Gambar: Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola

Baru dapat nak update entry... Ini ialah entry ni entry bergambar, almaklumlah banyak keping kan, rasa macam semua nak letak dalam blog sebagai kenangan tapi apakan daya tak boleh..hehee.. Jadi jom layan sampai korang pun nanti pening, nak lebih gambar boleh ushar FB MJ :)


Majlis bermula sekitar jam 3.45pm dengan sesi soal jawab antara krew dan hadirin, sapa cepat jawab dapat 'hadiah' dari Hot FM. Semua pakat-pakat berebut nak jawab soalan mudah dari krew Hot FM. Lepas tu muncullah 2 DJ hot yang memang dinantikan iaitu FARA FAUZANA dan FAIZAL ISMAIL

Celoteh mereka yang bersahaja membuatkan kami semua tak kering gusi sibuatnya, asyik ketawa je.. Usik mengusik antara FAFAU dan FBI dah menjadi kebiasaan buat mereka.. Seriusly FAFAU memang cantik, berlainan sekali bila tengok dalam NONA tau.



Mereka memulakan acara dengan mencari 6 orang jelitawan MODEL MANGKUK TINGKAT dengan FBI menggayakan terlebih dahulu gaya seorang model.. Memang gelak abis la dengan FBI, liuk lentok semua ada..hahaa :)
Masa mencari model tu FAFAU berkali-kali panggil gadis tudung merah (MJ le tu), segan mulanya sebab tak sepatutnya MJ join, kan ni majlis MJ tapi atas desakan rakan MJ join jugak


Masa sesi perkenalkan diri, MJ terkantoi dengan FBI apabila FBI dengar nama MJ dia cakap 'eh Farah, ni pemenang kita ni, cheq tak boleh join na kita bagi peluang orang lain, cheq punya habuan satgi no.." Jadi MJ telah terkeluar padang tapi MJ ok cool je takdak masalah, hahahaa.. Yang FBI takut MJ berkecil hati dok tanya ok ka? takpa ka?

Kemudian pelbagai gaya dibuat oleh 6 Model, ada yang laju ada yang dukung anak macam-macam ada, tapi palaing meletup dan pemenang Model tersebut ialah Kak Yam (tudung Pink sebelah kanan) glemer kak Yam..hehe

Lepas selesai acara ni, yang ditunggu telah tiba iaitu pemberian mangkuk tingkat eksklusif dari Coca Cola (Limited Edition) untuk 600 penduduk kejiranan MJ.

 Nak tahu menu dalam mangkuk tingkat ni?
1 - Karipap / Kurma
2 - Kubis goreng kunyit
3 - Ayam Masak Merah
4 - Nasi
Cukup untuk sekeluarga (4orang makan)
Jadi itulah yang dilaung-launkan oleh Krew Hot FM dan juga MJ sebelum ni bahawa 1 orang layak ambil 1 mangkuk tingkat sahaja (jika family ada 4orang) + kesian dengan orang belakang takut tak cukup, tapi biasalah tetap berlaku jugak ada yang ambil lebih dan terlebih2 tapi apakan daya takkan nak halang kan. (Cuma kena jujur dengan diri sendiri la di bulan Puasa kan)

Mangkuk tingkat dihidangkan bersama sebotol Coca Cola yang sejuk lagi menyegarkan

Masa ni diorang sedang umumkan kenapa diorang ada di sini dan untuk apa serta menyebut bahawa MJ merupakan pemenang untuk Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola dan akan menyerahkan juadah berbuka buat semua yang hadir


Me n Mum - rezeki ulangtahun kelahiran Mak dapat celebrate dengan meriah, siap announce dalam radio lagi

 
MJ memulakan pengagihan Mangkuk tingkat dan Coca Cola kepada Mak dan kemudian bermulalah majlis penyerahan secara rasminya

Yeay saya dapat dulu..hehee

Dan ni pulak masa kami nak kena 'On Air di Radio' Fafau siap ajar lagi cara nak bercakap di Radio, supaya nak kelihatan suara kita ceria, kita kena cakap sambil senyum.. hehee


Fafau yang sporting sangat, hai Mak happy nampak

FBI in da house... Siap jemput Open House lagi Raya nanti, ok cheq serbu

Serba merah, duduk pulak dalam kemah merah, merah anak mata memandang.. 


MJ bersama adik-adik dan Fafau


Last but not least, peace yeah...

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, cuma MJ tak sempat nak jumpa Fafau dengan FBI sebelum diorang berangkat ke Airport ligan flight pukul 8.30 pm, MJ masa tu balik rumah untuk mandi dan Solat Asar. Apapun MJ bersyukur sangat dan gembira melihat mak dan semua gembira hari tu..


p/s : Kalau korang nak tengok gambar versi Hot FM, boleh terjah page diorang SINI

FRUST dengan SalamFone

Ini adalah entry luahan perasaan

MJ baru bertukar dari Celcom (Postpaid) ke SalamFone (Prepaid) gara-gara kecewa dengan Celcom yang setiap bulan caj mesti dalam lingkungan RM70-RM80 walhal tak guna sangat pun. Memang komitmen MJ setiap bulan RM50 tapi macam tak masuk akal MJ guna extra lagi sampai RM30 setiap bulan.

Setelah berbulan malahan bertahun dok bayar buta je macam tu, MJ bertekad berpaling tadah ke Salamfone. MJ dah guna dalam sebulan macam tu memang berpuas hati.. Jimat betul, korang bayangkan MJ topup RM10 tahan sampai sebulan, memang penggunaan MJ macam tu je lebih kurang setiap bulan sebelum ni, jadi nampak tak berapa banyak RM$$ telah dilaburkan sebelum ni.



Jumaat tengah malam (26/7/2013) MJ dapat SMS dari Salamfone bahawa servis akan tergendala untuk sementara, tapi tak pula diberitahu sehingga bila, MJ ingat normal lah servis provider shutdown kan, paling kuat 1 hari. Bukan pe kalau banyak hari, Ahad tu kan ada Majlis Sebarkan Semangat Ramadhan, MJ kesian kalau ada sesiapa yang nak datang cari MJ tak dapat, tentu jadi masalah kan :)

Dan ternyata Ramalanku Benar Belaka, sehingga entry ini ditulis (Isnin, 29/7/2013) servis masih lagi tergendala, kawan-kawan dan HOT FM pun dok cari MJ thru phone Ahad semalam tapi tak dapat, siapa yang tak 'angin' kalau SMS mahupun CALL tak boleh di buat.. Boleh 'mati akal' kalau lagu ni.. huhuuu

Sayang bisnes Melayu tapi macam ni, memang niat nak support tapi kalau 3 hari macam ni (dan boleh jadi lebih) susah la sebab MJ pun ada bisnes online..huhuuu.


