Bulan puasa pada tahun ini adalah tahun pertama kami berniaga di PAsar RAMadhan (PARAM) sendiri, sebelum-sebelum ni ada juga masak makanan tapi kami letak kat orang lain je, kira bagi komisen la :)
Dan menu kami kali ni berlainan dari menu-menu sebelum ni dok buat sebabnya kali ni kami berniaga LAI CHEE KANG, MURTABAK MAGGI dan KUIH CARA BERLAUK disamping tu ada juga PUDING KOKTEL.
Dan menu kami kali ni berlainan dari menu-menu sebelum ni dok buat sebabnya kali ni kami berniaga LAI CHEE KANG, MURTABAK MAGGI dan KUIH CARA BERLAUK disamping tu ada juga PUDING KOKTEL.
MJ tak pasti ejaan sebenar yang mana betul samada LAICI KANG atau LAI CHEE KANG takpun LENCIKANG. :-)
Masa ni My Mum dok packing dulu siap-siap dalam 20 bekas bawak ke sana supaya tak kalut bila sampai, dan kat situ baru pelan-pelan kami letak dalam bekas untuk tambahan.
Dalam LaiciKang tu ada dalam 13-14 jenis bahan kesemuanya dan kami letak dalam bekas Tupperware bulat tu dengan harga RM2.50 sebekas.
Ada macam-macam dan yang penting kami mengunakan Air Mata Kucing - Air Penyejuk badan.
Dan ni PUDING KOKTEL
Gambar Kuih terlupa nak ambik...heheee :)
Walaupun penat (lepas kerja terus ke PARAM tolong My Mum berniaga + tukar shift) tapi MJ tetap seronok dapat berniaga ni tau, rasa macam 1 kepuasan..hehee
Setakat ni tak ada lagi yang komplen tak sedap, heheee dan sentiasa ada pelanggan tetap :) Syukur Alhamdulillah
Updated: Untuk pengetahuan, MJ berniaga di PARAM Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Penang ye ;)





