Almari Rak Baru aka DIVIDER

MJ memang dah lama nak beli rak tingkat-tingkat aka Divider dalam bahasa yang klass sikit, muahaha tapi tak terbeli cuma sekadar survey gitu-gitu je.

TAPI! Minggu lepas masa kitorang on da way balik dari Pengkalan Hulu - Baling, ada 1 RnR area Baling - Kuala Ketil (tak ingat nama tempat RNR tu) baru buka, tujuan kitorang berhenti situ sebab nak ke tandas, tengok2 ada 1 kedai perabot di situ terus singgah.

Rak sama besar setiap satunya dan ada 4 tingkat.


Rak ni harga asal RM260, ada 2 jenis putih dan hitam, tapi hitam kayu nipis harga dalam RM160. Jadi kitorang pilih yang warna putih ni sebab kayu lebih tebal dan harga diberi cuma RM240 terus kami booking.

Nak dijadikan cerita, duit kami masa tu cuma tinggal puluhan ringgit saja gara-gara terlebih shopping sebelum tu di Baling dan Pengkalan Hulu (sempadan Betong), kedai ni takleh swap cuma cash saja, nak patah balik ke Pekan Baling draw duit macam tak sanggup je sebab kitorang nak terus balik Penang je + badan dah letih.

Tapi tokey ni sangatlah baik hati, kitorang booking tanpa bayar sesen pun, cuma masa barang dihantar ke rumah kami perlu bayar cash... Ok No Problemo.. Kira SETTLE!..hehee


Ni susun atur dari Mr Jay aka my asben, kitorang jadikan rak buku dan juga rak untuk simpanan stok barang jualan MJ..hehe

Dalam grup Deko di FB mencadangkan MJ melekatkan wallpaper / sticker, macam menarik je idea tu.. Maybe akan buat nanti bila dah boring dengan cat ni..hehee

Berminat dengan produk Shaklee boleh roger MJ ye, konsultansi terbaik buat anda..


Kenangan Konvo gambar kiri Konvo Diploma (masih single n available), gambar kanan konvo Degree (dah berpunya..hehehe)

Ada ruangan yang masih kosong, tak sempat nak susun atur lagi sebab almari ni sampai petang semalam, jadi letak je apa yang patut dulu..

Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi

Selepas ter 'publish' nya entry Jeruk Mangga Asam Boi pada Isnin (20/10/2014) zasss trafik MJ mencanak  naik.. Dalam sejarah rasanya UV mencecah 2ribu dengan pageview 3ribu pada 21/10/2014, kembang kempis hidung kejap..muahahaha


Terima kasih buat pengunjung setia blog MJ, walau jarang berupdate (bulan 10 ni cuma 4 entry je) tapi trafik menten dengan pageview masih kekal pada seribu. Okla pada MJ, mudah2an pemangkin semangat untuk terus aktif berblog seperti sebelum ni.


Jarang2 nak dapat view macam ni, pernah pun cuma dalam seribu gitu kat ENTRY INI tu yang bila dapat terus up entry, untuk dijadikan kenangan sepanjang berblog..heheee

Tukar Tayar lagi

Lengkap sudah boipren MJ en Silver 'berkaki baru', masa Raya Puasa baru-baru ni dia mintak kasut depan (sebab tayar depan dah 'krek') ni baru je lepas Raya Haji dia mintak kasut belakang pulak. Maknanya lengkaplah 4 biji tayar baru dalam masa 2-3 bulan ni selama hampir 3 tahun kami menggunakannya.


Bila fikirkan balik okla sebab kereta ni sangat sangat sangatlah berjasa pada MJ dan suami termasuklah pada keluarga kami, mana yang dia tak pernah rentas, seluruh Malaysia dah bawak pusing (kecuali Terengganu) dalam tempoh hampir 3 tahun peggunaannya.

