My Cover Pinky

Sebelum ni 'My Love' tak ada baju sian dia + sayang kalau kata calar ke rosak ke mau nanges berminggu.. huhuuu.. Benda baru haruslah sayang lebih kan...



Semalam kan MJ baru menang CASH $$, pandai abg Man ni meneka macam tau-tau je.. (tp syyhhh my asben yg beli dulu tapi macam biasa cheq kena buat senyap..hahaha) selamat ler.. (Jangan le my abang dok baca entry ni kalau tak kantoi...huhuuu)


Haruslah pink jadik pilihan, kalau tak ada pink pepel pun takpa cheq suka..Dari jauh orang dah nampak 'kesinarannya'.


Harga dalam RM40 kot tak silap entahlah tak ambik tau sangat kang ambik tau kena bayaq pulak..hehehe, pada MJ mahal la tapi asben kata ni cover original brand USAMS jadi iyakan jela.

MJ tak kisah mahal or murah asalkan ianya dapat menjaga 'My Love' tu dengan baik.

Menang cash RM130

Alhamdulillah rezeki, Gomen dah dapat gaji tapi MJ belum lagi kena tunggu hujung bulan ni, jadi bila menang dan dapat cash ni bersyukur sesangat, sebab boleh tampung apa yang terkurang tu kan :)


Alhamdulillah rezeki dengan Denaihati Network, hasil perkongsian entry TIPS RUMAH TANGA MJ diberi hadiah wang tunai RM100. Terima kasih team Denaihati, moga terus dimurahkan rezeki lagi ye.

Korang boleh baca lain-lain tips yang telah dikongsi oleh rakan-rakan lain juga di Facebook Page Denaihati Networtk


Dan yang kedua sebagai antara Top 3 Pengomen di blog abg Man (food blogger) Alhamdulillah dapat cash RM30.. terima kasih ye abg Man, moga terus dimurahkan rezeki ye.

Bersyukur dengan rezekiMu untukku..

Kelebihan menjadi ahli SHAKLEE

♥♥ Bagaimana menjadi ahli Shaklee? ♥♥
**Anda perlukan SPONSOR/MENTOR (iaitu MJ, Shaklee ID : 972293) supaya segala pertanyaan anda dapat merujuk kepada MJ dan MJ akan bantu/bimbing anda.



♥♥ Apa kelebihan menjadi ahli SHAKLEE? ♥♥

1. Seharusnya dapat membeli barangan dengan harga ahli yang jauh lebih murah dari harga runcit.

2. Sambil menggunakan produk SHAKLEE sambil kita mendapat pulangan wang (tunai) daripada UV (point) yang terkumpul iaitu minimum 150UV mengikut kiraan carta bonus UV yang terkumpul.

3. Dapat menjual produk SHAKLEE kepada keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan boleh dipromosikan di Facebook page, blog, email, whatsApp, instagram, wechat dan lain-lain.

4. Akan diberi bimbingan melalui group SHAKLEE kami di FB page mahupun di WhatsApp, dari situ kita akan sama2 berkongsi dan bertukar pendapat/pandangan.

5. Tidak perlu mantain UV sekiranya untuk kegunaan sendiri, melainkan ada target untuk ke next level.

6. Dapat menikmati Bonus (tunai) samada 2, 3, 4 @ 5 angka atas kehendak dan pilihan sendiri.

7. Boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

8. Selain itu, dapat menikmati Insentif dari Shaklee, Insentif pelancongan/umrah secara percuma, dan Insentif kereta (tertakluk pada terma dan syarat).


♥♥ Jika berminat boleh SMS/WhatsApp/Wechat/Viber ke 0124353088 ♥♥ 

Surprise Gift!

Alhamdulillah rezeki dari Allah juga sebab membukakan hati my sayang untuk hadiahkan handset baru, yeayyy!! hehee

Memang dah lama idam enset baru, dah luahkan pada suami dan tak sangka dijadikan sebagai hadiah, nak kata besday nunnn jauh lagi tahun depan, anniversary lagi sebulan macam tu, tak kisahlah untuk apa yang penting hadiah surprise gini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.. (boleh tambah dalam Tips Rumah Tangga ni) ngehngehngeh


Tak dapat Galaxy S4 dapat Galaxy Core pun jadilah janji baru..hahahaa (S4 mampu berangan je sebab tahu takkan mampu punya bila pun, banyak keperluan lain perlu diutamakan) jadi bila suami dah hadiahkan memang bersyukur sangat :)

Apapun entry ni nak ucap terima kasih bebanyak to my darling for this surprise gift, I'm very very very very very very appreciate it.. mmuuuuaahhhhxxx... hahaha

MJ pengguna tegar Samsung, sebelum ni try beralih ke hTC tapi tak berapa nak ngam je..hehee


Produk Laris : DOUBLE STEMCELL (Promosi sehingga Nov 13)

Selain bisnes Shaklee yang diusahakan oleh MJ, Double Stemcell pula adalah bisnes adik MJ, heheee.. Kedua-duanya adalah produk kesihatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.


Pernah dengar pasal produk ni? DOUBLE STEMCELL ialah :
Phyto SAINS DOUBLE stemcell adalah tumbuhan yang berasal dari gabungan sel-sel dengan menggunakan Swiss Plant Stem Cell Technology - PhytoCellTec™ MalusDomestica (Epal Stem Cell) and PhytoCellTec™ Solar Vitis (Anggur Stem Cell), diperkaya dengan Acai berry dan Blueberry untuk menyuburkan kulit anda dari dalam, dan memberikan dengan hasil yang ketara.


