28 Disember 2014 : Selamat Jalan buat Arwah Tok / Nenek

Penutup tirai 2014 dengan kesedihan apabila kami sekeluarga 'digemparkan' dengan kematian orang yang tersayang.. Tanpa disangka sebegitu cepat ajal menjemput.. (menangis saat ini...sobsob)

Betapa sebak dan berat  menanggung hati ini, air mata tak tertahan mengalir akhirnya tatkala melihat gambar ini, Ya Allah sesungguhnya kami amat merindui senda guraunya tapi ternyata Engkau lebih menyayanginya. Engkau Menjemput kembali tanpa kami belum bersedia Ya Allah.


Gambar ini sangat meruntun jiwa MJ, gambar yang diambil 2 minggu sebelum kematian satu-satunya TOK aka NENEK MJ yang masih ada. Pergi tanpa meninggalkan tanda buat kami.. Tapi bersyukur kerana Engkau mudahkan pemergian arwah.


Detik Terakhir sebelum Arwah meninggalkan kami
Dalam 2.00 pagi 28/12 tok bangun nak membuang air kecil, selepas itu tok mengadu sesak nafas, di saat nazak tok masih sempat mengaji Ya Allah.. bila tengok keadaan tok semakin pucat, bahagian kaki sejuk manakala bahagian atas seakan berpeluh, diajarkan mengucap dan kemudian tok pengsan. Ambulan sampai dalam 2.30pagi dan 2.45pagi pihak ambulan menelefon memberitahu tok dah meninggal setelah 15x mencuba untuk selamatkan arwah tok...huwaaaaa (menangis lagi saat ini...) Saat-saat terakhir tok adalah bersama Mak2 sedara MJ


Setiap kali teringatkan arwah, al fatihah disedekahkan mudah2an rohnnya ditempatkan bersama mereka yang beriman, aminnn..

Pasar Bisik dan Mee Udang Kota Kuala Muda, Kedah

Korang yang tinggal di sekitar Penang pasti tau pasal tempat ni -- Pasar Bisik Kuala Muda (Penang) dan Pasar Bisik Kota Kuala Muda (Kedah). 2 tempat ni kalau nak beli barang-barang basah yang segar kena berbisik tau, sapa yang tawarkan harga tinggi dialah yang dapat.. Yang pastinya jauh lebih murah dari pasar basah biasa.

Apa beza ke dua-dua pasar ni? Nampak 2 negeri yang berbeza kan tapi sebenarnya hanya dipisahkan oleh sempadan sungai sahaja. Kalau kita ke Pasar Kuala Muda kita boleh nampak seberang sana Pasar Kota Kuala Muda, tapi nak kesana kena naik bot la ye melainkan kena ikut jalan darat rentas jambatan menghubungkan Penaga dan juga Kota Kuala Muda..


Korang agak-agak berapa la ye Udang ni? Kalau ikut di pasar biasa dalam RM16 macam tu sekilo.. Ha lg 1 korang kena pandai agak kilo ye, baru boleh bajet berapa ringgit yang nak dibisikkan tu.

Kalau contoh udang tu 5kg x(darab) RM12 = RM60 (Jadi kita cuba bisik dengan harga RM55), lepas tu pepandai la 'up' RM1-RM2 harga untuk tawan hati penjual tu ye.

Ha ni contoh nak berbisik ye, kitorang tak bisik pun sebab dok fikir nak buat apa la bebanyak udang kan, muntah udang kang..

My FIL dan juga My Dad.. Terjumpa masa ke Pasar ni, lagipun FIL memang setiap hari ke sini sebab lepas tu nak beniaga barang basah ni jugak. Jadi kena beli borong la kan.

Asal nak beli Ikan Temenung je (meriah ikan ni kat situ) sebab besar2 ha, geram tengok.. tapi banyak kali dok bisik tak berjaya jugak..hahaha
Masa kami p tu musim ikan Temenung dengan Udang je, Nak nampak sotong / Ketam susah sikit.. Bukan musim kot.


Dah penat tercegat kat pasar tu kami nak balik singgah kedai ni betul2 berdepan simpang nak masuk Pasar Kota Kuala Muda, memandangkan kami tak beli udang, makanya kami pekena Mee Udang.. Sepinggan RM8 dengan 3 ekor Udang besar.