**Tekad akan kembali bertukar, samada kembali ke servis asal (Hotlink) atau DiGi, tengah berkira-kira**

TEASER : Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola

Gambar yang over banyak tak sempat nak resize lagi, jadi MJ tunjuk yang mana ada dulu ye :) Lepas ni konpem korang akan 'muntah' tengok gambar-gambar lain..hehee








Terima kasih pada semua yang sudi meriahkan majlis Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola :)



Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola - Rakan Blogger dijemput

STICKY TILL 28 July 2013
 
Dengan ini MJ ingin menjemput rakan blogger yang berada di Penang dan kawasan sekitar seperti Sungai Petani mahupun Taiping untuk bersama-sama kita meriahkan Semangat Ramadhan anjuran bersama Hot FM dan Coca Cola di kawasan kejiranan MJ di Quartes Jalan Baru Perai, Penang pada hari Ahad ini 28/7/2013 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1434H.



Kita kasi gegar, bukan senang team Hot FM nak mai Penang ni kan.. selain dapat beramah mesra dengan penyampai kita dapat mangkuk tingkat dan Air Coke untuk berbuka bersama keluarga. Mangkuk tingkat yang sangat cantik dan eksklusif, 1 mangkuk tingkat = 1 family. (untuk 12 tahun ke atas sahaja yang boleh ambil mangkuk tingkat ye)

Kalau ada yang nak mai nanti, wassapp MJ ye 0124353088, MJ akan bagi coordinate GPS :)

Pengalaman ke udara di Radio Hot FM

1 pengalaman berharga buat MJ apabila suara tak glemer ni keluar radio pemes Hot FM tu, ketaq lutut abis dan mujur Faizal Ismail dan AG banyak back up, kalau tak, sure cheq diam je lebih..hahaha.

Dalam pukul 7.10am (18/7/2013) macam tu krew HOT FM call tanya MJ ok ke sebelum dia pas panggilan MJ ke FBI dan AG, MJ masa tu baru nak drive ke tempat kerja, dan berhenti kat tepi sekejap.

Tunggu dalam seminit sebelum panggilan disambungkan

AG : Assalamualaikum cik Maira, cik Maira ok ka sebelum kami buat rakaman untuk siaran langsung di radio? Cik Maira jangan risau, jangan takut sembang biasa-biasa je dengan kami sebab kami berdua ok.
MJ : Ok
[Iklan]Semalam kami di Kapar kehadiran diluar jangkaan, memang ramai yang hadir dan meriah, jadi hujung minggu ni kami akan ke Utara pula bersama pemenang yang dipilih iaitu cik Normaira Roslan
AG : Assalamualaikum cik Maira sihat ke?
MJ : Wa'kumsalam, sihat alhamdulillah
FBI : Cik Maira ingin sebarkan semangat Ramadhan di kawasan kejiranan anda, kepada Puan Asiah binti Shariff, Puan Asiah tu emak anda kan?
MJ : Ye
FBI : Adakah cik Maira bersedia jika kehadiran nanti melebihi jangkaan sebab kemungkinan ramai yang akan hadir
MJ : Ok je boleh takdak masalah
FBI : Macam mana kalau cik Maira sendiri tak dapat mangkuk tingkat tu?
MJ : Tak apa asalkan jiran tetangga ok, saya ok :)
AG : ha ko dengar tu Faizal dia cakap ok
AG : Cik Maira dah kawen belum?
MJ : Sudah
FBI : Ko apesal AG tanya dia da kawen ke tak, ko nak cari calon Utara pulak ke?
AG : Tak delah aku saja je tanya [ketawa]
FBI : Cik Maira ingin sebarkan semangat Ramadhan bersama Coca Cola dan Hot FM kerana... bla bla bla bla....
AG : Panjangnya ucapan ko Faizal
FBI : Tak...., aku baca slogan yang dihantar
AG : Owh slogan dia ke..
FBI : Tahniah cik Maira, disebabkan slogan itu cik Maira telah terpilih dalam sebarkan semangat Ramadhan bersama Coca Cola dan Hot FM, insyaAllah saya sendiri akan ada di sana nanti.
MJ : Terima kasih
FBI : Kepada warga Utara, jangan lupa jumpa kami pada hari Ahad ini di Dewan Perumahan Pegawai Kanan Kastam Perai ye. Terima aksih cik Maira

hahahaa, hilang habis nebes sebelum ni, korang tengok jawapan MJ pendek aje, MJ sebelum ni risau sebab MJ dah lupa apa slogan yang ditulis, almaklumlah ayat secara spontan memang tak ada save dalam kepala otak atau mana-mana, join contest sekadar suka-suka sebab rasa macam peluang nak menang tipis sebab ramai lagi yang hebat slogan kat luar tu, tapi alhamdulillah rezeki MJ dan juga rezeki Mak sebab tarikh tu adalah ulangtahun kelahiran Mak ;)


p/s: Tak sangka ramai kawan-kawan MJ yang dengar, berderu SMS masuk tanya betul ke MJ tadi kat radio..hahaa




PM umum BONUS RAYA 2013

Alhamdulillah, walau MJ bukan pekerja kerajaan, tetapi MJ tumpang gembira buat hubby..hheeehee wink wink.. MJ dapat duit raya RM500 dari Hot FM, hubby pulak RM500 dari Kerajaan, syukur Ya Allah dengan rezeki MU :)

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan raya kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam kenyataan hari ini, mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan itu yang akan dibuat pada 31 Julai ini kepada penjawat awam daripada Gred 1 hingga Gred 54 serta pesara kerajaan.

Sumber : BERNAMA

Penghantaran Order Popia

Dari awal puasa hingga pertengahan ni, memang MJ dan adik sibuk siapkan tempahan popia, tak menang tangan nak buat tapi alhamdulillah berjaya siapkan order pada tarikh yang dikehendaki oleh pelanggan.

100 bekas Popia Nestum dan Milo untuk dihantar ke Lumut, siap tuan empunya dah ambil semalam walhal ikutkan hari ni (15 Ramadhan).


