10 Jun 2020 tarikh untuk dikenangkan.
Sedikit Intro
Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia telah memberi kesan dan impak besar kepada semua orang termasuklah ekonomi dunia kerana negara kuasa besar seperti US dan China turut mengalami penyakit / musuh tak nampak yang digelar Covid-19. (Corona Virus)
Di Malaysia Covid-19 bermula sekitar awal tahun 2020, dan ketika peralihan kerajaan yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Muhyidin Yasin (PM ke-8) mengambil langkah berani dengan mengadakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula pada 18 Mac 2020. Ianya pertama kali berlaku dalam sejarah negara apabila semua aktiviti dihentikan operasi serta merta dan apa yang perlu dibuat oleh rakyat ketika itu hanyanyah duduk di rumah sahaja (Just Stay at Home) termasuklah tiada sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 24 & 25 Mei 2020.
Tarikh yang akan dikenang sepanjang zaman
PKP Fasa 1 ~ 18 Mac - 31 Mac 2020
PKP Fasa 2 ~ 1 Apr - 14 Apr 2020
PKP Fasa 3 ~ 15 Apr - 28 Apr 2020 (20 Apr syarikat tempat MJ bekerja mula beroperasi 50% pekerja)
PKP Fasa 4 ~ 29 Apr - 12 Mei 2020 (29 Apr 100% operasi)
PKP Fasa 5 ~ 13 Mei - 09 Jun 2020 (PKPB)
PKP Fasa 6 ~ 10 Jun - 31 Ogos 2020 (PKPP)
PKP Fasa 7 ~ 01 Sept - 31 Dis 2020 (PKPP)
PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Alhamdulillah setelah PKP Fasa 4, jerit perih kepayahan semua dalam berganding bahu memerangi wabak penyakit berjangkit ni, Malaysia telah menampakkan hasil pemulihan walaupun masih belum menang sepenuhnya. TERIMA KASIH buat semua FRONTLINERS di bawah kepimpinan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Sri Dr Nor Hisyam bin Abdullah (ketika itu Dato Sri) termasuklah Menteri2 dan semua anggota2 badan beruniform yang berusaha keras menjaga laluan dan sempadan negara ketika bermulanya PKP pada 18 Mac 2020. Jasa anda akan kami kenang sampai bila-bila 💗💖
Sekarang ini ketika PKP Fasa 5 kami pula menjadi frontliner untuk diri sendiri #kitajagakita
************
Ok berbalik pada tajuk di atas, memandangkan syarikat tempat MJ bekerja mula beroperasi pada PKP Fasa 3, kami diWAJIBkan menjalani ujian saringan Covid-19 dan KOS ditanggung sepenuhnya oleh panel yang dilantik iaitu PERKESO (Terima kasih PERKESO) 💘💙
Untuk mendapatkan temujanji dengan pihak panel memang mengambil masa memandangkan jadual mereka penuh kerana semua syarikat yang beroperasi ketika itu juga perlu menjalani ujian saringan yang sama tambahan jika ada mengambil pekerja asing.
Akhirnya ketika PKPP iaitu pada 10 Jun 2020 barulah sampai masa untuk kami semua. Macam-macam bermain di minda semua orang sebelum ujian dilakukan memandangkan feedback yang kami dapat yang kami baca kebanyakan mengatakan 'sakit dan sedikit ngilu'. 😔
Now it's the time...... 💋 dan ini merupakan pengalaman MJ.
Semua beratur menunggu giliran
Muka ada senyummmm sebelum start 😅
Tapi dalam hati tu punya la berdebar-debar takut risau semua ada.
Part pertama ambil sampel dari dalam kerongkong (dah selesai ada dalam video) ni part kedua ambil sampel dalam hidung.
Serius cakap, ambil sampel dalam hidung tu agak ngilu dan gatai sikit, masa tu la rasa nak terbatuk nak terbersin semua ada.
Boleh layan video MJ bila kena test covid nih.. Hopefully 1st & last la merasa.. serammm..
Pelbagai ragam kekawan sepanjang kena 'sesi pengambilan sampel' dan MJ sempat merakam detik2 bersejarah ni.
Alhamdulillah semua selesai dalam tempoh kurang 3 jam, dan semua pekerja memberi kerjasama yang baik sepanjang test berlangsung. Result test diperolehi kurang dari seminggu, dan Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah semua kami negatif.💚💛💜
Memang Covid ni tidak kan hilang dan kita akan hidup bersama-sama, jadi dari situ kami belajar dengan mengamalkan norma baharu. Pemakaian face mask (pelitup separuh muka) dan hand sanitizer sudah menjadi sebahagian dari hidup kami ketika ini.
Kemana-mana sebelum masuk ke sesuatu kawasan / tempat / restoran / shopping mall atau ke mana pun, kami wajib diambil suhu badan sebelum dapat masuk termasuklah scan bar code (menggunakan apps MySejahtera @ barcode) serta mengekalkan penjarakan sosial 1 meter antara 1 sama lain.
#kitajagakita #malaysiaprihatin #normabaharu
2 Yang suka berceloteh:
Sebelum ni ada juga tengok adik Cik TK pergi test covid (sebab syarat sebelum masuk wad masa tu). seram gak rasanya bila tengok dia cucuk hidung dan mulut tu...
@Cik TK
Ha sebelum buat test memang rasa seram sejuk semua.. :)
cuma rasa ngilu sikit la masa sampel ambik kat hidung, kat mulut ok.
Post a Comment