31 Mei 12: Selamat Ulangtahun Kelahiran Untukku

~Entry Melekat sehingga tengah Malam ni~

Pada hari ini bersamaan dengan 31 Mei 2012 adalah merupakan tarikh bersejarah buat MJ, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana MJ masih dipanjangkan umur bagi meneruskan kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini.


Kek Aiskrim... Nyummmyyy

Semoga kehidupan ini akan memberikan sejuta sinar dan kebahagiaan yang berpanjangan buatku disamping mereka yang menyayangi diri ini,InsyaAllah.

Terima kasih MAK kerana melahirkan anakmu ini 28 tahun yang lalu (walaupun anakmu ini kedudukan songsang tapi tetap bersalin normal - bangga dengan MAK)  dan terima kasih ABAH sebab menjaga dan menyayangi Kaklong.

Tak terbalas jasa sehingga kini.. huhuuu... ehh!!tetiba rasa touching pulak.... hehee

Dan tak lupa terima kasih buat SUAMI tersayang yang sabar dengan kerenah isterimu yang kekadang tu ngada ala-ala minta dipujuk...heheee.. Biasala tu kan nak bermanja-manja sayang....hahaaa.



Dan juga buat semua rakan taulan terima kasih kerana sudi untuk doakan buat MJ :) Luv U all jugak :)

Kalau korang nak tengok hadiah masa besday MJ tahun lepas boleh baca kat MY BIRTHDAY. Hadiah tahun ni taktau lagi, takdak pun takpa cheq tak kisah, tu semua tak penting yang penting yang tersayang ingat itu dah kira bermakna :) Tapi andaikata luahan semalam didengari, pucuk dicita ulam mendatang... wahahaaa nak jugak :)


Resepi Aiskrim Goreng

Seperti yang dijanjikan di entry INI, jadinya maih MJ syer resepi nak membuatnya.. Yang sebenarnya MJ google resepi dan tengok dalam You Tube je, dan kalau korang pun nak tengok cara-cara boleh juga search kat situ.

Bahan yang diperlukan pun mudah iaitu:
Aiskrim (terpulang sebarang perisa)
Roti Putih (Tak kisah Gardenia ka High 5 ke)
Cawan (sebab nak bentukkan jadi bulat - nak buat 4 segi pun terpulang)
Minyak (untuk menggoreng)

 Ok mula-mula korang keluarkan aiskrim kecik2 mengikut citarasa, tak perlu buat bulat-bulat pun takpa

2 keping roti diperlukan, letakkan aiskrim di tengah dan kemudian tekup dengan cawan, buang lebihan roti di sekelilingnya.

Ok dah siap, masukkan dalam peti sejuk dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam, kalau lebih lama lagi baik.

Lepas dikeluarkan dari peti sejuk, pastikan MINYAK BETUL-BETUL PANAS sebelum menggoreng. kaup balik sekejap sahaja masa dan menggoreng tu lebih kurang dalam 30saat sahaja dan boleh angkat seterusnya 'ngap'


Perrgghhhh memang nyaman je tekak bila makan, terasa rapuh sejuk semua sekali la-dan apa yang penting MEMANG SEDAP :)

Meleleh ni sebab lepas buat tak sampai 2 jam terus nak goreng, tak sabar nak makan punya pasal.. ;)
Bayangkan 3 hari berturut-turut dok buat dan makan Aiskrim Goreng ni... hahaaa ;)
My Mum siap nak buat berniaga lagi ;)

Tersiat Kulitnya >> Mode Sedih :(

Ini bukan kes dera mendera cuma luahan perasaan geram sahaja...huhuuu, dan ianya tiada kena mengena dengan MANUSIA okeh... :) Nak tau apa yang tersiat kulit tu jom tengok.

Beg ni adalah beg hantaran masa Majlis Pertunangan MJ pada 08.08.2009 yang lalu, MJ jarang-jarang guna cuma pakai masa nak ke majlis kenduri kawen saja. Cuma semenjak 2 menjak ni beg ni digunakan sepenuhnya termasuklah untuk kegunaan harian pergi dan balik kerja.

Masa beli harga beg ni kategori mahal gaklah, sebab berkenan dengan jenamanya, maka MJ tak fikir panjang terus membelinya..


Kini usia beg ni dengan MJ baru dalam 2 tahun lebih camtu, tengoklah boleh dikatan di setiap tempat kulitnya tersiat, mau hati tak sakit, lain la kalau dah beli 10-20 tahun ke baru puas hati + berbaloi la.


Sedih sangat bila tengok kulitnya jadi begini, serasa macam kualiti jenama ni tak seperti yang diharapkan,  lepas ni dah merajuk dengan jenama ni..