Jadi apa salah kita belai dan jaga sebaik mungkin kan.. hehee (ayat penyedap hati)


Dari rumah mertua my BIL perasan tayar kempis, p check rupanya pancit, terus asben dengan adiknya tukar ke tayar spare.. Alahai comel lotey kiut miut aih tayar spare pun.. dah la hari Ahad risau kedai tayar tutup sebab esoknya Isnin MJ dah nak pegi keje, tapi alhamdulillah rezeki kami banyak kedai tayar dibuka walaupun pada hari Ahad.

Puas survey, kami pilih tayar sama macam tayar depan (tukar masa Raya Puasa hari tu) iaitu Continental (sebelum ni original dari Perodua tayar Silverstone) almaklumlah di tengah bulan tayar request kasut baru makanya cik puan dia terpaksa 'berpuasa' dari beli 'kasut baru' (Gelang kaki)..huhuuuu.


Sekadar ushar rim kereta, mujur asben bukan jenis minat bab2 gini.. fuhh! selamat..heheee

Asben cakap takpela da nak pakai kereta kan, opkos servis & 'mentenen' kena jaga untuk keselamatan kita juga.. Ok baikkk..hehee

Jeruk Mempelam/Mangga Asam Boi

Penangan dari Resepi Rigkas di FB! Hanya melalui gambar kita akan mudah terpedaya, itulah MJ. Bila ada kawan-kawan syer resepi di situ hati membuak-buak nak cuba. Jadi minggu lepas susah payah MJ suruh hasben carikan buah pelam muda nak buat jeruk..hehee

MJ nak pelam muda yang panjang tu, tapi hasben beli pelam epal, tu pun katanya puas melilau cari.. takpela asalkan ianya masih 'muda' dan bergetah tu yang penting..muahahaa

4 bahan penting tapi sangat mudah diperolehi diperlukan, tanpa cuka dan tanpa bahan pengawet

Mula-mula potong buah dan toskan sehingga kering, kemudian gaul bersama GULA (Lebihkan), Garam, Asam Boi dan kalau nak pedas hiris nipis cabai melaka dan SIAP!

Perap di dalam peti 4-5 jam dan sedia untuk dimakan..

Sangat nanges dan memag ngences + sedap gilos.. yang tak ngidam pun boleh terliur tau..hehee


Buah pelam yang masam bila dijadikan jeruk terus hilang rasa masam, termasuklah asam boi tu.. jadi masam2 manis, MJ siap hirup kuah lagi..hehee

Semalam pun buat lagi, MJ guna pelam SALA, pelam ni lemak manis, bila buat jeruk rasa manis2 pedas.. sedap wokeyh...

Selepas tu MJ tengok kat FB ramai orang dok jual, termasuklah MJ pun ramai yang tanya nak beli.. Disebabkan tak tertolak MJ buat juga jual untuk kawan2 terdekat. Ada yang minta pos, rasanya ok kot..

Ada yang gantikan pelam dengan epal hijau, betik muda mahupun nenas.. Korang cubalah lagipun senang je nak buatnya kan.

p/s : Tiada maknanya istilah mengidam ye sebab MJ memang sukakan pelam..

Tragedi Oktober - Beraya di Hospital

Hari Raya Korban pada tahun ini adalah Raya yang tragik buat MJ dan juga adik bongsu, dalam sejarah kami berdua berHari Raya di Hospital.. huhuu. MJ di Bagan Specialist adik di KPJ Specialist (kes insurans kami berlainan jadi hospital pun berlainan)
Sangat menghargai pengorbanan dari Suami termasuklah Mak dan Abah MJ berulang alik antara MJ dan adik bongus dengan jarak perjalanan lebih kurang 35-45 minit.


MJ bermula dengan demam panas pada hari Khamis 2 Oct 2014, adik bongsu MJ demam hari Jumaat 3 Oct 2014. Demam MJ On Off, kejap ok kejap demam menggeletar, makan ubat ok sihat, lepas 4 jam demam menyerang kembali.