DOUBLE STEMCELL- untuk kegunaan dalaman, cuma tuangkan serbuk di bawah lidah

TRIPLE STEMCELL- untuk kegunaan luaran (kecantikan kulit) - hanya sembur, boleh digunakan utk seluruh badan - lindungi dari sinar UV - merawat penyakit kulit dan juga resdung



Ready Stock di rumah, sebab produk ni paling laris, cepat je habis, selain harganya murah dapat perolehi kesan berganda.. Sesuai untuk semua peringkat umur bermula 1 tahun dan ke atas.
 

Hanya 2 sachet Double Stemcell dah nampak kesan.
 





Firas (berumur 3yrs++) pun amalkan setengah paket Double Stemcell ni, alhamdulillah selsema cepat kering malah selera makan kian bertambah. Alhamdulillah. Dah hampir 2 minggu diamalkan, berat dia pun makin bertambah.

Baru-baru ni adik MJ dan Firas kena Cerry Berry, setelah mengambil Double Stemcell, alhamdulillah lega tanpa perlu ambil pilchikiteck-on :)

Loose Pack MJ ada buat, tetapi lebih berbaloi beli sekotak kan (RM20 untuk 1 sachet, dalam 3 hari dah boleh rasai kesannya insyaAllah)

Nak tahu harga sekotak???
RM 250 (14 sachet) harga pasaran
Harga kami RM200++
 
Tetapi!!! promosi sehingga 30 Nov 2013
RM325 untuk 3 kotak + Membership
JIMAT dan berbaloi-baloi 

Boleh hubungi MJ untuk keterangan lanjut 0124353088

TIPS Rumah Tangga (buat suami isteri)

MJ merasakan yang diri ini belum cukup layak untuk berkongsi tips apatah lagi berkenaan hal rumah tangga kerana kami juga masih dalam proses pembelajaran, tapi tak mengapa mana tahu dari perkongsian ini kita juga belajar bersama-sama kan. Mana-mana pun pasangan suami isteri pasti menginginkan kehidupan rumah tangga yang sentiasa bahagia dan dilimpahi rahmat Ilahi, kan?


Doa untuk dijadikan amalan, sumber SINI


Usia perkahwinan MJ dengan suami boleh dikira setahun jagung, sebab baru nak melangkah ke usia 4 tahun perkahwinan, masih banyak ranjau duri yang perlu ditempoh, kerana perkahwinan bukanlah untuk jangka masa singkat tetapi untuk selamanya dengan berkongsi kasih.

Tapi apa yang boleh MJ kongsi dengan semua berdasarkan pengalaman tak seberapa MJ dan juga dari sumber bacaan ialah :

1. Suami mahupun isteri tahu akan tanggungjawab masing-masing
- Ini penting bagi membina kerukunan rumahtangga, tidaklah hanya satu pihak yang merasa terbeban dengan tugas dan tanggungjawab sedangkan pihak satu lagi boleh melepas tangan terutamanya jika Isteri bekerja bagi meringankan beban kewangan keluarga dan juga punyai anak untuk diuruskan.

2. Berkongsi
-Maksudnya disini berkongsi rasa suka, duka, sedih, tawa bersama-sama dan tiada  rahsia di hati barulah tidak timbul syak wasangka, cemburu yang melampau dan sebagainya

3. Jaga kehormatan diri
-Para Isteri WAJIB menjaga kehormatan diri, maruah suami dan keluarga
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya.” (riwayat Al-Tabrani) - Sumber SINI

4. Kasih Sayang
-Pupuk dan bajailah kehidupan rumah tangga dengan kasih sayang, contohilah kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW

5. Mandi bersama
- Apa salah sesekali atau berkali-kali mandi bersama, dengan cara ini memang akan dapat mengeratkan hubungan, cuba kalau tak percaya..hehee

6. Rancang Perbelanjaan bersama
- Bagi rumahtangga yang baru dibina pastinya sumber kewangan akan sedikit goyah, sebab tu kena merancang (selalunya Isteri yang menjadi pernacang kewangan) apa yang perlu diberi keutamaan dan apa yang perlu ditangguhkan dulu.

7. Luangkan masa bercuti bersama
- Sesekali pasangan suami isteri perlu pergi bercuti bersama (honeymoon) untuk mengeratkan lagi hubungan, sekurang-kurangnya setahun sekali. Kalau ada bajet lebih ok aje berkali-kali pun.

8. Seks
- Pada MJ isu ni sangat penting, sebab sebaik diijabkabulkan yang Haram dihalalkan dan termasuklah menghalalkan hubungan suami isteri.
- Jadi bila masing-masing 'seronok' dengan pasangan insyaAllah rumahtangga akan boleh kekal bahagia. Penting untuk suami mahupun isteri cuba penuhi keinginan dan kehendak pasangan tau.

9. Hormat Menghormati
- Bila Isteri menghormati suami, suami juga menghormati Isteri, masing-masingjaga tingkahlaku, jaga pertuturan pasti kebahagian akan sentiasa disinari.
- Isteri mahupun suami menghormati keluarga mertua

10. Gaduh
- Ada artikel yang dikeluarkan suami isteri perlu bergaduh sekurang-kurangnya seminggu sekali, walaupun rasa macam lawak tapi ada benarnya sebab bila kita gaduh manja gitu, ia akan mengeratkan lagi perhubungan tersebut. Sebab masing-masing akan cuba perbaiki kekurangan tersebut.

