Sambungan dari entry lepas berkenaan diari detox MJ bersama Shaklee.
Bila dah masuk hari kedua, badan mula craving cari nasik tau, maklumlah perut dah biasa dengan nasi 3x sehari bila sehari tak ambik mulalah dok memikir2.. Nampak apa je lalu kat wall especially kat FB, semua nampak sedap belaka, padahal menu itulah yang selalu dok jamah.. huhuu.. Dugaan betul..
MJ Detox bersama suplemen SHAKLEE, kenapa ambil suplemen juga? Sebab bila kita dah detox, kita kena bagi sumber NUTRIEN jugak pada organ2 badan kita terutama buah pinggang, kolon, hati yang sebelum ni dah bekerja keras untuk kita..
Ok jom layan Menu detox MJ dari hari ke-2 sehingga hari ke-4
Diari Detox Day 2 ~ SUP
Hari kedua semua berasaskan SUP SAYUR ye, kalau hari PERTAMA RAW SAYUR & sedikit buah, tapi hari kedua kita kena makan3x makan sup sayur yang Hijau berdaun dan tidak berdaun dengan buah sebiji.
SEBAB
Badan akan mengumpulkan khasiat2 dari sayur dan bergabung untuk membuang lemak yang tak mau dalam badan, ha masa ni la kena bertabah..huhuu
So inilah breakfast MJ, SUP BROKOLI (portion-1 gelas)
Lepas Breakfast boleh ambil (ikut pada bajet)
Alfalfa (membantu masalah penghadaman dan pencernaan dan juga mengandungi klorofil),
DTX Complex (sumber nutrien pada hati - sebab hati berfungsi menyahtoksik dari badan),
VIVIX (memberikan tenaga dan membaiki DNA)
Lunch add on kobis dengan bayam (Portion - 2 gelas)
Lepas LUNCH ambil Peppermint Ginger (perut kan dah biasa dengan nasi, jadi ginger ni untuk elakkan perut dari kembung, sebu dan rasa tak selesa). Lepas tu memang syiok la KENTUT..hihiii
Dan Dinner, disebabkan dah boring makan sup, hehehe MJ kurangkan portion untuk sup then 1 portion lagi buah-buahan mix sayuran raw.
Lepas Dinner dan sebelum tidur ambil HERBLAX (untuk mencuci USUS dan akan menyahtoksin melalui proses pembuangan keesokannya)
______________________________________________________________________________
Diari Detox DAY 3 ~ COLOURS
Salad dan Fruits Meal
Bfast dan Lunch - Campurkan colour sayuran yang BERDAUN dan TIDAK BERDAUN dengan buah sebiji.
Dinner - Steam
SEBAB
Mengaktifkan ENZIM Detox untuk membuang yang boleh merosakkan toksin dan mengelakkan kerosakan teruk pada sel badan akibat toksin.
Ceria tak warna warni untuk breakfast dan LUNCH.. Hari ke 3 MJ dah mula cergas dah, dah tak craving pada nasi, tengok nasi pun dah tak rasa cam nak makan, biasa2 je rasa..hihii
Dan untuk Dinner MJ stam sayuran HIJAU..
___________________________________________________________________________
DIARI DETOX DAY 4 - ENERGY
Bfast - RAW Sayuran BERDAUN
Lunch dan DINNER - Masak SAYUR, juga MINUMAN SMOOTHIE (Protein mix fruits) - Memang yummy..
SEBAB
Membantu tingkatkan berat badan tanpa lemak (Lean bodymass) dan sekaligus membantu tingkatkan tenaga badan berjam2x.
Breakfast Day 4 sama macam Menu Day 1, dan akhirnya LUNCH Day 4 baru dapat jumpa dengan 1 tambahan menu PROTEIN iaitu ESP (Energizing Soy Protein) mix dengan buah dan Low Fat MILK.. Dapat minum kenyang sangat!
U all boleh tengok Diari Detox MJ pada Hari PERTAMA di SINI
3 hari MJ berDETOX, memang nampak TOKSIN yang keluar dari badan, niat berDETOX adalah untuk mengurangkan/menghapuskan TOKSIN dalam BADAN, TOKSIN sangat bahaya dalam BADAN sebab ia mengundang pelbagai penyakit bahaya seperti KOLESTEROL LDL, serangan sakit jantung, Darah Tinggi dan lain-lain penyakit.
Dan 3 hari tu juga berat MJ turun sebanyak 3kg (BONUS tu) sebab selain kita buang toksin kita dapat kurangkan berat badan.. DETOX tak sama dengan DIET ye.
p/s : Jom FOLLOW MJ di instagram @normaira ataupun #diaridetoxmaira untuk update pasal DETOX ni. :)
8 Yang suka berceloteh:
wahh kemain uols skrg makan yg sihat
good job myra
hope mission uols tercapai hehe
sdp tgk buah tu.menarik.
sememangnya amalakan pemakanan yg dikongsi MJ ni sangat baik untuk kesihatan.. makanan tinggi serat dan micro-nutrisi ni banyak khasiatnya..
wahhhhh mesti sihat mehat pasni MJ ;-)
wah nampak sedap2 menu detox MJ..nanti leh ciktom follow
wah.. bertambah ramping, cun dan gebu kulitnya nanti... heeee
alhamdulillah
good job myra.
chaiyok chaiyok..
Menariknya...
Post a Comment