Sabtu lepas balik je kerja petang tu dan baru je sampai rumah, my Mum SMS tanya free tak petang tu nak ajak p Sungai Petani untuk tengok perabot rumah. MJ memang berniat nak beli pun iaitu almari untuk letak di dapur, senang boleh letak pinggan mangkuk dalam tu. Maklumla rumah kami suami isteri ni masih belum ada yang lengkap lagi..
Dalam pukul 4 petang tu terus kami gerak ke Sg Petani Utara dan sampai kedai tu lebih kurang kul 5 camtu, belek punya belek tak dak yang berkenan. Sebenarnya dah ada yang menarik di hati tapi malangnya dah ada pemiliknya..huhuuu.
Pastu my Mum ajak p tengok kat area Sg Petani Selatan lak, memandangkan jam dah lewat petang dan kedai pun akan ditutup pada pukul 7, terus kami gegas takut tak sempat.
Sampai je kedai tu belek p belek mai masih jugak tak bertemu, ada 1 tu dah berkenan giler tapi harga lak mahal, lari bajet lak memandangkan bulan ni insyaAllah nak buat kenduri sikit sempena kami masuk rumah ni.
Last-last perut lapar kami pekena Pasembur kat kedai mamak tepi jalan dekat ngan kedai perabot tu. Boleh tahan jugak kesedapannya, apa lagi terus order bungkus bawak balik..heheee
Mee Goreng Mamak, pilihan en Suami...
Dan MJ pulak layan tekak dengan makanan nie.. ;-)
Pasembur yang sangat meleleh, sedap sangat..
Ehh!! ke sebab perut memang lapar??
Tak kisahlah yang penting kena dengan selera dan tekak :-0
Ha kan dah cakap tadi meleleh..heheee :-0
Sat je kami makan clear pinggan, nanti bebila p SP lagi boleh la singgah..
Mana tau leh jumpa rakan blogger yang dok kat SP nie ke..heheee