 Dan 200 bekas Popia di hantar hari ni untuk di pos ke Sabah melalui seorang kenalan yang akan ke sana (Sabah) malam ni.

Alhamdulillah selesai tempahan pelanggan yang nak awal, baki 100 bekas akan dihantar pada hari Ahad ni (28/7/2013) lepas ni dah boleh berehat la sekejap setelah bertungkus lumus tanpa henti.. Apapun syukur dengan rezeki dari Nya :)



p/s: Asalnya ada label, tapi tak sempat siap, insyaAllah tahun depan kalau ada rezeki lagi untuk jual popia ni akan ada label sendiri ;)

Syukur menang dengan Hot FM dan Coca Cola

Sehingga entry ini ditulis, MJ masih lagi tak percaya, serius tak sangka sangat-sangat yang MJ terpilih dalam Peraduan 'Sebarkan Semangat Ramadhan Bersama Coca Cola' anjuran Hot FM dan Coca Cola. Sebelum ni cuma dengar di Radio Hot FM je yang diorang akan terjah kawasan terpilih untuk berbuka puasa, macam-macam tempat, daerah, negeri diorang terjah kawasan pemenang yang terpilih, dalam hati terdetik 'Syoknya depa, dah le dapat duit raya, dapat pula anjurkan majlis berbuka puasa dengan penyampai-penyampai.

Balik rumah terus online website Hot FM kemudian isi maklumat dan juga sebab mengapa kawasan kejiranan ini dipilih dan ada rezeki akan terpilih sebagai pemenang. MJ letak 'sebab' untuk Mak tersayang dan kebetulan tarikh diorang akan terjah jatuh pada hari lahir emak dan adik MJ juga.. Alhamdulillah syukur sesangat :)



 Mangkuk tingkat yang sangat eksklusif - MJ ambil gambar dari blog KasihAleeya



Coca-Cola bersama Penyampai Hot FM akan mengunjungi 8 kawasan terpilih untuk mengedarkan juadah iftar di dalam 'mangkuk tingkat eksklusif' bersama minuman Coca-Cola yang sejuk dan menyegarkan ketika berbuka puasa bersama keluarga.

8 penyertaan paling kreatif akan berpeluang bersama-sama mengedarkan juadah iftar di kawasan kejiranan yang dicadangkan dan menerima RM 500 duit raya.



Kepada warga Penang, terutama saudara mara, jiran tetangga terdekat dan juga rakan taulan, nantikan jemputan khas dari MJ ye.. hehee


Dapat panggilan dari Hot FM

Baru je dapat panggilan tadi dari Hot FM, cheq dah over terkejut + tak percaya, hahahaa.. Sabar-sabar tu baru diorang nak check dulu, kalau ada rezeki adalah, insyaAllah :)



Tapi cheq sangat lah tak sabar, memang berharap rezeki itu milikku dan berharap mereka akan menghubungi cheq semula...hahhaa ;) Korang doakan MJ jugak ye.. aminnnn

HomeMade Popia Goreng

Pertama kali buat Popia Goreng ni, sebelum ni tahu beli dan makan je tapi kesudahannya akan rasa kuciwa sebab ada yang tak memenuhi citarasa kan ;)

Pelbagai resepi yang dikongsi tapi ni MJ cuba resepi dari my BFF Liza Aziz, Thank you my fren sudi berkongsi resepi mudah dan yang penting sedap sangat :) Resepi ni MJ ada durhaka sikit tapi tak lari sangat la dari resepi asal..heheee


Bahan-bahan:
1/2 biji sengkuang - sagat/parut (tapi MJ hiris nipis2, kekonon nak bagi rangup krup krap masa gigit)
1 biji keret - sagat/parut
2 biji tokua (Tauhu) - goreng dan hancurkan
1 genggam taugeh - celur
5-6 ulas bawang putih - tumbuk
2 sb gula (kalau nak manis boleh lebihkan)
bawang goreng
kulit popia
putih telur - sebagai gam


Abaikan tanganku yang tak berseni- ada besar ada kecik ada panjang ada kontot..hahaha

Cara Membuat Inti
1. Tumis bawang putih, kemudian masukkan sengkuang dan sedikit kunyit
2. Masukkan sedikit air, gula dan garam secukup rasa - ketepikan
3. Celur taugeh, hancurkan tokua sesedap rasa dan gaulkan kesemua bahan dalam 1 bekas
4. Hamparkan kulit popia dan masukkan inti dan gulung (macam nak gulung ketayap, di hujungnya letak gam (putih telur) - yang best buat sendiri kita boleh letak inti sesedap rasa.





Masa ni dah kalut nak berbuka, MJ suruh adik je yang ambilkan sebab MJ masih lagi menggoreng Popia

Cara Membuat Sos :
1. 8-9 tangkai cili kering - rebus dan blender bersama 8 ulas bawang putih, masak sehingga pecah minyak atau hilang bau cabai.
2. Kemudian masukkan 2sb sos tomato dan 2sb sos cili, garam dan gula secukup rasa (disebabkan puasa maka agak-agaklah ye..hehee)
3. hiaskan mengikut kreativiti anda

MJ bawak ke rumah sedara sebab ada majlis berbuka, alhamdulillah mendapat pujian.. kembang semangkuk almaklumlah pertama kali buat, takut tu ada :)



Dan kerana  inti tadi ada banyak, MJ ada buat juga Samosa, terkial-kial tangan nak bentukkan 3 segi ni ha, nasibla pelbagai bentuk ha, ada yang lonjong, ada yang comel tapi yang penting tak terburai isi perut..hahahaa ;)

Popia dan Samosa habis dimakan beramai-ramai, boleh la buat lagi sebab senang kan.. Patutlah my BFF selalu buat, rupanya senang je..hehehe

Gambar Pernikahan Asyraf Muslim dan Wan Sakinah

Apapun yang berlaku, mereka berdua dah pun selamat mendirikan rumahtangga, moga Dayana tabah dan redha dengan ujian ini. Dan kepada Asyraf semoga bahagia bersama Dayana dan juga isteri baru ye.

Sumber : Beautiful Nara

Di bulan baik Ramadhan al Mubarak, kita doakan yang terbaik buat mereka, aminnn

Berbuka puasa dengan Spagetthi (Resepi)

Semalam hari ke sembilan berpuasa, kami macam dah tak tahu nak makan apa, sebelum ni berbuka asyik ngadap nasi, soq (sahur) pun makan nasi, dah tu macam mana nak kurus..hahaha :) So semalam sambil adik sibuk gulung Popia, kitorang saling tukar pendapat mengenai menu apa nak masak untuk berbuka.


