~Entry Melekat sehingga tengah Malam ni~
Pada hari ini bersamaan dengan 31 Mei 2012 adalah merupakan tarikh bersejarah buat MJ, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana MJ masih dipanjangkan umur bagi meneruskan kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini.
Kek Aiskrim... Nyummmyyy
Semoga kehidupan ini akan memberikan sejuta sinar dan kebahagiaan yang berpanjangan buatku disamping mereka yang menyayangi diri ini,InsyaAllah.
Terima kasih MAK kerana melahirkan anakmu ini 28 tahun yang lalu (walaupun anakmu ini kedudukan songsang tapi tetap bersalin normal - bangga dengan MAK) dan terima kasih ABAH sebab menjaga dan menyayangi Kaklong.
Tak terbalas jasa sehingga kini.. huhuuu... ehh!!tetiba rasa touching pulak.... hehee
Dan tak lupa terima kasih buat SUAMI tersayang yang sabar dengan kerenah isterimu yang kekadang tu ngada ala-ala minta dipujuk...heheee.. Biasala tu kan nak bermanja-manja sayang....hahaaa.
Dan juga buat semua rakan taulan terima kasih kerana sudi untuk doakan buat MJ :) Luv U all jugak :)
Kalau korang nak tengok hadiah masa besday MJ tahun lepas boleh baca kat MY BIRTHDAY. Hadiah tahun ni taktau lagi, takdak pun takpa cheq tak kisah, tu semua tak penting yang penting yang tersayang ingat itu dah kira bermakna :) Tapi andaikata luahan semalam didengari, pucuk dicita ulam mendatang... wahahaaa nak jugak :)