Kalau kita stress, lautlah tempat yang terbaik untuk kita,
dah macam terapi kalau dapat memandang laut yang sayup mata memandang kan,
sejuk terasa jiwa dan raga :-)
Ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa melambai-lambai sambil menampar lembut pipi yang gebus ni
Dan pada masa inilah semua berkumpul dengan keluarga bermain layang-layang, bermanja dengan anak-anak dan beramah mesra dengan kawan-kawan..
TETAPI!!!! AWASSS!!!
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Masing-masing kononnya menunjukkan bakat terpendam,
pada anak-anak di bawah umur harap jangan meniru aksi ini ye.
Apa yang penting
'Tungganglah dengan selamat'
'Pandu cermat jiwa selamat'
Entah apa yang mereka dapat dengan membuat aksi sebegini kan,
adakah kepuasan @nafsu diri??
Ok, kita tutup aksi merempit, jom layan beberapa keping gambar 'SUNSET'
yang sempat dirakamkan kamera kompak kami iaitu
Macam cantik pulak gambar ni, pelbagai gaya ada,
hanya gambar dapat menceritakan segalanya :)
Masih dalam peringkat percubaan untuk mengambil gambar saat matahari terbenam.
InsyaAllah andai ada rezeki kami menang Kamera DSLR Nikon D90 pasti akan bertambah koleksi moment indah ini, doakan buat MJ ye kawan-kawan :)
p/s : Harini MJ ada jemputan ke rumah rakan blogger di Sg Petani, insyaAllah kalau ada kesempatan dan tiada aral MJ nak terjah lah :)






