Kejadian pertama berlaku di Terengganu, demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.
Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata,dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu berlari mendapatkan bantuan dari pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ. Kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.
“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, sambil terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh isterinya terus lari menyelamatkan diri.
Hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.
Manakala kejadian kedua pula berlaku di Bintulu. Seorang suami membelasah, menendang dan memijak isterinya sehingga mati dipercayai akibat perasaan cemburu buta selepas melihat isterinya minum bersama rakan di rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Sulaiman Abd Razak berkata, sebelum kejadian, suspek minum bersama rakan di sebuah gerai dan apabila pulang ke rumah dia melihat isterinya sedang minum bersama empat rakannya di rumah kongsi berkenaan.
“Sebaik melihat isterinya sedang minum bersama rakan, suspek dikatakan mengarahkan isterinya beredar, namun wanita berkenaan enggan mengikut arahannya.
“Berang dengan sikap isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu bertindak memukul, menendang selain memijak perut mangsa menyebabkan dia pengsan.
“Selepas dibelasah, wanita terbabit dikatakan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di rumah kongsi berkenaan,” katanya.
gambar sekadar hiasan
Mr Jay : 2 kejadian diatas menunjukkan bahawa bukan semua suami kejam, ada yang sanggup berkorban nyawa demi isteri tercinta. begitu la juga sebaliknya. beruntunglah isteri jika mendapat suami yang sanggup berkorban kerananya. jika tidak pun sekurang - kurangnya bersyukurlah anda x mendapat suami yang tergamak membunuh isterinya kerana panas baran dan cemburu buta.
1 Yang suka berceloteh:
mcam2 ha ragam suami.... semoga suami kita jadi yg terbaik dunia dan akhirat aminn
Post a Comment