Baru baru ini saya ada terbaca post dalam facebook yang ditulis oleh salah seorang yang saya rasakan bukan dari golongan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ). Tulisannya secara terang terangan cuba merendahkan darjat Sahabat Khulafa arrasyidin seperti Abu Bakar As Siddiq dan Umar al Khatab R.A. saya pada mulanya enggan berhujah dengan penulis ini kerana bukanlah untuk menentukan siapa menang atau kalah, benar atau salah akan tetapi setelah melihatkan nama sahabat diperendahkan darjatnya, saya rasakan perlu untuk saya pertahankan.
ISU: Ini salah satu dalil pihak Syiah gunakan dalam melaknat Abu Bakar r.a dan Umar r.a : Kali ini mereka gunakan Imam Abu Hanifah r.a yg mengatakan Abu Bakar dan Umar adalah Iblis, nauzubillah. Dibawah ini adalah postnya:
MARI KITA LIHAT KATA2 IMAM BESAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH IAIATU IMAM ABU HANIFAH BERKENAAN SAIDINA ABU BAKAR DAN SAIDINA UMAR:
Abdullah bin Ahmad bin Hambal telah merakamkan dalam kitab Al Sunnah: 370 – حدثني محمد بن هارون نا أبو صالح قال سمعت الفزاري371 – وحدثني إبراهيم بن سعيد نا أبو توبة عن أبي إسحاق الفزاري قال كان أبو حنيفة يقول إيمان إبليس وإيمان أبي بكر الصديق رضي الله عنه واحد قال أبو بكر يا رب وقال إبليس يا رب // إسناده صحيح
(Two chains) Abu Ishaq al Fazari says that Abu Hanifa use to say that faith of ibless and faith of abu bakar are one. Abu Bakar said: o God. and Ibless said: o God Researcher of book, Mohammad Saeed Salim says: Isnaad Sahih
Terjemahan: Dari dua rantaian perawi, Abu ishaq al Fazari berkata, Bahawa Imam abu Hanifah telah berkata: KEIMANAN IBLIS DAN KEIMANAN ABU BAKAR ADALAH SATU, ABU BAKAR BERKATA: OH TUHAN DAN IBLIS PUN BERKATA: OH TUHAN...
[ السنة 4 - عبد الله بن أحمد ]الكتاب : السنةالمؤلف : عبد الله بن أحمد بن حنبل الشيبانيالناشر : دار ابن القيم – الدمامالطبعة الأولى ، 1406تحقيق : د. محمد سعيد سالم القحطانيعدد الأجزاء : 2(1/219)
Sememangnya ada pihak pihak tertentu cuba memburukkan nama Imam Abu hanifa. Mereka cuba menjatuhkannya dengan menyatakan dia seorang murji, dia menolak hadis dan merendahkan martabat Abu bakar As siddiq Peratamanya, Imam abu hanifa merupakan seorang seorang ulama yang mendapat pujian dari ulama ulama yang lain. Memanglah ada sesetengah ulama sunnah yang tidak menyukai beliau. Sememangnya kita sebagai manusia tidak akan diterima oleh semua manusia hatta Rasulullah SAW skalipun mempunyai musuh. Bagaimanapun kebanyakkan ulama memuji beliau seperti Imam Dahabee dalam bukunya tazkaratul huffadh, Shaykh Zubair Ali Zai dan Shaykh ul Ilsam Ibnu Tamiyah. Imam Syafie juga menyatakan beliau sangat mengkagumi Abu Hanifa
Sebelum kita memperincikan kata kata Abu Hanifa terhadap Abu Bakar R.A elok kita ketahui juga bahawa kita boleh buat seseorang itu mengatakan apa saja jika kita tidak mengikut konteks tentang apa yang cuba dikatakan. Contohnya seperti orang munafiq dan kafir menggunakan ayat2 al quran tertentu untuk menyatakan al quran menyuruh umat islam membunuh orang kristian dan yahudi dan sebagainya. Kita seharusnya melihat kepada fahaman dan ajaran secara keseluruhan yang dibawakan oleh seseorang itu sebelum mengatakan sesuatu mengenainya.
Tentang kata kata abu hanifah Dari dua rantaian perawi, Abu ishaq al Fazari berkata, Bahawa Imam abu Hanifah telah berkata: KEIMANAN IBLIS DAN KEIMANAN ABU BAKAR ADALAH SATU, ABU BAKAR BERKATA: OH TUHAN DAN IBLIS PUN BERKATA: OH TUHAN...
Terdapat dua kelemahan dalam teks tersebut Pertama terdapat juga riwayat dari ishak Zafari
أَخْبَرَنَا عَبْد الله بن جَعْفَر ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَعْقُوب بن سُفْيَان ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو بَكْر الحُمَيْدِيّ ، عن أَبِي صالح الفَرَّاء ، عن الفزاري ، قَالَ : قَالَ أَبُو حنيفة : إيمان آدم ، وإيمان إبليس واحد. قَالَ إبليس : رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي سورة الحجر آية 39 وَقَالَ : رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ سورة الحجر آية 36 وَقَالَ آدم : رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا سورة الأعراف آية 23
Fazari said Abu Hanifa said the eeman of Adam and Iblees was one. Iblees said ( "My Lord, because You have put me in error,) and Iblees said "My Lord, then reprieve me until the Day they are resurrected." and Adam said "Our Lord, we have wronged ourselves"
Abu Tooba daripada Ishaq Fazari menyatakan Abu Bakar sedangkan Abu Saleh daripada Ishaq Fazari mengatakn Nabi Adam A.S. terdapat perbezaan disitu. Keduanya, pernyataan oh tuhan bukanlah pernyataan keimanan kerana iblis juga mengaku adanya tuhan. Akan tetapi yang menyebabkan dia kufur adalah kerana ingkar arahan Allah SWT bukannya tidak mempercayai kewujudan Allah. Sebab itu iblis juga mengatakan oh tuhan kerana mempercayai Allah tetapi tidak patuh kepadaNya
ada beberapa lagi isu yang dibincangkan akan tetapi terlalu panjang untuk saya bicarakan disini. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan sambung isu yang lain
By: Mr Jay