Bukan sign Agreement Rumah ye, tapi sign agreement kereta yang dinanti selama 2minggu, penantian itu satu penyeksaan betul, ini disebabkan syarat ketat dari BNM mengenai pinjaman, tak kisah lah pinjaman apa sekalipun memang seksa jiwa menunggu.
Itu baru kereta BUATAN MALAYSIA yang dipohon, kalau kereta EVO macam Zizan pakai berjinggut la menunggu atau dalam kata lebih cermat jangan bermimpi la..heheee :) Kepada kak Syanasaid~bukan kereta Inspira tau, kereta biasa2 je.. :-)
MJ sign hari Jumaat lepas (30.03.2012) dan hari Sabtu kereta keluar, best sebab kereta bau kedai lagi (tapi en suami tak suka bau-pening katanya terus dia beli perfume kereta-huwaaaa), hahahaa apa la punya jakun MJ ni kan.. Ahh pedulik la lagipun bukan senang nak dapat 'lepas' setelah melalui pelbagai proses dari Bank :) Syukur Alhamdulillah..
