Hanger RING STAND SINGLE

OUT OF STOCK

Baru2 ni MJ ada beli Hanger tudung ni, memandangkan ramai yang bertanya mengenai Hanger ni, MJ ingat nak buka pre-Order la untuk RING STAND SINGLE (seperti dalam gambar).


Sebab hari tu kami kebetulan ke sana dan beli, jadi kalau nak jual MJ top up harga sikit ye tapi masih murah berbanding di pasaran.. Yang ni tak boleh pusing ye. Sebab ramai yang dok suruh jual ha..Dekat kedai MJ biasa tengok dalam RM80 dan ke atas, Seratus lebih pun ada ha..

MJ jual RM 75 termasuk poslaju (SM/SS add RM5) dan free 10pcs small hanger (boleh gantung tudung bawal/shawl)
Kalau tak mau hanger kecik tu MJ jual RM60 Ring Stand ni


Maaf ye semua.. Hanger di atas dah Out of stock.. MJ dah tak ambil & jual dah..harap maklum 😊


Batu 5 Char Koaw Teow, Taiping

Kalau korang dari arah selatan nak ke Utara, MJ cadangkan korang singgah di gerai Char Koaw Teow di Batu 5, Changkat Jering Taiping ni. Seriusly memang kena selera dengan tekak MJ tau berbanding CKT pemes yang kat ****** tu..hehehe..

Kalau nak pergi korang kena keluar ikut susur menghala Changkat Jering/Beruas kemudian ambil laluan nak ke Taiping. Dalam lebih kurang 10 minit macam tu akan sampai Batu 5 dan gerai ni di sebelah kanan.


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Dari jauh boleh perasan sebab banner nya warna ceria, nampak je kaler ni maka dah sampailah..hehee
 


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Ni la tokey kedai aka kawan MJ masa sekolah dulu, kagum dengan dia, walau ada kelulusan tapi berkecimpung dalam arena bisnes aka kedai makan.
Sorang lagi kawan MJ yang ada kelulusan tapi akhirnya terjebak dengan bisnes kedai makan iaitu Steamboat Grill di Sungai Petani, femes dah kedai ni, hari2 full house tau, alhamdulilla.. Mudah-mudahan mereka menjadi usahawan berjaya nanti.


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Kelapa Lemon yang super duper nyummy.. I like :)


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Ni Char Koaw Teow Special, meriah dengan udang + sedap sangat tau, memang puas hati makan


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Kasi layoq sikit....


Batu 5 Char Koaw Teow - Celoteh MJ
Perghhh tetiba tekak terasa nak p makan lagi...

Ok, nanti korang boleh like di FB Page Batu 5 ni untuk info lanjut ye.


Cashout Nuffnang 2014

Inilah hasil berblogging selama setahun, walaupun tak seberapa padanlah dengan tahun 2014 MJ sendiri memang jarang sangat mengupdate blog. Jadi tak boleh la nak mengharap inkam selebat dan sehebat orang lain... Apapun tetap bersyukur ada dari tiada, kan?


Setelah ditolak yuran proses RM1 makanya cheque dijangka dapat pada awal Mar 2015 iaitu RM210.33 itupun kalau takdak apa2 masalah kan... Okla bulan Mar nak renew roadtax insurans Mr A boleh la topup sikit dari duit ni.


Roti Bakar Telur Sosej bersalut Cheese

Ha ambik tajuk tak tau nama apa yang betul main tulis je, nasib letak 3 bahan tu je, kalau banyak bahan sure lagi panjang nama menu tu..hahaha

Asalnya nak pergi makan Roti Bakaq Teloq Meleleh kat Sungai 2, penangan terliur tengok kat FB. Tapi sebab malas nak keluar + qasa macam lebih senang buat je sendiri, maka terus minta asben belikan bahan-bahan.
Pagi tu sebelum pergi kerja kelentung kelentang kejap then siap. Nak resepi mudah je tapi takpela MJ kongsi di blog ni untuk rujukan bersama..hehee


Roti Bakar Cheese
Memula Rebus sekejap Hotdog tu hiris serong dan ketepikan, kemudian tumis bawang sampai naik bau masuk telur kacau cepat2 supaya 'tekstur' telur jadi kecil, dah masak gaul dengan Black Pepper sauce (MJ tak ada sos ni) tapi tumbuk lumat blackpepper gaul sekali bersama sedikit garam dan mayonis.