11. Sabar / ANAK
- Sabar apabila diberi ujian, seperti kami suami isteri walau sudah menjangkau usia 4 tahun perkahwinan tapi masih belum dikurniakan rezeki ANAK. Seperti kata orang ANAK adalah pelengkap keluarga tapi walaupun kami masih diberi ujian ini, dirasakan kehidupan kami tetap lengkap kerana kami saling melengkapi antara satu sama lain.
- Lain orang lain ujiannya, dan ujian kami adalah ANAK, telinga dah 'bernanah' dengan pertanyaan orang tapi bukan kuasa kami untuk menentukannya, siapa tak cemburu bila tengok orang lain dengan anak-anak tapi takpe kami masih menanti dengan sabar..hehee.
USAHA + DOA x TAWAKKAL - PUTUS ASA = INSYA ALLAH (Itu yang selalu kami amalkan)

12. Memuji dan Memohon Maaf
- Satu ayat yang dilafazkan tapi mempunyai kuasa besar dalam rumah tangga iaitu Mohon maaf, hati yang rajuk pasti dapat disembuhkan dengan ungkapan maaf. Saling memaafkan dan memohon maaf selalu antara suami isteri adalah pelengkap kebahagiaan.
- Suami pun kenalah puji isteri selalu samada puji masakan ke, penampilan ke dan jangan terlebih puji pada yang tak berasas pulak, kang dikatanya perli..hehee


Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh diperolehi, dan apa yang disenaraikan adalah melalui pengalaman MJ juga 


Rumahtangga mana yang tak dilanda badai, pastinya akan berlaku sedikit pertelingkahan, masam muka, rajuk di hati tapi semua tu boleh diselesaikan dengan teknik dan cara yang betul. Masing-masing kena tahu teknik pujuk memujuk disamping merenung kembali punca berlaku pertelingkahan tersebut.
Emosi dan amarah perlu dikawal supaya bom tidak akan terus meledak, buruk padahnya.

 Kagum dengan Tuan Denaihati, walau pelbagai ranjau onak duri selama 25 tahun bersama isteri tercinta, rumahtangga mereka tetap harum subur, dan moga berkekalan selamanya :)

Pertama kali jumpa TIRAM (Oyster)

Tajuk macam tak percaya kan, dan MJ sendiri pun tak percaya rupanya selama ni tak pernah tengok rupa tiram, selalu tengok (jumpa) bila dah siap 'belah' tu je..hahaha apa punya teruk..

Masa kami ke pasar jumpa ni, asben yang beriya nak makan, RM5 tapi tak kopek lagi sebab tokeynya dah kalut nak balik, so kena bikin sendiri lah..
Nak membelah pun bukan senang, kesian asben bertungkus lumus nak dapat pecahkan ruyungnya pun, patutla mahal tiram ni kalau kat HOTEL kan.. (dah nama pun hotel..hehee)


MJ teruja dengan bahagian dalamnya, memang cantik.. putih bersih je.


Isi yang telah berjaya dikeluarkan, MJ memang tak pernah makan tiram tau, nak makan pun rasa teragak-agak.

So asben buat tiram goreng tepung, dan pertama kali MJ makan cicah dengan sos cili, sedap jugak.. rasa ala-ala kenyal, macam siput pun ada.. eh!! dah memang keturunan siput kan...hehee

Korang pulak tiram suka masak macam mana? Boleh la kongsi ;)

Roti Gulung Sosej Cheese

Semalam ni la menu dinner kami berdua, abes punah kekonon dietku yang tak berapa nak diet sangat... Ni semua lepas blogwalking kat blog JaaKechik la ni nampak roti gulung sosej yang tertarik sangat dan kebetulan roti memang ada kat rumah (tunggu nak expired ja).


4 ketol roti bersamaan dengan sorang 2 ketol ha ambik nak diet sangat.. wahahaaa.. Nampak tak tang cheese tu yang buat tergoda nafsu nak makan..




Senang je mula-mula lenyek sekuat tenaga kat roti tu, kalau geram ke ha lagi sesuai sebabnya roti tu akan jadi nipis dan garing bila goreng nanti. MJ guna gelas je untuk gelek. lepas tu letak la cheese bertingkek tingkek ke dan sosej dan gulung dan gamkan dihujungnya (dengan bancuhan tepung ke atau telur putih) tak kisah asalkan hujungnya tak 'terjelir' nanti.


Kasi zoom sikit, ok mau kena berdiet seminggu ni.. issyyy diet kat mulut je buatnya idak, rasa macam rugi je diet bagai sebab terasa nikmat makan tu tak ada.. wahahaa alasan ko kalau dah taknak buat bersungguh.

Misteri Villa Nabila

Misteri, memang misteri, tak dapat dipastikan kesahihan kenapa villa Nabila dikatakan berhantu, pelbagai versi dikeluarkan ada yang kata budak bernama Nabila dibunuh oleh pembantu rumah dan mayatnya di tanam di kawasan villa tersebut, dan ada yang kata dibunuh saudara disebabkan sifat tamak.. Entahlah sehingga kini masih menjadi persoalan.

MJ tertarik nak cerita pasal Villa Nabila ni sebab dari pagi tadi wall Facebook penuh pasal cerita kehilangan 23 daripada 30 orang budak di villa tersebut, 7 daripada mereka berjaya keluar, yang selebihnya tak pasti apa terjadi.. katanya mereka mendengar suara meminta tolong tapi tak jumpa arah suara tersebut. Tapi lebih baik kita tanya pada yang 7 orang budak yang  'terkeluar' tu kan akan kesahihan cerita ni.

Tapi tadi terjah mStar Online ada versi lain pulak dari pihak Polis

JOHOR BARU: Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.
Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima satu laporan mengenai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut.
"Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khabar angin tersebar di Internet mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di rumah tinggalan itu dilaporkan hilang.
Abdul Samad berkata polis telah menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang remaja lelaki.
Baru-baru ini, portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo itu terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.

Apapun mudah2an kesemua mereka selamat keluar dari banglo tersebut..
Kalau nak tengok gambar villa Nabila ni korang Google je ye, MJ seram nak tengok..


Kenapa hari ni Isnin?

