Sekadar perkongsian bersama, sebab dulu MJ pernah tertanya-tanya mengenai hal ini.. Jadi bila dah dapat info dari sumber yang sah, maka MJ nak berkongsi dengan kawan-kawan terutama yang dah berkahwin. Ini bukan entry lucah ye, sekadar perkongsian.. (mula tu segan jugak..hehehee)
Assalamualaikum,Ustaz.
Jawapan :
Adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.
Assalamualaikum,Ustaz.
Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?
Jawapan :
Adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.
Kesahihan
puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa
yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dalam keadaan berjunub hasil bersama
dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda
s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " (Riwayat Al-Bukhari, Bab
As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779)
Disebutkan
juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya
adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan
ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-
كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي
Maksunya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W sendiri pernah masuk Subuh dalam
keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari
mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya
(menunjukkan puasanya sah)" (Riwayat Muslim, 2/780 ; Sohih)
Dalil di
atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi,
6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya
sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah
berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan
pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak
termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci
dari hadas besar. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215).
Sumber : UsZar
p/s : Jadi, jangan lupa 'mandi' sebelum Subuh tamat ye, maksudnya mandi sebelum mengerjakan solat Subuh asalkan niat puasa dibuat pada malamnya.
19 Yang suka berceloteh:
perkongsian yang bagus nih..
tq sharing.. tertanya2 gak sebelum ni hehe
perkongsian yg bagus ni MJ... sesuai utk yg mncari jawapan...
Betullah tu... sangat berguna pada yg belum tahu Myra..
:)
thx
rmi gak yg confius pasal ni
dulu el pun confius tp skun dah fhm haha
oh begitu =)
tq for shared.. memang wajib tahu pasal ini.. kan..
tqs sharing info
maknanya,b4 subuh kena mandi lah kan.
jgn terlajak smpi lps subuh udah le...sudah nyer hari tu x berpuasa..kn da rugi
hmmm segan-segan nak baca entry ni tadi hehehe, info yang bagus untuk semua ;)
ooo, sekarang dah faham.
ehemmmmmmm
macam tau tauuu je kakkk
hahhaa :P
thank share miera..akak dulu pun sama tertanyer-tanyer pasai ni...siap tanyer mak lagi...hehe
samalah myra.. sy dulu pun pnh terpikir pasal ni
nice sharing,.,. :)
thanks info mj...
Salam MJ..
tenkiu for sharing..
dpt 1 ilmu :)
Post a Comment