MJ nak syer tips nie, diterima dari email, sebagai panduan bersama...
Sama2lah kita menjaga kebahagiaan rumahtangga kita semua.. :)
Semua pasangan mengharapkan kebahagiaan yg dibina berkekalan ke akhir usia..
Jadi usah berharap sahaja, kita kena praktikkan bersama..
1. Komunikasi 2 Hala
3. Tidak Berbohong
4. Usah Cemburu secara Berlebihan
5. Terbuka Mengenai Seks
6. Hindari Curang
7. Tetap Mesra
Sama2lah kita menjaga kebahagiaan rumahtangga kita semua.. :)
Semua pasangan mengharapkan kebahagiaan yg dibina berkekalan ke akhir usia..
Jadi usah berharap sahaja, kita kena praktikkan bersama..
1. Komunikasi 2 Hala
- Ini penting dalam hubungan, hendaklah sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain, tak kiralah samada anda dan pasangan berada di rumah atau berjauhan.
- Telefon selalu walaupun hanya untuk ucapkan 'Selamat Pagi, Tengah hari @ petang' @pun bertanya samada pasangan dah makan @ belum.
- Keretakan rumahtangga biasanya berlaku apabila pasangan kurang berkomunikasi walaupun tinggal di bawah satu bumbung.
2. Menerima Pasangan Seadanya
- Masa bercinta dan belum berkahwin, sikap sebenar pasangan belum diketahui, dan apabila telah berkahwin, semua sikap sebenar akan muncul, ketika ini berlaku proses penyesuaian. Setiap pasangan akan belajar untuk menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan yang pastinya berbeza. Dalam tempoh mengenali, akan timbul konflik.
- Namun, setiap perbezaan itu pasti dapat diatasi andai pasangan berusaha untuk mengenali dan memahami antara satu sama lain.
3. Tidak Berbohong
- Pasti ramai yg pernah berbohong dengan pasangan masing2 kan?? Semua ni dilakukan demi menjaga perasaan masing2 kan?? Kononnya berbohong demi kebaikan.
- Perkara ini jika dibiarkan akan berlanjutan dan lama kelamaan sikap berbohong nie akan jadi kebiasaan. Apa yg penting berterus terang dan nyatakan pada pasangan apa yg anda lakukan adalah demi pekerjaan @ lain2.
4. Usah Cemburu secara Berlebihan
- Cemburu adalah tandanya SAYANG, walaupun begitu usah cemburu secara berlebihan @ Cemburu Buta. Kebanyakan punca perselisihan faham adalah disebabkan fakktor ini, mungkin secara sikap terbuka ataupun salah tafsir.
5. Terbuka Mengenai Seks
- Masalah seks biasanya merupakan masalah utama yg menjurus ke arah penceraian. Fungsi seks adalah mendapatkan zuriat, melahirkan rasa cinta pada pasangan dan juga boleh menghilangkan stress setelah penat bekerja.
- Bg mengelakkan bosan, apakata kreatifkan teknik dan posisi baru yg boleh dilakukan bersama. Yg penting setiap pasangan mahu lakukan bersama.
6. Hindari Curang
- Curang berlaku apabila pasangan tidak bersama-sama mendengar @ meluahkan masalah kepada pasangan mereka.
- Curang juga terjadi apabila pasangan merasa kesunyian, kesepian, tidak puas dan godaan dari faktor luar. Oleh itu, penting setiap pasangan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.
7. Tetap Mesra
- Bibitkanlah perasaan kemesraan dengan pasangan seperi di zaman anda bercinta dahulu.
8. Berserah pada Ilahi
- Apabila berhadapan konflik rumahtangga, berdoa dan pasrah kepada Ilahi agar emosi menjadi stabil.
- Elakkan dari mengeluarkan kata2 kesat @ memaki hamun pasangan anda.
Sekian dulu ceramah untuk harinie..heheee
3 Yang suka berceloteh:
gaduh selalu pun mesti
nnti 23cm lepas tu..
buat ubat baik!
kena praktikkan kalau dh kawin nie...
gd info nie...:)
Post a Comment