Hari ini 8/8/2012 merupakan salah satu tarikh penting buat MJ dan suami, sebabnya pada tarikh inilah pada 3 tahun yang lepas
kami bertunang iaitu pada 8/8/2009... :)
Memandangkan tarikh Anniversay kan, wajib la ada 'samting' kan, hahahaa :) Korang ingat tak lagi entry luahan perasaan kat
SINI, dan akhirnya MJ telah pun temui penggantinya, heheeee ;)
Inilah handbag
hantaran pertunangan MJ pada 3 tahun lepas, beg ni dulu jarang-jarang guna sebab sayang ada sentimental value, tapi bila dah kerap guna jadi macam ni pulak... :(
Dan sebagai ganti Handbag Bertunang, setelah puas mencari dan membelek akhirnya MJ memilih..........
Kekonon nak curang la ke Brand lain sebab frust kan, tapi tak berdaya, tarikan jenama ni menggugat nafsu shopping ku.. heheee :) Berkenan sebab ianya kena dengan my peberet kaler, ala-ala 'girlish' gitu dan harga pun takdak lah terlalu mahal berbanding jenama lain... ;)
Dan bukan setakat handbag je yang baru dibeli, merangkap Wallet sekali MJ gagau ha, almaklumlah ada offer sehingga 50% mau cheq tak teruja kan..
Nasib asben mengiyakan saja so bermaharajalela MJ pusing mall cari yang berkenan di hati. Tak nak beli yang mahal-mahal dah sebab kes yang serupa juga jadi kat
wallet MJ yang lepas..
Memang brand ni selalu macam ni ke? Tak kisah lah at least dapat gak tukaq setiap tahun dengan alasan yang sama...hahahahaa tamak betul... ;p
Wallet ni hampir setahun MJ beli dan guna, tapi bahagian belakang dah jadi macam ni, bahagian depan dan dalam masih lagi berkeadaan elok, cantik tip top... ;) Dan sebagai ganti Wallet ni ialah......
Amacam...!! Cantik tak??? heheeee... Saja je beli 2 kaler yang berbeza, baru nampak kontra yang terserlah, handbag pinky, wallet Goldy...hahahaaa ;) Belasah jela labu, yang penting hati dah berkenan, yang lain tak ambik kisah ;)
So raya tahun ni MJ ada handbag dan Wallet baru la, lalalalalalaa meriahnya raya terasa...hahahaaa ;)