MJ bila bawak kereta sekarang ni kan selalu fikir yang bukan-bukan especially kalau kereta MJ ada di belakang lori muatan barang. Macam Lori Balak ke, Lori kayu ke, dan apa-apa saja yang membawa muatan berat dan besar. Nak tau apa yang MJ selalu fikir???
Ni masa MJ balik dari kerja hari Jumaat lepas (masa ni hujan-gelap lak masa ni padahal baru pukul 6ptg) MJ follow sebuah lori di hadapan, memang lori ni kecik tapi muatan dia kan panjang dan tinggi.. MJ akan rasa 'takutnya kalau tiba-tiba mana la tau muatan tersebut terjatuh @ apa kan, macam contoh masa naik bukit @ flyover ke apa ke.." Nauzubillah memang tak sepatutnya berfikiran macam tu kan tapi serius memang MJ takut. Kalau boleh nak elak, biar ada kereta lain dihadapan MJ takpe lagi.
Korang ada apa-apa cara tak untuk MJ hilangkan perasaan negative thinking ni?? Semua ni boleh dielakkan tapi kita tak tau kan sebab Malang Tidak Berbau..
Kalau korang di tempat MJ follow lori akan rasa macam tu jugak tak?? Aduhhhh napela cheq jadi macam ni kan :-)



































