Siapa tengok TV9 semalam dalam Semanis Kurma tajuk 'Bahagiakah Tanpa Zuriat' banyak ilmu, petua dan manfaat yang diperolehi untuk dijadikan amalan. MJ nanti nak layan lagi dalam Tonton tajuk ni, memang sangat-sangat menarik.
Antara amalan yang disaran ialah
1. Minum air suam bercampur madu lebah
2. Bersedekah setiap hari Jumaat
3. Baca surah Al-Waqiah selepas solat Subuh
4. Baca surah Al-Mulk selepas solat Maghrib
5. Banyakkan sedekah pada bayi baru lahir
Dan ada juga nasihat Baginda Rasulullah SAW pada sahabat yang bertanya mengenai zuriat yang belum dikurniakan walaupun telah lama bernikah iaitu
1. Istighfar
2. Bersedekah
kerana kedua-dua amalan ini insyaAllah akan beroleh jalan keluar dan diberikan rezeki dari yang tak disangka-sangka dengan izin Allah SWT
Untuk lebih lanjut boleh baca di Bahagiakah tanpa Zuriat Part 1 dan Bahagiakah tanpa Zuriat Part 2
Terima kasih kak kerana berkongsi ilmu di dalam blog :)
p/s : Selama 2 tahun kami menanti, kami redha dengan ketentuan serta Qada' dan Qadar buat kami dan kami yakin suatu hari nanti pasti ada rezeki zuriat buat kami, cepat atau lambat je yang penting BERUSAHA, dan BERDOA. InsyaAllah.
: Pada kawan-kawan semua, mintak sama-samalah berdoa untuk kami ye agar kami beroleh cahayamata yang amat kami nanti-nantikan selama ni.
: Masa menonton semalam, airmata menitik laju tatkala Ustazah mengatakan mana tahu 1 hari dapat kendong anak sendiri di tapak tangan.. Syahdu terasa..
: Tipulah kalau kata tak kecewa kan, sesiapa pun yang berkahwin di dunia ni mesti teringin cahayamata, tapi kami percaya ada hikmah untuk semua dugaan ini buat kami. Telinga dah mangli dengan pertanyaan ANAK buat kami, tapi pekakkan telinga jela, tak mampu menjawab hanya SENYUMAN dalam paksa kami berikan..
35 Yang suka berceloteh:
insya-Allah..teruskan meminta kepadaNya...
insyaallah...nanti rezeki tu akan datang yang penting kita dah berusaha...iz doakan myra dan suami cepat2 dapat baby..amin.
semuanya rahsia Allah.. insyAllah terus berusaha.. :)
smg mj dikurniakn rezeki zuriat.. adk sy kawen dh 5 thn tp lum ada rezeki lg..
insyaAllah.. ade rezeki tu~ yang penting Myra jangan berhenti untuk berusaha dan banyakkan bersedekah..
zura doakan myra n husband akan dimurahkan rezeki anak yer.. amin~
sabar ye dik
ye berdoa dan terus kan berusaha ..
adik akak lagilah dikk .. huhuh 8 tahun masih setia menanti .. kesiann dia .. macam2 usaha dah ..
last2 skrg dah nekad nak amik anak angkat .. dugaan besar buat dia :(
insyaAllah..teruskan usaha kalian.. Rahsia Allah & percaturan hidup oleh-Nya tak siapa yg tahu..
Insya'allah dik..
Allah swt punya rencana yang terbaik buat kita..
Segalanya ketentuan & izin darinya..
Minta mohon pada DIA..
Allah plg suka pada hambaNYA suka meminta hanya pada DIA..
Yakinlah pada DIA..
Moga satu hari nanti rezeki itu tiba jugak..