Roti Bakar Sedap
Sapukan roti dengan sos tomato/spagethi sos dan susun la hotdog dan telur ikut sesedap rasa (Nak gantikan telur dengan sardin/tuna terpulang) kemudian letakkan cheese. Bakar sekejap dalam Oven/Pemanggang Ajaib lebih kurang 10minit atau sehingga cheese mencair, kemudian tutup api.



Roti Bakar Cheese sedap
Ginilah rupa bila cheese cair menyaluti inti, pergghhhh sedap tau dah macam makan pizza je.

Roti Bakar Cheese Meleleh
Sekeping makan tika breakfast, tu pun dah cukup kenyang, lagi sekeping kita makan masa lunch.. Memang cukup untuk terlebih lapik perut ni ha..hehehe



Roti Bakar Cheese Telur
Ok jemput makan ye... Nyam nyam...

Sebenarnya nak buat Lasagna Roti, tapi sebab susu cair tak ada maka jadilah Roti Bakar  ni.. Untuk resepi Lasagna Telur klik SINI dan Roti Daging Cheese ye (right klik)

Bersantai di Route 69, Taman Robina

Taman Robina di Teluk Air Tawar adalah salah satu tempat 'lepak' buat muda mudi dengan kawasan yang redup dan damai sambil sesekali pipi ditampar lembut sang bayu... ewahhh... berpuitis pulak....hahah


Taman Robina Teluk Air Tawar

Tapi kitorang takdak la nak melepak pandang laut tu semua, bercinta kat rumah pun dah cukup, tempat terbuka camni tak syok..hahahaa sebab ramai pasangan lain becinta + mat2 motor preng2 memekakkan suasana je. huhuuu



Tujuan utama kami sebab nak makan je, hahaha dah kebetulan perut keroncong ha, main redah je mana tempat yang rasa nak try. Jadi kami singgah di Route 69 ni, betul2 menghadap laut. Seberang sana adalah Pulau Pinang.


Burger sedap di Taman Robina Teluk Air Tawar
Ni menu pilihan MJ.. My 1st impression wahhhh!!! menarik... Burger apa ntah nama tak ingat..huhuu


Tapi!! MJ kecewa sikit sebabnya daging beger tu dah sejuk, sebab tu lah cheese nya tak mencair , cheese 'mengkeras' jadi bila kita makan ianya agak terasing antara daging dan cheese..huhuu. Kalaulah tuan kedai panaskan sekejap dengan MicroWave ke tentu lagi mabeles.


Route 69 Taman Robina

My asben plak menu nya macam biasa Chicken Chop.. Ha menu ni sedap..Kuah black pepper nye menarik.


Hopefully next time pihak Route 69 boleh panaskan dulu daging beger tu ye kalau dah masak daging tu siap2, sayang dah sedap tapi sejuk..huhuuu

Anniversary Ke-5

10 Jan 2015 yang lepas genap lah usia pernikahan kami yang ke 5 tahun, Alhamdulillah fasa pertama  perkahwinan (5tahun mula) kami lalui bersama mengharungi pahit getir manis indahnya perkahwinan walaupun tanpa kehadiran cahaya mata dalam hidup kami. Semoga fasa ke 2 (5 tahun kemudian) dan fasa seterusnya sehingga hujung nyawa kami tetap bersama sebagai suami isteri dan mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kami, aminnnn.

Anniversary MJ
Andai rezeki anak memihak kepada kami, pastinya ketika ini 'si kecil' kami telah berusia 5 tahun dan memasuki alam persekolahan.

Tetapi tak apa kami Redha dengan Ujian Allah buat kami, biarlah orang bercakap yang penting kami dah berusaha setakat terdaya. 5 tahun dah pelbagai usaha, cara, kaedah dan tak lupa doa mengiringi setiap apa yang dilakukan, kami tawakkal.