Disebabkan takmau jamah nasi (kononnya) jadi macam-macam idea ada, lontong la, sup la, bakso la tapi akhirnya yang jadi kami masak Spagethi.. ha senang lagi menyenangkan..hehehee. Tapi lontong tu memang MJ nak buat jugak nanti, tak tahan teringin nak makan... hahaha :)



Bahan-bahan:
Sebungkus spagethi
1 peket daging cincang/ayam cincang (Jenama apa pun tak apa) -  basuh dan tapis (MJ perah dengan limau)
Cendawan butang
2 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (cincang)
Sos Spagethi (jenama Leggo's)
1 tin kecil Tomato Puree
1 biji tomato
Sosej (terpulang)
sedikit oregano
Sos Tomato/Sos Cili
Garam

 Cara Membuat kuah :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang sehingga layu
2. Masukkan daging / ayam sehingga masak - perah lagi dengan limau
3. Masukkan tomato, sos spagethi leggo's, tomato puree, sosej, cendawan dan juga sos, kacau hingga sebati dan rasakan dengan garam.
4. Tutup api dan boleh tabur dengan oregano.

Cara masak spagethi :
1. Panaskan air sehingga mendidih
2. Masukkan spagethi dan masak hingga lembut dan siap dimakan bersama kuah tadi :)


Spagethi ni jugak lah kami makan soq pagi tadi.. hehee kes mangkit lambat + tak tahu nak masak lauk apa..

Popia Nestum dan Milo - Sibuk siapkan tempahan

Alhamdulillah walau tak berniaga PARAM tahun ni, ada rezeki lain Allah nak bagi iaitu bisnes Popia Nestum dan Milo yang diusahakan oleh adik MJ selama 4 tahun berturut-turut masih mendapat sambutan penggemarnya :) MJ pulak cuma pembantu adik je..heheee


Ni antara yang dah siap di gulung, penuh peti ais beku dengan popia ni sahaja.. :)

Dan ni pula menanti giliran untuk digulung, tu pun perlu menambahkan stok lagi sebab tak cukup lagi tempahan tapi memandangkan peti ais dah penuh, jadi kita usaha siapkan yang ni dulu kemudian baru beli tambah.. huhuu :)


Popia Nestum seenak rasa :)

Minggu lepas, 40 bekas dan 2 balang telah diedar ke Lumut, minggu depan 200 bekas lagi untuk dihantar ke Taiping (untuk dieksport ke Sabah..hehehe) dan baki lebih kurang 100 bekas untuk diedar seminggu sebelum Raya. Alhamdulillah rezeki Ramadhan..

Tempahan telahpun ditutup semalam, tu pun masih ada yang meminta adik terpaksa menolak takut tak sempat nak siapkan je.. :)



Alhamdulillah LULUS

Inilah yang dinanti-nantikan, setelah kuciwa dengan server/line di ofis yang telah membuatkan jiwa MJ kacau bilau sebab tak tahu result exam yang menentukan samada MJ layak berijazah atau tidak, dan segalanya telah terjawab kini :)


Yeayyyy!! MJ LULUS kesemua subjek, risau bukan apa sebab 1 paper iaitu Kewangan Korporat tu bagi MJ agak susah berbanding paper yang  lain. Takut kalau MJ Lulus berbintang (bintang * maksudnya cukup-cukup makan dan akan effect pointer CGPA) lega bila tengok result bersih tanpa bintang..heheee

Alhamdulillah setelah 4 tahun bergelar Pelajar Jarak Jauh, segala beban jerit perih seperti hilang ditiup bayu, fikiran jadi tenang dan boleh mula fokus 'benda' lain yang lebih penting pulak lepas ni..hehehee :) Tak lupa terima kasih pada semua terutama suami, keluarga, BFF dan juga kawan-kawan yang mendoakan MJ..

WW : Kerabu Sotong

Hasil tangan dari hubby, cuma yang kurang takdak Sos Ikan ;) 

Entry terperam :)

WW : CPUV Nuffnang

Alhamdulillah rezeki di bulan puasa :) 

Terima kasih Volkswagen, KL Sogo dan Nuffnang ;)


Adehhhhh!! Menguji kesabaran betull

MJ dalam mood geram + susah hati + berdebar + sakit hati + bla bla + bla bla + bla bla...huhuuu

Harini, 16 July 2013 keputusan peperiksaan provisional diumumkan, konpem la MJ sangat-sangat berdebar nak lihat keputusan kan, sebab pada MJ keputusan ni amatlah penting kerana ianya menentukan masa depan MJ (cewahh takdak kena mengena sangat pun) walhal nak tau samada MJ layak atau tidak untuk ber konvo pada September nanti.



Tapi yang geramnya dari pukul 9pagi lagi MJ dah terpaku depan pc nak masuk website USM tapi sangat-sangatlah kuciwa, sehingga entry ini ditulis MJ masih belum dapat masuk website tersebut dan dengan kata lain MJ je masih tertanya-tanya keputusan peperiksaan samada lulus atau *** (taknak sebut, gerun..huhuuu) memang sakit hati, menguji kesabaran di bulan puasa ni....



Nak check thru SMS or phone tak ingat pulak no angka giliran, adehhhhhh tu buat MJ bertambah geram tu, awat pulak dok mintak angka giliran dan bukannya no matrix, kena tunggu balik rumah petang ni la baru dapat nak check angka giliran.. MJ cuma ingat 3 angka di depan, yang belakang tu macam blur-blur nombornya.

Jeles bila kawan-kawan lain dah tahu result exam dan tahniah buat mereka Liza, Naz, Zana, Tam, Waty dan Aishah sebab korang LULUS, dan MJ berdoa result MJ juga seperti korang..huhuuuu


Perfume untuk Raya

WahWahWah kemain kau Ciklong siap ada Perfume Raya bagai..hehehee, sebenarnya hadiah dari hubby.. Dah dapat masa bulan puasa ni kategori Hadiah Raya la kan :)

Thank you hubby belikan Perfume lagi, memang memahami jiwaku yang penchenta perfume ni..hehee

Kali ni hubby hadiahkan set 'Kim Kardashian Gold', wangiiiiiii MJ suka sebab bau nya lebih kurang macam perfume hantaran kawen kami 3 tahun lepas iaitu Calvin Klein Euphoria.