2hari berturut-turut ke klinik yang berbeza (Khamis dan Jumaat) tapi tahap kesihatan tetap merosot. Sampailah pagi Raya tu (Ahad 5 Oct 2014) hari ke 4 demam, MJ tak boleh bangun, asal bangun je muntah dengan sakit kepala tahap maximum, terus surrender nak serah diri ke Hospital, sebab risau Denggi kan.

MJ terus ke Specialist, sebab dok fikir GH sure ramai orang + Public Holiday kan. Tapi sama je tetap kena menunggu, huhuu sementara nak menunggu giliran tu MJ duduk di kerusi roda tapi kepala berputar sakit sangat, rasa nak baring je tak sanggup duduk lelama, alhamdulillah lepas setengah jam nama MJ dipanggil masuk.


Doc bertanyakan salasilah sakit MJ ni dan Doc pun mengesyaki MJ Demam Denggi sebab dah 4 hari Demam panas + bahagian muka MJ 'kembang' dipenuhi ruam2 merah. Doc bagi pilihan samada nak terus Admitted + Ambil darah atau ke GH ambil darah sebab lebih murah. MJ rela di tahan wad dari nak gerak ke GH pulak dengan keadaan kesihatan yang teruk memang tak lah..Siap Doc tanya takpe ke nak admitted, hari ni kan Hari Raya? MJ cakap takpelah Doc dah tak sihat nak Raya pun tak seronok..

Terus tangan MJ di drip air, lepas 15 minit macam tu baru lah kepala MJ rasa kurang sikit sakit dan terus ditolak masuk wad.

Selepas 3 botol 'air sejuk' masuk dalam badan, baru MJ rasa cergas, cuma bab makan jela tak berapa nak boleh telan makanan Hospital ni, perut keroncong tapi tak lalu makan terpaksalah hadap jugak. Esok tu tak sesabar menunggu Doc  mai check sebab nak minta balik, dah bosan tahap tak tau nak habaq dikelilingi patient2 Cina cuma nurse je ada campur2 bangsa.



Memang kenangan pahit tapi apakan daya, adakalanya kita diberi ujian sakit tanda Allah menyayangi kita dan semoga terhapus dosa-dosa kecil dari ujian ini, aminnn.


Bila Doc sampai check apa patut, Doc cakap MJ bebas Denggi, Alhamdulillah dan hasil ujian darah menunjukkan ada Virus Infection. MJ pun tak tanya lanjut sebab dalam kepala dok fikir nak minta balik je..hehe

Doc benarkan MJ balik, wahhh bersorak gembira la (dalam hati je), asben settlekan urusan discaj, MJ semangat waja terus mandi dan bersiap. (Ahad Check In, Isnin Check Out)

Tapi elok keluar je dari pintu hospital, kepala berdenyut kembali, tak mampu nak berdiri dan terus rasa nak muntah, dok terfikir dah kenapa pulak tadi elok je ni takkan nak serah diri balik, tak sanggup cheq.. huhuuu MJ gagahkan diri balik tapi dalam kereta kepala berat + sakit sangat. MJ kuatkan semangat sebab nak p melawat adik bongsu di KPJ Specialist plak.

Sakit kepala + muntah masih berterusan, abah MJ cakap sepatutnya keluar Hospital sebab sihat tapi MJ nama je keluar tapi masih sakit.. Redha jela.

Keesokan harinya (Selasa 7 Oct 2014) MJ masih tak sihat dan berbelah bahagi samada nak ke Specialist or Klinik dan akhirnya MJ pilih Klinik, tak sanggup nak ke Specialist (takut kena tahan wad lagi) huhuuu. Di klinik disebabkan sakit kepala tak tertanggung + muntah Doc menyarankan untuk 'cucuk sevontot' dan cheq merelakan dengan harapan akan sembuh.

Balik rumah alhamdulillah rasa macam dah kurang tapi selepas 4 jam sakit kepala dan muntah kembali, Ya Allah aku redha dengan ujian sakit dari MU. MJ telan jugak pain killer dan ubat muntah.

