~Sambungan dari entry Wordless Wordnesday~
Kami memang dah lama mengidam nak beli dan miliki, tapi apakan daya faktor kewangan menjadi penghalang. Selepas hampir setahun kami miliki kamera Nikon D90 dari Denaihati, nak juga pembaharuan agar mendapatkan hasil yang 'awesome' kononnya walaupun tak pakar..hehee :)Bila dapat yang baru yang lama dilupakan, eh tidak yang lama tetap disimpan rapi, akan tetap digunakan untuk masa2 tertentu sebab dah hampir setahun setia dengan kami :)
Tadaaaa......... Inilah hadiah Anniversary kami yang ke 3 iaitu
'Nikkor Lens 50mm f/1.8d'
Ye tau orang lain dah lama pakai dan guna, tapi kami je baru nak merangkak, takpa tak kisah asalkan kami berjaya juga miliki. :)
Dapat juga kami miliki hasil dari perniagaan kecil-kecilan yang kami buat iaitu menjual Power Bank + tabungan sikit, maka dapat la Lens idaman ni.
Gaya dah ada, lepas ni boleh la shoot dan terus shoot sambil memperbaiki teknik ye mr hubby.. Banyak yang MJ nak kena belajar lagi ni, dan sememangnya bukan mudah.. :)
p/s : Kami beli 'hadiah ni' in advance, awal beberapa hari je dari tarikh ulangtahun kami, kira aci la kan..hehee.