Masih lagi bercerita pasal jalan-jalan kami di Kelantan, korang jangan boring tau..heheee
Lepas selesai
Meminang pada hari Sabtu tu, maka aktiviti kami seterusnya ialah JENJALAN+SOPING ler :) Cheq paling suka bab soping-soping ni la, walau tak membeli apa-apa barang pun tapi dapat menjamu mata pun dah puas..heheee
Jom kita ke PASAR BESAR SITI KHADIJAH- tempat WAJIB ni kalau sampai KELANTAN
MJ cuma beli FM je (tu pun 2 ketul je, sebab mahal beb),
yang lain-lain tak rasa nak beli pun (padahal tak tau nak beli pe)
Sementara kami kaum WANITA ke Pasar Khadijah, My hubby p melawat MUZIUM :)
Dan en suami membeli FM di Muzium tersebut. Cantik, padan lah dengan harganya
Lepas round PASAR KHADIJAH, kitorang terus ke
KOMPLEKS BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG
(otw nak balik Penang)
MJ suka soping kat sini sebab ada barangan murah
dari KBC Pengkalan Kubor dan macam tu gak sebaliknya
Ikut jenis barangan tersebut, kena pandai survey la
Tengah membelek-belek baju buat en suami
Ada baju yang berkenan saiz takdak, baju tak berkenan ada pulak saiz,
pening dok memilih tang tu saja
Proses tawar menawar sedang dilaksanakan,
bukan main moncong lagi mulut tokey kedai ha.. Mesti masa ni tokey kedai tu dok cakap
'TAK BOLEH KURANG ooooOOOO :-)
Pilih punya pilih last-last cuma beli sehelai je..hehee, kaler ijau tapi bukan yang MJ pegang tu
Selepas tu kitorang ke bahagian anak patung la, bantal la menan la,
kalau ada anak syiok ler membeli kat sini,
tapi takpe anak menakan kan ada, jadi MJ beli la 1 untuk FIRAS bantal nie
Tengok Bantal peluk BOBOI BOY ni dan terus beli 1,
ingat nak beli la dengan bantal tido,
tapi memandangkan Firas dah ada bantal Upin Ipin, jadi beli 1 jela
Rantau Panjang yang sentiasa penuh terutama ketika musim cuti sekolah..
Dah penat berjalan dari 1 gerai ke 1 gerai, kitorang singgah untuk makan dulu..
Masa ni lauk pun dah tinggal sikit-sikit je..
Belasah jela apa yang ada, padanlah dah pukul 2ptg pun masa ni.
Masa makan ni telefon adik MJ nak update kata beli bantal kat Firas,
tapi adik takdak pulak masa tu, keluaq p makan kenduri,
so MJ tipon Mak cakap beli bantal BoBoi Boy,
Mak cakap Firas sekarang minat dengan AGI BED pulak,
terus lepas makan MJ ajak en suami p tukaq bantal, seb baik tokey kedai tu bagi..heheee
Nantilah MJ tunjuk bantal Firas tu ye, tak sabar nak tunggu Firas balik Penang nak bagi bantal ni.
MJ ada gak beli belon tiup tu, nak ajak Firas main lah:)
p/s : Puan Blog masih bercuti dalam paksa sampai Awal Tahun depan..