Lamanyaaaa tak berupdate blog kesayangan ni, dan lama jugakla tak blogwalking.. Cipta sejarah untuk tahun 2015 hari ke Sembilan baru nak menulis.. huhuhuu Korang apa khabar???
Gambar ada banyakkkk sebenarnya nak simpan sebagai kenangan di sini tapi nak menulis tu alahai 'M' bebenar....hehee
Ok sebagai permulaan MJ nak cerita '
minat terbaru' MJ sekarang, muahahaa minat la sangat.. Percubaan untuk berbudi pada tanah dengan bercucuk tanam. Korang jangan tak tau MJ ni '
tersangatlah keras tangan' okey, memang tak pernah nak menanam segala, almaklumla rumah 'felet' kan mana ada tanah..
Tapi my Dad rajin, walau duduk 'epatmen' tingkat 6 dia rajin menanam, segala mak neka ada, nak masak cari je kat pokok, kiranya tangan subur la.. tanam dalam pasu ada, tanam kat tanah bawah felet pun ada.
Maka pada petang hari Ahad nan indah, bermulalah proses mengemas tanah belakang rumah yang tak seberapa tu, susun atur sikit sambil berangan kononnya mempunyai rumah dalam taman.. choiiiii... hehee
Kitorang kan duduk sendiri, kemain ada tanah belakang rumah tapi kosong, jadi inilah masanya masing2 tunjuk kehebatan sapa yang menang part menanam ni.
Amacam? Ada ciri-ciri tangan 'subur' tak? (
sambil angkat kening dan kenyit mata sebelah) Ok korang silalah jangan percaya ye sebab dalam pasu tu (
Daun kari dengan daun kunyit) adalah 'hadiah' dari my Dad. hahahaa cheq cuma letak cecomel je kat situ.
Manakala daun pandan dengan serai secoet tu percubaan pertama dari my asben.
MJ cuma kemas sikit2 buang rumput kasi clear tempat tu dan susun batu2 sekeliling walaupun batu tak seragam ada bulat petak bersegi macam-macam ada yang penting ado, sebab taknak orang yang mesin rumput dengan 'sengaja' mesin semua tanaman indah ku.. sobsob. (
Jiran sebelah dah banyak kali kena, dia yang pesan suruh susun bata atau tanam dalam pasu) sebab katanya tukang mesin tu tak perasan..
Ok positif mungkin dia tak kenal / tak tahu bezakan antara daun kari dengan rumput..hohooo ok dimaafkan.
Jadi setiap petang selepas balik kerja MJ akan hadap jap tanaman, kena praktis cakap-cakap sikit dengan pokok supaya diorang mau sihat.. hehee.
Korang kalau ada tip sudi2lah syer ye.