Hari Khamis baru lah MJ rasa sihat sepenuhnya dan Jumaat (10 Oct 2014) MJ kembali bekerja dan alhamdulillah rasa sihat walaupun kekadang ada rasa pening2 lalat kalau berdiri lama.

Seminggu MJ terbaring (2 Oct 2014 - 8 Oct 2014) dan itu antara kenangan 'terindah' dan pengalaman ke dua masuk wad pada tahun 2011 yang lepas.


Terima Barang dari Luar Negara Tetapi ditahan Kastam, apa perlu saya buat?




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama rasanya saya tak menulis post tentang isu semasa di dalam blog ini. Maklumlah dengan pelbagai aktiviti yang sedang saya lakukan membuatkan masa agak terhad namun itu bukanlah dijadikan alasan dan saya akan cuba menulis untuk berkongsi pengetahuan bersama.

Melihatkan tajuk diatas yang agak panjang mungkin kelihatan janggal namun tujuannya untuk memudahkan pihak pihak yang ingin mencari artikel/maklumat di dalam internet. Mengapa saya ingin buat post ini?
Ini kerana saban hari Inbox saya selalu mendapat aduan dari pihak2 yang bertanyakan tentang masalah barangnya ditahan oleh pihak Kastam. Tapi betulkah ia ditahan oleh kastam?

Sebagai contoh saya ambil satu mesej dari seseorang yang bertanyakan pasal masalah ini.

"Salam maaf saya sibuk sikit.... citernya mcm ni masalah yg pertama saya dpt gift kwn dari texas brgnya berupa gadget iphone, tab, beg, kasut, baju, set brg kemas dan ada duit 20 000 usd.... skrg ni kastam tahan semua brg termasuk duit...yg jd kemusykilan saya skrg ni pihak kastam tak ckp apa2pun...tp pihak curier yg terima brg ni suruh saya byr 10 500 utk dptkan certificate diaorg siap call pihak embassy utk dptkan certificate ni btl ke....saya dah byr 3500 utk clearance brg yg sampai....mcmana saya nak buat saya tak nak byr 10 500 tu...bkn sikit duit....nanti klu saya byr pihak kastam tetap akan holdkan brg tu kan sbb nak cek kelulusan atau nak kena byr tax btl tak....tu semua duit lg tu....lg satu memang btl ke ada peraturan tu maksud saya soal certificate tu memang wujud ke....perlu ke sampai ke pengetahuan pihak embassy negara dia kat sini sampai boleh tergugat kerjaya dia kat sana sekiranya saya tak byr duit tu....dia boleh masuk penjara dan diberhentikan kerja ke....tlg bantu saya mcmana nak buat saya tak boleh nak pegi klia2 cek sbb kerja saya cuma mengasuh bdk isnin sampai ahad.....saya ada sepupu kerja kat imegresan saya citer kat dia....jgn percaya ni semua tipu katanya....jd yg mana satu kebenarannya....masalahnya brg tu wujud dan dah sampai Msia"





Banyak lagi mesej serta email yang saya dapat dan bunyinya seakan sama sama SAHAJA iaitu dapat barang dan dapat duit. Jadi persoalannya adakah benar pihak kastam yang menahan barang tersebut?
Sebelum saya jawab soalan diatas, ingin saya beritahu tentang serba sedikit proses atau prosedur barangan yang diimport agar kita faham bagaimana proses pengimportan barang berlaku. Ini supaya kita mempunyai sedikit ilmu agar tidak mudah menjadi mangsa penipuan, InsyaaAllah.