Bunyi jam pagi tadi tetiba rasa alahai kenapa la dah bunyi, kenapa la kena ada hari Isnin alahai bosannya, rasa macam tak puas je cuti 2 hari, rasa sayang nya nak tinggalkan bantal peluk, selimut tu semua.

Sepanjang jalan nak ke tempat kerja terpikir kenapalah singkat sangat cuti yang diberi, penat bekerja dari Isnin - Jumaat tu pun tak hilang lagi dah kena kerja semula.

Kami kerja 9.5jam sehari, kalau seminggu dah 47.5jam, kalau Gomen cuma 40 jam je.. Mood jeles disitu terutama kat suamiku..hhuhuu..

Kekadang rasa mood nak kerja dah kelaut, adakah sebab MJ dah bosan? Dah 6 tahun berkhidmat di sini, kekadang rasa macam nak duduk rumah sahaja sambil bisnes online insyaAllah.. :)

Oh ya saja nak berkongsi, minggu lepas MJ dah batuk2 (macam kahak taknak keluar tersangkut di kerongkong) ingat Sabtu lepas kalau masih tak lega sebab batuk biasanya akan melarat berminggu kan, dan MJ ada terbaca pasal khasiat Vitamin C boleh menyembuhkan batuk, jadi setiap pagi MJ akan makan 1 biji Vit C  alhamdulillah batuk MJ dah lega. MJ pun baru perasan ada benarnya khasiat Vit C tu.

Jadi sesiapa yang batuk yang taknak makan ubat batuk (cuma bagi mengantuk sembuhnya tak pun) bolehla cuba makan Vit C ye tak kisah brand apa sekalipun, kalau nak yang Shaklee boleh roger MJ ye..hehehe

Vitamin C Shaklee

Vitamin C kini kembali, memang panas memang laris.. SEBABNYA?? Ramai dah akui keberkesanannya.. Lelaki mahupun wanita boleh amalkan, sebiji je sehari, sebotol tahan selama 6 bulan, sebiji bersamaan dengan RM0.50 je



Jom kita tengok customer MJ yang berpuas hati makan Vit C baru seminggu, Alhamdulillah.. Oh ya selain untuk cantik Vit C juga boleh
1. Mengawal stress,  
2. Melawan Jangkitan Kuman
3. Mengawal dari asma/alergi

4. Memelihara kesihatan mata
5. Dapat mengawal Gout dan lain-lain




 Bila customer puas hati kita pun tumpang gembira kan, pada yang berminat nak dapatkan Vit C mahupun Vitamin2 lain, boleh hubungi MJ ye 012-4353088



Rawatan MJ : Laporan Pap Smear dan HSG Test

13.11.13

Seawal 7.30 pagi MJ dah terpacak kat Hospital ambil no giliran, ingatkan boleh dapat awal, tapi sama jugak kena tunggu 2 jam sebelum dapat berjumpa Doktor..

Kali ni sebab nak dengar penerangan Doktor pasal Pap Smear dan HSG Test MJ yang lalu.

PAP SMEAR - Alhamdulillah bahagian rahim MJ dalam keadaan NORMAL, tiada sebarang keabnormalan/masalah

HSG Test - Tiub Falopian MJ juga bebas dari sekatan, maksudnya dalam keadaan BAIK/CANTIK

Jadi Doktor cakap tiada apa-apa masalah kalau nak mengandung pun, dan MJ dibekalkan dengan Folic Asid dan CLOMID (Ubat Kesuburan) Adehh rasa fobia nak makan Clomid ni sebab MJ dah pernah ambil tahun 2011 sebanyak 2x (untuk 2 bulan) tapi lepas tu badan MJ membesar bagaikan juara.. Senang naik tapi susah giler nak turun sampai la sekarang, tapi semenjak berkenalan dengan Shaklee (baru 2 bulan) dah nampak jugaklah penurunan, Alhamdulillah



Jadi MJ kena tunggu mai period, kena ambil clomid dari hari ke 2 - ke 6, 1st day period kena inform Hospital untuk set appointment lagi - untuk scan di hari ke 9 ~ 11, Doktor nak tengok samada telur matang atau tak dan kemudian Doktor akan suntik sperma masuk ke rahim.

Kata Doktor proses ni sama seperti HSG (MJ dah mula cuak) tapi tak sesakit HSG la (lega sikit). MJ kata kat Doktor kalau nak suruh buat HSG lagi cheq memang surender tak nak.. Tak tahan sakit..Doktor senyum je..hehee


Next Appointment : 25.11.2013


p/s : MJ ingat nak tukar makan Folic Acid kepada B-Complex Shaklee dan Clomid kepada GLA Shaklee, sebab fungsi sama.. Boleh kan? Jangan marah ye Doktor atau Misi2 sekalian..hehee.. Kalau salah mohon tunjukkan..

Cara Menggunakan Bekam Angin

Pada entry lepas, ada MJ kongsi pasal BEKAM ANGIN, jadi entry ni MJ nak jawab persoalan dari LydSunshine dan buat rakan2 lain (andai ada yang tak tahu..)



Ok Lyd, kita boleh buat sendiri bekam ni di rumah di badan kita di mana2 tempat yang kita rasa lenguh-lenguh ke atau berangin ke 'YANG PENTING' tempat tersebut ada 'isi'..  Bukan kat tempat yang 'kurang isi' takut nanti kita sakit pulak.


Mula-mula kita pasangkan alat seperti gambar atas ni, ala-ala macam nak main pistol air tu, gelas tu pilih ikut selesa kita nak besar ke kecik ke dan bergantung kat bahagian badan mana kita nak letak.


