Entry Ulang Tayang
Sebelum ni MJ musykil gak pasal puasa sunat 6 di bulan Syawal, terpikir kita sebagai perempuan ni mau tak mau wajib akan tidak boleh berpuasa penuh di bulan Ramadhan sebab period unless dah menopause kan. Jadi macam mana nak puasa sunat dari 2 Syawal kan. Kot mana pun kita kena ganti puasa tu terlebih dahulu barulah diikuti dengan puasa sunat. Sebab niat puasa ganti tak boleh sekali dengan niat puasa sunat.
Dan sekarang barulah MJ faham, bila dengar kuliah ustaz pasal perkara nie.. Dan rupanya itulah keistimewaan kita sebagai perempuan nie, walau kita berpuasa ganti di bulan Syawal tetap akan dapat pahala sama seperti puasa sunat 6 orang lelaki dan orang lain.
Jom kita sama-sama baca artikel yang MJ terima melalui emel, dari Ustaz Ahmad Baei Jaafar ( berkongsi dengan anda yang mungkin jugak tak tau macam MJ sebelum ni)
Soalan : Wanita tidak boleh mengelak daripada ponteng puasa. Apabila masuk 2 Syawal bolehkah mereka berpuasa qada dan puasa 6 secara serentak?
'Persoalan ini sering ditanyakan setiap tahun. Untuk menjawab persoalan itu suka saya memberikan dua pendekatan dan kedua-dua itu boleh digunakan sebaik-baiknya.
Jika anda mempunyai puasa qada 7 hari, maka pada 2 Syawal anda boleh berniat puasa qada, "Sahaja aku puasa qada Ramadan esok hari kerana Allah Taala". Dengan niat itu anda beroleh puasa qada dan pahala sunat Syawal juga diperoleh secara automatik.
Apabila sudah mengqada puasa 6, secara automatik dia sudah melaksanakan puasa 6. Namun kalau dia masih ingin berpuasa sunat selepas itu masih digalakkan.
Dia juga boleh berniat, "Aku berpuasa qada Ramadan dan sunat Syawal esok hari kerana Allah Taala," Jadi niat ini membolehkan dia mendapat pahala puasa sunat Syawal.
Namun ada jugak tersilap niat dengan menyebut puasa sunat dahulu diikuti puasa qada, maka dengan itu niat puasa qada tidak terpakai. "Aku berpuasa sunat Syawal dan Qada Ramadan esok hari kerana Allah Taala."
Oleh sebab itu umat Islam terutama wanita dianjurkan segera menyelesaikan puasa qada dan sunat 6 Syawal dalam bulan Syawal untuk membolehkan mereka mendapat anugerah pahala puasa setahun. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan mengikutinya dengan 6 Syawal, mereka seolah-olah berpuasa setahun."
Jadi marilah kita merebut nikmat pahala yang diberikan dengan berpuasa di bulan Syawal.
p/s : Ustaz dalam TV ada cakap (nama Ustaz tak pasti, terlupa..huhuu) puasa 6 boleh diselangseli asalkan cukup 6 dan masih di bulan Syawal. Puasa direct 6 tu kalau kita amik dari 2 Syawal.
29 Yang suka berceloteh:
puasa 6 byk hikmahnya
ohhh.. ilmu nih~ mekasih yer..
sy pon ada tgk kt kuliah td TV3 kak..barula rasa jelas sikit pasal persoalan puasa 6 syawal..
akak pun dulu selalu confius gak pasal puasa ganti ngan puasa sunat bulan Syawal. ingatkan boleh buat sekali.
anyway, thanks for sharing!
OOOooo...gitu...tq.
Terjwb jgk persoalan... Tq dear share info ni.. ;)
info sgt berguna...
sgt bermakna..thanks kerna share di blog ni..salam syawal ya!
good refresher dear :)
ooo...baru tahu boleh sekali rupanya. niat pun kena dulu kn qada~
hr tu wani tgk dlm tanyalah ustaz dia jwb lbh kurang mcm ni juga :)
jgn sibuk
disini masih belum start lagi hehe
Selamat hari raya sis
ye dikk
skrg nie punn akk puasa qada dan niat terus puasa sunat syawal
janji kita niat puasa qada dulu .. terus dpt pahala puasa sunat syawal ..
mudah kan .. islam itu memang mudah .. ;) cuma akk terlebeh 3 hari .. kira itu sambung aje .. sblm habis bulan syawal .. nak dpt pahala syawal tuu ;)
info yg banyak makfaat ni...untung iza terbaca dulu aktikel ni sebelum mula berpuasa 6..:)
a'aa sy pun ada tgk dkt tanyalah ustaz.. dia ckp blh disekali kan...
P/s : hari jumaat ni ke open aos.. alaa ruginya tak dpt nak g la myra... sbb ari khamis ni sy dah balik kg ambik family hubby n lps tu akn g selangor... kenduri adik ipar.. sorry tau..
Saya sudah masuk hari ke 2 selepas bermula puasa 6 pada hari Isnin baru ini. :-)
emm mudahan kelebihan ni dimanfaatkann... oo kat perai... tang mana? cam jauh ja bunyinya... apa nanti bg alamt penuh...
salam myra..bru2 ni lya pon ada mushkil ttg ni.. sbb mcm2 versi dpt tau..try la google... brudpt jawpan myakinkan..baca lak entri ni,.lg yakin..
kbtulan lya ade tgk rcangan tanyalah ustaz.. katanya.. perkara sunat boleh combine dgn wajib.. tp perkara wajib & wajib xleh combine..
cth...
pose 6 (sunat) + ganti (wajib)=leh combine
pose ramadhan(wajib) + pose ganti (wajib) = xleh combine
bila nak start puasa 6 nih...??? hohoho
bgus ni kak..ramai knpius lg..
tq for sharing..
terima kasih atas perkongsian,baru tau:)
Tq for share...boleh di amalkan nanti..
tu la... orang ramai selalau keliru pasal ni. ada yang buat niat sekali sedangkan yg saya dengar pun sama. ganti puasa bln syawal dpt pahala puasa 6.
Memang betoi tu..M dapat tau kat FB ari tu..
tenq..
mj nk tanya, boleh?
nk juga joinkan diri utk sumbang traffik kt denai hati yg dpt cash tu, tp kan cmna nk buat banner ala2 mj tu..huhu tolong saya..xplain.dh baca tp kureng memahaminya =)
me asih =)
Good info :)
Saya puasa 6 dan baru dpt tahu yg kena puasa ganti dulu tapi masalahnya saya tinggal lagi 2 hari utk sempurnakn puasa 6..jadi saya patut terus kan atau terus puasa ganti
Post a Comment