1. Setiap barangan yang diimport dari luar negara adalah tertakluk didalam undang undang negara dibawah kuasa agensi perkastaman 

2. Pihak yang membawa barang bagi pihak pemberi dinamakan kurier. Mereka ini hanya menjalankan urusan mengendali dan menghantar barangan sahaja. Namun terdapat ejen yang diberi kuasa untuk memungut cukai bagi pihak kastam 

3. Menurut perjanjian postal Union Antarabangsa, setiap barangan yang dipos dari luar negara melalui pejabat pos negara terlibat haruslah melalui pejabat pos negera penerima. Contohnya jika seseorang ingin menghantar barang dari Amerika Syarikat ke Malaysia, pejabat pos amerika (US Post) yang menghantar barang haruslah menghantar ke Pos Malaysia juga iaitu Pos Malaysia Berhad. Dia tidak boleh menghantar kepada syarikat kurier yg lain contohnya Fedex, DHL atau lain2 kurier servis. Melainkan ada special occasion yg amat jarang berlaku. 

Pengetahun tentang ini amat kritikal kerana dengannya kita boleh mengetahui bila kita mendapat berita tentang barang yang ditahan oleh kastam itu benar atau palsu. 


Okey, mari kita lihat balik kepada persoalan diatas ye

1. Memang benar setiap barangan yang dibawa masuk dari luar negara tertakluk bawah bidang kuasa kastam NAMUN pihak kastam ada prosedur yang perlu dipatuhi. Diantaranya, cukai barangan mempunyai tarifnya yang tersendiri dan bukan semua barang bercukai.

Jika pihak kurier main borong harga cukai yang dikenakan kemungkinan besar itu adalah PENIPUAN. Dan jika anda ragu ragu tentang cukai yang dikenakan pergilah terus ke pejabat Kastam. Jangan mempercayai sepenuhnya kepada pihak kurier terutamanya yang anda sendiri tak pernah tahu kewujudannya.

2. Duit TAK BOLEH dipost menggunakan KURIER. Ia seharusnya menggunakan secure banking seperti Visa, western union, paypal dan sebagainya.

3. Kenali dengan betul siapa yang anda berurusan atau berkawan. Kalaulah anda berkawan dengan seseorang di internet yang anda sendiri tidak pernah lihat mukanya secara realiti hanya di facebook anda seharusnya berhati hati. Kebanyakan sindiket penipuan antabangsa menggunakan kaedah menjerat mangsa dengan pengenalan di facebook. Menggunakan gambar kacak lelaki idaman wanita kebanyakan orang kita mudah cair sedangkan hakikatnya yang ber chat siang malam dengan kita hanyalah PENIPU.

Cuba anda fikir sedalam dalamnya siapalah di dunia ini yang sanggup bagi wang ringgit sampai puluhan ribu, barang barang beg tangan mewah dan jam dengan hanya berkenalan melalui online. Melainkan anda artis saya sanggup bagi execption kat situ. He he. Kalau nak sesuatu benda anda perlu usaha. Tak kira lah masuk contest seperti cabaran Iphone 5s anjuran Denaihati ke. Yang penting ianya usaha bukannya mengharapkan lelaki "saranghae" memberikan hadiah puluhan ribu kiriman dari luar negara.




Apa yang dapat saya perhatikan ialah orang kita iaitu rakyat Malaysia terutamanya Melayu adalah bangsa yang baik hati dan pemurah kerana kita banyak membantu dan menderma pada orang yang susah. Itu merupakan ciri ciri yang baik dan perlu diteruskan namun kita juga amat naif dalam mempercayai seseorang. Begitu banyak penipuan sering terjadi melibatkan warga kita terutamanya yang membabitkan urusan online.




Ada sahabat di facebook kata "People cant be trust" Saya kata "No, people can be trust. The only thing we gotta change is how we trust them" Jangan salahkan orang lain mengambil kesempatan jika kita memberikan ruang untuk mereka. Jangan mudah percaya dengan apa dan siapa kita lihat didunia cyber. Terlalu banyak pembohongan dan tiada kawalan. Siasat dahulu setiap perkara sebelum membuat keputusan.



Ingatlah kita akan firman Allah SWT Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat49:6)

Rentetan dari Entry >>>> Pembelian Barangan dari Luar Negara, Apakah Undang2 dan Peraturannya

P/S: Nukilan dari Mr Jay