Abaikan gambar model yang kena blur tu ye, bahagian cekci kena tutup la sikit, yang pasti modelnya bukan MJ..hahaha

Ok lepas kita letak kat badan kita picit pemicit tu sampai 'kembung isi' ikut keselesaan kita dan biarkan selama lebih kurang 15minit. Nanti masa nak buka kita tarik je button kat atas gelas tu, jangan cabut gelas tu ye, kang meraung sakit..heheehe

Lepas tu nanti kat tempat dibekam akan meninggalkan bekas la (tapi ni bukan luka ye sebab ni takdak jarum ke apa) dan akan hilang dalam 3-4 hari macam tu.

Selamat mencuba sendiri ye..heheee


p/s : Alhamdulillah BONUS ke 2 Shaklee 3 angka dah masuk semalam, lega tengah-tengah bulan dapat income..hheee :) Nak join kami jana pendapatan boleh hubungi MJ 012-4353088



Rawatan Kehamilan 3 : Pengalaman menjalani Rawatan HSG Test

31 Oct 2013

Inilah perasaan berdebar pada ujian yang MJ rasakan yang telah diluahkan pada entry lepas iaitu untuk rawatan HSG (HysteroSalpingoGram) di Hospital Seberang Jaya, Penang.

Hysterosalpingogram (HSG) merupakan ujian sinar-X yang dilakukan untuk melihat di bahagian dalam rahim dan tiub fallopio serta kawasan di sekelilingnya. Ia akan dilakukan untuk wanita yang mempunyai kesukaran untuk hamil ( subur ).Semasa ujian hysterosalpingogram dijalankan, sejenis pewarna (a dye) dimasukkan melalui tiub nipis yang akan dimasukkan melalui faraj dan ke dalam rahim. Oleh kerana rahim dan tiub fallopio disambungkan bersama-sama, pewarna tersebut akan dilihat mengalir ke dalam tiub fallopio. Gambar akan diambil menggunakan X -ray (fluoroscopy ) untuk melihat samada ianya melalui rahim dan tiub fallopio dengan sempurna atau tidak.  
Gambar-gambar yang boleh menunjukkan masalah seperti struktur kecederaan atau tidak normal rahim atau tiub fallopio, atau kaitan yang akan menghalang telur dari bergerak melalui tiub fallopio ke rahim. Jika ianya tersumbat juga boleh menghalang sperma daripada bergerak ke dalam tiub fallopio untuk 'berjumpa' dengan telur. 
Hysterosalpingogram juga dapat mengenalpasti masalah sekiranya ada di bahagian dalam rahim yang boleh menghalang telur dari disenyawakan pada dinding rahim. Sumber SINI. 


Alhamdulillah rawatan HSG MJ menunjukkan kedua-dua tiub fallopian MJ berfungsi dengan baik - maksudnya tiada 'sekatan jalan raya' yang boleh menghalang telur dari disenyawakan. Syukur... Mungkin rezeki masih belum berpihak pada kami.. Kami yakin dengan rezeki Allah buat kami akan tiba jua nanti.

Apa yang boleh MJ kongsikan dari pengalaman melalui HSG test tu, ianya sangat lah sakit, walaupun MJ pernah melalui senggugut yang teruk tapi sakit semasa rawatan tu seperti perut kembung memulas-mulas dok tahan cerry berry tapi tak nak 'terkeluar' (seperti belon kembung yang nak pecah tapi tak jadi pecah), takpun rasa kena tumbuk kat perut (tapi MJ tak pernahlah kena tumbuk).. ehhh susahlah nak bayangkan sakit tu macam mana tapi memang sakit lah.. Mujur cuma sekejap je, lebih kurang 10-15minit kot, entah lupa...hehee

Alat yang digunakan


Ok jom MJ ceritakan rentetan masa rawatan tersebut.
1. Appointment MJ dengan Jabatan X-Ray pada pukul 2pm 31 Okt 2013, rupanya rawatan HSG hanya dilakukan seminggu sekali je (kalau tak silap) dan sekali rawatan cuma 2 orang sahaja yang boleh buat.. Patutlah berderet orang menunggu giliran dan alhamdulillah urusan MJ dipermudahkan. Sebabnya sekali period je terus MJ dapat menyelit untuk HSG Test ni.

2. Lebih kurang 2.15pm nama MJ dipanggil, debaran bertambah kencang, terbayang-bayang di kepala pengalaman mereka2 yang pernah menjalani ujian HSG ni, 95% cakap sakit dan itu yang melemahkan MJ. Suami pernah cakap kalau rasa tak mampu (nak tahan sakit HSG tu) tak payah la buat, dia kesiankan MJ, tapi MJ fikir mana tau dengan cara tu dapat membantu kami memperolehi zuriat jadi terpaksa gagahkan juga dan tepis semua perasaan tak enak.

3. MJ disuruh menukar ke pakaian Operation, adehhh malu cheq tapi takpela nak berubat kan, suami pun cakap ni proses rawatan, bukan saja2 kita nak kan.. (yang mana pernah pakai baju OT faham2 jela keseksian tu macam mana ye)

4. Lama juga MJ menunggu sebab Doctor masa tu ada hal lain, sepanjang berbaring di katil OT, MJ tak berhenti2 istighfar sambil memohon supaya urusan dipermudahkan.

5. Bila Doc sampai diterangkan serba sikit apa itu HSG pada MJ dan Doc cakap akan rasa sedikit ketidakselesaan semasa proses tu dan mungkin akan keluar darah sedikit. MJ anggukkan kepala je sambil tanya Doc lama tak proses ni? Doc cakap tak lama kejap je kalau takdak masalah.



6.  Operasi pun bermula, saat Doc masukkan pewarna (a Dye) tu MJ ok lagi cool, tapi selepas belon a Dye tu dilepaskan (belon dipecahkan), MJ mula rasa perut ni memulas-mulas, kembung semacam dengan rasa nak 'tendang' je Doc tu.. Mengeliat jugaklah badan ni menahan sakit....tapi lepas pada tu ok balik..

