Firas sekarang ada aktiviti baru iaitu menulis, sebelum ni tulis atas kertas lepas tu di Dinding, dan sekarang beralih semula atas kertas. Pantang nampak Pen terus mintak kertas, dia cakap 'nak leh, nak leh' (nak tulis, Nak tulis) kalau kita bagi pensil kayu dia takmau, dia lebih suka pen.
Tengoklah betapa khusyuknya Firas,
botol air kena ada sebelah, penat menulis minum air :-)
Kita kasi zoom sikit....
Entah apa la yang dia tulis tu kan..
Sampai terteleng-teleng kepala..
Kalau kita nak lukis dia tak bagi, kena pegang sama tangan dia pastu lukis..
Jadi kami pun kena la kreatif melukis supaya Firas kenal apa yang kami lukis.
Setakat ni bila lukis Kucing, baru lukis tang muka buat misai sikit, Firas terus cakap 'Cat'
Bila lukis angry Bird yang kaler kuning tu dia cakap "Agi Bird'
Lukis kereta dia cakap 'Car Abah'
Bagus jugak, cepat je Firas mengenal..
Perkembangan positif nieh :-)
Tapi nak lukis ni semua kena pegang sama tangan dia,
kalau tak pegang dia takmau tengok.. :-)
Tak cukup berdiri, meniarap pulak..
Bila tanya Firas lukis apa??
Dia cakap 'leh, leh' (Tulis, Tulis)
Suka menulis ye, nanti kita p sekolah na, tapi lagi 3-4 tahun la nak kena tunggu baru boleh masuk TADIKA :-)
Tu dia hasil lukisan Firas..
Sambil melukis sambil tengok TV..
Nak buat 2 kerja dalam 1 masa :-)
p/s : Mode - Tak sabar nak pergi bercuti minggu depan :-)