Bagi MJ okla, ada macam2 sebagai hiasan dengan hirisan tomato, Tauhu (Tokua), telur rebus, Bunga Kobis, Keret cuma kuahnya je agak berminyak. Kalau dibandingkan dengan Mee Udang Kuala Sepetang sedap lagi Mee Udang ni.

Selamat menjamu mata ye korang..hehehe

Romantika Sungai Petani

Masa kami jenjalan di Sungai Petani baru-baru ni, MJ nampak kedai Romantika ni terus ajak asben singgah.. Masuk je kedalam mata tak berkelip tengok, rasa macam semua nak sambar.. cantik sangat..

Patutlah ramai yang dah terjebak dengan Romantika ni, sebab banyak dekorasi dan hiasan dalaman yang kita boleh pilih, dan ambil idea.. Tapi kitorang tak beli apa sangat pun, almaklumlah tengah berjimat..hehehee

Lampu tidur ni tak plan pun nak beli, tapi memandangkan asben dia keje shif dan dalam seminggu akan ada satu hari keje shif malam, dan MJ berseorangan tidur dengan lampu terpasang terang benderang makanya kami pun ambil lampu ni.. Jadi bila asben keje malam MJ pasang lampu ni je semalaman..
Ada pelbagai harga dari serendah RM49 - RM89 dengan pelbagai corak dan bentuk. Yang kami ambil ni berharga RM59

Tapak lilin ni dah lama sangat MJ nak beli tapi tak terbeli sebab lilin kecil wangi tu MJ ada belambak, beli masa surprise CELEBRATE BESDAY ASBEN tempohari. Dari tersimpan je dalam almari kan boleh gak pasang kat rumah feeling ala-ala lomantik... hehee
Bekas lilin ni ada offer dari RM29 tinggal RM9. Balik rumah terus pasang lilin ni dari petang sampai ke malam nak tidur, rasa rumah suwiiittt je..muahahaa

Selain 2 barang ni MJ beli Bantal Kusyen Gebu RM11, nak beli 2 tapi corak yang berkenan tinggal 1 je.

Lepas ni MJ nak terjah Romantika lagi, nak beli jam dinding plak, geram tengok aritu.. Kalau boleh semua benda nak bertukar kat dalam rumah... tukar dengan barangan Romantika plak..

Victoria Sandwich yang sedap

Sebelum ni asyik dok dengar orang cakap pasal Victoria Sandwich, MJ terpikir macam mana la rupa menu ni. Sampailah masa tengah skrol fb terjumpa kawan syer resepi ni, semangat esoknya terus pegi cari bahan2.

Kalau sebelum ni asyik makan roti inti sardin je kan, kali ni kita ubah berintikan Victoria..hehe.

Resepi Victoria Sadwich

Bahan-bahan 
Roti Putih
Sardin
Timun (buang biji tengah dan sagat)
Carrot (rebus seketika dan sagat)
Bawang besar dan Cabai Melaka
Mentega dan Mayonis

Inti
Gaul isi ikan (buang tulang tengah) bersama bawang dan masak seketika, campurkan dengan cabai melaka (Ikut kepedasan yang diingini)

Cara-cara
1. Lapisan pertama roti sapu mentega, lapisan kedua sapu mayonis. Inti tengah letak sardin
2. Layer 2 - Ulangi step 1 cuma gantikan inti dengan keret
3. Layer 3 - Ulangi step 1 cuma gantikan inti dengan timun
4. Letak dalam bekas dan tekan supaya sandwich kejap/padat, masukkan dalam peti sejuk seketika
5. Sedia dimakan, memang sedap...

MJ guna sebuku Roti Gardenia yang kecil tu habis dimakan kami berdua, siap bawa ke opis lagi.. Kenyang sangat :)

Pensonic Warehouse SALE (5/12/14 - 7/12/14)

Bagi yang mencari barangan Elektrik yang 'murah sikit' dari harga pasaran, ha cepat2 terjah Pensonic sebab diorang tengah buat SALE:)

 2 tempat je yang buat, Autocity Juru, Penang dengan Petaling Jaya.. Bermula 9.00pagi hingga 5.30petang dari 5Dec 2014 - 7Dec 2014

Pensonic boleh kata setiap hujung tahun akan buat jualan gudang ni, tahun lepas MJ beli kipas angin 'kepala besar' tu dalam RM60, elok sampai sekarang dok guna.