7. Lepas tu Doc suruh MJ 'injak badan' (naikkan badan) ke atas tanpa mengangkat kaki mahupun punggung, ok lagi MJ rasa masa tu.. kekonon ingatkan kesakitan dah berakhir tapi rupanya BELUM... hohooo

8. Kali ni Doc nak ambil gambar melalui Sinar X (X-Ray) pulak, sekali lagi 'a Dye' dilepaskan dan sekali lagi MJ merasai keperitan tersebut, memang tak tertahan sangat, Doc berkali-kali cakap sekejap ye sikit lagi sekejap ye tak lama pun sekejap ye... Tapi MJ rasa masa tu macam nak jerit suruh stop..!!

9. Bila dah selesai, Doc datang ke MJ dan cakap kedua2 saluran MJ berada dalam keadaan elok, dan tak ada yang tersumbat.. Alhamdulillah.. Dalam masa sama MJ rasa macam kepala sedikit swing, Doc pesan kalau pening dia suruh baring dulu, tapi kejap je swing tu sebab MJ rasa macam kesakitan tadi dah hilang.. Terus bangun dan salin pakaian.

10. Misi (Nurse) suruh MJ ke klinik Pakar 1 (O&G) untuk set next appointment, masa tu Doc akan explain details pasal result Pap Smear dan HSG MJ.


HSG Normal (dari En Google)


Lepas keluar dari Hosp, MJ rasa ok lagi, suami siap tanya berkali-kali betul ke ok? Tak sakit? MJ angguk je sebab memang tak rasa sakit cuma tak selesa je kat perut. Lepas tu suami ajak makan dulu (dan baru teringat yang kami belum Lunch lagi - yela takut punya pasal untuk HSG ni..hahaa) tapi MJ suruh tapau je sebab takut perut ni meragam ke.. MJ ada baca pengalaman orang lain ada yang akan sakit semula dalam 30- 40min selepas HSG Test.

Kitorang singgah Celcom terlebih dulu  sebab MJ ada masalah LINE PHONE, so my asben je yang keluar p Center, MJ tunggu dalam kereta, masa tu ok lagi siap boleh layan Candy Crush lagi..hahaa


Tapi lebih kurang dalam 20 minit MJ mula rasa tak selesa di perut (lebih kurang nak senggugut) MJ abaikan lagi, tapi pelan lama sakit tu kian teruk dirasakan, lagi sakit dari masa HSG tu, call my asben tapi tak berjawab pulak, dengan jalan agak terkenkang ku gagahi juga memanggil my asben di Center Celcom. MJ bagi isyarat perut dah sakit, asben cakap kejap CS (Customer Service) suruh tunggu kejap, MJ cakap tak payah abaikan je diorang tu.



Masa dalam kereta dalam perjalanan nak ke rumah Mak (bukan jauh pun lebih kurang 15minit) tapi rasa macam nak nanges, sakit tak tertahan, tarik nafas hembus nafas pun rasa tak cukup, asben ajak nak singgah klinik / nak beli pain killer pun MJ cakap tak payah, nak balik rumah terus.

Sampai rumah MJ terus berbaring tapi serba tak kena, mengiring salah berbaring salah duduk salah, berdiri lagila salah.. Lepas tu rasa macam nak buang air besar, masuk toilet MJ perasan ada secoet (sikit) darah, lepas tu bertapa kejap dalam toilet dan terus membuang.

Lepas pada tu alhamdulillah sakit dah berkurang seperti berlalu bersama bahan buangan tadi..hehehe.. Tapi kalau kata nak kena buat HSG lagi pada masa akan datang, mungkin MJ akan berfikir beribu kali..hohooo

Next appointment : 13.11.13

Kisah MJ

 

Rawatan Kehamilan : Pap Smear dan HSG Test (Part II)

Sambungan dari entry Part 1 (Ujian Darah)


Date : 9 Oct 2013

Selepas MJ dah buat step 1 pada Julai 2013 lepas, tibalah tarikh 9 Oct MJ perlu berjumpa Doctor dan membawa bersama laporan ujian darah MJ dan ujian sperma suami untuk tahu apa masalah (jika ada) dan apa langkah seterusnya.

Kami sampai Hospital pukul 8pg, fuhhh punyalah ramai manusia di bahagian O&G ni, yela semua yang berkaitan kesuburan, kehamilan dan juga sakit puan akan dirujuk disini, no giliran MJ ialah 50 dan masa tu tengah running no 3.. Ha mau kematu tunggu tapi takpe semuanya sanggup diredahi..hahaa

Lebih kurang pukul 12 tengah hari baru no giliran MJ dipanggil dan berjumpa dengan Dr Rohana, setelah bersembang dengan Doc salasilah MJ, apa penyakit apa alergik tu semua termasuklah laporan yang MJ bawa tu (Doc sahkan kami suami isteri tiada masalah-Alhamdulillah syukur dengar) dan lepas tu Doc nak jalani ujian Pap Smear kat MJ.

Hahh!! terkejut juga sebab rasa macam tak bersedia + ramai cakap sakit proses tu..

Doc : Pernah buat tak sebelum ni?
MJ  : TAK PERNAH..
Doc : Takpa sat ja proses ni

Sedikit sel dari rahim akan diambil untuk dibuat ujian bagi mengesan samada berlaku ketidakabnormal dalam rahim kita WANITA, selain tu ianya dapat mengesan/mencegah/mengelak dari KANSER RAHIM.

Alhamdulillah proses tu sangat mudah, tak sakit cuma rasa ketidakselesaan sikit saja, dengan Doc yang sangat lemah lembut dan baik (sapa cakap Doc Kerajaan kasar?) siap pesan berkali-kali jangan keraskan badan, nanti sakit, lembutkan badan, bengkokkan kaki dan tarik nafas hembus nafas perlahan-lahan.

