Wallet baru yang ditunggu-tunggu kini telah berada dalam genggaman, alhamdulillah hajat tercapai. MJ memang dah berniat nak tukar wallet baru walaupun wallet yang dok pakai sekarang masih elok lagi. Bukan sebab nak membazir tau tapi sebagai hadiah buat diri sendiri. Kita kerja ada gaji nak gak beli barangan nampak supaya hati puas kan :-)
2 barangan kesayanganku, 1 dibeli sempena my besday 2 tahun lepas
(hadiahkan buat diri sendiri..heheee)
dan 1 lagi hadiah dari en suami tersayang.
Sebenarnya nak pakai masa Hari Raya tapi disebabkan ada beberapa kekangan,
wallet ni diterima selepas 1 Syawal 1432H, takpela apapun kan yang penting barangan ini selamat diterima.
Disebabkan masih elok, dari nak simpan je dalam almari tu, my Mum mintakler wallet ni,
memula tu segan gak nak bagi, yela barangan terpakai bagi kat mak macam tak best lak kan,
tapi mak yang beriya-iya nak jadi oklah kan..
Wallet Baru
Wallet Lama
Sebenarnya nak try beli brand lain pulak tapi GUESS jugak yang berkenan di hati. MJ ni tak kisah sangat pasal jenama asalkan cantik dan puas hati (Kekadang barangan ni walaupun mahal tapi kualiti dia A++) Korang lak camne??