Perfume ni walau dah 3 tahun masih ada lagi tau, MJ gunakan secara selang seli, sayang beb sebab wangi, tapi dah ada pengganti set KK ni maka set CK boleh stop kejap..hehehee ;)


Dan Perfume Paris Hilton Heiress ni pulak hadiah birthday MJ tahun lepas, masih digunakan hingga kini :) Bila ada 3 perfume yang berbeza maka bau dari Paris terkalah dengan 2 lagi perfume KK dan CK..Mungkin sebab perfume ni tak ada 'K' kot..hehee


Setiap set perfume ada sekali dengan Body Lotion dan Body Wash, sayang seribu kali sayang MJ bukanlah serajin mana nak manjakan badan dengan semua tu, hanya perfume je rajin sebab senang sembur sedas settle.. Cuma set CK je MJ guna sikit-tu pun masa honeymoon wahahaha almaklumlah hadiah kawen kan yang lain semua tak berusik.. sayang kan?? Tapi hubby suruh guna jugak dari terbiar, nampaknya terpaksa lah merajinkan diri jugak..hohohohhoo


Perfume Raya dah, Baju Raya dah (walhal baju suami belum..huhuu) Handbag Raya pun dah (Hadiah birthday tahun ni)... Kasut Raya je belum... Kemain kau kalah bebudak...hahaha :)

Ikan Terubuk/Ikan Siakap dan Ayam Bakar Percik (Resepi Kuah Percik)

Kes tak menahan hati bila melawat PaRam ada jual menu percik ni, bukan setakat ayam je siap ada Ikan Terubuk dan Ikan Siakap Percik lagi, Ikan terubuk dah le lama tak makan, dan terima kasih untuk hubby sebab belikan ikan idaman...hehehe.. Memang mabeles dan maaf andai entry ni ada yang terliur di bulan Ramadhan, huhuu :)


Ayam di bakar menggunakan Pemanggang Ajaib cap HIG (Haji Ismail Group) heheee

Ikan Terubuk dan Ikan Siakap berganding sama dalam pemanggang ajaib, cuba teka mana Terubuk mana Siakap? MJ lumurkan dengan kuah percik nak bagi Ikan 'masuk rasa' perciknya :)


Jom kita tengok resepi Kuah Percik ye,
3 ulas bawang besar (kisar)
4 ulas bawang merah (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar terlebih dahulu dan asingkan)
2 batang serai (titik)
1" halia (ketuk)
200ml santan
Garam secukup rasa



Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar termasuk cili kering, biarkan sehingga mendidih
2. Masukkan halia dan juga santan, kacau hingga sekata dan mendidih
3. Masukkan serai dan rasakan dengan garam. Siap


Lepas dah bakar ayam, boleh lumur dengan kuah percik tadi.. Memang sedap dimakan ketika berbuka puasa dan juga bersahur.


Ikan-ikan yang dah siap dibakar, lepas dah bakar boleh juga lumur sekali lagi dengan kuah percik tapi MJ curah masa nak berbuka nanti..

Ikan Terubuk ni selalu digoreng dan ni pertama kali buat secara bakar.. Terasa manis ikannya semua sedap tapi nak makan Ikan Terubuk ni kena berhati-hati tau, takut tercekik tulangnya yang bercabang :)


Resepi Siakap masak sweet sour mudah

Ini adalah menu juadah berbuka untuk hari ke dua puasa iaitu semalam, hubby beli ikan siakap terus buat sweet sour aka 3 rasa... :)


Presentation memang out seperti dijangka, patutlah tak layak masuk MasterChef..heheee ;)

Ikan Siakap - basuh bersih kemudian lumurkan dengan tepung jagung/poji dan garam

Bahan-bahan:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 tangkai cabai melaka
1 batang serai (dititik)
2 helai daun limau purut
2sb Sos Lingam
1sb Sos Cili
1sb Sos Tomato
1sb Sos Tiram
Nenas(jika perlu)
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1. Goreng ikan sehingga masak dan ketepikan
2. Tumis serai yang telah dititik, masukkan hirisan bawang biarkan layu
3. Masukkan sos (semua), nenas dan biarkan mendidih
4. Masukkan cabai melaka dan daun limau purut dan garam, bila mendidih boleh tutup api.. Dan boleh tuang ke atas ikan tadi. Dengan Sos Lingam memang mudah.. hehehee


p/s : Nak kata pedas masak siakap semalam tak sangat, MJ berbuka dengan nasi putih, siakap ni dengan bendi goreng.. rasanya bendi la kot penyebab MJ 'Sesak Nafas' semalam, huhuu

Sesak Nafas

Semalam selepas berbuka MJ tetiba diserang sesak nafas (bernyawa cepat seperti orang baru lepas lari berganti 200m), ditambah dengan dari bahu sampai ke lengan sebelah kanan lenguh dan sakit, pening kepala dan dada berasa pedih.

Mula tu MJ ingatkan angin, dah berpuasa kan perut kosong, dan kemudian berbuka maybe perut tak dapat menjalankan tugas penghadaman dengan baik kot :) Minta hubby tolong urutkan bahu dan MJ hanya sendawa, jadi dalam fikiran ingat 'angin'.

Terus bancuh minum Teh Halia, habis se'mug', tapi masih tak rasa perubahan tetap sama je, cuba pula mengurut di kerusi urut bukan Ogawa, tetap tiada perubahan.


Lepas tu hubby suruh minum Gaviscon Advance sebab dah MJ cakap dada rasa perit jadi syak pedih hulu hati la.. Lepas minum, tiada perubahan masih pedih di dada + sesak nafas. Nak tidur pun serba tak kena pusing kiri salah pusing kan sakit, bangun duduk pun tak selesa sampailah pukul 1am hubby terus ajak ke klinik.

Mujur klinik 24jam dekat je dengan rumah dan sampai di klinik orang pun tak ramai, tunggu seminit terus nama dipanggil, lepas cerita pung pang kat Doktor, bila Doktor tekan di bahagian perut yang atas pusat tu sambil tanya sakit tak, MJ cakap tak cuma sendawa je :)

Doc cakap MJ ada gastrik sikit + angin, perut kosong memang angin mudah masuk, check tekanan darah semua ok, alhamdulillah. Sesak nafas tu sebab angin dok tekan di bahagian penghadaman sebab tu kita rasa tak selesa di bahagian dada.