MJ beli TOASTER je, sebab kami laki bini suka makan Roti Bakar Telur Goyang... slurrppppp...heheee. TOASTER ni RM36 sahaja, okla MJ ushar kat LAZADA RM58, SENHENG RM56.


Memula niat nak beli Rice Cooker kecik ni ha, sebab dapat hadiah Kahwin 5 tahun sudah 2 buah Rice Cooker besar, tak padan pulak dengan kami berdua je ha.. Selalu masak nasi guna Dapur Gas, macam lambat la sebab kena 'take turn' nak masak lauk lain pulak..

So Rice Cooker besar tu akan consider untuk dijual....

Ni pulak Oven, okla RM106 boleh bakar ayam ke Roti ke.
Microwave pun Ada RM310.

Hand Mixer RM45
Stand Mixer RM75


Jom kita Borong...hheehe

Semua barang2 ni masih ada Waranty lagi ye 1 tahun. Cepat terjah selagi masih ada..

Cantik dari dalam dengan Vitamin C Shaklee

Vitamin C dengan Kulit kita ibarat Isi dengan Kuku, itulah betapa eratnya hubungan ni buat mereka yang nak muka dan wajah jadi tegang, kulit cantik, tona kulit sekata, parut jerawat dan cela pudar dan kian hilang.  Dan sebab tu lah ramai yang sanggup mengambil suntikan Vitamin C sana sini. TAPI!! Andai takut dengan kesan sampingan maka ambillah Vitamin Organik iaitu Sustained Release Vitamin C Shaklee..

Taknak ambil suplement Vitamin C ni pun boleh, tapi kalau anda nak kesan optimum maka ambillah 7biji oren SETIAP HARIi kerana 7biji oren bersamaan 1 tablet Vitamin C (500mg).
Pilihan di tangan anda.



Vitamin C Shaklee

Vitamin C sesuai untuk?
>> Menghilangkan jerawat (batu mahupun jerawat pasir)
>> Menghilangkan parut
>> Membantu mencerahkan kulit
>> Mengecilkan liang pori
>> Meningkatkan antibodi tubuh
>> Melicinkan kulit
>> Menganjalkan kulit
>> Menghilangkan muka kusam dan berminyak

Makan vitamin C secara konsisten akan menjadikan kulit kita glowing dan cantik tau. Lagi 1 baru-baru ni MJ diserang selsema, biasanya selsema ni akan makan masa dalam 2 minggu untuk baik.. Makan ubat selsema konpem akan tidur, tapi selsema kian melarat je..


Dan memikirkan antibodi lemah sebab tu selsema, jadi MJ ambil keputusan untuk mencuba hanya dengan pengambilan SUPLEMEN, kita mencuba dengan kaedah Vitamin tanpa pengambilan ubatan sintetik.. Bukan menidakkan keberkesanan UBAT sebab ada kalanya kita TERPAKSA ambil UBAT.. Yang penting kena yakin bahawa Allah yang menyembuhkan kita berusaha.



Vitamin C Shaklee
Setiap malam konsisten ambil 2 tablet (antara kandungan Vitamin C - UP IMMUNE BOOST) dipatahkan 2 (untuk lebih optimum penyerapan) Alhamdulillah kurang dari seminggu selsema dah hilang + BONUS MJ perasan kulit macam makin gebu ja... muahahaha.

MJ memang ada terpikir, kalau selsema masih tak hilang selepas seminggu, MJ akan ke klinik mengambil ubat. Dan MJ memang tak ke KLINIK.. 

Sekarang ni MJ mantain ambil Vitamin C setiap hari 1 tablet, berbaloi sangat dengan harga sebab sebiji cuma RM0.50 tahan selama 6 bulan dengan harga cuma RM92.50. Tambahan ada PROMO bulan DEC 14 ni untuk Vitamin C maka rebutlah peluang ni ye..


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.