Wallet nya pulak MJ baru beli tak sampai 6 bulan kulit tersiat jugak...huwaaarrggggghhh, adakah sekarang kualitinya tidak se'GAH' dulu??


Lepas ni kena cari jenama lain la, dok pujuk en suami dengan jenama COACH pulak... heheee, tapi kena pelan-pelan kumpul duit- biar beli mahal janji kita berpuas hati dan barang tahan lama


Kenapa entry luahan hati ni ditulis?? - dengan harapan en suami membacanya manalah tahu boleh dapat handbag baru ke, almaklumlah MY BESDAY esok..heeee (31 MEI 2012), tak dapat tahun ni tahun depan kan ada lagi...hahaaaa ranap la en suami... :)


WW : AisKrim Goreng

AisKrim Goreng ni MJ buat sendiri tau, mudah, cepat dan yang penting SEDAP :)



Sedap hingga menjilat jari, hehee

(Sila abaikan kertas yang dibelakang-almaklumlah dah nak EXAM)

Esok insyaAllah MJ syer resepi mudah ni :)

Tak sabarnya nak makan..

Best dan teruja bila makanan yang diidamkan kini bakal berada dalam genggaman.. Serasa ketidaksabaran menguasai diri untuk terus balik ke rumah dan terus 'ngap'


 Zie, Myra ambik kat blog Zie gambar ni ye :)


Thank you so much Zie tolong penuhi 'Keteringinan' Myra nak makan 2 makanan tersebut ;-) Kalau korang nak tau makanan pe yang diingini meh terjah dan baca entry Zie ke Pekan Satok dan Kampung Boyan... hehee ;)


p/s : Bungkusan ni en suami yang terima dulu kat opis dia - sebab 1 opis dengan Pejabat Pos, kawan2 en suami kat sana dok suruh buka box tu nak tengok bila tau isi dalamnya dan pakat-pakat nak makan/rasa jugak- Tapi MJ halang dan suruh en suami bawak balik rumah 'box' tu dulu..hahaaa kena bagi cheq tengok dulu baru orang lain boleh makan, hahaaa>>> TAMAK tul... :)


Lagu 'Sudah Cukup Sudah' rupanya kisah Lelaki bunuh Diri

MJ pertama kali dengar lagu ni hati dah tertawan, tanpa menghayati sepenuhnya lirik lagu tu dan MJ suka dengar rentak lagu tu, sampaikan Firas pun dah suka dengan bait kata 'Sudah Cukup Cukup Sudah, Cukup Sampai Disini Saja'


Vokalis kumpulan tersebut, Denis berkata, sahabat mereka amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara.

“Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang.

“Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan “sudah cukup sudah... biarlah aku pergi saja,” membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui sini, baru-baru ini.

Jelas Denis lagi, tidak lama kemudian, mereka mendapat berita lelaki berkenaan ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.
Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.

“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya,” katanya.

Sumber : SINI


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sumber Lirik : SINI

p/s : Usah kita kecewa kerana cinta tak kesampaian, walaupun perit kena bangkit dan buktikan yang kita kuat ;)

Restoran Z n A Sg Petani

Lepas balik dari Kenduri Kawen Kawan malam tu, dan disebabkan kami tak berapa berani nak menjamah (kalau Menu Mamak ok lagi tekak boleh terima) kami terus gegas cari kedai makan :-)


Mula tu nak makan Mee Udang tapi disebabkan tak tahu jalan (roger Ina) rupanya kami dah terlepas jalan, nak patah balik macam jauh sikit dan masing-masing perut dah lapaq, jumpa mana kedai berdekatan terus berhenti :)


 Lokasi kedai ni tepi jalan je, area Padang Temusu menghala ke Sg Petani Selatan, kalau melalui Lebuhraya PLUS ambil susur keluar ke Sg Petani Selatan belok kiri, terus sehingga traffik light simpang 4, belok kanan dan kemudian simpang 3 belok kiri. Lebih kurang 500m akan jumpa kedai makan ni di sebelah kanan.

Ha siap bagi peta lagi tu, heheee... :)


Antara menu menarik yang disediakan

Surau juga turut disediakan

Disebabkan dah malam (dalam pukul 10camtu) kami memesan makanan simple>>> 
SIMPLE ke camni??hahaaa
Ada Chicken Chop, Satay Ayam, ABC Special dan Sotong Celup tepung

Masa kami dok menangkap ni ada family meja belakang dok ushar2 je pastu dok cakap-cakap>>> Mesti kata kami ni 'peraq' kot makanan pun nak ambik gambaq...huhuuu
Tapi Ada Ku Kesah...hahahaaa (dah nama blogger ni mesti kena ada gambar kan??)


