Entry ni MJ nak tunjuk hadiah yang diterima dari sahabat blogger merangkap
sahabat MJ di alam nyata juga (kami study Dip sama2 dulu) - Izyanty
Baru-baru ni Iz ada buat Frame handmade by Quilling tau,
kreatif betul kawan ku seorang ni.. :)
Dia ada buka untuk tempahan baru-baru ni jadi MJ roger la untuk beli..
Tak sangka Iz nak hadiahkan untuk MJ pulak~ terharu rasa:)
Sesampai je bungkusan ni kat rumah tak sabar-sabar nak tengok hasilnya :)
Tadaaaaa...... Amacam cantik kan???
Iz cakap memang dia niat pun nak bagi frame ni kat MJ pun..
TERHARU + SUKA = HAPPY
Thanks ya Iz, memang cantik, pandai Iz buat..
Nampak macam 'qhenyuh' je, memang perlukan kerajinan dan kesabaran :)
Terima kasih sesangat ye Iz :) Tak sabar nak lekatkan gambar dan gantung..
Untuk membuat tempahan jom klik Izyanty Collection ada pelbagai barangan lagi yang dijual, semua handmade tau.. :)
p/s : Terima kasih pada tip dan petua yang diberi untuk entry INI, malam Jumaat lepas adik bongsu MJ telah di tahan di WAD HOSPITAL SEBERANG JAYA, doakan adik cepat sembuh dan dapat keluar cepat ye..


