Alhmdulillah rezeki untuk student part time nie kot.. heheee..
Bukak nuffnang seperti biasa nak chek apa yg patut, tak tinggal of course la nak tengok income kan..
Yela sumber pendapatan mana leh tinggai, nak kata mata duitan takler, tapi pemangkin semangat untuk meneruskan usaha...
BE yg MJ dapat ialah 1 day Acuvue Moist at LR, nmpknya pasni kena switch on switch of la ye ngan Nokia C3,tapi takpe jangan rebut2 na, asal sudi melekat MJ sudi menerima..hehee..
Sebelum nie iklan Mitsubishi ASX dan Celcom Blackberry dok kat SS, cuma kat LB MJ belum dapat BE, mungkin kedudukan tak strategik ke tak tau la kan.. Sapa tau??
Graf MJ cam biasa, nek turun nek turun, rajin BW adala naik, kalau, tak turun la jawabnya.. :(
Tmbahan lak pasnie dok sibuk ngan study + kelas + exam lagi, tak tau la...
Harap kawan2 sudi menolong ye..heheee...
Okla, MJ nak sambung baca buku nie, esok ada exam 2paper, kawan2 tolong doakan MJ ye..
Maaf kalau tak sempat nk jengah rumah kawan2, pas abis exam nie nanti MJ akan balas terjah kawan2...
Apapun tima kasih pada semua kawan2 yg sudi jengah blog MJ nie ye..
Salam... Alhmdulillah dah selesai sesi pendaftaran, penat sangat berangkut beg2 besaq dan berat, apakan daya demi menuntut ilmu ku gagahi jua.. heheee.. :) Schedule arini penuh dengan taklimat je... Esok baru free coz exam lusa...
Amacam result part 1? Dah tengok? Kalau ada yang belum tengok boleh lihat entry kat bawah nie @ tekan SINI Setakat nie MJ belum terima maklum balas dari pemenang lagi, tak tau la diorang perasan ke x, MJ memang tak sempat la nk inform kat setiap org pemenang untuk bg alamat, andai MJ tak terima lagi mklumat2 tu dari 5 orang pemenang part 1, MJ akan undi lagi, so orang lain akan ada peluang kan.. MJ bg masa smpai esokla (30hb) utk pemenang2 part 1 tuntut hadiah.. 2 ari tau MJ bg masa, sempat la kot ye diorg tgk..
Ok, sekarang MJ teruskan dengan 5 orang lagi pemenang saguhati seterusnya..
120. NAI
84. Fawwaznuha
52. Nurezzat
142. LYA m@m@ ASYA
30. Notami
Tahniah pada 5 orang pemenang saguhati part 2..
Sila emelkan nama, alamat, no telefon dan no bertuah anda ke normj1001@hotmail.com
** Harap kepada penerima hadiah UTAMA bersabar ye....** heheee
Sekarang bnyk kan syarikat2 jual produk collagen nie..
Disini MJ pun nk perkenalkan produk keluaran syarikat CY 2000 iaitu
'5000mg Collagen Beuty Drink Formula' Dalam masa 10 hari anda akan dapat rasai perubahannya.. Cubalah sendiri ye sebab MJ pun dah mencubanya... :)
Bahagian hadapan....
Bahagian belakang..
Antara khasiat dan keistimewaan Collagen nie ialah :-
a) Untuk kulit b) Otot dan sendi c) Tulang dan gigi d) Melambatkan penuaan e) Imunitas dan lain2, kalau ada yg sudi MJ leh emel risalah produk nie untuk lebih maklumat..
Tak rugi beli tau.... Harganya....???
12g x 16 sachet RM 55.00 (tidak termasuk pos ye - Seluruh Malaysia)
Leh oder melalui MJ ye, (kalau ada yg sudi la)
Nak tau barangan lain, meh klik blog SINI
Blog nie blog baru, DAN ADA BEBERAPA PRODUK YG DAH DIPERKENALKAN
Rajin2lah jengah ye kalau sudi..
Terima kasih...
P/S : perhatian kepada semua peserta GA ke 2, keputusan akan di auto publish esok pagi ye, sebab esok MJ akan sibuk 1 ari di USM utk registration dan taklimat..**
Pernah dengar tak pasal khasiat pokok Stevia?? Khasiatnya amat sesuai untuk orang yang mengidap kencing manis, rasa daunnya amat enak sekali..
Korang penah try rasa?? MJ mulanya shy shy cat nk makan, tapi bila lepas mkn.. Wowww!! sedap, manis cair di mulut dan perghhh memang tak terkata la.. My dad beli masa di Cameron Highland dulu..
Kalau sesapa yg nk kurangkan gula dalam minuman ka makanan ka, leh la dicampurkan ngn daun nie.. kiranya sebagai pengganti gula, kalau dalam bahasa ekonomi di panggil barang pengganti sempurna.. hehee..cikgu eko plak kejap..
Ha niela pokoknyer.. Ia tak tahan panas sangat, kena jaga dengan cermat..
Niela bentuk daunnya... mmg sedap la, betul tak tipu.. :)
** Mungkin ada yang dah tau pasal pokon nie, cuma MJ je yg baru tau.. heheee **
Korang mesti dah tak sabar2 nak tau keputusan kan....?? Harap dapat bersabar ye, MJ ngn hubby ngah bertungkus lumus nie.. Dari pagi tadi buat, ptg baru siap, tu blom tolak ngn p makan kenduri lagi.. So tertangguh ler misi dan visi ha.. heheee.. Untuk GA ke 2 nie kitorang tak nak gunakan khidmat Mr Random lagi, so kita guna cara manual yg memang mencabar dan menguji diri.. hehee..