Bila sel dah diambil maka proses pun selesai dan MJ siap tanya sudah ke Doc? hahaha.. Tapi Doc cakap lepas ni akan buat sekali lagi.. huhuuu.. MJ ok je sebab tak rasa sakit kan...

Lepas tu Doc bagi penjelasan  untuk next step iaitu MJ kena buat appointment untuk HSG test pulak? Tapi kena tunggu next period, bila period mai kena terus call X-Ray Dept untuk set appointment. Kalau kena perkiraan diorang jatuh pada hari cuti, maka MJ terpaksa menunggu untuk bulan berikutnya pula. huhuu.
Maksudnya HSG hanya boleh dibuat pada  hari antara hari ke 10 ~ 12 sahaja, kalau tak kena tunggu next period.



Bila sampai X-Ray Dept, fuhhh list menunggu punya ramai Ya Allah :) Kira nasib la nak dapat tempat pun, menurut pegawai tu, slot untuk Oct dan Nov dah penuh, tapi andai ada rezeki untuk kami insyaAllah mungkin boleh menyelit.

Untuk HSG test ni seyes MJ rasa takut sangat, sebab bila baca dari pengalaman yang pernah buat diorang cakap sakit sangat, telan pain killer pun tak jadi apa.. huhhh gerun betul rasa.. yela ada sesuatu yang akan 'disembur' kat dalam kita kan, sure akan 'berasa' jugak..

Doakan mudah-mudahan kami berjaya untuk menyelit bagi jalani ujian HSG ni ye.. Kalau ikut schedule my period dalam 23/10/13 -25/10/13 macam tu. Nantikan pengalaman MJ menjalani HSG test ye :)


Rawatan Kehamilan : Ujian Darah (Step 1)

MJ berkongsi cerita kami setelah mendapat respon dari kawan-kawan melalui ENTRY INI juga atas keizinan suami dan setelah MJ berfikir sebanyak lapanplohlapankalilapanribu..hehee 

JULAI 2013

Setelah menghampiri 4 tahun usia perkahwinan, kami suami isteri mula melakukan usaha lain iaitu kaedah moden melalui Rawatan Kesuburan. (kami dah pun mencuba pelbagai kaedah sebelum ni dari perubatan Islam dan juga tradisional) Mungkin agak terlambat pada MJ tetapi itulah pilihan terakhir setelah melalui pelbagai proses2 lain.

MJ bermula dengan ke klinik LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) pada Julai 2013 sebab ada terbaca dalam blog yang mereka pernah  menjalani ujian kehamilan di situ, tetapi malangnya ujian tersebut hanya dibuat di 3 negeri sahaja iaitu Perak, Putrajaya dan Johor. Macam MJ di Penang mereka hanya boleh keluarkan Surat Rujukan Doktor (Refer Letter) untuk merujuk MJ di mana-mana Hospital Kerajaan ataupun Hospital Swasta (pilihan sendiri).

Jadi MJ memilih Hospital Kerajaan, ye walaupun tahu prosesnya lambat tapi tak mengapa asalkan kami tahu apa tindakan seterusnya. Di Hospital MJ dirujuk di bahagian G&O (Gynaecology & Obstetrics) klinik Pakar 1.

Setelah menunggu giliran dalam 15min nama dipanggil, dan MJ perlu menjalani ujian darah (MJ) dan juga ujian sperma (suami). Nurse bagi pilihan untuk kami jalani ujian tersebut samada ingin buat di Hospital (yang konpem lambat prosesnya) ataupun mana-mana klinik swasta yang menawarkan ujian tersebut. Dan MJ rela hati untuk membuat ujian di klinik swasta iaitu di Pathlab Penang.


Contoh darah yang akan diambil.. Gambar dari SINI


Di Pathlab ada pakej untuk rawatan kesuburan (ujian darah) seperti

1. FSH (Follicle Stimulating Hormone)
2. LH (Luteinizing Hormone)
3. GnRh (Gonadotropin Releasing Hormone)
4. Progestrone
5. Androgen
6. Estrodial
Harga pakej ni RM210 (memang mahal tapi 'pejam mata jela..huhuu)
8ml darah akan diambil untuk rawatan tersebut.

Untuk ujian Sperma RM30


Bila laporan perubatan siap, MJ perlu bawa laporan tersebut ke Hospital semula untuk berjumpa Doktor untuk tindakan seterusnya pada 9 October 2013 (3 bulan tempoh untuk step 1). Tak sabar menanti :)


p/s Cerita lepas yang telah dikarang pada Julai 2013 (akan bersambung Step II untuk entry pada 9/10/13)

Rawang Burger Bakar cawangan Penang/Seberang Jaya

Lepas balik dari Rawang, sesampai je 'home sweet home' kami masih membawa aura Rawang untuk makan Rawang Burger Bakar pulak..hehe. Rasanya baru bukak kot RBB ni ka MJ yang tak perasan sebelum ni entahlah.

Teringat-ingat masa kami makan RBB kat Wangsa Maju kot tak silap, kena tunggu sampai 3 jam lepas tu terus serik, tapi masa kami singgah RBB sini tengok tak ramai sangat orang jadi kami mencuba lah..


Suamiku masih dengan pilihannya 'OMBAK RINDU'


Manakala MJ dengan 'Burgembira' kot kalau tak silap..


Memang tak sampai 3 jam, 30 minit pun tak sampai rasanya beger kami dah sampai, kebetulan perut memang lapar, sanggup tahan perut tak makan dari Rawang lagi..wahahaha ok tipu singgah hentian TAPAH makan nasi kat Pak Teh kot tak silap, baru sekerat jalan MJ dah muntah tepi jalan... hohooo dah lama tak muntah ni.. Mungkin perut masuk angin kot..