Doc bagi pilihan samada nak cucuk atau makan ubat, dan MJ pilih ubat (takut pagi2 buta nak kena cucuk semua) Jadi Doc bagi ubat angin 2 jenis, muntah, ubat putih (menyamai Gaviscon) dan ubat sakit perut, balik rumah terus telan ubat.. Lepas telan ubat cuba untuk tidur tapi nafas masih tercungap-cungap dan MJ tak sedar bila akhirnya terlelap. Terjaga semula pukul 3am dada rasa sakit lepas tu tertidur semula, sahur pun tak bangun sedar dah pukul 6.50am, terus zass bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Mai kerja dengan perasaan lemau + mengantuk tahap maksimum, dok tunggu lunch break je nak tidoq.. huhuu kami ni Jumaat tetap break 1jam saja..Dan dada MJ rasa selesa sikit berbanding semalam, tiada lagi 'nafas sangkut' alhamdulillah.

Dalam sejarah MJ tak pernah ada gastrik, asthma pun masa baby lepas tu hilang sampai sekarang. Tapi baru-baru ni je Doc ada sahkan MJ ada gastrik.. huhuuu

p/s : Sekarang ni MJ amalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus, bila 'termakan' makanan berangin ke atau ada tanda2 perut sebu, memang cepat2 ambil Ginger ni.. Lepas tu konpem buang angin je..hehee


