Terkedu MJ seketika saat dapat emel gmbaq nie, ntah apa fesyen yg digayakan tak tau ler.. Adakah pengantin nie excited nk kawen smpai tak perasan? @ saja2 wat tak perasan.. Ntahler.. Lgpun pic nie tak ditujukan pd sesapa k.. MJ pun xkenal sapa pemilik gmbaq nie, cuma dapat dari emel je k..
Pada perempuan yang bakal jadi raja sehari, harap jangan la ter‘salah’ pakai baju pengantin macam ni terutamanya yang bertudung…
Sopan la sikit masa nak naik ke masjid untuk akad nikah kan… (Nama fesyen nie tutup depan buka belakang)
Strawberry farm dah ada kt Cameron Highlands. Now ladang anggur.
Bila nak ada ladang epal plak? hehehe…
MJ copy dari emel yg diterima dari ofismate
LADANG ANGGUR - SIK, Kedah
Ladang Anggur Tasik Bris diusahakan oleh Excel Agrotech Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Kewujudan ladang ini lahirnya dari inspirasi pemilik syarikat ini sendiri yang mempunyai hobi menanam pokok dan berkebun.
Excel Agrotech Sdn Bhd (2007) mengusahakan dua ladang anggur terletak di Kampong Ternas, di buka pada November 2007 dan Ladang Anggur Sungai senam dibuka pada 2008. Excel Agrotech mempunyai 12 pekerja mahir, anak tempatan bagi menguruskan kedua dua ladang ini.
Purata keluasan ladang adalah seluas 4 ekar dan menempatkan 1000 pokok terdiri daripada dua varieti iaitu White Malaga dan Black ophal Grape.
Manakala Ladang Anggur Sungai Senang pula seluas 30 ekar dan menempatkan 6000 pokok yang sudah di tanam .
Kalau nak pi senang ja.... Dari Highway, Exit kat Gurun ke Jeniang....Ikut jalan tu terus ja lebih kurang 47km..... jumpa la tempat tu..... Bayaran masuk RM3 untuk dewasa , kanak-kanak RM1.50. Kat sana ada dijual anggur terus dari ladang....... memang sedap....manis dan crunchy
**Jom geng Penang dan Kedah dan Perlis, kita konvoi p mkn buah anggur..** hehee
Salam... Korang setuju tak dengan pendapat nie? MJ dapat dari emel, so nk syer la ngn kawan2 semua.. Bagi MJ pendapat nie tak tepat, sebabnyer rezeki anak samada lelaki @ perempuan adalah ketentuan dan rezeki dari Allah SWT kan... Anak laki @ perempuan sama sja, kerana semua perempuan dilahirkan cantik didunia ini.. :)
Wanita bawa kromosom XX, manakala lelaki membawa kromosom XY, jadi penghasilan anak adalah dipengaruhi oleh kekuatan suami dan ketepatan masa persenyawaan berlaku.. (Nie Sains Sekolah dulu dah ajarkan..hehee)
Pada zaman ini, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka. Apakah benar kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? Atau cabaran kepada ibu dan bapanya? Bagi MJ kehadiran anak perempuan yang terbaik tp tak bermakna anak lelaki tak baik ye.. (MJ redha denagn kurniaan untuk kami suami isteri)
p/s : Pesanan yang membawa syafaat buat kita semua.. Aamiinnn
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."
Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"
Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."
Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"
Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., katanya: Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah Rasulullah SAW datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda baginda SAW, "Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.
Semasa study di USM baru2 nie, dah kumpul ramai2 kengkawan semua, so kitorang nie planning mcm2 la, abis je klas mlm tu kul 6ptg, apa lg, laju je jd p pesta, padahal xplanning pn, jes ckp2 je dan tak sangka dapat sambutan, semua semangat je.. padahal kami semua orang Penang.. hehee.. Cukupkan 1 kereta, kami gerak 4orang.. Yola dah alang2 dok area Png tak rugi kan kita p, tahun lepas tak sempat, so thn nie cover yg tahun lepas supaya tahun depan tak yah p dah, p tmpt lain plak.. hehee. (Korang jgn pening k,hehee)
Harga tiket masuk seorang bagi Dewasa = RM3.00
Trus bergambar di Sumatera Utara Indonesia... Macam2 ada jual, kain telekung pun cantik2, sulaman dari Indon, member siap sambar blouse lg, tp MJ xde bli pape pn, cuci mata je.. hehee
Maaf, imej agak kekaburan sikit, mklmla guna enset je,huhuu
Nak tau pe yg ada kat pesta?? Pada yg tau tu tentu dah tau kan.. hehee, nama pun pesta so pendek citer macam2 adala..hehee
Especially game2.. kira xyah susah2 p Genting tu semua, mai ja pesta P.Pinang, leh main semua.. (tp MJ dan kwn2 xmain pun, saja je jalan2 tengok2..heheee)
Kitorang pusing 1pesta tu lebih kurang 2jam, smpai terniat nk massage la..hehee.. Xdela bli tikaq buluh ka, tikaq sarawak ka, baju sulam ka, kebaya ka, kasut ka, beg ka, semua tu hanyalah semata2 jalan2 pusing2.. hehee, tp member ada gak membeli baju kurung...
So disebabkan letey berjalan baru akhirnya kitorang qheti nk balik..hehee
Cam biasa perut plak lapaq, jes minum ayaq je dlm pesta tu, so kitorg plan nk p pekena Char Koaw Teow..
Penang kan femes ngn Sany Char Koaw Teow nie, so kitorg p try kt Tanjung Tokong....
Ha nie la Sany CKT, MJ amik menu spesel tau.... sepinggan RM 4.50
Jemput makan semua.....
abis makan, terus balik kampus, mau mlm tu lenguh abis kaki betis semua..
Tak leh tidoq disebabkan keletihan melampau, esok paginya ada klas..heheee
Salam.. Korang dah dinner?? Mesti menu bestkan?? MJ je keseorangan mlm nie sebab my hubby keje, MJ lik keje pun dah lewat td, mklumla dah cuti lama ari tu sebab exam kan, so apa lagi menimbun la.. huhuuu
So nk masak pun malas sbb fikir nk mkn sorg je kan, nk p bli pn cam dah takde selera plak.. Segala mcm jenis nasik goreng MJ dah mkn masa intensif 3minggu di USM ari tu, smpaikan dengaq nama nasi goreng la, burger la roti la semua dah bersebu je dalam kepala..huhuu.
Itulah kehidupan normal seorg student kan... Makan masakan di kedai, yg sedap tu sedap la smpaikan kami sanggup p berkali2 ke kedai mkn tue.. heheee.. So, ingt mlm nie xmo la mkn, tp sempat gak p qoseh peti ais, jumpa mkanan simple nie, yang pasti senang dan mudah serta cepat.. hehee Nk tgk pe?? Jom layan...
Nie ha, nuget cicah sos cili + aiskrim Crunch.. (kanak2 ribena tul MJ nie kan.. )
Sos tajaan M'c D..hehee
Nie plak eskrem yg telah dirobek isinya.. hehee
Tp my hubby cakap menu diet.. hehee, diet la kot.. menu jajan.. hehee
p/s : pasnie MJ nk citer pasal adiah menang GA, dah dpt 2 adiah.. sonok nie kalau himpun wat koleksi.. hehee