Kesimpulan yang kami dapat buat dari tempat ni, rasanya 95% memang tak sama dengan yang 1st kami makan walaupun diorang nama sama (walau kena tunggu 3 jam) suamiku pulak sampai rumah muntah abes.. Kiranya hari tu kami sama2 muntah, perut sama2 masuk angin kot..hohohoho

Tapi lain tekak lain seleranya kan, kalau korang nak mencuba tak salah mana tau tak sama dengan tekak kami ni..

Kalau ada yang nak terjah, ni lokasi
RBB tu klau dari Penang Bridge/Juru terus je sebelum exit Permatang Pauh akan nampak sebelah kanan ada bangunan baru nama WAKAF SEETEE AISAH, ada sebeleh stesen minyak MOBIL tak silap


Restoran Mohd Chan Abdullah (Chinese Muslim) di Rawang/Bkt Beruntung

Minggu lepas masa kami ke Rawang, kami mencuba pertama kali di Restoran ni, restoran Cina Muslim.. Jadi dapat la kita merasa makanan Cina kan.. Tak plan pun sebenarnya nak ke sini, saja google je tempat makan best kat area Rawang tup-tup berderet suggest kat sini, kami apa lagi terus WAZE jalan rupanya dekat je ngan Hotel..hehehe


Lokasi Restoran dengan Hotel kami (nama Hotel tak ingat tapi ada 77 kat belakang) dan dekat juga dengan Exit Tol Rawang, lebih kurang 15minit macam tu.

Restoran Makanan Cina Muslim MOHD CHAN ABDULLAH (Rawang)
16, Jalan Bandar Rawang 3,
48000 Rawang, Selangor



Sambil menunggu pesanan sampai, update status ka main game ntah...hahahaa

Suasana dalam Restoran, macam-macam menu boleh nampak.


Bila tengok ke menu, kami sampai tak tau nak order apa, ada menu biasa dengar dan ada yang jarang didengar apatah lagi nak bayang rupanya..


Air Laici pilihan suamiku, kedondong asam boi pilihan MJ.. Airnya memang sedap sangat.. telan liur lagi nih..


Dim Sum Shark Fin (betul ke eja ni)
3 ketul RM3.90


Ni MJ punya Nasi Masak Kiam Hong Ayam, main order je tapi bila tengok ke rupa ayam macam ayam masak kicap tapi rasa dia lain.. Sedap sangat secukup rasa.


Ni pulak pilihan Suamiku Nasi Masak Sweet n Sour Ayam, perggghhh lagiiii sedap... Puas dapat makan.



BUTTER PRAWN yang paling sedap dan menarik tertarik da bommmm.. Seriusly memang sedap sangat, kami tak plan pun nak order, dengan harga kalau ikutkan dah murah tapi yela nak makan berdua je. dan disebabkan nak mencuba kami belasah je order.. Nasib baik sedap giler...hahhaa
RM25 (ada lebih kurang 8 ekor Udang Besar)


Serbuk atas (telur) pun sedap, walaupun dah sejuk (sebab kami siap tapau balik Hotel) tapi tetap rangup lagi.. Pendek kata memang sedap la dengan Udangnya yang manis, rasa sayang nak buang kulit pun ada masa makan tu..hahaha

Balik Penang, suamiku siap google resepi butter prawn dan 2x juga dalam seminggu ni dok mencuba buat macam butter prawn Mohd Chan tu tapi tak berjaya untuk dapatkan tekstur yang halus tu.. Rasa dah sama tapi tang rupa tak sama.

Korang ada yang pernah try? Klau korang ada resepi untuk dapatkan tekstur BUTTER PRAWN macam ni sudi-sudilah kongsi resepi ye, terima kasih..

Set Menyusu Bajet Shaklee

Pada Ibu-Ibu yang ingin menyusukan anak sehingga usia anak 2 tahun disarankan mencuba SET MENYUSU dari Shaklee ni, kalau boleh ambil full set, tapi kalau bajet sikit boleh ambik yang asas ni, insyaAllah mudah-mudahan membantu memperbanyakkan susu Ibu dan memekatkan susu membuatkan anak puas menikmatinya :)


MJ ada bagi adik mencuba ESP baru-baru ni, Ilhan sehingga kini usianya 20bulan masih menyusu badan, baru-baru ni adik minum ESP 2-3 hari, dia dapat rasakan susu kembali banyak, Ilhan pun dapat menyusu puas sehingga nampak tak berhenti menelan susu, lepas dah habis je minum susu Ibu tu, Ilhan konpem akan 'hhhaaahhhhhhh' menunjukkan yang dia rasa puas + penat kot minum susu Umi dia yang banyak tu..ehehee


Kelebihan ESP:
Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
Parut di muka jadi pudar
Tenaga berpanjangan sepanjang hari
Kurang letih
Memberi rasa kenyang, sesuai bagi ibu yang nak kurangkan berat badan
Mengawal paras kolestrol
Menyokong kesihatan jantung dan prostat
Penyerapan vitamin lain lebih baik
Mengurangkan alergik

Kelebihan Alfalfa:
Sistem penghadaman lebih baik
Mengawal kolestrol dalam darah
Membuang toksik dalam badan
Mengurangkan masalah gastrik
Membantu merawat keputihan
Mengelakkan bau badan
Mengurangkan asthma/lelah


MJ pun consume Alfalfa dengan ESP jugak, tapi takdak lah untuk susu.. lebih kepada Detox ngan kulit cantik..heheee

Berminat, boleh SMS/WhatsApp MJ ye 012-4353088
Free Gift menanti untuk set ni