Firas ke Tadika
Sedikit terubat bila MJ turut merasai pengalaman menghantar anak ke Tadika (anak sedara..heheh) pengalaman nak kejutkan Firas bangun pagi ke sekolah, melayan ragam taknak ke sekolah di hari pertama tapi lepas dah pakai 'Uniform' tadika terus semangat.


Firas kat Tadika
Dah sampai kelas senyum sampai ke telinga, kami nak balik pun ok je boleh tapi kami tetap tunggu sampai habis masa orientasi Firas pukul 10pagi.


Ilhan kat Tadika
Sambil tunggu abg Firas dalam kelas, kita Selfie dengan Ilhan dulu. Ilhan bila tanya nak sekolah ke, dia jawab taknak tapi dalam kelas nak duduk sebelah abang.

Sekarang hari ke 3 Firas di sekolah dah semangat, bangun pagi tanpa dikejut mungkin sebab Ummi Firas siapkan bekal ke Tadika kot (Perkembangan Firas di update oleh Ummi Firas setiap pagi - sebab MJ dah kembali ke Penang meneruskan kerja).

p/s : Seronok tengok di FB masing2 update perkembangan anak di hari pertama persekolahan, kekadang hati 'sedikit' rasa sedih apakan daya kita hanya manusia biasa..hehehee

Cubaan Bercucuk Tanam

Lamanyaaaa tak berupdate blog kesayangan ni, dan lama jugakla tak blogwalking.. Cipta sejarah untuk tahun 2015 hari ke Sembilan baru nak menulis.. huhuhuu Korang apa khabar???


Gambar ada banyakkkk sebenarnya nak simpan sebagai kenangan di sini tapi nak menulis tu alahai 'M' bebenar....hehee


Ok sebagai permulaan MJ nak cerita 'minat terbaru' MJ sekarang, muahahaa minat la sangat.. Percubaan untuk berbudi pada tanah dengan bercucuk tanam. Korang jangan tak tau MJ ni 'tersangatlah keras tangan' okey, memang tak pernah nak menanam segala, almaklumla rumah 'felet' kan mana ada tanah..
Tapi my Dad rajin, walau duduk 'epatmen' tingkat 6 dia rajin menanam, segala mak neka ada, nak masak cari je kat pokok, kiranya tangan subur la.. tanam dalam pasu ada, tanam kat tanah bawah felet pun ada.


Maka pada petang hari Ahad nan indah, bermulalah proses mengemas tanah belakang rumah yang tak seberapa tu, susun atur sikit sambil berangan kononnya mempunyai rumah dalam taman.. choiiiii... hehee
Kitorang kan duduk sendiri, kemain ada tanah belakang rumah tapi kosong, jadi inilah masanya masing2 tunjuk kehebatan sapa yang menang part menanam ni.

Amacam? Ada ciri-ciri tangan 'subur' tak? (sambil angkat kening dan kenyit mata sebelah) Ok korang silalah jangan percaya ye sebab dalam pasu tu (Daun kari dengan daun kunyit) adalah 'hadiah' dari my Dad. hahahaa cheq cuma letak cecomel je kat situ.

Manakala daun pandan dengan serai secoet tu percubaan pertama dari my asben.


MJ cuma kemas sikit2 buang rumput kasi clear tempat tu dan susun batu2 sekeliling walaupun batu tak seragam ada bulat petak bersegi macam-macam ada yang penting ado, sebab taknak orang yang mesin rumput dengan 'sengaja' mesin semua tanaman indah ku.. sobsob. (Jiran sebelah dah banyak kali kena, dia yang pesan suruh susun bata atau tanam dalam pasu) sebab katanya tukang mesin tu tak perasan..
Ok positif mungkin dia tak kenal / tak tahu bezakan antara daun kari dengan rumput..hohooo ok dimaafkan.

Jadi setiap petang selepas balik kerja MJ akan hadap jap tanaman, kena praktis cakap-cakap sikit dengan pokok supaya diorang mau sihat.. hehee.
Korang kalau ada tip sudi2lah syer ye.