Nie di'copy' dari senarai peserta, takut ada yg miss out, so alhmdulillah semua cukup seramai 163 orang..
Kemudian dipotong2 kepada bahagian2 kecil mengikut nama masing2.. :)
Masa jengah blog Sis Fieza, sis ada citer pasal percutian dia dan family ke Cameron Highland, seyes cakap MJ memang dah lama tringin nak p ke sana.. Rasanya dah dekat 3 tahun, memang ler takde apa sangat disana, tp saja2 je nk p abiskan duit.. heheee.. :)
Bila tgk diorang bergambar sakan especially dengan buah Strawberry yg memng dah lama diidamkan (mcm org preknan plak bgidam2 nieh.. hehee) menambahkan lagi rasa tringin pada buah tu..
Mujuq la baru2 ni my dad kena p kursus di sana selama 3 ari, apo lagis terus pesan soh beli la... dan nah sekotak khas untuk dihabiskan sendirian.. (dahok tul kan.. )
Nah, meh layan buah yg MJ makan, no sharing2 k walau sharing is caring, org lain kena mkn kotak lain..hehee, bkn kejam, klau buat muka kesian baru bagi...
Tambah2 dapat buah2 yg besaq gedabak nieh, ha puas sangat tau dapat jamah..
Nie slh 1 buah yg besaq dalam kotak kecil tu.. :)
Cuba teka buah nie dicicah ngan apa???
Cuba teka.....
Sapa dapat jawab dengan cepat dan betul, dapat adiah mkn buah sekotak nie, fresh dari Cameron..
Tapi pengangkutan dan belian ditanggung sendiri ya... heheee...
Petua orang dulu - dulu banyak kelebihan dan faedahnya. Selain bahan - bahannya mudah didapati dan murah, ia juga dikatakan lebih mujarab. Tidak hairanlah sekarang klinik klinik juga mula memilih ubat ubatan herba daripada ubat ubatan biasa yang memberi kesan sampingan. Dibawah ada sedikit petua2 yang boleh dikongsi bersama.
Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.
Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.
Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.an lada hitam yang ditumbuk halus.
Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.
Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.
Sakit Angin Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.
Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.
Ruam
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.
Anda juga tentu ada petua2 yang anda amalkan. jika tak keberatan, kongsilah serba sedikit dengan kita semua.
Jika mahukan lebih banyak lagi petua boleh la melawat laman web ini : Laman Petua Nenek
Alhamdulillah..dengan rasminya MJ menutup GA ke-2 blog ini, terima kasih sesangat pada yg sudi menjadi peserta, Jasamu di kenang dan dihargai..
Walau hadiah yg dipertaruhkan tidak seberapa tapi penyertaan yang diterima amatlah menggalakkan,terharu tau... sob sob sob (sedu dalam gembira nie)
Seperti yg sedia mklum, hadiah telahpun ditambah disebabkan penyertaan yg diterima menggalakkan (tak upaya nak bagi kepada semua orang kan..(penyertaan mencecah 163 peserta, so setelah ditimbal ditilik dan diteliti, hanya 20 orang peserta yang akan dipilih..
Andai ada yang tak terpilih tu jangan kecewa tau, jangan risau, akan ada lg GA selepas nie, cuma dalam masa terdekat nie MJ plan nk wat contest pulak..Hadiahnya ialah Wang Tunai tau... sudi2lah join ye nanti...:)
MJ dah minta korang chek nama masing2, buat masa la MJ tak terima sebarang ketiadaan nama lagi, so rasanya semua yg join dah tercalon la kan.. Kalau ada yg tak chek lg meh chek kat SINI
Resultnya!!!! InsyaAllah seawalnya akan diumumkan pada ari Sabtu @ Ahad nie.. Kalau tak sempat maybe next week la ye sbb MJ nak kena masuk study + mid exam..
STICKY MODE - NEW ENTRY PLEASE SCROLL DOWN~ TQ ("~*)
Salam semua....
Alhmdulillah dikesempatan ini MJ sekali lagi ingin mengadakan
GiveAway kali ke-2
Syarat-syaratnya ialah :-
a) Warganegara Malaysia dan semestinya mempunyai alamat di Malaysia.
b) Menjadi follower blog CELOTEH MJ (tetapi kalau rasa tak mau follow pun tak pe terpulang..hehe)
c) Sila copy paste pic di atas dan diletakkan di sidebar korang beserta link ke entry ini.
d) Buat 1 entry ringkas berkenaan GA nie dan tinggalkan link penyertaan anda di ruangan kotak komen entry ini. (cth : Jom ramai2 kita meriahkan GA dari Celoteh MJ)
e) 3 pemenang akan dipilih secara rawak, jika penyertaan yg diterima menggalakkan, maka hadiah akan ditambah.. ( Hadiahnya akan di upload kemudian)
f) GiveAway bermula dari 1 Nov 2010 sehingga 26 Nov 2010 (08:30 pm)
g) Kalau korang nak tag ok je.. :)dan pastikan rakan anda tahu ye..
Dunia haiwan penuh dengan keajaiban. walaupun ada spesis yang cantik dilihat. ada juga yang agak pelik dan janggal dilihat. namun ia adalah ciptaan agung Yang Maha Kuasa. sama sama kita saksikan