Labels

Celoteh MJ (124) layan (112) terima kasih (93) GiveAway (85) Join Contest (84) dunia artis (67) Menang GA (63) Makan Sedap (55) cantik (55) hadiah (54) nuffnang (47) Hari Raya Puasa (43) BE nuffnang (42) Resepi (40) pemenang (36) Wordless Wednesday (35) happy (35) Firas (34) Pengumuman (32) Produk Shaklee (31) contest (30) Denaihati (27) Pusat Pelancongan (27) keputusan GA (26) Kenangan MJ di tahun 2011 (25) suami isteri (24) on9 visitor (23) kenduri kawen (22) USM Penang (21) promosi hebat (21) sedap (20) Islam Agamaku (18) jalan-jalan (18) nasihat (18) rumah tangga (18) Fesyen (17) pesakit (17) sedih (17) senarai peserta (17) Fridge Magnet (16) Kenangan MJ di tahun 2012 (16) ME Nuffnang (16) Pegangan (16) Pulau Pinang (16) kelakar (16) Exam USM (15) Ilhan (15) Kenangan di Tahun 2014 (15) Celebrate Birthday (14) Followers (14) PJJ di USM Penang (14) aiskrim kek (14) lucu (14) teka-teki (14) pengalaman (13) Family Day (12) Hadiah Contest 2013 (12) Nikah Kawen (12) Nikon D90 (12) Portable Power Bank (12) petua (12) Avon (11) Bercuti di Cameron Highland (11) Cameron Highland BEST (11) Kenangan MJ di tahun 2016 (11) aksi terlampau (11) blogger Kuala Lumpur (11) islam (11) kisah tauladan (11) my birthday (11) sihat (11) tips (11) CPUV Earning (10) CPUV Nuffnang (10) kuih raya (10) Birthday Suami (9) Cameron Highland (9) Menu Hari Raya (9) heartbeat (9) kupon (9) tutorial (9) Blogger Utara (8) Hadiah Wang Tunai (8) Perodua Alza (8) Pizza Hut Promotion (8) Pulau Langkawi (8) Resipi (8) top komen (8) Kelantan (7) Kenduri (7) Mak Abah ke Umrah (7) Percutian Familyku (7) Percutian Kami (7) Strawberry Park Resort (7) iPhone 5 Gadget Impian (7) jamuan raya (7) kad raya (7) kamera (7) sale (7) video (7) Hadiah Birthday (6) Jumpa Blogger (6) Kenangan di tahun 2013 (6) MJ dan Suami (6) My Koleksi (6) Puasa Ramadhan (6) Rawatan Kesuburan MJ (6) Resepi Juadah Berbuka (6) Trying To Conceive (6) Umrah MJ 2016 (6) dalam negara (6) juadah berbuka (6) kupon KFC (6) ovarian cysts (6) review blog (6) Burger King (5) Cuti-Cuti Malaysia (5) Dekorasi Simple by MJ (5) Kenangan MJ di tahun 2015 (5) Lumut (5) M'c Donalds (5) MJ bercuti di Thailand (5) Makan Sedap di Pulau Pinang (5) Pengalaman Mengerjakan Umrah (5) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Sepetang Bersama Blogger (5) ThePopLook (5) Tudung Chiffon 3 Layer (5) adik kemalangan (5) endorscope (5) luar negara (5) online (5) BAJET 2012 (4) Beef Lasagna Cheese (4) Bisnes Pelekat Pantz (4) Cara Dekorasi Bajet (4) Cheque Nuffnang (4) Diari Umrah MJ (4) Hadiah Anniversary (4) Happy Anniversary (4) HomeMade Aiskrim (4) Homemade Burger Bakar (4) IQ (4) Jemputan ke Rumah Terbuka (4) Jeruk Buah Penang (4) Kebaikan Omega Guard Shaklee (4) Kisah Kereta MJ (4) Konvo USM (4) Lecithin Shaklee (4) Lost World of Tambun (4) Meatball IKEA (4) Omega Guard Shaklee (4) Perak (4) Popia Milo (4) Popia Nestum (4) Preloved Handbag (4) Rekod Baru (4) Resepi Aiskrim (4) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Puding Triffle (4) Salak Denai Chalet (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) Trip ke Hatyai (4) ibadah puasa (4) pertunanganku (4) Apom Polkadot (3) Baju Kenangan MJ (3) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Burger Bakar (3) Cara Berkesan untuk Menabung (3) Coconut Shake (3) Copthorne Hotel Cameron Highland (3) Fasha Sandha dan Jejai (3) Fridge Magnet Oversea (3) Handbag COACH (3) Header Baru (3) Hotel Bajet/Hotel Murah (3) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Jualan Penghabisan Stok (3) Kedah Darul Aman (3) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Kelebihan Vitamin C Shaklee (3) Kenangan MJ di tahun 2017 (3) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (3) Koleksi GUESS MJ (3) Kursus Intensif USM (3) Laksa Janggus (3) Lee Gardens Hotel Hatyai (3) MH370 MAS Hilang (3) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (3) Masjid Nabawi Madinah al Munawarrah (3) Mee Sotong sedap (3) Menabung dengan Si Hijau (3) Menu Berbuka Puasa (3) Menu Diet Atkin (3) Menu Rumah Terbuka (3) My Best Moment (3) Omega Gurad Shaklee (3) Ostematrix Shaklee (3) Pemenang Top komen (3) Percutian bersama Keluarga (3) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Potluck (3) Resepi Ayam Sedap (3) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Mudah dan Sedap (3) Resepi Roti (3) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (3) SBPA (3) SPA (3) Seminar Wordpress (3) Steamboat dan Yong Taufu murah (3) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Shaklee (3) Testimoni Vivix (3) Tiket Wayang Free (3) Tips Menabung dengan Berkesan (3) Ustaz Ahar Idrus (3) cara membawa masuk barang ke malaysia (3) duti import (3) kes bunuh (3) khulafa ar rasyidin (3) mukjizat (3) mutiara kata (3) peraturan dan undang undang kerajaan (3) permit import (3) Agar-agar Milo (2) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Choki Choki (2) Aiskrim Coki Coki (2) Aiskrim Goreng sedap (2) Ayam Dendeng (2) Bahaya Ovarian Cyst (2) Bedak Miyami (2) Bekam adalah Sunnah (2) Bercuti di Taiping (2) Burger KOMTAR (2) Burger King Penang (2) Butter Prawn sedap (2) Cara Mengira Cukai Kastam (2) Cara Menyemak Keputusan SPM (2) Cashout Nuffnang (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (2) Chicken Chop (2) Demam Denggi (2) Diari Detox Maira (2) Facebook Fanpage (2) Hasil BerNuffnang (2) HomeMade Burger (2) Honeymoon di Cameron Highland (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) Hukum memakai Inai Lukis (2) Ikan Terubuk Masin (2) Inai HandMade di Penang (2) Jeruk Magga AsamBoi (2) Jeruk Pelam Asamboi (2) Jom Detox dengan Shaklee (2) Jom kita Detox (2) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) Kami di Lumut (2) Kasut Baru (2) Kebaikan Lecithin (2) Kegunaan Basic H Shaklee (2) Keistimewaan ESP (2) Kek Lapis Sarawak (2) Kelebihan Al Quran (2) Kenduri Doa Selamat (2) Kenduri Kesyukuran (2) Kepentingan Detox pada Tubuh (2) Kereta yang Diubahsuai (2) Khasiat Nenas Batu (2) Koleksi Carlo RINO (2) Konvo USM ke 48 (2) Kuih Siput (2) Ladang Teh Boh Sungei Palas (2) Majlis Kenduri MJ (2) Maksud PJJ (2) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (2) Mee Udang Special (2) Menu Barbeque BBQ (2) Menu untuk Detox (2) Nasi Arab Bandar Perda (2) Nasihat Suami Isteri (2) Oreo CheeseCake (2) Original Handbag COACH (2) Panggilan Palsu (2) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Pengalaman HSG Test (2) Perkahwinan Artis (2) Pisau Magik (2) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) Popia Barbeque BBQ (2) Popia Cheese (2) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 8000mAh (2) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Quran (2) Rawang Burger Bakar (2) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Mudah (2) Resepi Burger sedap (2) Resepi Lasagna Atkin (2) Resepi Lasagna Telur (2) Resepi Popia Goreng (2) Resepi Puding Kek Pandan (2) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (2) Resepi Spagethi mudah (2) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Rumahku Syurgaku (2) SX150 IS (2) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) Set Menyusu Shaklee (2) Siapa perlukan ESP (2) Sinopsis Bukan Bidadari (2) Spagethi Meatball sedap (2) Strawberry Cheese Cake (2) Tarikh mengundi PRU13 (2) Testimoni Basic H Shaklee (2) Testimoni ESP (2) Testimoni GLA Complex (2) Testimoni Ostematrix Shaklee (2) Tips pemilihan Tudung (2) Tudung Bawal Aidijuma (2) Tutti Frutti (2) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Ziarah Nabi di Masjid Nabawi (2) ayam goreng rempah (2) baju tunang (2) bercuti di Pulau Pangkor (2) ceramah (2) coklat (2) cukai kastam (2) duit malaysia (2) games (2) ilusi optik (2) keputusan Peperiksaan (2) kotak sembang (2) masker wajah (2) syiah (2) temuduga (2) Ayam Percik (1) Bahaya GLA Complex Shaklee (1) Bahaya Kencing Tikus (1) Bahtera Nabi NUH (1) Batik Pants (1) Batu 5 Char Koaw Teow (1) Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (1) Bedak Arab KokuRyu (1) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Belajar secara Sidang Video (1) Bercuti di Melaka (1) Biskut Lasagna (1) Black Label Aidijuma (1) Blogger Kelantan (1) Blogger Perak (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Bunga Pandan (1) Burger Besar (1) Burger KOMTAR De Pauh Garden (1) Burger Leleh Warung Kuning (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) COACH For Sale (1) CY 2000 (1) Cable Car Langkawi (1) Candle Light Dinner MJ (1) Candy Crush Saga (1) Cantik dengan Omega Guard (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Halau Lipas (1) Cara Membuat Burger (1) Cara Menangani Perut Buncit (1) Cara Mencegah Penyakit (1) Cara Mencuci Usus (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) Cara Menjaga Usus (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara Solat (1) Cara buat Passport (1) Cara menguji Personaliti (1) Cara ubati Denggi (1) Cheese Tart sedap (1) Cheezy Magik (1) Cheque HOT FM (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) CoQ Health Plus Shaklee (1) Coklat Crepe (1) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) DIY Fridge (1) DIY Hanger (1) DIY Peti Ais (1) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) Dejavu di Kinabalu (1) Dinosour Park Danok Thailand (1) Ditipu dengan Western Union (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Doorgift Pengantin (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) Drama Dejavu di Kinabalu (1) Durian Musang King (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Endorscope Cyst (1) Erti dan Hukum Berkabung dalam Islam (1) External Hard Disk (1) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Filem Ombak Rindu (1) Fizo Mawar bersanding (1) Frozen Food (1) GLA Shaklee berisiko (1) GLA Shaklee punca ketidaksuburan (1) GST (1) GUESS (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Pelik (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Handmade Frame (1) Hanger Tudung (1) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hasil Tanaman MJ (1) Hatyai ICEDOME (1) Header Raya (1) Henna Mehendi (1) HomeMade Nasi Arab (1) Homemade Meatball (1) Homestay Murah di Melaka (1) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet di Kuala Lumpur (1) Hotel Murah di Kuala Lumpur dan Jalan Masjid India (1) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hukum Menyebut OMG (1) Ibadah Korban Online (1) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Percik (1) Inai Daun (1) Indonesia (1) Irma Hasmie (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) Jalil Coconut Shake (1) Jangkaan Kiamat (1) Jenis Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jubah Safra keluaran MS Design (1) Kad Pengenalan MJ (1) Karnival Kerjaya (1) Kebab Daging (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kedai Kacang Bagan (1) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Ephyra (1) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan Pad Hygiene (1) Kelebihan Water Pitcher Shaklee (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kempen Si Hijau (1) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) Keputusan PRU13 (1) Kerabu Sotong (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kesan setelah mengambil GLA Shaklee (1) KeyChain (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Firas (1) Koleksi Fridge Magnet (1) Koleksi Header Blog (1) Koleksi Paris dari Aidijuma (1) Koleksi Wallet MJ (1) Krabi dan Hatyai (1) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) Laksa Telur Bersarang (1) Lampu Tidur Romantik (1) Lecithin sebagai Pengemulsi Lemak (1) Lelong barang bawah RM50 (1) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Letgo Item (1) Letgo Wardrobe (1) Lirik Lagu (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) MJ (1) MJ Makan Free (1) Macarons (1) Machu Pichu (1) Magnet Board FM (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makam Nabi dan Raudhah (1) Makan Sedap di Manjung (1) Makaroni Baked Cheese (1) Makeover Fridge (1) Mandi Wap (1) Mandi di Private Pool (1) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Maybank ATM Card (1) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Mee Kuah Daging (1) Mee Kuah senang (1) Mee Sotong Padang Kota (1) Melaka (1) Menu Sarapan (1) Menu di Victoria Station (1) Mineral Coffee Hai-O (1) Murtabak Telur (1) My Graduation (1) My HomeMade Kuih Raya (1) My Mum (1) Nan Cheese Meleleh (1) Nasi Arab Al-Bayt (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nora Elena Vs Novel Kasih Suci (1) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Oreo Cheese Cake Gebu (1) Oreo Cheese Cake Strawberry tanpa gelatin (1) Panasonic Viera (1) Panda Park Danok Thailand (1) Panorama TV1 (1) Paris Satin Aidijuma (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Passport pertama MJ (1) Pati Ikan Haruan (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Peluang Kerjaya (1) Penapis Air Portable (1) Penapis Air Shaklee (1) Penetapan Gaji Minimum (1) Pengalaman Menggunakan Western Union (1) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pensonic Warehouse Sale (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Performance Drink Shaklee (1) Perfume (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perodua Bezza (1) Perodua MyVi 2018 (1) Persandingan MJ dan SUAMI (1) Pes Kuah Laksa Sedap (1) Petaling Jaya (1) Petua Halau Lipas (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Petua ubati batuk (1) Petua ubati sesak nafas (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) PilihanRaya (1) Popcorn Ayam (1) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 2800mAh (1) Preloved Carlo Rino (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Program Affiliate AssignJobs (1) Program Realiti TV3 (1) Promosi Ephyra (1) Promosi Tudung Murah (1) Proton Terbaru (1) Puding Milo Lapis Oreo (1) Pulau Beras Basah (1) Punca Demam Denggi (1) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Peranginan di Malaysia (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) Ramalan Kiamat (1) Rambutan Sedap dan Manis. (1) Rantai Tangan Hilang (1) Rempah Nasi Arab (1) Renungan Bersama (1) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Percik (1) Resepi Begedil Ayam (1) Resepi Begedil Kentang (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Jeruk Pelam (1) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Kek Minyak Kukus (1) Resepi Kek Sedap (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Mee Kuah Sedap (1) Resepi Mee Sizzling (1) Resepi Mushroom Sup (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sotong Kangkung (1) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resepi biskut Meringue (1) Restoran Bara Grill Taiping (1) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) Ring Stand Hanger Single (1) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Romantika di Sungai Petani (1) Roti Bakar Meleleh (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) SC Sanitary Pad Cosway (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Saman Hadlaju (1) Sandwich Sedap (1) Sarawak (1) Scha dan Awal (1) Sejarah Komputer (1) Selsema dengan Vitamin C Shaklee (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Set BUASIR (1) Set Berpantang Shaklee (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Set Senggugut (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Sihir dan Santau (1) Sijil HALAL JAKIM (1) Singapura (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Sooft Book Washable for children (1) Sotong Kangkung (1) Stokin Kaki Scholl (1) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Susu Kambing sedap (1) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) Taj Mahal (1) Tanda menghidapi Cyst (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Iklan blog Celoteh MJ (1) Tapak Pesta (1) Tasik Dayang Bunting (1) Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang (1) Tempat menarik di Krabi dan Hatyai (1) Tepung Magik (1) Testimoni B-Complex (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni produk Double Stemcell (1) Tioga Deluxe Suite Strawberry Park Resort (1) Tips Memasuki dan Solat di Raudhah (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tiram Goreng Tepung (1) Tonsil Bengkak (1) Tragedi MH17 (1) Transaksi Luar Negara (1) Triple Stemcell (1) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Update Bloglist (1) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Victoria Sandwich (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) Virus Infection vs Demam Denggi (1) Wallet (1) Wallpaper Dinding Rumah (1) Wallpaper Fridge (1) Wallpaper Kaison (1) Wang Kelian (1) Western Union Selamat (1) White Label Aidijuma (1) Wishlist MJ (1) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Zinc Complex Shaklee (1) beauty Umaira (1) berita terkini (1) bomoh VIP penipu (1) borong.com.my (1) buku denaihati (1) cara mengira cukai (1) e-Qurban Kemboja (1) herblax Shaklee (1) himpunan bantah GST (1) hobi masa lapang (1) iPhone 5 Contest (1) isu agama (1) kekabu (1) kenangan MJ di tahun 2010 (1) keputusan SPM (1) keracunan (1) khalifah ganti superman (1) kontroversi (1) lukisan termahal didunia (1) mascara (1) masjid (1) melaleuca oil (1) movie (1) penipuan (1) photography (1) picaso (1) rempah sauna (1) simulator (1) sinopsis KHILAF (1) sosilawati (1) sunnah wal jamaah (1) tan sri ali hashim (1) teknik- teknik fotografi (1) titanic 2 (1) wang kertas siri baharu (1) zuriat (1)