Testimoni ni adalah dari diri MJ sendiri tau dan bukan dari orang lain. Mineral Coffee ni adalah keluaran dari syarikat Hai-O Marketing dan MJ merupakan salah seorang penggemar Nescafe, kalau sekali tak minum boleh pinau mata..hahaha (
ok tipu)
Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee (MC) berasal daripada bijian kopi Robusta
dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya
yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang
dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral
Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah
kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.
Ini adalah testimoni dari MJ sendiri ye, kalau ada sesiapa nak ambil sila maklumkan..hahaha
TESTIMONI 1
MJ mula berkenalan dengan MC ni dari
Yong la, dia bagi trial 3 sachet dan MJ minum masa bulan Jun yang lepas masa
final exam ada 3 paper, 1st paper MJ tak minum sebab terlupa. MJ keluar dari rumah 6.40pagi untuk elakkan jem atas penang bridge, paper start 9pagi, dan akan smpai USM paling lewat pun penah sampai dalam pukul 7.30pagi, study kejap dalam kereta tengok nota apa yang patut dan tetiba terlelap. (
Bahaya ooi kalau terus tak sedar failed la cheq paper tu..huhuu).
Dan korang bayangkanlah masa jawab exam pun sambil menulis boleh dok tersengguk2 ha, aduhhh dah le dok ligan masa takut tak cukup (
punyalah teruk, hehe) biasalah penangan study last minit tdo pukul 3pagi bangun 6pagi gitulah.. (
Bukan final exam je dan ini bukan kali pertama-selama 4 tahun study gitulah MJ..hohooo)
2nd paper dan 3rd paper minggu selepas tu MJ cuba minum MC ni sebelum bertolak ke USM untuk jawab exam,
MACAM TAK PERCAYA sebab MJ tak mengantuk langsung dalam kereta ke masa nak jawab exam ke,
MEMANG TAK, terkejut jugaklah sebab MJ bukan tak pernah minum Necafe sebelum ni tapi jujur cakap macam-macam jenama dah di cuba tapi hasilnya tak memberangsangkan. Minumlah bergelas-gelas pun tetap nak jugak tidoq.
TESTIMONI 2
Bulan Ramadhan, MJ MEMANG TAK BOLEH minum sebarang kafein ketika sahur kerana akan menyebabkan perut jadi 'sengkak' sepanjang hari.. hazab ooi menanggung derita tu dan dah bertahun memang tak berani minum Nescafe masa sahur, hasilnya masa di tempat kerja pukul 8pagi -10pagi dah tersengguk (
MJ masuk kerja pukul 7.30pagi) dan tunggu masa je waktu lunch untuk tido (12.30-1.30pm). Gitulah rutin kerja setiap hari sepanjang Ramadhan. Bila dah masuk minggu ketiga Ramadhan baru teringat ada belen 1 sachet lagi tak minum.
Mula tu tak berani gak, takut igauan ngeri terjadi tapi bila tengok testimoni orang lain cakap bertenaga dan segar sepanjang Ramadhan, MJ ambil risiko minum MC masa sahur. Macam tak percaya MJ TAK MENGANTUK LANGSUNG di tempat kerja, masa lunch siap boleh p Mall shoping baju raya lagi.. hehee.
Berbeza dengan Nescafe lain yang MJ pernah minum sebelum ni, MC ni bagi MJ memang bagus, selain untuk kesihatan ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari tanpa perlu risau mengantuk.
MJ terus roger Yong untuk order 2 kotak dan minum sampailah kini - best, segar sentiasa di tempat kerja tanpa rasa mengantuk. Kalau ada yang nak mencuba bolehlah hubungi MJ atau nak try dulu per sachet pun takpe untuk rasai sendiri aura dan kehebatan Mineral Coffee ni..
p/s : Ini bukanlah iklan berbayar tetapi ini berdasarkan pengalaman MJ ye :)