Ha kat sinilah ABC Penyejuk tekak semalam :)

 Yang bestnya kedai ni, para pelanggan dihidangkan dengan koleksi ceramah dari Ustaz Azhar Idrus, okla sambil makan sambil mendidik jiwa :)


p/s: Iklan kejap-Pada pelanggan/pengguna Avon boleh juga dapatkan barangan pada harga jimat dengan MJ jika beli secara pukal.. Terus contact MJ di normj1001@hotmail.com


Ais Kacang penyejuk tekak



Cuaca panas kalau dapat pekena. ABC alangkah nyamannya rasa tekak.. Gambar ni masa kat kedai makan baru-baru ni, order ABC sepcial ;)

Haissyyy mana nak cari masa keje ni, fokussss......

P/s : Menanti penuh teruja makanan idaman sampai ke tangan.. Heheee

Published with Blogger-droid v2.0.4

Kenduri Kawen cara India

Jumaat lepas, MJ bersama en suami menghadiri jemputan kawen x-rakan sepejabat di Sg Petani, jemputan bermula pada pukul 7.30 malam. Yang sebenarnya MJ dah terlupa pasal jemputan ni, sebabnya 'dia' panggil kenduri bulan 4 lalu iaitu sebelum dia meninggalkan opis kami.

Masa sembang-sembang dengan rakan pejabat ari Jumaat tu baru teringat, tu pun dah nak habis waktu kerja baru tau kata majlis tu berlangsung petang karang, terus roger en suami ajak ke majlis tersebut :) Lagipun masa perkahwinan kami 2 tahun lepas pun dia ada hadirkan diri ;)


Selamat Pengantin baru buat kedua mempelai

Masa ni baru sampai, 'ter' sama kaler dengan tema pengantin lak :)


Penyanyi jemputan

Hidangan yang disediakan

Pengantin makan bersebelahan (Makan Beradab)

 Mujur ada aiskrim sebagai penyelamat, so masa majlis tu berlangsung kami berdua cuma makan aiskrim jela, heheee ;)


 Sebelum balik bergambar dulu dengan pengantin :)

 Selamat Pengantin Baru buat korang berdua, semoga berbahagia hingga hujung nyawa.. :)


1st time hadiri majlis perkahwinan India, boleh tengok cara dan adat diorang kan, sebelum ni pernah pergi perkahwinan Cina ;)
Keluar dari majlis kitorang terus cari kedai makan, hehee plan asal nak makan kat Mee Udang - Entry Ina tapi sebab terlajak so kami cari kedai terdekat la, masing-masing dah perut lapar kan... ;)


p/s: Sebenarnya plan nak p ni last minit, tak sempat plan dengan blogger Intan Berlian, kalau tak, bolehla ngedate ;)




Laksa Penang yang menyengat

Penang memang dah terkenal dengan masakan yang best, betul tak? Sebab tu orang Penang semua comel-comel belaka kan...hahahaa :)

Entry ni MJ nak menayang LAKSA yang memang kena sangat dengan tekak dan selera MJ, rasanya memang TERBAIK!! Serius cheq habaq kat hampa semua noooo, meleleh beb.... :)


Masa gambar ni diambil MJ dah gaul bahan hiasan, terlupa nak tangkap dulu + lapaq sama so tenggelam habis la hiasan, tapi takpe rupa tak penting yang penting rasanya membuatkan kita teringat-ingat.

Boleh kata seminggu sekali @ 2 minggu sekali mesti nak kena p makan, kalau tak, rasa macam tak cukup je, haissssyyyy :)


Kedai ni kat tepi jalan je dan dalam kawasan perumahan, insyaAllah nanti bila p sekali lagi MJ tangkap gambar kedai dengan tuan kedai sekali, hehee :) Ada sesiap pernah cuba kat sini tak? Boleh beri komen, dijamin PUAS HATI.. ;)

Kepada warga Penang memang disyorkan makan kat sini, terletak di Bukit Minyak, laluan ke Sek. Men Teknik Bukit Minyak.

Selain dari Laksa, ada Rojak dan Cucur Udang, yang ni pun sedap jugak tau, bila p makan rasa macam semua nak 'hadap' sekali harung, heheeee :)

Kedai dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, beroperasi pada tengah hari hingga petang.


Teringin Kek Lapis Sarawak

Tetiba je tekak ni terasa nak makan kek lapis Sarawak, tiada maksud lain cumalah keinginan untuk memenuhi selera nafsu makan MJ je..heheee


Sumber gambar : SINI

MJ nak membeli kek lapis secara online, almaklumlah entah bila akan terbang ke Sarawak kan, adik Ipar MJ ada duduk kat Limbang, katanya kat Miri mahal kek ni, jadi taknak susahkan dia nak bawak balik dengan barangnya lagi 'membran-bran' so ingat MJ nak order secara online la.


