{Menabunglah walau hanya RM1.00}
MJ mula terjebak dengan tabungan berdasarkan warna bermula tahun 2015, dan bila dah terjebak dengan tabungan cara begini, dia dah jadi 1 habit untuk teruskan tanpa mengalah..😊
Selepas lebih 2 tahun menabung dan kini MJ masih lagi meneruskan tabungan untuk tahun ketiga, cuma dengan cara yang berbeza 'mengapa bayar lebih Trivago kan ada' 😛
Kalau tahun 2015 menabung dengan Si Hijau, tahun 2016 mengikut hari dalam kalendar maka tahun 2017 menabung dengan Si Oren pulak.
Dengan si Oren ni memang jiwa kena kental lah beb, sebab besar jugaklah amount dia kan. Mau pulak masa tekan duit di ATM tu dari RM300 yang keluarnya RM100 si oren.. Menggigil tangan nak masuk ke dalam tabung tau..hohooo
Minggu depan bila tekan lagi RM300, tengok2 sama jugak keluarnya lagi si Oren ni, tu tak termasuk bila berbelanja dapat lagi baki si Oren.. Makanya kena la cut cost mana2 yang tak patut bagi menampung tabungan.
Tapi yang BEST! Jumlah simpanan akan cepat 'besar', kita takkan sangka dalam sebulan kita mampu simpan begitu walhal sebelum ni duit cair giler, sedar2 dah habis p kemana tak nampak.
Dan sehingga kini MJ masih lagi kekal tabungan dengan si Hijau, macam cantik je dok berkawan sekali dalam 1 rumah Oren dengan hijau ni, kan kan. 😔😙
Dan ni hasil selepas 3 bulan dengan si Oren, jumlah terkumpul sebenarnya dalam RM1100 (tak termasuk si Hijau) tapi RM200 si Oren MJ tarik dan simpan tempat lain (habuan nak guna masa Raya nanti termasuklah si Hijau yang mana duit tu masih keras) senang tak yah tukar kat Bank dah..hihii
Dari jumlah tersebut, RM450 MJ guna untuk beli suplemen terbaik dalam SHAKLEE iaitu VIVIX, memang dah lama nak beli akhirnya dapat juga hadiahkan diri sendiri demi memperolehi kesihatan yang baik. harapnya dapat konsisten amalkan VIVIX ni.. Vivix ni BEST sebab dia tinggi Anti-Oksidan, maklumlah bila umur makin meningkat, akan ada la Aging sana sini, itu apa yang kita nampak dari luar, bayangkan bagaimana organ kita di dalam akan turut sama mengalami penuaan tau. Dan Vivix ni MEMBANTU untuk melambatkan penuaan, sapa taknak Umur sebenar 33 tahun, tapi umur badan kita 23 tahun.. Bila kita muda dari dalam akan menyerlahkan serinya di luar tau.. 😘😍 Selain itu banyak lagi manfaat lain dari Vivix ni, dah cuba kita akan rasai kehebatannya. Nak cuba roger je MJ ye : 012-435.3088
Manakala baki tabungan tu MJ gunakan untuk trip yang tak dirancang iaitu menghantar adik perempuan berkursus di Shah Alam awal April yang lalu.
PENANG >> PUTRAJAYA >> PUCHONG >> SHAH ALAM >> PUCHONG >> SHAH ALAM >> MANJUNG >> PENANG
Untuk si Suami
Dalam diam MJ tarik RM1.00 ke dalam tabung lain (plan nak guna untuk duit Raya) jadi Raya ni jimat sikit tak payah nak p tukar dengan Bank, bajet untuk duit raya budak2 boleh guna untuk keperluan lain. Cuma RM1 ni lambat sikit la 'nak penuh' yela amount kecik kan tapi yang penting kita ada perancangan ke depan..💪
Asalnya tabung si Oren sebagai persediaan andai MJ berhenti kerja nanti, boleh la guna sebagai back-up sementara tak bekerja (cadangnya gitulah), dan sekarang sementara masih bekerja cuba nak selesaikan hutang2 yang masih ada.
and 1 step closer, hutang PTPTN hanya tunggu kelulusan dari pihak KWSP untuk pembayaran Lump-sum melalui akaun 2 KWSP.. Alhamdulillah lega 1 bab. 😀😁
Nanti ada masa MJ syer cara2 mengeluarkan EPF untuk membayar PTPTN..
Oh ya, tabungan MJ kembali zero untuk March 2017 dan untuk April baru menapak kembali, tapi MJ yakin dalam tempoh 3 bulan boleh cecah seperti amount di atas.
Jom kita MENABUNG! 😍
17.03.2017 RM900
09.05.2017 RM700
Oct 2017 RM800
Nov 2017 RM500
Hasil tabungan MJ dah salurkan untuk cubaan 'clearkan' hutang apa yang ada jadi sedikit demi sedikit lama2 habis la jugak kan. :)
15 Yang suka berceloteh:
banyaknye duit sis..
wow, hati kena kental ni nak simpan macam MJ. bila dapat hasil..banyak juga.
Saya tak kuat! Sanggup keluarkan $50 from ATM dan gunakan untuk a week, belilah keperluan apa pon. Kalau keluar bebanyak, confirm.. saya akan guna untuk benda lain. I cannot trust myself, luls.
I salute you.
Laju betul kumpul si oren tu. Haha. Memang kena kenal kalau tabung si oren. Besar tu nilai dia.
Ya setuju,dengan menabung kita bisa kaya dihari mendatang.
Wah besar hasilnya kan. Hasil daripada berkorban menabung hehe.
Tip yang bermanfaat,yuk mulai dari sekarang kita rajin-rajin menabung.
Sangat setuju dengan rajin menabung menjadikan pangakal kaya..
makasih gan buat infonya dan semoga bermanfaat
bagus bos artikelnya dan menarik
keren mas buat infonya dan salam sukses selalu
ok mantap sob buat infonya dan salam kenal
Menarik sekali, perlu saya coba ini..
kebetulan lagi cara tentang hal ini.
Kabar Baik Untuk Para pencinta Game
Karena di Bulan januari ini Sudah keluar Game RPG Online Terpopuler Se-Asia
Penasarankan Game nya Seperti apa???
Kalian bisa dilihat game nya dari link di bawah yaaa
Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???
Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...
Post a Comment