselesaikan) terus seawal 7.30pagi dah sampai di Imigresen. Ku sangkakan ku awal rupanya ramai lagi yang awal dah terpacak beratur punyala panjang.. huhuuu


8.19pagi baru dapat no giliran, itupun kena tunggu lagi 60 orang di hadapan sebelum tiba giliran MJ.

Sambil lepak menunggu giliran MJ siap boleh baca trend panggilan no dengan kekerapan panggilan 7 orang dalam masa 20minit, dan tetiba dalam pukul 9.30 pagi camtu pegawai Imigresen (tak salah MJ) buat pengumuman 'Pada sesiapa yang bayar guna Kredit Card sila tampil' adoiii lagi bertambah geram bilamana mereka dapat pelepasan awal untuk giliran (potong abes Q kitorang).. Giler tak bengkek, dah la potong Q lain la kalau ada 1 kaunter asing khas untuk mereka2 ni dan bukan ke kena bayar secara TUNAI apakehal pulak ni!!? Takpe sabo sabo.. huhuuu

Lebih kurang pukul 11 camtu baru no giliran MJ dipanggil lepas mengeras menunggu selama 3 jam, dah krem kaki berdiri sebab tempat duduk penuh lagipun bagi peluang dekat orang lain yang lebih memerlukan..

TAPI yang sedihnya bila sampai KAUNTER, permohonan MJ tak dapat diproses..


SEBABNYA?

IC lama masa umur MJ 18 tahun (muehehehe), pegawai Imigresen cakap muka terlalu banyak beza dengan sekarang ni, kalau IC masa umur 28 tahun masih boleh diterima tapi sekarang dah umur 30an tak valid dah.. Siap dia tunjuk lagi dekat sistem mereka yang IC MJ tak dapat dibaca dengan sempurna.. SADIS OOoo.

ADOI! 3 jam menunggu untuk dengar jawapan gitu tak ke SAKIT HATI, yang masa ambik no giliran korang tak pula cakap awal-awal yang IC MJ dah expired..huhuuu sabo la lagi sekali..

Oh ya MJ pun nak REMIND kan korang sebab dah kena batang hidung sendiri kan, MAKE SURE sebelum U all nak buat Passport pastikan IC U all yang terbaru (yang ada 2 muka kat IC tu) kalau tidak, memang diorang takkan dapat proses. Salah MJ juga sebab tak teringat langsung nak buat IC baru sebab sebelum ni segala urusan transaksi dengan BANK termasuklah tukar Kad Bank Baru takde pulak masalah..

Dan SILA BAWA 1 SALINAN IC depan belakang (bagi pertama kali buat) atau 2 SALINAN IC (bagi tujuan pembaharuan pasport) beserta passport U all.


Lepas tu rushing la MJ ke JPN (Wisma Peladang kat Bagan) untuk buat IC baru, sebabnya nak buat passport pada hari tu jugak, kalau tidak mereput la ambik no giliran baru baru pada hari lain.. Tak sanggup mak ooiii...

Nasib JPN tak ramai orang, tunggu dalam 35 minit camtu no giliran MJ dipanggil tapi 1 lagi kisah sedih berlaku bilamana kaunter bagitau tak dapat proses IC MJ plak..


SEBAB??

MJ pakai INAI... Adoiiii dah lah baru je pakai sebelum raya, baru je 3 hari berlalu tentulah INAI masih merah di jari..  Katanya cap jari tak akan muncul secara elok dalam sistem, even 1 cat/marker ada di jari pun tak boleh.

Diorang mintak MJ datang lain kali, tapi MJ cakap URGENT sebab nak proses untuk PASSPORT, kat Imigresen dah melangut 3 jam huhuuu.  MJ minta juga diorang utuk CUBA PROSES jugak, siap kaunter lain suruh letak lotion banyak2 kat tangan sebab Inai ni katanya akan mengeringkan jari kita sebab tu cap jari susah dibaca.

Tapi sebab MJ memang URGENT (diorang tahu reason MJ) maka diorang pun cuba jaya tanpa letakkan losyen dan alhamdulillah cap jari MJ jelas terang dan nyata.. LEGA!! MJ cakap kat diorang ni INAI DAUN bukan INAI CELUP dan sebab tu kot masih boleh baca. Yang sebelum2 ni ada yang pakai INAI CELOP tu yang cap jari tak lekat.

So proses berlansung dengan sempurna siap ambik gambar dan dapat lah MJ KAD PENGENALAN SEMENTARA.. Tempoh siap lebih kurang 2 minggu.


Selamat tinggal KAD PENGENALAN SWEET 18 MJ.. sobsob


Lepas tu bergegas la MJ ke Pejabat IMIGRESEN semula untuk buat passport, sebab pegawai cakap IC sementara diterima. Jadi MJ terus ke kaunter sama yg KIV pasal IC MJ zupp zapp siap takpayah dah ambik no giliran bagai..

Lepas tu tunggu pulak (dalam 15minit camtu untuk membuat bayaran sebanyak RM200 untuk tempoh 5 tahun) dan passport siap dalam masa 1 jam.


Dan setelah pelbagai cabaran dan dugaan untukmu passport finally I got it! Yeayy boleh terbang dah.. dan destinasi pertama insyaAllah akan bersama My Mum and Dad.. Kalau pandai U all tekalah tapi clue ada dalam entry sebelum2 ni..

Apapun moga urusan kami dipermudahkan Allah nanti.. Aminnnn


Kebab Daging guna Roti Gardenia

Memandangkan Roti Gardenia dah menghampiri tarikh luput, mula la gugel cari resepi yang bersesuaian, selalunya habis takdak MJ akan buat Puding Roti Bakar je..

Lepas tu masa skrol FB nampak resepi KEBAB DAGING, rasa macam nak try je maka terhasillah versi Roti Gardenia.. hihii
Sebab resepi tu dia guna Roti Pita ngan Roti Panjang tu..

Abaikan rupa roti yang huduh tu..hohooo

Resepi kebab ni memang simpel tapi sedap, sebab isi dia kita leh letak sebanyak yang kita nak tu yang best.

Bahan Inti
1. Timun, Keret, Bawang besar, dan Daging cincang (MJ guna daging beger je) - potong dadu
2. Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram.

Tumis bawang masukkan daging sehingga masak, kemudian masukkan timun dan keret kacau sebati dan masukkan 3 jenis sos tadi kacau sehingga masak.

Roti Gardenia - Leperkan dan satukan 2 keping (MJ lekatkan dengan Tepung Jagung) dan goreng. Pastikan minyak betul-betul panas ye, kalau tak nanti roti jerap minyak. Kemudian potong 2 buka bahagian tengah.. Sapukan mayonis dan letakkan inti sesuka hati..

Serius memang sedap hokey..hehehe