Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat
Qasar adalah
mengqasarkan (memendekkan) solat
yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat
sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh
diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah
al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah
berdosa
mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang
oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab,
“Kenapa kita perlu
mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam
keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w.,
dan Baginda bersabda, solat
qasar itu adalah sedekah yang Tuhan
telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-
Nya”
(
Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua
marhalah iaitu empat
burudin di mana setiap
burudin mempunyai empat
farsakh dan setiap
farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari
itu, dua
marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh
syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua
marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat
qasar
di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang
solat
tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang
di
qasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين
قصرا لله تعالى
(Sahaja aku
solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar
dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu
Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar
dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu
Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat
secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan
solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’
Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di
dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang
dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga
takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu
solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan
solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’
Ta’khir
i.Hendaklah
berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau
Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi
salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat
Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر
اداء لله تعالى
(Sahaja aku
solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana
Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta
Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua
rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء
لله تعالى
(Sahaja aku solat
fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah
Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta
Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua
rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)