Ada tak sapa-sapa yang sudi nak pos untuk MJ especially orang Sarawak? Ada juga tengok kat blog Sis Nana Mia dia beli dekat Mira Cake House  tapi MJ tak pasti ada tak dibuat penghantaran ke Penang, dah email tapi pertanyaan belum berbalas.

**Tak sempat nak tunggu raya nak makan kek dah...heheee - Mungkin tak lama lagi My Birthday, dah jemu makan kek kat sini dengan buat sendiri, ubah selera nak makan kek terbang jauh jugak..hehee ;)**


p/s : Ikan Terubuk Masin pun nak jugak-adoila tetiba je nak ubah selera pulak...heheee :)

Persiapan Kenduri Doa Selamat @Lumut


Minggu lepas MJ sekeluarga ke Lumut bagi menghantar adik ke dua MJ pulang ke rumahnya setelah 2 bulan ditinggalkannya.. Yela dari 9 bulan Ilhan dalam perut Uminya sehinggalah habis berpantang di rumah TokManya

Kami bertolak dari Penang Jumaat malam dan kenduri dibuat pada keesokannya hari Sabtu makan tengah hari. Jemputan dalam lebih kurang 50 orang.

Menu yang disediakan - Nasi Daging, Sup, Ayam Goreng berempah...

...Air Asam, Puding Laici, buah tembikai dan Air Tropika



Sementara kami sibuk memasak di dapur, mereka kaum lelaki melayan keletah Firas dan Ilhan ;)


Belum disusun atur sepenuhnya lagi

Lepas boring main game kat henpon, bermulalah aktiviti wajib Firas ialah bermain bola

Amacam!! ada gaya pemain profesional tak, boleh ganti Nazmi Faiz ni nanti...hahaaa

Tendangan yang berjaya masuk GOLLLLLLLLL!!!!!!
Suka gambar ni tapi agak lari allignment pulak, tak sempat nak ubah setting :)

Firas dengan bola memang tak dapat dipisahkan, pantang nampak bola nak sepak je..
Laju tau sepakan Firas dan pandai jugaklah sikit-sikit nak kecek bola.


Gambar masa kenduri doa selamat esok MJ publish, sebab tak sempat nak memiilih dan resize.. So entry ini akan bersambung la ye... :)

BE Baru

Terima kasih Nuffnang dan tak lupa buat penaja RHB Internat Banking  kerana sudi menaja blog kecik MJ ni, minggu lepas BE Jay Park mengundur diri dan alhamdulillah kini ada pengganti :)


Dan pada korang yang kaki wayang, ada pulak akaun RHB, ha kini cara mudah boleh beli tiket GSC secara online tau, cepat dan senang tanpa perlu beratur panjang di sana :)


Walaupun jumlah tak semenggah, tapi unjuk jugak tanpa rasa malu...heheee, yela kalau dah setakat itu yang boleh kan, takpe pembakar semangat di masa akan datang :)


p/s : BE ke 6 untuk tahun 2012

Kek untuk Mak

Bila mana Ustaz Azhar Idrus kata tak boleh sambut Hari Ibu, tapi Mufti Selangor cakap boleh asal tak simpang dari tujuan asal, jadi dengan ala kadar kami buat kek dan makan sama-sama satu family :)

Kek ni dibuat pada malam Hari Ibu, saja nak bagi meriah, tapi yang lebih tu budak kecik sorang ni je..heheee


Kek Coklat dihiasi dengan lapisan Whiping cream, dapat makan sejuk-sejuk memang layan ;)
Maaf tiada dekorasi comel-comel, tak sempat..hahahaaa


Khusyuknya Ilhan merenung kek, nak jugak ke sayang? Ke Ilhan teruja dengan LadyBird tu.. ;)
Abg Firas macam biasa nampak kek je terus suruh kami nyanyi 'beday tu yu'

Suka kami tengok Firas kalau ada kek dan lilin berkali kali tiup pun takpa,
tapi nak kami nyanyi dulu lagu 'beday tu yu' baru dia mau tiup lilin..


Tangan potong kek tapi mata dok memandang LadyBird tu dah..

Ha tengok tak nyempat-nyempat nak potong bagi habis terus sambar ladybird dan makan ;)

Gambar kami yang lain tak dapat nak tunjuk kat sini sebab semua berpakaian tidur dah pun, almaklumlah dah malam


Apapun terima lah ucapan sayang dari Firas.. Rindu mereka berdua (sekarang dah berada di Lumut)...huhuu