Amin!!!! ;)
saya tahu perasaan itu. segala kekecewaan, kesedihan...
bagi saya yang dah menunggu 6 tahun ni, terpaksa redha. namun masih perlu berusaha. InsyaAllah, satu saat, satu ketika, doa itu akan dimakbulkan juga.
insyallah kalau ada rezeki satu hari nanti mj akan merasa juga jadi seorang ibu...cuma lambat ngan cepat je...
jangan putus asa...sentiasa berdoa & think positif...setiap apa yg berlaku mesti ada sebabnya kan....
myra..mai doa kan semoga myra dan en asben murah rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang comel...cuma kesabaran tu itu perlu banyak....amin.......mana tau leh dpt kembar terus..heheh
Ye saya stuju sgt.. pd awl thn pkhwinan sy blm d kurnaikan anak.. stu hri rkn kt office sruh sy sedekah kat spasang kmbar ank custmer kami.. hanya seringgit.. dlm mse tdekat sy mgndung ank ptama.. kni kmi telh menimang 2 chya mata y sgt comel..syukur dgn bsedekah rzki kita Allah luaskan lagi..Alhamdulillah
Sabar yer.. baru dua tahun Allah uji... orang lain? mungkin ada yang lebih dari 5 tahun.....
@aanie
Aminn, kami akan terus berusaha dan berdoa =)
@izyantyPersonalTaste
Aminn, terima kasih Iz :)
@ak yuyunz
InsyaAllah, kami akan terus berusaha sampai berjaya :)
@IntaNBerliaN
Aminn, Myra kalau boleh nak cepat, 2tahun ni dah terasa lama apatah lagi 5 tahun =)
@|| NaFiRaa ||
Aminn, insyaAllah Zura.. Terima kasih ye ~)
@ieda
InsyaAllah kak, mudah-mudahan..
Mungkin di suatu masa kami jugak akan ambik anak angkat, wallahualam :)
@sue sopian
Aminn, ye kami akan terus berusaha, ada hikmah semua ni untuk kami =)
@Salina@IbuAqil
Amin amin amin kak :)
Mudah-mudahan dimakbulkan Allah SWT untuk kami :)
@azelyusoff
Ye, betul tu, yg penting kita kena redha, ni semua ujian buat kita ;)
@Nana
Amin, insyaAllah kak mudah-mudahan, terima kasih ;)
@Cik Mai
Amin amin, mudah-mudahan Allah mendengar doa Cik Mai, kami dikurniakan kembar.. :)
@ytekecik
Rezeki Allah kan tiada siapa menduga..
Takpe yang penting redha dan berusaha serta berdoa ;)
@Zie
Ye, orang lain mungkin tunggu lebih lama dari kami, tp seboleh mungkin nak awal,
2 tahun menanti dah terasa lama apatah lagi 5 tahun..
Doakan kami ye :)
InsyaAllah, moga rezeki itu akan tiba juga nanti...qema doakan yang terbaik.
i've never watched this :) sounds very interesting..
sabaryer myra..
insyaallah akan sampai masanya nanti..
cute mum doakan semoga kalian berdua dikurniakan cahaya mata..
moge MJ & hubby akn dikurniakn rezeki anak, insyaAllah..truskn b'doa ye..
Insya Allah, doa ikhlas dari sahabat handai kawan taulan Allah perkenankan..
Kakyong doakan MJ & suami diberi kesabaran yg tinggi.. Insya Allah, ada hikmah semua ni.. jgn putus harap & memang elok berbuat baik & bersedekah.
salam..sis...
bersabar ea..insyaALLAh, ada rezeki..sy doakan..
mj..abang sedara nurul 9 tahub kawin baru ada anak..mmg lama dah dia tunggu taw.jgj risaulah.baru 2 tahun.nnt insyaallah adalah rezeki..banyakkan bersedekah pada anak yatin.bagi wir rm1 pd anak2 sedarapun,dorg akan suka..bila kita membahagiakan kanak2 kta dpt doa dr mereka n rezeki...mudah2an kay mj=)
insyaallah ..mj,yg penting kita sabar dan berusaha..
ciksu paham dan mengerti..bulan 11 nti ciksu genap 5 thn berdua tanpa insan kecil disisi..
ciksu minta izin bila2 nk copy pes bab ni yer=)
jemput baca sini
http://lobaksusue.blogspot.com/2011/05/rajuk-jiwa-menanti-permata.html
http://lobaksusue.blogspot.com/2011/05/amalan-amalan.html
@QasehnyaRania
Ok cik Sue boleh aje nak copy, ilmu dikongsi bersama... ;)
Post a Comment